Usaha dakwah dan Tabligh telah dikritik malah dikecam kerana beberapa isu yang dikaitkan dengan usaha ini. Tetapi sebenarnya isu yang dibangkitkan sebenarnya bersifat lebih menyeluruh, kerana ia berasal dari perbezaan fahaman di antara aliran Tradisionalis dan aliran Salafi. Misalnya perselisihan pendapat didalam persoalan-persoalan mengenai:
- Aqidah Asyariyyah/Maturidiyyah dan aqidah Salaf/Hanabilah
- Kewajipan bermazhab dan tidak bermazhab
- Ajaran Tasawwuf dan aliran sufi sebagai cabang dari ajaran Islam atau tidak
- Penggunaan hadith dhoif sama ada boleh atau tidak,
dan lain-lain.
Diantara yang paling menonjol ialah masalah penggunaan hadith dhaif kerana usaha dakwah dan tabligh menggunakan kitab Fadhoil A'maal sebagai salah satu silibus atau bacaan harian di masjid-masjid dan di rumah di seluruh dunia. Kitab ini turut memuatkan hadith-hadith dhoif yang status penggunaannya tidak diterima oleh aliran salafi. Manakala Alim Ulama' tradisionalis mengatakan bahawa jumhur ulama' menerima penggunaan dan amalan dengan bersandarkan hadith dhoif, selagi ia berkait dengan fadoil dan bukannya untuk penetapan hukum.
Hikmah usaha dakwah dan tabligh untuk tidak menyentuh perkara khilafiyyah menyebabkan usaha ini dapat menembusi benteng perselisihan ini yang wujud sejak sekian lama. Usul ini menyebabkan usaha ini turut dan semakin diterima oleh golongan aliran salafi, apatah lagi aliran tradisionalis sendiri.
Walaupun begitu, usaha masih lagi dibuat oleh segelintir pihak salafi didalam mengkritik, malahan ada yang sampai menyesatkan usaha dakwah ini kerana hal-hal diatas. Padahal perselisihan perkara-perkara diatas sememangnya telah wujud sebelum Hazrat Maulana Muhammad Ilyas Kandahlawi Rahimahullah memulakan usaha dakwah ini di Mewat pada tahun 1920an.
Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar di
http://tablighijamaattruth.blogspot.in/p/salafi-points.html?m=1
Marilah kita sama-sama berlapang dada dan meletakkan kepentingan agama dan ummat dihadapan kita. Perbezaan pendapat tetap dan akan sentiasa wujud dikalangan ummat ini, tetapi janganlah kerana perbezaan ini, kita meninggalkan usaha agar agama Allah ini dapat ditinggikan, agar ummat ini kembali kepada Allah dan mentaatinya, dan agar seluruh manusia beriman dengan Allah dan beramal dengan Sunnah Rasulullah sehingga semuanya selamat didunia dan akhirat. Inilah tujuan utama nabi-nabi dihantar, dan kita ummat Nabi Sallallahu alaihi wa sallam dipertanggungjawabkan untuk menyambung usaha nabi-nabi ini.
No comments:
Post a Comment