Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, December 30, 2015

MENELITI HADIS DHAIF, MEMAHAMI HADIS MAUDHU

MENELITI HADIS DHAIF, MEMAHAMI HADIS MAUDHU
Pada zaman fitnah ini, ramai manusia yang berlagak 'Muhadith', bermudah-mudah menghukum sesuatu hadis itu maudhu atau dhaif.
- Mereka mengambil satu pandangan muhadith dan meninggalkan pandangan lain.
Sedangkan di sisi muhadithin muktabar ada beberapa kaedah untuk mengambil pendapat ulama yang menghukum hadith itu dhaif atau maudhu.Antaranya:
1) Apabila salah seorang antara dua orang muhaddis mempunyai sikap terlalu ketat dalam kajian hadis (tasyadud) sementara seorang lagi mempunyai sikap sederhana (mu’tadil).-- Maka pendapat yang sederhana itu akan ditarjihkan seperti Ibnu Jauzi adalah mutasyadid sementara Ibnu Hajar mu’tadil maka Ibnu Hajar diutamakan.
2) Ibnu Hajar berkata bahawa mengikut peredaran masa ada empat generasi (tabaqat) dalam kalangan Imam-Imam Pengkritik atau Pengesah Sanad (Aimmah al-Jarh wa al-Ta’dil).
3) Al-Hafiz Ibnu Hajar mengemukakan siapa Mutasyadid (bersikap terlampau ketat) dan siapa pula Mu’tadil (bersikap sederhana) pada tabaqat (generasi) itu:
i) Tabaqat Pertama: Syu’bah dan Sufyan al-Thauri. Syu’bah adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
ii) Tabaqat Kedua: Yahya bin Said al-Qattan dan Abdul Rahman bin Mahdi. Maka Yahya adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
iii) Tabaqat Ketiga: Yahya bin Ma’in dan Ali bin al-Madini. Maka Yahya bin Ma’in adalah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
iv) Tabaqat Keempat: Ibnu Abi Hatim dan Imam Bukhari. Imam Abi Hatim adalaah pengkritik yang mempunyai sikap tasyadud.
4) Oleh itu, apabila didapati perselisihan di antara mereka maka hendaklah mengambil qaul (pendapat) yang sederhana atau pertengahan dan meninggalkan qaul yang tasyadud.
5) Syeikh Abdul Haiyi Lakhnawi berkata, kemudian daripada tabaqat yang empat ialah Ibnu Jauzi, al-Hafiz Sakhani dan Ibnu Taimiyyah dianggap mutasyadid
- dan al-Hafiz Ibnu Hajar, al-Hafiz Iraqi dan al-Hafiz Zaila’i dianggap mutawassit dan mu’tadil dan pendapat mereka ini akan diutamakan.
___________________________________
Untuk memastikan sesuatu hadis maudhu atau tidak, terdapat beberapa kitab yang perlu diteliti:
1) Pada peringkat awal, kitab yang menghimpunkan hadith maudhuk membincangkan mengenai rawi-rawi yang lemah dan memberi peringatan riwayat-riwayat dhaif dan maudhuk dari mereka seperti:
* Al Kamil Ibn 'Adi
* Al Dhuafa' Imam 'Uqaili
* Al Batiil Imam Juzqani
2) Setelah itu, Imam Ibnu Jauzi Al Asyari telah menulis kitab Al-Maudhu'at Al-Kubra berbentuk susunan bab hadith.
> Ia menyatakan kekurangan dalam sanad dan menyatakan perawi yang meriwayatkan hadis maudhu dan sebagainya.
> Namun, ulama muhadithin sepakat menyuarakan bahawa Imam Jauzi ada seorang muhadith yang amat keras menentukan hadith maudhu (tasyadud)
> Sikap tasyadud ini mendorong Imam besar ini memaudhukan satu hadith dalam Sahih Bukhari, 23 hadith dalam Sunan Tirmidzi dan sebahagian besar hadith dalam Musnad Ahmad.
> Kemudian, datang Amirul Mukminin fil Hadith Imam Ibnu Hajar Al Asqalani terpaksa menjawab dan mengangkat kembali darjat hadith yang ditentukan maudhu oleh Imam Ibnu Jauzi
3) Selepas itu, muncul Allamah Imam Ibnu Iraq menghimpunkan dan mengkaji halus setiap hadith yang dikemukakan sebagai maudhu melalui kitab yang ditulis oleh:
i- Imam Ibnu Jauzi
ii- Imam Juzqani
iii- Imam Uqaili
iv- Imam Ibnu Adi
v- Syeikhul Islam Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
vi- Al-Hafiz Imam Suyuthi
vii- Mulla Ali Al-Qari
=> Berdasarkan 7 kitab ini, Imam Ibnu Iraq memilih hadis-hadis yang benar- benar maudhu yang disepakati oleh Jumhur Muhadithin muktabar lagi adil sahaja. MAKA lahirlah kitabnya yang bernama:
(Tanzih Al-Syariah Al-Marfu'ah ann Al-Ahadith Al-Syaniah Al-Maudhuah)
* Kitab ini merupakan kitab terbaik untuk meneliti sesuatu hadith itu benar-benar maudhuk atau tidak. Setiap dakwaan Wahabi tentang hadis maudhuk perlu ditimbang tara dengan kitab ini untuk memastikan darjat hadith itu.
(Semua maklumat ini diperolehi daripada Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi)
Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)

Friday, December 18, 2015

SIAPA YANG BID'AH DAN SESAT..???

SIAPA YANG BID'AH DAN SESAT..???
Kau bilang Jama'ah Tabligh itu bid'ah...
Ternyata si jama'ah bid'ah itu jadi sabab ribuan manusia jadi hafidz hafidz Quran...
Kau bilang jema'ah Tabligh itu bid'ah...
Ternyata si Jama'ah bid'ah itu jadi sabab ribuan manusia jadi 'Alim 'Alim ulama...
Kau bilang jama'ah Tabligh itu sesat...
Ternyata si Jama'ah bid'ah itu jadi sabab ribuan preman jadi ahli ahli ta'at..
Kau bilang jama'ah Tabligh itu bid'ah...
Ternyata si jama'ah Bid'ah itu jadi sabab ratusan gereja jadi masjid...
Kau bilang jama'ah Tabligh itu Bid'ah...
Ternyata si jama'ah Bid'ah itu jadi sabab ribuan orang orang kafir jadi para mu'allaf...
Jadi sebetulnya siapakah yang Bid'ah...???
Tidak sadarkan kau wahai saudaraku...
Sebetulnya noda noda hitam yang ada pada kaca mata hatimulah yang menjadikan gelap setiap apa yang dipandang olehmu...
Sadarlah wahai saudaraku...
Sebetulnya bukan kegelapan yang ada dihadapanmu..
Tetapi ianya adalah cahaya yang selama ini kau anggap sebuah kegelapan karena gelapnya hatimu...
Sadarlah wahai saudaraku...
Kelak hati yang diterima disisi-Nya adalah hati yang selamat dari penyakit penyakitnya...
Hati yang bersih dan suci dari noda noda hitam...
Itulah Qolbun Salim...
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ * إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ "
Wahai saudaraku inilah usaha Dakwah...
Usaha atas hati hati manusia....
Agar setiap kita datang menghadap Allah dengan membawa Qolbun Salim...


Sunday, December 13, 2015

MENJAWAB KRITIKAN "AHLI HADIS" TERHADAP KITAB SYAIKHUL HADIS

DI SINI DIMUATKAN HASIL KAJIAN TERHADAP
~ FADHAIL SOLAH
~ FADHAIL ZIKIR
FADHAIL SOLAH
Berikut merupakan kesimpulan daripada “Kajian 40 Hadith di dalam Kitab Fadāil al-Solah” oleh al-Allāmah al-Muhaddith al-Syeikh Muhammad Zakariyā al-Kandahlawī yang dihasilkan oleh para pelajar Ilmu Hadis di bawah bimbingan Dr. Asmadi Sakat (UKM):
Berdasarkan kepada latar belakang pengarang, beliau merupakan seorang ulama yang terkenal di dalam bidang hadis sehingga beliau digelar sebagai Ra’is al-Syeikh al-Allamah al-Muhaddith.
Maulana Muhammad Zakariya memiliki 2 manhaj dan metode penulisan iaitu manhaj penulisan untuk orang awam dan manhaj penulisan untuk alim ulama yang mana setiap daripada kedua-duanya memiliki kaedah dan caranya yang tersendiri dalam menyampaikan penulisan.
Dalam permasalahan hadith dhaif, beliau berpegang dengan pendapat jumhur muhaddith bahawa harus menyebut hadith dhaif tanpa menyebut keterangan sebab kelemahannya dengan syarat hadith tersebut tidak bersangkut atau ada kaitan dengan permasalahan aqidah, halal dan haram, hukum-hukum syariah. Juga untuk pengajaran, taghrib dan tarhib, kelebihan-kelebihan amal dan yang seumpama dengannya. Boleh beramal dengan hadith dhaif hanya dalam urusan fadāil (kelebihan-kelebihan amal), al-manāqib, al-targhib wa al-tarhīb (galakan kepada amalan dan ancaman meninggalkan amalan) sahaja dan tidak boleh beramal dengannya dalam urusan halal dan haram terutamanya urusan aqidah.
Para ulama hadith telah sebulat suara bahawa terdapat hadith yang boleh dinaik taraf martabat atau statusnya ke satu taraf yang lebih tinggi dari martabatnya yang asal dengan syarat kelemahan hadith tersebut hendaklah lemah yang sederhana.
Jenis-jenis hadith yang boleh dinaik taraf martabatnya kepada darjat yang lebih tinggi daripada darjatnya yang asal ialah al-hadith al-hasan lizatih, al-hasan li ghairih, al-mu’allaq, al-mursal, al-mu’dal, al-munqati’, almudallas, al-mursal al-khafie, hadith majhul al-hal, hadith majhul al-‘ain, hadith al-mubham hadith al-mukhtalit, hadith al-mutalaqqin.
Hadith daripada perawi yang berdusta, dituduh sebagai pendusta, fasiq, hadith al-syaz dan hadith al-ma’lul merupakan klasifikasi-klasifikasi hadith yang tidak dapat dinaik taraf kedudukannya kepada hasan li ghairih disebabkan terlalu lemah dan riwayat-riwayat yang lain tidak dapat mengangkatnya kepada kedudukan yang lebih tinggai dari kedudukannya yang asal.
Jenis-jenis hadith yang tidak boleh dinaik taraf ialah hadith mawdu’ , hadith al-matruk, hadith al-munkar, hadith al-syaz dengan jenis-jenis iaitu almudraj, al-mudtarib, al-musahhaf, al-muharraf dan al-ma’lul.
Dapatan daripada penelitian penulis, daripada 40 hadith yang terdapat di dalam Fadāil al-Solah hadith yang berstatus sahih ialah hadith 1, 3, 11, 12, 14, 18, 19, 20, 24, 25, 27 dan 32. Hadith yang berstatus hasan ialah hadith 2, 4, 6, 7, 21, 22, 23, 28 dan 31. Hadith yang berstatus hasan selepas dikuatkan dengan riwayat sokongan ialah hadith 5, 8, 9 dan 10. Hadith yang berstatus dhaif tetapi boleh digunakan dalam konteks al-tarhīb ialah hadith 13, 16, 17, 26 dan 29. Kata-kata ulama yang terdapat di dalam kitab ini yang mana sesuai bagi tujuan al-tarhīb ialah hadith 15. Hadith yang ke 30 penulis tawaqufkan penilaian terhadapnya kerana tidak menemui kitab asal bagi hadith tersebut.
Saranan Dan Cadangan
Semua pihak termasuk para ulama dan ahli agama seharusnya memberi perhatian dan mengambil berat mengenai metode hadith mutāba’at dan syawāhid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih.
Daripada penganalisaan yang telah dibuat, penulis mendapati jumhur ulama di dalam beramal dengan hadis dhaif mengenakan beberapa syarat tertentu. Lantaran itu, janganlah terlalu cepat menolak sesuatu hadis disebabkan kelemahannya kerana kadangkala apa yang dikatakan sebagai kelemahan itu hanyalah pada sanadnya sahaja sedangkan matannya sahih dan selari dengan nas al-Quran atau dibantu oleh hadis sahih yang lain atau terdapat hadis lain daripada jalan riwayat yang lain yang boleh meningkatkan kedudukan hadis tersebut.
Berdasarkan kajian penulis terhadap buku karangan Mawlana Zakariya penulis mendapati terdapat beberapa buah hadith dhaif yang terkandung di dalam buku tersebut. Namun begitu hadith dhaif yang dikemukakan oleh beliau tidak terlalu dhaif dan tidak bercanggah dengan dalil-dalil syariat. Di samping itu beliau juga telah mengemukakan dalil-dalil samada dari al-Quran atau alsunnah yang lain untuk menyokong dan mengukuhkan hadith yang utama.
Penulis juga mendapati bahawa pengarang telah mengikuti metodologi para ulama hadis yang terdahulu dalam mengukuhkan hadith. Pengunaan hadith dhaif oleh beliau dalam kitabnya tidak bercanggah dengan syarat para ulama hadith yang terdahulu. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan bahawa kitab-kitab karangan beliau tidak boleh dipakai adalah tidak benar dan tidak berasas.
Umat Islam seharusnya mengelakkan serta menjauhkan diri daripada mengeluarkan sesuatu kenyataan yang mengelirukan sekiranya perkara tersebut berada di luar kepakaran dan pengetahuan mereka.
Cadangan penulis kepada sesiapa yang ingin membuat kajian mengenai tajuk ini hendaklah memahami manhaj dan metode yang digunapakai oleh al-Kandahlawī serta menguasai kitab-kitab sumber asli bagi menjadikan kajian tersebut lebih berkualiti dan bermutu tinggi.
Kesimpulan
Pengaplikasian metode hadith mutāba’at dan syawahid sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dhaif kepada hasan li ghairih merupakan manhaj yang digunapakai oleh al-Kandahlawī dan ulama sebelumnya dalam bidang penulisan hadith. Cara ini dilakukan menunjukkan kealiman dan kepakaran beliau di dalam bidang hadith. Sehubungan dengan itu manhaj ini boleh digunapakai sekiranya seseorang itu benar-benar mahir dalam bidang takhrij hadith.
FADHAIL ZIKIR
Selain Kitab Fadhail Solah, kitab Fadhail Zikir juga telah disemak di bawah seliaan Dr. Asmadi.
HASIL KAJIAN TERHADAP FADILAT ZIKIR (SALAH SATU KITAB DALAM HIMPUNAN FADILAT AMAL)
Setelah selesai kajian terhadap 40 hadith di dalam kitab Fadilat al-Dhikr, penulis dapat membuat beberapa kesimpulan, iaitu:-
1. Penulis mendapati pengarang hanya merujuk kepada sumber yang asal iaitu pengarang memetik hadith daripada kitab-kitab yang dikarang oleh ulama’ hadith yang muktabar seperti al-Bukhari, Muslim, al-Tirmidhi, Abu Dawud, al-Nasa’i, Imam Ahmad dan yang lain tanpa merujuk kepada hadith bukan daripada sumber asal. Antara implikasi menukilkan hadith bukan daripada sumber asal iaitu kitab-kitab hadith ialah tidak dapat memastikan kesahihan sesuatu hadith secara pasti, malah hanya berdasarkan keyakinan kepada pengarang yang dirujuk.
2. Dalam penulisan hadith pengarang mengunakan kaedah meletak sanad, matan dan hukum hadith tersebut. Dalam meriwayatkan dan menukilkan sesebuah hadith dalam kitabnya beliau akan menyatakan sanad hadith tersebut dari pembuku hadith sehinggalah kepada Rasulullah s.a.w seperti dalam kitabnya Awjaz al-Masalik, selepas menyatakan matan hadith tersebut beliau menjelaskan jenis dan hukum hadith tersebut samada mursal, munqati', daif, sahih dan sebagainya.
3. Pengarang memilih hadith dari hadith sahih hingga hadith yang berstatus daif, namun demikian, penulis tidak mengesan walau satu pun hadith yang berstatus mawduk iaitu berstatus palsu.
4. Walaupun satu-satu hadith berstatus daif yang dipetik pengarang, namun setiap hadith tersebut mempunyai riwayat mutābaat dan syawahid yang berfungsi sebagai riwayat sokongan yang menjadi salah satu faktor pemangkin kenaikan taraf hadith yang berstatus dacif kepada hasan li ghairih. Ini merupakan antara tujuan asal kajian ini dibuat iaitu untuk mengenalpasti dan mengkaji metod penulisan dan penyusunan kitab oleh Shaykh al-Hadith Mawlānā Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi.
5. Shaykh al-Hadith Mawlānā Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi berpegang kepada pendapat jumhur yang membolehkan penggunaan hadis daif untuk Fadhail Amal.
Penukilan hadith daripada sudut sumber
1. Sumber daripada kitab hadith
Hasil kajian mendapati 40 buah hadith atau 100% dinuqil dari kitab-kitab hadith. Walaubagaimanapun, dua kitab hadith utama iaitu sahih al-Bukhari atau sahih Muslim tidak dinyatakan disini kerana seperti yang dinyatakan sebelum ini, penulis tidak memetik hadith dari dua kitab sahih ini kerana tumpuan hanya diberikan kepada sanad-sanad selain sanad dari Imam al-Bukhari atau Imam Muslim sahaja. Jumlah keseluruhan hadith dari kitab Fadilat al-Dhikr berjumlah 80 hadith dan hampir keseluruhan 40 hadith yang tidak dipetik oleh penulis adalah merupakan sumber daripada dua kitab sahih ini.
Berikut adalah perincian hadith yang dikaji:
i. Sunan al-Tirmidhi hadith bernombor 1, 2, 9, 13, 14, 17, 30, 31, 34 dan 40.
ii. Musnad Ahmad hadith bernombor 6, 7, 11, 12, 18, 20, 27, 35 dan 37.
iii. al-Mucjam al-kabir oleh al-Tabrani hadith bernombor 3, 4, 21, 22, 26 dan 28.
iv. Sunan ibn Majah hadith bernombor 24, 29, 32, 38 dan 39.
v. Sunan al-Nasa’i hadith bernombor 15 dan 36.
vi. Mustadrak al-Hakim hadith bernombor 16 dan 33.
vii. Musnad Abu Yala hadith bernombor 19 dan 25.
Status hadith
Analisis terhadap 40 hadith di dalam kitab ini mengikut hukum setiap hadith dapat dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:-
i. hadith Sahih 14 hadith iaitu 35%
ii. hadith Hasan 13 hadith iaitu 32.5%
iii. hadith Daif 13 hadith iaitu 32.5%
iv. hadith Mawdu 0 hadith iaitu 0%
Kesimpulan Dan Saranan
Fadilat al-Dhikr merupakan satu bahagian dari kitab fadilat amal yang digunakan oleh pengikut jemmah Tabligh di seluruh dunia dan kitab ini telah diterjemah hampir kesemua bahasa di dunia ini.
Hasil kajian daripada 40 hadith dalam kitab ini, didapati bahawa jumlah bilangan hadith Sahih dan hadith Hasan berjumlah 27 hadith, jumlah ini tidak termasuk hadith baki 40 hadith yang tidak sempat dikaji oleh penulis iaitu majoriti hadith tersebut dinuqil dari dua kitab hadith utama hadith iaitu sahih al-Bukhari atau sahih Muslim. Setelah kajian ini dibuat, tiada satu pun hadith mawduk yang dapat dijumpai, ini bermakna tiada masalah bagi kita semua untuk terus membaca dan membuat kajian tentang kitab ini lagi.
Penulis ingin memberikan beberapa cadangan dan saranan iaitu:
1. Kitab ini hendaklah dijadikan bahan wajib bacaan harian samada dibaca dirumah,masjid atau disurau kerana kitab ini hanya membicarakan tentang kelebihan amal dan galakan dalam beribadat tanpa menyentuh isu-isu khilafiah yang hanya layak dibicarakan oleh alim ulama’ sahaja. Selain itu, Shaykh al-Hadith Mawlānā Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi mensyarahkan sesuatu hadith menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami oleh orang awam dalam memahami maksud hadith.
2. Mengadakan seminar dan diskusi karya tulisan Shaykh al-Hadith Mawlānā Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi bagi mendedahkan kepentingan pengajian hadith secara riwayah dan dirayah kepada ulama semasa dan masyarakat.
3. Mewujudkan Jawatankuasa Khas bagi mengumpulkan kajian mengenai semua hadith kitab ini seterusnya dicetak dengan menyertakan ulasan mengenai setiap hadith berkaitan.
4. Kajian takhrij hadith perlu didedahkan kepada masyarakat dengan mengeluarkan artikel-artikel berkaitan didalam majalah dan akhbar.
Akhirnya penulis memohon beribu kemaafan di atas segala kekurangan yang ada di dalam kajian ini. Penulis berpendirian bahawa pendapat penulis yang terdapat dalam kajian ini sekiranya bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadith-hadith Nabi SAW yang sahih, maka penulis kembali merujuk kepada kedua-duanya. Penulis juga bersedia menerima sebarang teguran dan pandangan untuk kebaikan bersama serta Islam yang tercinta ini.
Semoga kajian ini dengan izin Allah SWT dapat memberi manfaat kepada pencinta ilmu dan umat Islam di seluruh dunia serta menjadi amalan jariah kepada penulisnya.
Oleh: Ustaz Faris Alwi
MORAL
Sebelum kitab ini disebarkan kepada umum, ianya telah disemak oleh para ulama Deobandi terutama di Mazahirul Ulum Sahanranpur.
Adapun persoalan, mengapa kitab ini dikatakan mengandungi hadis palsu, ianya adalah kerana ahli hadis yang berpegang kepada pendapat yang syadid (keras) sedangkan ada ulama hadis meletakkan hadis itu sebagai dhaif, bukan palsu.
Telah hampir 60 tahun kitab ini dijadikan sebagai bacaan untuk tujuan TARGHIB (galakan) dan TARHIB (ancaman). Maka, telah berjuta-juta manusia telah mendapat kesedaran akan kepentingan mendirikan solat berjemaah di masjid pada awal waktu, melazimi bacaan al Quran dan menghantar anak ke madrasah untuk belajar alim dan menjadi hafiz.
Banyak lagi jasa kitab ini kepada umat Islam.
(Sumber: Daripada Kajian yang dijalankan oleh pelajar ilmu hadis Jabatan al-Quran dan as-Sunnah di bawah seliaan Dr. Asmadi Sakat)

Friday, June 5, 2015

Maulana Zakariyya Rahimahullah dikuburkan di Baqi'

Al-‘Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Usuuli al-Muhadith-ul-asr Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dikebumikan di perkuburan Baqi',bersebelahan dengan kubur Imam Mujtahid Mutlak Al-Imam Malik bin Anas rah dan beliau jugalah telah mensyarahkan kitab Muwatta Imam Malik yang di beri judul Aujazul Masalik Ila Muwatta Imam Malik sebanyak 16 jilid.
Bukankah Rasul saw telah memberi satu jaminan kepada mereka-mereka yang meninggal di perkuburan Baqi' (Madinah)?
Antara jaminan Rasul saw ialah "Dari Ibn Umar r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw : Siapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah,maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi SYAFAAT kepada mereka yang mati di sana.(Riwayat Tirmizi dan al-Nasai)
Seorang pemuda telah datang berjumpa Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah dan berkata "Hampir separuh daripada badan ibu saya sudah lumpuh (tidak dapat bergerak) dan Ibu saya telah mengalami penderitaan yang sangat teruk dan berpanjangan dalam hidupnya sehingga menyebabkan beliau mengalami keadaan yang sangat sukar untuk meneruskan kehidupannya.Hal ini adalah kerana Ibu saya telah menghina tuan (Maulana Zakariyya Kandhalawi rah) dan Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani rah ,saya telah datang bertemu dengan tuan adalah kerana saya ingin memohon kepada tuan supaya dapat memaafkan kesalahan dan perbuatan ibu saya."
Maulana Zakariyya Kandhalawi rah berkata : " Pergilah,sesungguhnya saya telah memaafkan kesalahan dan perbuatannya (ibu) dan saya juga telah memaafkan kesalahan dan perbuatan beliau bagi pihak Maulana Husain Ahmad Madani rah."
Lalu pemuda itu pun kemudian beredar meninggalkan Maulana Zakariyya Kandhalawi rah untuk pulang ke rumahnya.Setibanya pemuda ini di rumah,beliau mendapati bahawa ibunya telah meninggal dunia dalam keadaan yang mudah.[1]
Pengajaran daripada kisah di atas:
Oleh hal yang sedemikian dapatlah kita dapat fahami bahawa adalah tersangat bahaya untuk bercakap/menghina yang buruk-buruk terhadap orang-orang soleh,para ulamak dan wali-wali Allah swt yang mana pasti akan mendatang kemurkaan daripada Allah swt.
Hal ini telah di tegas oleh Allah swt di dalam firmannya dalam hadith Qudsi "مَنْ آذَىْ لِىْ وَلِـيًّا فَقَدْ آذَنْتُ لَهُ بِحَرْبٍ " (Siapa yang menyakiti waliKu,maka Aku isytiharkan perang buat dirinya.) (Riwayat Bukhari)
Baru-baru ini saya telah di tunjukan satu kenyataan beberapa orang individu yang sangat biadap dan jelek akhlaknya. Mereka menghina dan meragui status aqidah Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah,kebinasaan apakah yang mereka sedang ciptakan.
Wahai Allah,daku serahkan mereka ini kepadamu sebagai perhitungan.
Rujukan [1]. Malfuzat Faqihul Ummat Mufti Mahmud Hasan Gangohi,Jilid 2,halaman 470.

Qutbul Aqtab, Syaikhul Hadith, Ra'isul Muhaddithin Allamah, 
Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi Muhajir Madani Rahmatullah alaih



Thursday, June 4, 2015

Makna Khalifah: Luaran dan Dalaman

Terkait Khilafah, Habib Umar bin Hafidz menjelaskan secara panjang yang InsyaAllah mampu mengobati dahaga kaum Muslimin yang ingin mengetahui tentang Khilafah, apa yang terpenting bagi umat Islam dan bagaimana sikap umat Islam?.Berikut penjelasannya:

Tentang khilafah, kerancuan pada dua hal yang amat penting. Pertama, penyempitan makna khilafah, yang hanya pada pelaksanaan hukumIslam melalui kekuasaan. Yang kedua, pandangan atas wajibnya menegakkankhilafah ketika sudah ada pemerintahan di tengah-tengah umat.
Mengenai yang pertama, perlu ditegaskan bahwa kata“khilafah” bila dikaitkan dengan agama dan syariat, maknanya tak hanya terbataspada konteks kekuasaan dengan segala penerapan hukum-hukum publik, sebagaimanamakna khilafah secara etimologis yang memang jauh lebih luas.

Al Qur’an menggunakan kata ini, bahkan untuk orang yangberbuat buruk, orang yang menyimpang dari jalan yang benar, juga generasi yangdatang setelah para nabi dan rasul, seperti pada ayat,

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيّاً
“Maka datanglah sesudahmereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan mengikuti hawanafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan.” (QS.19 : 59).

Jadi, mereka adalah generasi pengganti yang tinggal di tempat orang-orang sebelumnya, namunmereka tidak mengikuti prinsip dan perilaku generasi sebelumnya. Sehingga,makna khilafah adalah pergantian seseorang terhadap orang lain dalam konteksapapun.

Mengenai kaitan khilafah dengan urusan agama, juga perludipahami bahwa khilafah yang diagungkan dan dinyatakan Allah sebagaikeistimewaan khusus Nabi Adam dan anak-cucunya, dalam firman-Nya,

إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (QS.2 : 30), adalah khilafah ruhaniah, keagamaan, dan ketuhanan, bukan sebatas otoritas politik yang mengatur urusan-urusan lahiriah.

Khilafah tersebut terkait erat dengan tugas mengemban amanah sesuai kapasitas dan kemampuan seseorang, dalam konteks menegakkan kebenaran, yaitu syari’at yang telah ditetapkan Allah pada makhluk-Nya. Inilah khilafah yang disinggung dalam Al-Qur-an, ketika meletakkan nenek moyang kita, Nabi Adam AS ke bumi,

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى
“Maka jika datang kepadamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, ia tak akan tersesat dan tidak akan celaka.”(QS.20 : 123).

Mengamalkan tuntutan Allah, melaksanakan perintah, dan menghindari larangan-Nya, itulah arti khilafah yang telah ditugaskan Allah kepada Nabi Adam. Nabi Adam turun padahal di bumi belum ada bangsa apapun yang bisa menjadi obyek kekuasaan. Ia hanya disertai Ibu Hawa. Lalu, mulai lahirlah putra-putra dari keluarga Adam. Ia menjalani posisinya sebagai orang pertama yang memegang khilafah sebelum adanya bentuk pemerintahan dan kekuasaan publik. Sejarah terus berlangsung dalam wilayah keluarga itu, yaitu Adam dan putra-putranya. Merekalah yang menghuni bumi.

Lalu keturunannya mulai banyak. Nabi Syits, putra AdamAS, menggantikannya memegang tampuk khilafah. Ia menerima kenabian dan amanat untuk melaksanakan ikrar manusia kepada Allah.

Khilafah merupakantugas masing-masing diri kita. Tak ada alasan bagi siapapun untuk menganggapremeh hal ini, hingga melalaikan dan meninggalkannya lantaran ketiadaansembol-simbol fisik khilafah (kekuasaan).

“Melepas Khilafah”

Jika dikaitkan dengan salah satu jenis kekhilafahan agung Nabi Muhammad SAW, khilafah adalah terwujudnya penerapan hukum secara umum, karena kekuasaan dipegang oleh orang-orang jujur, lurus, dan mendapat petunjuk. Beliau kabarkan, khilafah ini hanya berlangsung 30 tahun terhitung sejak beliau wafat. Ini salah satu mukjizat yang menunjukkan kebenaran beliau sebagai Nabi.

Rasulullah SAW menyebut batas waktu. Tatkala masa 30 tahun itu telah usai dan khilafah semacam ini telah hilang, beliau tidak memberi perintah,“Memberontaklah kepada parapenguasa, perbaiki berbagai masalah, berjuanglah untuk mengganti mereka dengan orang-orang yang mirip dengan masa 30 tahun itu!” Rasulullah SAW tidak memerintahkan itu. Bahkan, meski dalam haditsnya beliau memberi isyarat bahwa cengkeraman kerajaan akan berlangsung lama. Dalam sebagian riwayat, beliau menyebutnya adhudh (kekuasaan yang suka menggigit).

Dalam kitab Musnad-nya Imam Ahmad, juga dalam Al-Mustadrak ‘ala Ash-Shahihaian karya Al-Hakim, disebutkan, Rasulullah SAW bersabda, “Khilafah sepeninggalku 30 tahun, kemudian menjadi kerajaan.” (HR.Ahmad)

Mari kita cermati sabda beliau yang menyebutkan secara jelas periode khilafah ini. Ternyata, Ali KWH dibunuh pada bulan Ramadhan, sementara Rasulullah wafat pada bulan Rabi’ul Awwal. Untuk sampai 30 tahun, masih ada jeda enam bulan. Masa enam bulan inilah masa kepemimpinan Al-Hasan bin ‘Ali RA, cucunda Nabi, hingga ia mundur dari khilafah pada bulan Rabi’ul Awwal, persis di akhir masa 30 tahun sebagaimana disebutkan Rasulullah SAW. Lagi-lagi ini merupakan salah satu tanda kenabian, mukjizat agung Rasulullah Muhammad SAW, sekaligus pemberitahuan beliau mengenai hal-halrahasia (ghaib) yang beliau dapat dari Allah SWT.

Di Al-Mustadrak juga ada riwayat yang dinyatakan shahih oleh Adz-Dzahabi : Setelah Al-Hasan mundur sebagai khalifah, ada orang berkata kepadanya,“Orang-orang berkata bahwa Anda menginginkan khilafah.”

Al-Hasan menoleh kepada orang itu. Ia berkata, “Aku meninggalkan jabatan khalifah pada saat orang-orang kuat berada di tanganku. Mereka mengikuti perintahku, siap memerangi orang yang aku perangi dan berdamai dengan orang yang berdamai denganku. (Aku meninggalkan khilafah) karena untuk mencari ridha Tuhanku dan menghindarkan pertumpahan darah sesama muslimin. Lalu, apakah aku akan berupaya mendapatkan khilafah dengan keputus-asaan orang-orang Hijaz. Pergilah, aku tidak menginginkan khilafah itu.” Kisah ini memiliki sanad riwayat yang shahih melalui mata rantai para perawi yang dipercaya oleh Al-Bukhari dan Muslim.

Dalam kisah ini terdapat sebuah penjelasan bahwa mundur dari khalifah pada saat terjadinya perpecahan adalah khalifah sejati. Khalifah hakiki yang diajarkan Nabi ini bersemayam dengan sempurna dalam diri Al-Hasan bin ‘Ali. Dengan menyerahkan kekuasaan lahiriah, tidak berarti warisan Nabi menjadi berkurang pada dirinya, tidak berarti ada kekurangan pada posisinya sebagai pengganti kakeknya, Muhammad SAW. Justru dengan demikian, Al-Hasan menampakkan ciri khas yang paling agung dari kekhilafahan Rasulullah SAW, yaitu dalam wilayah ilmu, taqwa, pekerti, belas kasih, dan perhatian terhadap umat.

Karena itu, sangatlah layak apa yang disabdakan Rasulullah SAW mengenai Sayyidina Hasan, “Sungguh anakku (cucuku) ini adalah seorang pemimpin. Allah akan mendamaikan dua kubu besar kaum muslimin dengan perantaranya.”(HR.Bukhari)

Pandangan Nabawiyyah

Dalam hadits tadi dijeLaskan bahwa Nabi mengabarkan, “Masa setelah itu kekuasaan berada di tangan para penguasa yang berbuat hal-hal yang kalian (para sahabat) ingkari. Kalian melihat mereka tidak teguh dalam mengikuti ajaran Islam.”

Mereka (para sahabat) bertanya, “Apa yang engkau (ya Rasulullah) perintahkan kepada kami? Haruskah kami membuat kekhalifahan baru, pemerintahan lain, dan berjuang untuk menyingkirkan mereka?”

Nabi SAW bersabda, “Kalian harus patuh dan taat (kepada pemimpin kalian).”(HR.Bukhari dan Ahmad)

Siapa yangmenegaskan hal ini?

Ini bukan gagasan kelompok-kelompok tertentu dalam Islam. Ini adalah arahan dari pemegang kenabian dan kerasulan, seorang yang menerima wahyu dari Allah SWT.

Lalu, sampai kapan kami harus patuh pada pemimpin?

“Sampai yang menjadi pemimpin kalian adalah orang yang jelas-jelas kafir, sudah tidak mungkin ditakwil bahwa dia adalah seorang muslim. Atau, orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, mengingkari ajaran-ajaran pokok agama yang sudah pasti. Iasecara terang-terangan memusuhi agama dan melanggarnya.”

Dalam sebuah hadits disebutkan, “Hingga kalian melihat kekufuran yang sangat jelas.” (HR.Bukhari, Muslim, Ahmad, dan Baihaqi). Dalam riwayat yang lain,“Selagi mereka masih menegakkan shalat di tengah-tengah kalian.” (HR.Muslim, Ad-Darimi, dan Baihaqi). Pada riwayat lainnya, “Berikanlah kepada mereka apa yang menjadi hak mereka. Mintalah kepada Allah apa yang menjadi hak kalian (karena mereka sudah tidak berlaku adil kepada kalian dan tidak memberikan hak-hak kalian)”. (HR.Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmidzi)

Batasan-batasan itulah yang Rasulullah sampaikan kepada kita.

Memahami Realitas yang Berbeda

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW berdo’a, “Ya Allah, curahkanlah rahmat kepada parakhalifah/penggantiku.”

Ketika beliau ditanya, siapa para khalifah itu, beliau tidak menggunakan pengertian khilafah seperti saat beliau bersabda “Khilafah setelahku berlangsung selama 30 tahun”, tapi beliau menggunakan pengertian lain tentang khilafah, yaitu khilafah keagamaan. Beliau bersabda, “Orang-orang yang hidup sepeninggalku, mereka meriwayatkan hadits-haditku dan mengajarkannya kepada manusia.”

Beliau menyatakan,orang-orang yang memiliki perhatian tinggi terhadap sunnah beliau dan mengajarkannya kepada orang lain adalah para khalifah para penerus beliau.

Hal itu diperkuat oleh hadits tentang ulama yang menjadi pewaris para nabi. Juga, sebagaimana disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahwa isi dari lafal Ulul Amri yang disebutkan di sebagian ayat adalah para ulama, orang-orang yang dianugerahi ilmu syari’at dan menjadi pemikul amanat ilmu syari’at tersebut. Misalnya, ayat,

وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ
“...dan kalau mereka menyerahkannya kepada rasul dan ulil amri diantara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat)mengetahuinya dari mereka (rasul dan ulil amri).” (QS. 4 : 83). Menurut pendapatpara mufassir, yang dimaksud ulil-amri disini adalah ulama. Sebagaimana jugadalam firman Allah,

أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ
“...taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan Ulil-Maridiantara kalian.” (QS.4 : 59)

Sementara, mengenai kekuasaan lahiriah, hukumnya dalam syari’at adalah , “Bila mereka memerintah dengan baik, jadi baik bagi mereka dan bagi kalian. Jika mereka memerintah dengan buruk, jadi baik bagi kalian dan jadi buruk bagi mereka.” (HR.Thabrani)

Jadi, dari sunnah Rasulullah SAW, kita bisa melakukan pemilahan terhadap dua sikap. Pertama, meninggalkan khilafah untuk menjaga kemaslahatan kaum muslimin karena memperhatikan kondisi nyata mereka. Kedua, menolak untuk meninggalkan jabatan khalifah hanya karena tuntutan dari orang-orang bodoh atau menyerahkannya kepada orang yang tidak layak, dengan catatan hal itu tidak menimbulkan kekacauan. Yang kedua inilah yang disabdakan Rasulullah SAW kepada Sayyidina Utsman.

Perhatikanlah, Rasulullah SAW memuji cucunya, Al-Hasan, karena rela melepas kekhilafahan lahiriah demi kebaikan kaum muslimin. Di sisi lain, beliau bersabda kepada Sayyidina Utsman RA, “Mereka hendak melepas baju yang dipakaian Allah kepadamu. Jangan turuti mereka hingga engkau menyusulku.” (HR.Thabrani)

Ada beberapa orang yang datang kepada Utsman RA, memintanya untuk mundur dari khalifah. Ternyata, mereka bukan orang yang layak untuk menggantikan beliau. Sementara itu, kekacauan bukan ditimbulkan karena sikap Utsman RA mempertahankan khalifah. Kekacauan justru timbul jika orang-orang seperti mereka menerima khalifah. Mereka akan mempermainkannya.

Latar belakang dan realitasnya berbeda. Maka, dalam, kondisi seperti itu, Rasulullah memberikan arahan kepada Utsman RA agar tidak menuruti kemauan mereka hingga akhirnya mereka membunuhnya. Ia mati syahid di jalan Allah sebagai orang yang berdakwah. Ia terbunuh dalam keadaan membaca Al Qur-an dan tetesan darahnya yang pertama mengenai ayat 

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Maka Allah akan menjaga engkau dari mereka, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS.2 : 137). Sementara do’a terakhir yang terdengar dari lisannya adalah, “Ya Allah, persatukan umat Muhammad. Ya Allah, persatukanlah umat Muhammad.” Kisah ini dituturkan Al-Ghazali dalam Al-Ihya’ 4/479).

Beberapa orang sahabat dan tabi’in, bila teringat kejadian ini, berkata, “Utsman, semoga Allah merahmatimu. Dalam kondisi genting, perhatianmu masih tertuju pada umat Muhammad. Seandainya engkau berdoa agar mereka tidak bersatu, niscaya mereka tak akan pernah bersatu selamanya.”

Ternyata, didetik-detik ancaman mati dan pembunuhan, yang ada dalam pikirannya adalah umat. Ia memohon kepada Allah agar mempersatukan umat sepeninggalnya. Ia berdoa “Ya Allah, persatukan umat Muhammad” sampai dua kali. Itu sebabnya, jangan sampai urusan kekuasaan menjadi kekacauan atau mempermainkan agama.

Khilafah bagi setiap Muslim

Kita juga tidak bisa sekadar melaksanakan fungsi khalifah hanya yang terkait pada diri kita saja. Setiap kita memiliki amanat menjadi penerus atau khalifah, dalam mata, telinga, lidah, kelamin, perut, tangan, kaki, dan hatinya. Maka, laksanakanlah kewajiban khalifah dari Rasulullah. Semua ini adalah hal yang harus engkau pelihara. Engkau pemimpin semua ini, semua urusan-urusannya diserahkan kepadamu. Maka, jadilah penerus yang baik dari Rasulullah dalam memelihara anggota tubuhmu agar selalu mematuhi syari’at dan menerapkan hukum Allah.

Di wilayah lain, engkau memiliki kekuasaan dalam hal-hal yang terkait dengan urusan keluarga, teman, dan tetangga. Juga, dalam hal yang terkait dengan orang yang mendengarkan nasihat darimu, menerima saran dan arahanmu, baik orang dekatmu atau bukan. Laksanakan kewajiban khilafah dalam semua itu.

Menegakkan syariat, dalam bentuk apapun, merupakan khilafah dari Allah dan Rasul-Nya, dalam arti yang umum. Sedangkan khilafah dalam arti khusus adalah khilafah yang dalam hadits Rasulullah SAW, yang dinyatakan berlangsung selama 30 tahun setelah wafatnya beliau. Setelah itu, kerajaan yang menggigit. Setelah itu, kekuasaan yang diktator. Inilah yang terjadi pada mayoritas penguasa saat itu. Lalu pada akhirnya khilafah kembali seperti ajaran Rasulullah SAW. Ini sesuatu yang akan terjadi, dan telah diberitakan Rasulullah SAW.

Kabar tentang khilafah ini jangan dipertentangkan dengan perintah-perintah Rasulullah terhadap umatnya: bagaimana mengatur, apa yang harus dilakukan, bagaimana seharusnya menghadapi berbagai persoalan yang terjadi, menghadapi para penguasa, menghadapi rakyat, dan bagaimana bersikap terhadap pihak-pihak yang memiliki hubungan dekat ataupun jauh.

Betapapun, jika misalnya ada kesempatan bagi seseorang untuk membela agama Allah, dalam bentuk apapun, dan dalam sisi kehidupan apapun, ia memiliki tanggung jawab besar untuk melaksanakan kewajiban itu, namun apa yang ia lakukan itu ternyata menimbulkan efek negatif yang lebih besar atau membawa badai besar di tengah-tengah kaum muslimin, tinggalkan dan jauhi hal itu. Sebab, untuk bisa lebih mempersatukan umat Islam diperlukan langkah-langkah yang lebih lembut dan berdasarkan kasih sayang terhadap umat.

Inilah teladan yang diberikan oleh Rasulullah SAW. Ini pula yang dijalani oleh para pendahulu umatini.

Insan-insan Khalifah Terbaik

Al-Hasan menginginkan perdamaian umat. Ia juga rindu bertemu kakeknya, Rasulullah SAW. Maka, tidak ada yang perlu ia cari dengan menggunakan kekuasaan dunia, atau dengan tetap hidup di dunia. Hari-hari berlalu, dan ia tahu bahwa ia diracun, yang mengantarkannya pada kesyahidan.

Khilafah ideal berlalu saat Al-Hasan menyerahkan kekuasaan kepada Muawiyah bin Abi Sufyan. Ia meninggalkan khilafah lahiriah ini hingga wafat. Ia memilih menjadi khalifah Rasulullah SAW dalam menyampaikan kebenaran, memberikan bimbingan, mengajar, memberi petunjuk, berbudi pekerti luhur, bersikap belas kasih dan sifat-sifat mulia lain yang telah dilekatkan oleh Allah dalam dirinya. Inilah buah dari didikan Rasulullah, Muhammad SAW.

Kalau kita bercermin pada yang dilakukan adiknya, Al-Husain, setelah itu, mungkin akan ada yang bertanya: Bagaimana bisa Al-Husain keluar (dari Makkah) untuk memenuhi permintaan penduduk Irak (menghadapi “Khalifah” Yazid)?

Beberapa hal yang harus dipahami mengenai keberangkatannya ke Irak. Diantaranya adalah, pertama, adanya surat ajakan yang dikirim penduduk Irak dan itu peluang untuk mendirikan sebuah pemerintahan yang sesuai dengan syari’at. Ternyata mereka menipunya, tidak mempercayainya, mengkhianatinya, dan meninggalkannya. Namun, ia rela.

Kedua, ia sudah memperkirakan pengkhianatan ini. Namun, mati syahid tampak di depan mata. Sepeninggal kakaknya, Al-Hasan, giliran ia yang menyimpan rindu bertemu kakeknya.

Al-Husain membuat keputusan tegas demi kebaikan umat. Juga, agar mereka tahu bahwa ia tak mau tertipu kekuasaan lahiriah, namun juga tak ingin melampaui batas dalam memahami wajibnya patuh kepada penguasa. Ia ingin mengajari umat agar tidak memiliki dugaan keliru bahwa jika kita sudah diperintah untuk patuh kepada penguasa, kendatipun kita tahu bahwa mereka tidak baik, berarti kita harus meyakini bahwa para penguasa itu adalah orang-orang yang benar dan menjadi landasan dalam berbagai hal. Yang bisa dijadikan landasan adalah ilmu syari’at dan agama Allah.

Jadi, gerakan Al-Husain adalah untuk menjelaskan prinsip ini dengan cara yang sempurna. Dan, telah kami singgung dalam pembahasan tadi, ia memang hendak menerjunkan dirinya ke dalam kesyahidan. Ia begitu rindu untuk bertemu kakeknya.

Demi Allah, kekeliruan terjadi kalau yang melakukan adalah orang-orang seperti kita. Sayyidina Husain tidak sama dengan kita. Orang-orang yang dididik di bawah penjagaan dan pengawasan Rasulullah, mereka adalah teladan bagi umat manusia. Mereka contoh atas kesesuaian perkataan dan tindakan yang benar.

Maka, Sayyidina Husain memberikan penjelasan mengenai perbedaan berbagai hal tersebut, dengan cara maju dan mengorbankan nyawanya untuk menyambut janji Allah kepada Rasul-Nya bahwa suatu saat sekian banyak keluarganya gugur sebagai syahid dalam sehari. Hal itu menjadi tragedi yang sangat pedih dalam sejarah umat Muhammad SAW.

Khilafah agung Nabawiyah yang bukan sekadar kekuasaan lahiriah itu kemudian digantikan oleh Ali Zainal Abidin. Ia benar-benar hiasan indah bagi para ahli ibadah. Perjalanan hidupnya penuh dengan fenomena ibadah. Ia banyak melakukan shalat. Dua pipinya bergaris hitam karena aliran air mata, gambaran rasa takut yang mendalam kepada Allah. Lalu, apa yang ia lakukan? Apakah ia berjuang untuk merengkuh kekuasaan? Apa ia mengajak kaum muslimin untuk membai’atnya? Apa ia membuat rencana kudeta terhadap penguasa yang ada?

Semua ini tidak terjadi pada Ali Zainal Abidin.

Apakah ia tidak tahu apa-apa tentang agama? Aku bersaksi bahwa ia termasuk orang yang paling alim mengenai agama. Demi Allah, ia bukan orang bodoh. Dimasanya, ia adalah pewaris agung bagi Rasulullah SAW.

Namun demikian, ia menyibukkan hidupnya dengan memperbanyak shalat, membaca Al-Qur-an, menangis, bersedekah, dan berbuat kebajikan kepada orang lain. Ia sama sekali tak pernah menyinggung urusan kekuasaan. Ia juga tidak pernah memaki-maki, melaknat, dan mengucapkan pernyataan-pernyataan buruk kepada para pembunuh ayah dan saudara-saudaranya.

Inilah khalifah sejati. Inilah yang dilakukan generasi terbaik umat ini. Mereka mengikuti jejak Rasulullah SAW, jejak Ahlul Bayt, Sahabat, Tabi’in, dan para pengikut mereka.

Setelah itu, putranya, Muhammad Al-Baqir. Setelah itu, putra Al-Baqir, yaitu Ja’fa rAsh-Shadiq. Mereka semua meneladani ayah-ayahnya dalam kemuliaan dan jalan ini.

Pada masa itu mereka diikuti oleh para pemuka tabi’in. Bahkan, saat Al-Hasan menyerahkan kekhilafahan lahiriah, masih banyak pemuka sahabat. Apa pandangan mereka? Adakah mereka menyatakan “Kami bersama Anda, kami berperang bersama Anda untuk Allah. Sekarang Anda meninggalkan kami dan menyerahkan khilafah kepada orang lain?” Tidak. Al-Hasan patuh (pada tuntunan agama), merekapun ikut patuh.

Tibalah masa tabi’in. Saat itu, kekuasaan dipegang oleh Yazid bin Muawiyah bin Abi Sufyan. Ia dikenal fasik dan buruk. Saat itu, ada Hasan Al-Bashri, Said bin Al-Musayyib, juga para tabi’in senior. Ada Ali ibnul Husain, juga putra-putra Al-Hasan. Adakah diantara mereka yang membuat kekacauan? Atau melawan penguasa, atau melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan teladan para penghulu dan ajaran Rasulullah SAW?

Khilafah berlanjut. Tibalah masa para Imam : Abu Hanifah, Malik bin Anas, Asy-Syafi’i, Ahmad binHanbal. Apa mereka semua hidup di tengah-tengah kekhilafahan yang lurus atau hidup di tengah-tengah kekuasaan kerajaan? Apakah mereka memiliki paham bahwa mereka harus membuat rencana untuk menyingkirkan orang-orang yang memiliki kekuasaan itu?

Mereka sibuk menjaga Islam, menjaga syari’at di tengah-tangah umat, dengan segala kesungguhan dan daya upaya. Mereka mengorbankan waktu, jiwa-raga, dan harta untuk menjelaskan hakikat syari’at kepada umat manusia serta membawa mereka untuk bisa mengamalkannya. Mereka adalah khalifah terbaik dari Rasulullah SAWdan saat itu terdapat begitu banyak tokoh ulama dari kalangan tabi’in dantabi’ut tabi’in.

Peran Khilafah para Nabi

Bagitulah khilafah di tengah-tengah mereka. Bahkan, demikian pula yang kita lihat dalam Al Qur-an dan dijalani para nabi di masa-masa lampau.

Apakah Nuh AS seorang khalifah di atas muka bumi ini? Ya. Ia khalifah selama 950 tahun. Lalu apakah kekuasaan berada di tangannya atau di tangan orang-orang kafir? Selama itu pula ternyata kekuasaan bukan berada ditangannya, tapi tangan orang-orang kafir.

Lalu, apakah tugas khalifah dari Allah hidup atau mati? Tegak di tangan siapa, di tangan orang-orang kafir?

Tidak, khilafah tegak berada di tangan Nabi Nuh AS dan pengikutnya. Padahal yang beriman kepadanya hanya segelintir orang. Namun, segelintir orang ini memiliki kedudukan dan peran yang besar, hingga Allah memuliakan mereka dengan memusnahkan seluruh umat manusia kecuali yang berada di kapal Nuh. Itua dalah balasan atas kesabaran dan ketabahannya selama 950 tahun melaksanakan tugas khilafah dengan peran yang sangat baik.

Nabi Musa memikul tugas khilafah dari Allah. Ia mendatangi Fir’aun, dan kekuasaan berada di tangan Fir’aun. Hari pertama, kedua, dan ketiga, muncullah mukjizat-mukjizatnya. Para tukang sihir pun beriman. Mereka menjadi pembela agama Allah dan pasukan Allah. Mereka juga memikul khilafah dari Allah. Namun,kekuasaan tetap berada di tangan Fir’aun, sampai datang waktunya kemudian ketika Allah menghancurkan Fir’aun dan bala tentaranya.

Sementara itu, pada kisah khilafah Sayyidina Isa, Bani Israil datang hendak membunuhnya. Allah pun mengangkat Nabi Isa ke langit.

Apakah Nabi Isa seorang khalifah Allah? Demi Allah, ia adalah seorang khalifah Allah. Bahkan, termasuk Rasul Ulul ‘Azmi, termasuk utusan Allah yang istimewa.

Begitu pula Sayyidina Ibrahim, ia berada di bawah kekuasaan Namrudz beberapa kali. Sampai ketika mukjizatnya muncul, ia keluar dari kobaran api yang menjadi dingin dan menjadi keselamatan baginya. Waktu itu, kekuasaan masih berada di tangan Namrudz, dan Nabi Ibrahim berada di bawah kekuasaan itu. Ia tidak memikirkan soal kulit permukaan kekuasaan ini hingga Allah SWT menolongnya.

Inilah poin terpenting dalam tema khilafah, juga pandangan para salaf mengenai hal itu. Sekian banyak nabi pun melewati keadaan ini.

Begitulah pengertian khilafah. Pengertian yang memiliki kaitan erat dengan kewajiban untuk melaksanakan syari’at dalam diri kita, keluarga kita, dan anak-anak kita. Demikian itu, agar kita tidak melanggar prinsip umum dan prinsip khusus khilafah, juga tidak menghalangi sebab-sebab datangnya pertolongan Allah dengan hal-hal yang diembuskan musuh-musuh Allah yang ingin merusak moral kita. Mereka memasukkan budaya-budaya buruk yang bertentangan dengan syari’at ke tengah-tengah kita.

Semoga Allah menolak keburukan orang-orang kafir dan orang-orang jahat dari kita. Semoga Allah menurunkan berkah kepada kita dan kepada para ulama disini, juga ulama-ulama lain di Indonesia dan di negara-negara lainnya. Yakni, orang-orang yang senantiasa gigih menjaga agama dan syari’at ini dengan upaya yang sempurna.

Dan, hanya Allah-lah yang menganugerahi taufiq dan ampunan.

Hikmah yang terpendam

Pandangan utuh perihal tema khilafah diulas Habib Umar bin Hafizh dengan amat gamblang. Diantara yang dapat kita petik dari ulasan di atas adalah bahwa tak lagi terselenggaranya kekhilafahan yang lurus setelah 30 tahun pasca-wafatnya Rasulullah SAW adalah berita yang disampaikan Rasulullah SAW sendiri. Beliau tahu persis bahwa itu akan terjadi, tapi apa yang beliau pesankan kemudian? Kepatuhan pada penguasa, sampai penguasa itu sudah tak lagi dapat ditakwil akan kekufurannya.

Sekalipun makna dari redaksi-redaksi kalimat yang terkait dengan kekhilafahan dalam karya-karya ulama salaf kini marak diperdebatkan, nyatanya para ulama salaf itu sendiri tak satupun yang menggalang gerakan khusus untuk mendirikan khilafah yang mencontoh kekhilafahan yang lurus, Khulafa’ Rasyidun. Kesadaran historis kita pun digugah, “Apakah mereka semua hidup ditengah-tengah kekhilafahan yang lurus ataukah di tengah-tengah kekuasaan kerajaan? Apakah mereka memiliki paham bahwa harus membuat rencana untuk menyingkirkan orang-orang yang memiliki kekuasaan itu?”

Melihat kenyataan sejarah di satu sisi dan dengan asumsi bahwa makna dari redaksi terkait kekhilafahan itu sesuai dengan apa yang disuarakan paradai penyokong khilafah Islamiyah kini pada sisi lainnya, pertanyaan selanjutnya yang pantas diajukan adalah apakah seluruh ulama dari generasi ke generasi itu hanya orang-orang yang pandai berkata-kata lewat karya-karyanya dan enggan berusaha keras demi tegaknya khilafah, sesuatu yang konon termasuk ahammul wajibat (kewajiban yang terpenting)? Tentu bukan demikian. Mereka tak membuat sebuah gerakan khusus karena mereka paham betul bahwa bukan itu yang dipesankan Rasulullah SAW terkait masalah ini.

Saat berbuat, terutama pada kaum muda, seseorang biasanya ingin cepat melihat hasil. Dakwah menyebarkan doktrin wajibnya mendirikan khilafah Islamiyah boleh jadi memiliki latar belakang psikologis semacam itu. Pemicunya, akumulasi ketidak percayaan terhadap penyelesaian berbagai problematik sosial, ekonomi, politik, budaya yang tak kunjung selesai. Dalam kondisi demikian, ide khilafah Islamiyah datang dengan senyum menggoda diselingi pekik takbir yang menggelora, lalu mulai merayu umat dengan tawaran sebagai satu-satunya solusi umat:bila khilafah berdiri, insya Allah semua urusan beres. Siapa tak tergiur?

Pola dakwah yang berorientasi pada massa memang biasanya lebih banyak mengandalkan slogan daripada kandungan. Sebab barangkali karena aspek ini lebih mudah dikalkulasi dan didata. Disinilah pentingnya penyadaran bahwa dalam berdakwah, selain bekal keilmuan, kesungguhan, kesinambungan, yang terpenting adalah keikhlasan, sebagai bekal seseorang meraih keridhaan di sisi Allah SWT. Keridhaan Allah inilah ukuran keberhasilan dakwah seseorang, bukan yanglainnya. Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada fisikmu dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada amal dan hatimu.” (HR. IbnuMajah)

Dalam isi mauizhahnya, Habib Umar sempat menyinggung, “Lalu pada akhirnya khilafah kembali seperti ajaran Rasulullah SAW. Ini sesuatu yang akan terjadi, dan telah diberitahukan Rasulullah SAW.” Ia tak memperjelas lebih jauh maksud “akan” disitu, apakah relatif terhadap masa dirinya ataukah masa Rasulullah. Tampak disini bahwa ia pun tak terjebak dalam perdebatan tentang apakah khilafah yang dikatakan akan kembali seperti ajaran Rasulullah SAW ini adalah pada masa Sayyidina Umar bin Abdul Aziz ataukah pada masa menjelang hari kiamat kelak. Yang ingin Habib Umar tekankan, sebagaimana yang ia katakan selanjutnya, bahwa betapapun, “Kabar tentang khilafah ini tidak bertentangan dengan perintah-perintah Rasulullah terhadap umatnya…”

Pelajaran dari umat-umat terdahulu menunjukkan bahwa, karena kesungguhan mereka mengikuti petunjuk syari’atnya dan melaksanakan tugas khilafah ruhaniyah yang diemban setiap manusia dalam lingkupnya masing-masing dan menjadi penjaga-penjaga syari’at dan ilmu pengetahuan yang setia, pada gilirannya datanglah kemuliaan dan pertolongan dari sisi Allah SWT. Contohnya, Nabi Nuh pun hanya mendapat pengikut segelintir orang sebagai hasil dari dakwahnya selama 950 tahun.

Serangkaian tulisan ini menunjukkan bahwa para ulama kita, dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, seperti kalangan Alawiyyin, Nahdhiyyin, dan unsur-unsurumat lainnya di lingkungan Aswaja, pun memahami tema khilafah dengan pandangan seperti ini. Intinya, terus berbuat dan berbuat hal yang nyata di tengah masyarakat secara ikhlas, lillahi Ta’ala. Bagi mereka, yang penting adalah mengislamkan masyarakatnya, bukan institusi kenegaraannya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ
“Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pasti Kami (Allah)akan melimpahkan keberkahan kepada mereka dari langit dan bumi.” (QS. Al-A’raf: 96)


Judul asli tulisan ini "Khilafah Yang Tak Butuh Singgasana "Khalifah". Disarikan dari Mau’izhah Habib ‘Umar bin Hafizh di depan Majelis Muwashalah bayna Al-‘Ulama wa Al-Muslimin di Puncak, Bogor, tahun 2009 | Majalah Alkisah, Tahun X/ No.17/ 20 Agustus - 2 September 2012, hal. 45-57

[di copy-paste dari http://www.madinatuliman.com/3/2/1025-oase-khilafah-memahami-khilafah-dengan-benar-dan-tepat.html]



Komen:

Pandangan Habib Umar Hafizhohullah saling tak tumpah seperti pandangan yang dikemukakan oleh Syah Waliullah ad-Dehlawi didalam Fuyuzul Haramain, seperti dipetik di 

http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2008/07/siasah.html

Bahawa terdapat dua jenis kekhalifahan: Luaran dan Dalaman. Dan kekhalifahan dalaman masih kekal sehingga ke hari ini, dan dipikul oleh para alim ulama' amilin mukhlisin, dan bentuk kekhalifahan dalaman inilah yang sebenar-benarnya yang paling utama, hatta disandang oleh Rasul Ulul Azmi, walau diantara mereka ada yang tidak memikul khilafah luaran (pemerintahan keduniaan).



Sunday, May 31, 2015

Keajaiban bacaan taklim di rumah

Dikongsikan oleh seorang sahabat.
Keajaiban membaca Taklim di rumah (Membaca Kitab Fadhilah Amal, Fadhilah Sedekah, Muntakab A hadsit dan Kitab Hayatus Sahabah)
Pagi tadi saya mendengarkan bayan subuh di Masjid Baiturrahman Sekupang. Kebetulan yang bertugas sebagai mubayin adalah salah seorang Jemaah Masturoh asal Medan.
Singkat cerita dalam bayan dia mengisahkan tentang kisah seorang sahabatnya.
Sahabatnya ini kebetulan tinggal di daerah Batak Toba yang notabene mayoritas beragama Kristen. Dia sendiri(teman sang mubayyin) juga adalah orang batak Toba. Namun kebetulan beragama Islam dan sudah ikut dakwah wa tabligh.
Teman sang mubayin ini sebut saja namanya pak Ali, punya tetangga yang juga masih keluarga atau familinya. Tetangga pak Ali ini beternak babi di pekarangan rumahnya. Pak ali merasa sangat keberatan dengan itu karena tidak tahan dengan baunya dan juga babinya suka main ke rumah pak Ali.
Dengan halus pak Ali menyarankan agar tetangganya beternak di lokasi lain saja agar tidak mengganggu. Namun tetangganya itu justru marah-marah
“Sukak- sukak kulah, uang-uangku, apa urusanmu ?” Begitu komentar tetangganya itu saat dinasehati .
Pak Alipun kemudian mengadu ke RW dan RT setempat. Alhasil mendapat komentar yang sama.
“Biarkan sajalah, kan uang dia.. terserah dia mau dia gunakan uangnya untuk apa saja” begitu komentar RT dan RW.
Tak mendapat dukungan dari siapapun akhirnya Pak ali datang ke Markaz Medan dan meminta nasehat pada Ustadz dan pekerja dakwah di sana..
Salah seorang ustadz bertanya “Apakah kamu biasa membaca taklim di rumah?”
Pak Ali : “ya Ustadz!”
Ustadz : “Berapa lama kamu membaca taklim di rumah ?”
Pak Ali : “15 menit ustadz !!”
Ustadz : “Wajar saja, coba mulai besok kamu membaca taklim di rumah 1 jam secara istiqomah. Insya Allah akan ada perubahan”
Pak Ali pun mulai membaca taklim di rumahnya selama 1 jam secara istiqomah di rumahnya.
Hingga hari yang ke-12 pak Ali membaca taklim, terdengar kabar bahwa semua babi tetangganya terkena virus dan semua babi-babi itu mati terkena virus itu.
Karena wang modal usaha ternak babi telah habis dan masih berhutang.., akhirnya tetangganya itu menjual rumahnya untuk membayar hutangnya..
Hikmah :
Itulah kekuatan taklim dan keajaiban dakwah wa tabligh. Allah SWT akan singkirkan orang-orang yang tidak suka dengan dakwah dengan amal taklim rumah.
Sepintas memang seperti tidak masuk akal, bagaimana mungkin hanya dengan membaca buku taklim Allah SWT bisa mendatangkan pertolongannya ? Tapi itulah realitanya. Masih sangat banyak kisah-kisah pertolongan allah asbab membaca taklim dirumah. Maka itulah sangat penting untuk menghidupkan membaca taklim di rumah bersama keluarga kita ..

[dipetik dari https://www.facebook.com/almizi.muhammad?fref=nf]


Thursday, May 21, 2015

Asal pemikiran Ikhwanul Muslimin

Penulisan ini adalah terjemahan dari percakapan Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari dalam menyingkap penyebab terjadinya krisis Mesir serta solusinya.
Kemunculan Kelumpuk Ikhwanul Muslimin
Pasca pembubaran Khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924, terjadi berbagai macam perubahan dalam Badan umat Islam mulai dari perubahan sosial, politik, dan pemikiran. Umat Islam saat itu mulai mencari identiti diri dan wadah baru untuk bergabung.
Pada tahun 1928, Hassan Al-Banna mendirikan kelumpok Ikhwanul Muslimin (IM). Dalam tulisannya, Syekh Qaradhawi menyebutkan bahawa di awal terbentuknya, IM menderita oleh lemahnya dasar keilmuan organisasi ini. Meskipun banyak tokoh-tokoh besar yang ada pada saat itu bergabung kepada IM seperti Syekh Ahmad Hasan Al-Baquri, Syeikh Muhammad Al-Ghazali dan Syekh Sayyid Sabiq tapi yang meletakkan dasar keilmuan dan pondasi dasar pemikiran IM hanyalah Hasan Al-Banna saja.
Untuk menjawab pertanyaan dari anggota IM mengenai dasar pemikiran kelompok tersebut, Syekh Qaradhawi menyebutkan bahwa yang dijadikan dasar pemikiran IM pada saat itu adalah tulisan Abu al-A’la al-Maududi. Ini adalah kesalahan pertama yang dilakukan Hasan al-Banna kerana menggunakan pemikiran al-Maududi untuk menjadi dasar pemikiran Ikhwanul Muslimin. Pada periode ini, para anggota IM mulai dibina berdasarkan pemikiran al-Maududi.
Siapakah Abu Al-A’la Al-Maududi?
Al-Maududi adalah pengasas sekaligus pemimpin pertama kelumpok Jama’ah Islamiyah di Pakistan. Dia membuat sebuah kitab yang berisi tentang jihad dalam Islam terutama untuk menghalau penjajah Inggris pada masa itu. Di samping itu, dia juga menulis sebuah kitab yang sangat riskan yang berjudul al-Musthalahat al-Arba’ah yang berisi tentang penjelasan arti dari kata ilah, rabb, din serta ‘ibadah dan dia mulai mengutarakan pendapatnya.
Orang pertama yang terkejut dengan hal ini adalah Mursyid Am Ikhwanul Muslimin yang kedua yaitu Hasan al-Hudhaibi kerana al-Hudhaibi mengetahui bahwa kitab tersebut mulai melahirkan pemikiran takfir (mengkafirkan orang Islam) di tubuh IM.
Abu al-A’la al-Maududi di samping rasa hormat kita pada beliau hingga umur 40 tahun tidak mampu berbicara bahasa arab. Informasi ini disampaikan kepada saya dari salah seorang guru kita di al-Azhar dan beliau mendengarnya langsung dari Syekh Abdul Fattah Abu Ghuddah, seorang pakar hadis. Saat al-Maududi mempelajari bahasa Arab dia mulai menulis, menganalisa sehingga menghasilkan sebuah pemikiran.
Meskipun telah belajar dan boleh berbicara bahasa Arab pada tahap selanjutnya, dia tentu tidak mampu untuk menganalisa dan meneliti ayat Alquran yang berujung kepada menghasilkan sebuah hukum (halal, haram, iman, kafir). Kita mengetahui bahawa ayat Alquran memiliki kandungan nilai sastera yang tinggi, dalam dan luas. Untuk memahami ini semua, al-Maududi tidak memiliki modal bahasa yang memadai.
Selain itu, al-Maududi juga tidak memiliki alat-alat yang cukup. Ibaratnya jikalau seorang tukang kayu ingin membuat kursi, pasti dia memerlukan palu, paku, gergaji dan alat lainnya. Namun, tatkala dia hanya memiliki palu dan paku untuk membuatnya, meskipun pada akhirnya kerusi boleh dipotong dengan palu dan menjadi sebuah kerusi, namun kursi tersebut sangat berbahaya untuk dipakai. Lebih dari itu, bahkan kerusi itu boleh mematahkan kaki kita.
Tindakan Pertama untuk Melawan Pemikiran Takfir.
Untuk melawan pemikiran takfir yang mulai merasuki tubuh IM, al-Hudhaibi menyusun sebuah kitab bernama Dau’ah La Qudhah. Melalui kitab ini, dia mulai menjelaskan bahwa jalur yang mereka (anggota IM) gunakan telah rosak. Pemikiran yang mereka gunakan telah cacat.
Dia memperingatkan anggota IM untuk jangan terjebak dalam pemikiran takfir. Tindakan yang dilakukan al-Hudhaibi ini seolah-olah dia sedang menahan pemikiran ini agar tidak berkembang.
Masalah ini semakin merosak tatkala IM mulai menjadi gerakan rahasia (at–tanzim as-sirri) dan masalah makin menjadi-jadi tatkala Hasan al-Banna berpindah ke haluan politik. Sementara itu, dasar-dasar pemikiran yang dimiliki IM tidak dikaji dengan dalam dan tidak dianalisa secara ilmiah.
Pada saat itu, pemikiran takfiri ini berhenti sementara namun pada tahap selanjutnya mulai tumbuh kembali dan dijelaskan oleh Syeikh Sayyid Qutb dalam kitab Fi Zhilal al-Quran dan kitab-kitab lainnya.
Perbandingan Proses Menghasilkan Pemikiran IM dan Hasil Pemikiran Imam Al-Qarafi.
Imam Syihabuddin al-Qarafi, seorang Imam Mujtahid yang sangat cerdas mengatakan dalam kitabnya al-Furuq, “Tatkala menemukan masalah perbedaan antara kata riwayah dan syahadah, saya teliti dan analisa selama 8 tahun.” Pada akhirnya, beliau berhasil menemukan 13 atau 14 sisi perbezaan hanya untuk dua kata yaitu riwayah dan syahadah. Lihat bagaimana matangnya pemikiran yang beliau hasilkan setelah meletakkan pembahasannya dihadapan ilmu ushul fiqh dan ilmu fiqh, maqashid asy-syari’ah, dan hadyu an-nubuwwah agar beliau yakin dan memiliki kepastian terhadap kebenaran dari analisa beliau.
Di manakah Al-Azhar dari semua pada masa itu?
Apakah yang dilakukan al-Azhar selama masa itu? Apakah al-Azhar hanya diam? Tidak. Ada beberapa risalah yang telah disusun dalam rangka menjelaskan hubungan al-Azhar dengan kelompok-kelompok Islam pada masa itu. Saya memiliki sebagian risalah ini yang memperlihatkan apa yang dilakukan al-Azhar selama masa Syekh al-Maraghi, Syekh Bakhit al-Muthi’i, Syekh Yusuf ad-Dejwi dan Syekh Zahid al-Kautsari.
Ada tiga point dasar untuk membentuk masyarakat yang memiliki pemikiran yang sesuai dengan Islam dan menjamin kebenarannya. Salah satunya adalah ilmu.
Ulama al-Azhar pada saat itu sangat banyak. Mereka memiliki ilmu yang sangat banyak. Kalau salah seorang dari mereka menjelaskan pemikiran al-Maududi atau Sayyid Qutb atau Hasan al-Banna, barangkali ulama tersebut akan mengajarkannya selama 6 atau 7 bulan. Sebab, beliau akan memaparkan masalah pemikiran tersebut dan menjelaskannya dengan terperinci sesuai dengan standar syariat Islam. Hal ini tidak bisa dilakukan tergesa-gesa karena dibutuhkan waktu yang cukup agar analisa ilmiah dalam masalah ini sempurna. Beginilah ‘Gedung’ ilmu yang benar.
Sementara itu, ‘Gedung’ ilmu yang mereka(IM) gunakan tidak memiliki standard dan timbangan apapun. Pada selanjutannya, kelompok ini meyakini bahwa mereka telah melakukan peranannya dan melakukan ijtihad pada kemampuan maksimal.
Hasan al-Banna menceritakan diskusi panjangnya bersama Syekh Yusuf ad-Dejwi dalam kitab Mudzakarah Da’wah wa Da’iyah. Pada awalnya syekh ad-Dejwi sangat menolak manhaj atau metode yang dipakai oleh Hasan al-Banna. Namun pada akhirnya beliau memberi kesempatan kepada al-Banna agar metode ini diuji cuba terlebih dahulu. Seolah-olah beliau mengatakan, “Okey, saya sejalan dengan apa yang kamu sampaikan dengan catatan agar kamu boleh melakukan uji cuba terhadap manhaj yang kamu pakai.”
Siapakah Syekh Yusuf Ad-Dejwi.
Syekh Yusuf ad-Dejwi adalah salah satu anggota Dewan Senior Ulama al-Azhar. Beliau adalah salah seorang ulama yang karismatik dan memiliki ilmu yang sangat luas. Beliau memiliki majlis ilmu di masjid al-Azhar dalam menjelaskan kitab Shahih Bukhari yang dihadiri oleh 500 ulama setelah solat Subuh. Tulisan beliau pernah dicetak menjadi beberapa jilid dan merupakan salah satu karya terbaik yang menjelaskan bagaimana al-Azhar membahas masalah-masalah pemikiran seperti ini.
Sayangnya, kitab itu tidak pernah dicetak lagi dan sekarang menghilang. Saya meng-copy-nya dari perpustakaan para guru. Karena begitulah, tulisan apapun yang dilakukan al-Azhar dalam bentuk membahas dan meneliti secara terperinci tentang masalah pemikiran, tulisan itu dicetak sekali dan menghilang begitu saja.
Perbandingan Umur yang Dibutuhkan Hasan al-Banna untuk Melahirkan Pemikiran IM dan Umur yang Dihabiskan Syekh Sya’rawi sebelum Muncul ke Permukaan Dunia Islam.
Syekh Sya’rawi mulai muncul ke masyarakat pada umur 64 tahun. Beliau dilahirkan pada tahun 1912 dan baru muncul pada tahun 1976. Kenapa begitu lama? Karena beliau memberikan ilmu sesuai haknya. Oleh sebab itu, apa yang beliau sampaikan terasa oleh kita sekarang dan akan terus hingga hari kiamat.
Sementara itu, Hasan al-Banna muncul ke masyarakat dengan pemikirannya pada umur 22 tahun. Ia lahir tahu 1906 dan mengumumkan lahirnya kelompok Ikhwanul Muslimin pada tahu 1928.
Dari sini boleh kita lihat bahwa permasalahan yang kita saksikan sekarang sebenarnya telah dimulai dari kesalahan pada sejarah masa lalu. Di masa ini, kita memerlukan peneliti Azhari sejati dan para analis ilmiah yang benar-benar berniat untuk membahas dan mencari jalan keluar dari krisis ini.
Pengakuan Hasan Al-Banna terhadap Cacatnya Pondasi Pemikiran Ikhwanul Muslimin
Di akhir hayatnya, Hasan al-Banna sering berkata, “Kalaulah saya boleh menghadap hal-hal yang telah saya rosakkan sebelumnya, maka pasti akan saya kembalikan IM pada manhaj dakwah dan kemurnian.” (sila rujuk 
http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2010/10/nasihat-oleh-maulana-yusuf-kepada.html
berkenaan kata-kata Syaikh yang hampir sama bunyinya seperti dinukil oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi Rahimahullah).
Inilah pengakuan atau pemberitahuan pertama yang mengatakan bahwa ada kerosakkan pemikiran di tubuh IM sendiri. Pengakuan ini dikatakan langsung oleh pendiri IM sendiri Hasan al-Banna.
Pemikiran Al-Maududi Mulai Mengalir di Tubuh Anggota Ikwanul Muslimin.
Pemikiran al-Maududi melalui kitabnya alMustalahah al-Arba’ah mulai dipegang oleh IM. Pemikiran yang membawa kepada takfir ini membuat satu kejutan kepada Mursyid Am II Ikhwanul Muslimin Hasan al-Hudhaibi.
Apa isi kitab al-Mushthalahah al-Arba’ah itu?
Dalam kitab tersebut, al-Maududi menjelaskan apa yang dimaksud dengan kata ilah, rabb, din dan ibadah.
Ibadah yang kita fahami adalah pemahaman yang luas yang mencakupi tentang dinamika kehidupan jika disertakan dengan niat semata-mata kerana Allah, begitu juga dengan ibadah yang dijelaskan Alquran seperti Solat, zakat, puasa, haji dan yang lainnya.
Sementara, menurut al-Maududi tidak. Menurutnya jika hukum-hukum yang diterapkan oleh manusia bukan merupakan syariat Islam, maka hukumnya kufur. Jadi, taat kepada pemerintah yang tidak menerapkan hukum-hukum dan tidak berhubungan dengan Islam maka termasuk dalam ibadah.
Jadi kata ‘ibadah menjadi sebuah kata yang sangat berisiko sementara kita harus berfikir dengan jelas, begitu juga dengan 3 point yang lain. Al-Maududi mengutarakan pemikirannya melalui penjelasannya tersebut.
Untuk memurnikan ajaran IM, al-Hudhaibi membuat sebuah kitab berjudul Du’ah La Qudhah. Dia mengatakan dalam kitab tersebut, “Kepentingan kita adalah berdakwah. Tugas kita adalah menjelaskan agama kepada masyarakat. Jangan mempengaruhi masyarakat dengan pemikiran takfir.”
Semuanya sudah saya himbau, mari kita bandingkan apa yang terjadi hari ini dan apa yang telah disampaikan oleh al-Hudhaibi.
Pemikiran yang dihadang oleh al-Hudhaibi ini tidak hilang begitu saja. Pemikiran ini sempat menyelam sementara ke bawah tanah dan mulai tumbuh kembali dengan penjelasan yang diwarnai dengan ilmu Sastera Arab dan penafsiran yang luas tentang Alquran, yang ditulis oleh Syekh Sayyid Qutb dalam kitab tafsir Fi Zhilal al-Quran.
Peranan Syeikh Sayyid Qutb dalam Mengukuhkan Asas Pemikiran Ikhwanul Muslimin.
Setelah al-Hudhaibi wafat, pemikiran al-Maududi dimunculkan dan dijelaskan kembali oleh Syekh Sayyid Qutb dalam kitab al-Ma’alim fi at-Thariq dan tafsir Fi Zhilal al-Quran.
Meskipun ramai yang menganggap bahawa Syeikh Sayyid Qutb tidak membahas secara terperinci pemikiran takfir ini, tapi saya minta Anda untuk merujuk kembali apa yang disampaikannya dalam tafsiran Alquran surat al-Maidah ayat 44.
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
Artinya: Siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
Bandingkanlah apa yang disampaikan oleh Syekh Sayyid Qutb dengan apa yang disampaikan oleh Imam ath-Thabari dalam kitab tafsirnya.
Imam ath-Thabari, seorang ahli Usul Fikih, ahli Fikih, ahli bahasa dan sastera menyebutkan beberapa perkataan para ulama sebelumnya tentang maksud dari ayat ini. Ada yang mengatakan bahwa ayat ini turun dalam konteks umat terdahulu.
Ada juga yang menyebutkan bahwa yang dimaksud dalam ayat ini adalah kufur nikmat bukan kufur agama. Lalu ada yang mengatakan bahwa label kafir dipakaikan kepada orang yang tidak mahu dan menolak diterapkannya hukum Allah.
Selanjutnya, ada perkataan yang bathil yang mengatakan bahwa orang yang menghukum selain menggunakan hukum Allah adalah kafir secara mutlak. Padahal yang memakai ini hanyalah kelompok Khawarij saja dan inilah pendapat yang dipakai oleh Syekh Sayyid Qutb. Sementara itu Syekh Sayyid Qutb tidak mencantumkan pendapat dari Ibnu Abbas ataupun para ulama yang lainnya.
Pada peringkat ini, Syukri Mustafa belajar kepada Syekh Sayyid yang juga merupakan temannya, ketua dari Jemaah Takfir wa al-Hijrah. Pada tingkatan ini Mustafa Masyhur, Muhammad Mahdi ‘Akif, dan Muhammad Badi’ juga belajar kepada Syekh Sayyid. Mereka inilah yang menjadi Mursyid ‘Am Ikhwanul Muslimin.
Artinya, mereka yang kita lihat sekarang bukanlah orang-orang yang tumbuh dari pemikiran asli IM kerana pemikiran asli ini tenggelam saat wafatnya Umar al-Tilmisani Mursyid Ketiga IM.
Setelah Umar al-Tilmisani tiada, tidak ada lagi ada orang-orang yang melawan pemikiran takfir ini. Dan mulai saat itu, mulailah terbentuk kelompok al-Qutbiyyah sebagaimana yang kita saksikan saat ini.
Apakah Hukum Positif yang Dijalankan oleh Mesir Tidak Bernafaskan Syariat Islam?
Apakah hukum yang dijalankan oleh Mesir sekarang merupakan hukum yang bebas dari hukum Islam? Para ulama al-Azhar telah membahas masalah ini. Kita memiliki segudang karya ulama yang telah membahas masalah kaitan hukum-hukum positif dan hukum Islam. Tapi tidak banyak orang yang mengetahuinya.
Saya pernah berjumpa dengan seorang penganalisis yang meneliti tentang sejarah hukum Mesir. Meskipun seorang doktor, dia tidak mengetahui kalau ulama al-Azhar telah menjelaskan hal ini panjang lebar. Saya lah yang memberi tahunya dan menunjukkan kepada dia tentang hal ini.
Syekh Makhluf al-Minyawi tatkala menerjemahkan hukum yang dipakai Nepoleon, beliau menemukan bahwa hukum tersebut sesuai dengan Mazhab Maliki sebanyak 75 %. Dan dalam hal ini beliau menulis kitab al-Muqaranat at-Tasyri’iyyah yang dicetak sebanyak 4 jilid. Sayangnya, kesungguhan ulama Azhar ini tidak didengar oleh orang banyak.
Syekh Hasanain al-Makhluf, mantan mufti Mesir pernah membuat kata pengantar untuk sebuah kitab yang membahas tentang kaitan antara hukum positif dan hukum Islam yang ditulis oleh Abdurrahman al-Qasim. Beliau mengatakan, “Analisa tentang kaitan antara hukum Islam dan hukum positif harus kita ketahui dan ketahuilah bahwa ulama tidak pernah meninggalkan sejengkalpun dari periode zaman untuk tidak menunaikan kewajibannya.” Tapi kesungguhan yang beliau lakukan ini disia-siakan dan tidak dipelajari.
Kenapa Pemikiran yang Tidak Matang Ini Cepat Berkembang dan Diterima oleh Orang Ramai?
Kelihatannya ini memang aneh kenapa pemikiran yang tidak matang ini cepat diterima oleh orang ramai. Namun pada hakikatnya, sebuah pemikiran yang sempurna itu sangat berat sehingga tidak ramai orang yang memahaminya.
Sementara itu di saat yang sama ada pemikiran yang ringan dan mudah penggunaannya. Tentu ramai orang yang memilih pemikiran yang ringan ini.
Contoh Analisa Ringan dan Analisa Berat dari Penggunaan Kata كلّ (setiap)
Nabi Bersabda, “Setiap bid’ah adalah sesat.” Setiap (كلّ) dalam hadis ini berarti mutlak. Maka hal pertama yang langsung masuk ke dalam pikiran manusia adalah bahawa semua hal yang tidak ada contohnya yang dilakukan Nabi Muhammad ﷺ adalah bid’ah.
Perhatikanlah! Pemikiran ini sangat ringan, mudah, memuaskan dan mudah diterima oleh kebanyakan orang.
Lalu, ketika ada orang yang berilmu dia akan mengatakan, “Tunggu! Pemahaman Anda tidak benar.” Lalu seorang berilmu menjelaskan bahwa dalam ilmu Usul Fiqh ada namanya shighat umum dan shigat khusus.
Pembahasan mengenai shigah ‘am ini sangat banyak dan luas sehingga Imam al-Qarafi membuat sebuah kitab yang berjudul Aqdul Manzum fil Khusus wal Umum.
Untuk membahas ini ada namanya ‘Am Yadkhuluhu at-Takhshish Li Adna al-Qarinah.
Dan Imam as-Subki menjelaskan kata kullu ini dalam sebuah buku yang sempurna bernama Kullu wa Ma ‘Alaihi Tadullu. Begitulah beratnya pemikiran yang benar. Hanya untuk membahas lafaz umum saja para ulama boleh menghasilkan sebuah kitab.
Selain itu, Allah juga berfirman dalam surah al-Ahqaf ayat 25 tentang angin yang memusnahkan kaum ‘Ad,
تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوْا لاَ يُرَى إِلاَّ مَسَاكِنُهُمْ
Artinya: Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tidak ada yang kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka.
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahwa angin itu menghancurkan SETIAP perkara dengan penggunaan kata "kullu". Tapi, seterusnya Allah mengatakan bahwa tidak ada yang terlihat KECUALI tempat tinggal mereka.
Jadi pembahasan mengenai kata kullu yang datang setelahnya kata yang mengkhususkan adalah pembahasan ilmiah yang sangat dalam dan tidak mudah untuk ambil begitu saja.
Begitulah beratnya pemikiran yang matang. Untuk memahaminya Diperlukan pikiran yang kosong dan kemampuan untuk medengarkannya. Tidak boleh dengan tergesa-gesa.
Keadaan Tanah Air dari Semua perkara Ini
Saat ketika ini.
Pemikiran tentang Tanah Air telah dicemari oleh pemikiran-pemikiran agama yang tidak diletakkan pada analisa yang tajam.
Sementara itu, usaha besar al-Azhar dalam menganalisa semua pemikiran ini dibuang, tidak disebarkan oleh siapapun dan tidak dibicarakan oleh siapapun.
Dalam kondisi ini, pemikiran tentang Bangsa dan Tanah Air merupakan sebuah penyimpangan yang dibingkai ajaran agama pada tingkat yang sangat mengkhawatirkan.
Jika kamu ingin mengatakan pada saya bahwa syariat Islam menyuruh kita untuk cinta dan bergabung dengan tanah air, itu benar. Jika kamu mengatakan bahawa syariat tidak berbicara tentang masalah umat, kamu salah. Syariat datang untuk memberi jalan kepada umat ini.
Semua Gabungan pecahan seperti kepada negara atau daerah, semuanya harus dijalankan dalam memberikan maslahat kepada pemikiran tentang umat Islam.
Namun keseimbangan gabungan kepada tanah air, kepada rakyat dan kepada daerah telah rosak, padahal ulama al-Azhar telah membahasnya secara panjang lebar tentang masalah ini.
Inti dari yang ingin kita katakan adalah bahwa gabungan kepada tanah air dan gabungan kepada umat harus seimbang.
Keseimbangan gabungan kepada Tanah Air dan Umat Untuk memahami hal ini, ada namanya Lingkaran Afiliasi. Perlu diketahui bahwa manusia berafiliasi kepada semuanya dalam ukuran yang sama.
Misalkan jika ada orang Eropa mengatakan bahwa benua Afrika adalah benua yang kering dan semua orangnya terbelakang, maka kita (semua negara yang ada di benua Afrika) pasti akan marah.
Tatkala terjadi pertikaian antara sesama negara di benua Afrika, meski sebelumnya kita bersatu mempertahakan Afrika dalam afiliasi yang lebih luas, maka dalam hal ini kita (orang Mesir) pasti akan marah jika negara kita dihina oleh negara Afrika lainnya.
Lanjut ke lingkaran yang lebih kecil.
Jika ada salah satu orang Mesir mengatakan bahwa orang Sha’idi (sebutan untuk wilayah-wilayah selatan Kairo hingga perbatasan Mesir dengan Sudan) terbelakang, pasti semua orang Sha’idi akan marah.
Jika antara orang Sha’idi saling menghina; orang Qina mencaci orang Suhaj, pasti orang Suhaj akan marah.
Jadi kesimpulannya, saya berafiliasi dengan keluarga, desa, provinsi, negara, mesir dan kepada umat. Lalu kapan mulai terjadi penyimpangan? Jika afiliasi saya kepada Mesir membuat saya menghina negara lain seperti Libia maka ini berubah dari afiliasi kepada fanatisme. Ini adalah afiliasi yang berlebihan di mana saya akan menganggap kurang semua orang yang bukan Mesir.
Perlu diketahui, fanatisme adalah sebuah penyakit yang ada dalam diri manusia.
Jadi, jika gabungan saya kepada tanah air membuat saya menjadi fanatik dan merosak segala hal yang berada di antara saya dan umat, maka kesalahannya bukan berada pada gabungan saya kepada tanah air tapi kesalahan berada pada sikap saya yang fanatik terhadap tanah air.
Ulama mengatakan, “Tidak sah afiliasi seseorang terhadap suatu cabang jika membatalkan asal dari afiliasi tersebut.” Untuk itu, hal ini merupakan rumus utama yang diterapkan di setiap lingkaran afiliasi. Sebab setiap lingkaran afiliasi dibangun atas lingkaran afiliasi asalnya.
Saya Merasa Tanah Air Menzalimi Saya. Apa Solusinya?
Misalkan negaramu menzalimimu juga dengan seluruh penduduk Tanah Air mu. Kamu merasa bahwa hak kamu telah dirampas dan kamu dihina. Lalu bagaimana solusinya?
Pakailah metode yang diajarkan Alquran ketika berinteraksi dengan orang tua yang tidak Islam.
Allah berfirman dalam surat Luqman ayat 15, “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.”
Apa metode yang diajarkan Alquran ketika ada orang tua yang memaksa anaknya untuk menyekutukan Allah?
Pertama, Jangan ikuti mereka.
Kedua, Pergaulilah keduanya di dunia dgn baik.
Meskipun orang tua tersebut memaksamu untuk kembali kepada kekafiran, maka kamu tidak boleh membunuhnya ataupun mengebomnya.
Begitu juga dengan tanah air. Jika kamu merasa dizalimi oleh tanah airmu, maka kamu tidak boleh menghancurkannya meskipun kamu berbeza pendapat dengan Negaramu.
Jadi inilah inti yang kita sampaikan.
Siapapun yang berbeza dengan negaranya dalam masalah apapun, maka bermuamalahlah dengan tanah air dan negaranya dengan baik sebagaimana wajib berbuat baik kepada orang tua yang memaksanya untuk keluar dari Islam.
Tidak boleh merosakkan tanah air, menghancurkannya ataupun mengebomnya sebagimana tidak boleh berbuat kasar kepada orang tua yang musyrik.
Dasar Pemikiran IM Mirip dengan Roti yang Tidak Matang.
Boleh kita lihat bagaimana pemikiran yang disampaikan oleh IM ini merosak pemikiran agama kerana pada awalnya memang tidak diletakkan di atas meja analisis yang kuat.
Sama halnya kalau saya membuat roti. Jika roti yang saya buat tidak matang lalu saya berikan kepada orang, maka rasanya pasti tidak enak. Tapi sebaliknya, jika telah matang pasti rotinya boleh dinikmati.
Begitu pula dengan sebuah pemikiran yang berkaitan dengan agama. Jika diteliti atau dianalisis terlebih dahulu pasti akan sangat bermanfaat. Namun, jika tergesa-gesa mengeluarkannya maka hasilnya tidak akan bagus.
Peranan Teknologi dalam Krisis Mesir
Dahulu.
jika seseorang ingin memperbanyak bukunya dia harus mengumpulkan banyak tukang tulis. Dia tidak boleh secara langsung membawa tulisannya ke percetakan kerana masa itu belum ada mesin cetak. Akibatnya, hal yang ditulis pada masa itu adalah sesuatu yang sangat penting saja.
Sementara yang kurang penting disampaikan dari mulut ke mulut.
Namun sekarang, kita memiliki mesin percetakan. Tidak ragu lagi bahwa mesin cetak adalah anugerah Allah kepada umat manusia namun kita tidak boleh menutup mata bahwa mesin cetak juga memiliki kesan sampingan.
Dengan adanya mesin cetak, membukukan tulisan saat ini sangat mudah. Segala sesuatu ditulis dan dicetak terlepas apakah yang ditulis itu dipelajari atau tidak, benar atau salah, segalanya ditulis. Maka mulailah ledakan informasi di tengah umat manusia.
Saat ini kita memiliki banyak siaran TV. Jadinya semua orang berbicara dan memiliki Pandangan tersendiri.
Tatkala seseorang menyaksikan sebuah informasi di TV, dia dengan mudahnya mengambil kesimpulan dari apa yang dia saksikan. Lalu setelah berjalannya waktu, saat menyaksikan Tv lagi, dia akan mudah berubah Pemikiran dan men-cop informasi sebelumnya salah tanpa melakukan pengamatan terlebih dahulu.
Setelah mendengar banyak pendapat, orang-orang akan merasakan sesuatu yang nihil dan kekosongan. “Ada apa semua ini?! Saya tidak tahu apapun. Saya mahu tidur. Semoga Allah memberikan solusi esok pagi.”
Kemudian, saat ini muncul Facebook dan Twitter. Ini adalah loncatan peradaban yang memberikan banyak manfaat bagi manusia. Namun, hal ini juga memiliki kesan sampingan. Dengan adanya media sosial ini membuat orang-orang tergesa-gesa untuk menyimpulkan suatu masalah dan tidak sabar untuk merujuk kembali kepada sumber utama sebuah masalah.
Dengan mudah orang bisa membaca sebuah berita. Dia bisa membangun hukum yang dia ambil berdasarkan kepada berita tersebut tanpa harus membebani diri untuk memeriksa kebenarannya, mencari sumbernya, dan apakah beritanya dipercaya ataupun tidak. Pada tahap selanjutnya, ia dengan gampang bisa melakukan tindakan yang dia inginkan hanya didasarkan kepada berita di media sosial tersebut.
Hasilnya apa? Banyak orang kehilangan kesabaran untuk membaca, kesabaran untuk mendapatkan informasi dan pengetahuan, kehilangan kesabaran untuk menghasilkan ilmu dengan cara yang benar, serta tidak memberikan tempat yang luang kepada para cendikia melakukan haknya.
Sekarang, kita lihat semua permasalahan ini berada dalam ruang lingkup agama. Akibatnya, terjadi penyelewengan terhadap pemahaman agama yang membawa kepada penghancuran negara, pemabakaran tanah air, menghilangkan nyawa dan pertumpahan darah. Penyebabnya karena setiap orang memiliki sebuah alat yang ringan atau seukuran buku kecil untuk mendapatkan informasi dari media sosial.
Dengan kemudahan mendapatkan akses berita seperti ini, ada orang yang mengatakan, “Kamu boleh mengikuti daurah selama tiga hari dan mendapatkan ijazah dalam bidang Fikih.”
Apakah hal ini sah? Tidak sama sekali. Ini adalah suatu perbuatan kejahatan. Demi Allah, saya menangis kerana merasa pedih ketika melihat kesungguhan para ulama seperti Syeikh Kamal bin Humam, Syekh Zakariya al-Anshari dan Imam Nawawi.
Mereka menghabiskan seluruh umur mereka untuk melayani ilmu. Lalu ada orang yang mengatakan, “Kamu boleh mengambil daurah selama tiga hari dan mendapatkan ijazah.” Lalu dia memberikan dirinya hak untuk mengatakan bahwa al-Azhar itu benar atau salah.
Oleh sebab itu, kita harus memperhatikan bagaimana cara kita mendapat pengetahuan. Kita tidak boleh tergesa-gesa untuk mendapatkannya. Kita harus membezakan mana orang yang mengatakan perkataan yang benar dan tidak. Saya sampaikan, saya adalah orang pertama yang mengatakan, “Jangan terus Anda terima perkataan saya!”
Rujuklah kembali apa yang saya sampaikan. Saya hanya memberi Anda kunci dan silakan Anda baca semua permasalahan ini kembali dengan merujuk kepada buku-bukunya.
Kita harus membiarkan bangsa ini untuk membaca agar kita boleh memahami apa yang terjadi sebenarnya.
Kenapa Mesir Wajib untuk Dijaga Lebih dari Negara Lainnya?
Tanah air bukanlah hanya longgokkan tanah semata. Tanah air itu adalah sebuah sejarah, peradaban dan bangsa. Mencintai tanah air bukanlah hanya berkaitan dengan bagaimana kita memperlakukannya, tapi lebih dari itu, cinta tanah air adalah sebuah perasaan mulia manusia yang disucikan dan diberi cahaya oleh syariat.
Jikalau perkataan ini berada dalam konteks negara secara umum, maka untuk Mesir lebih khusus lagi kerana Mesir memiliki keistimewaan.
Hal ini boleh kita ibaratkan terhadap seseorang yang dilarang mencaci sesama manusia, hanya kerana dia manusia biasa.
Cacian ini lebih dilarang lagi jika dialamatkan kepada ulama seperti Syekh Sya’rawi.
Kenapa? Kerana kita tidak boleh mencaci beliau kerana beliau adalah manusia, itu pertama dan yang kedua adalah kerana ketinggian ilmu beliau. Begitu juga Mesir.
Mesir harus dihormati kerana semua tanah air harus dihormati secara umum, pertama. Yang kedua Mesir harus dihormati secara khusus kerana beberapa faktor di antaranya adalah kerana Allah menyifati Mesir dalam Alquran sebagai negara yang aman.
Allah menyebutkan hanya ada tiga tempat yang aman. Pertama adalah surga, kedua Mekah dan yang ketiga adalah Mesir. Allah berfirman dalam surat Yusuf ayat 99,
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَى يُوسُفَ آوَى إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِين.
Maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf, Yusuf merangkul ibu bapaknya dan dia berkata, " Masuklah kamu ke negeri Mesir, insyaAllah dalam keadaan aman.”
Apakah ini hanya dikhususkan untuk masa Nabi Yusuf saja? Tidak. Kerana Nabi Yusuf pernah mengatakan sebagaimana yang diabadikan Alquran surat Yusuf ayat 55:
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَى خَزَائِنِ الْأَرْضِ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Berkata Nabi Yusuf, “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.”
Jadi, sifat aman yang dilabelkan kepada Mesir bukanlah bersifat sementara kerana ini adalah Qimah Nubuwwah (nilai kenabian).
Dalam ayat ini juga tidak disebutkan أدخلوا أنتم atau أدخلوا مصر إن شاء الله آمنين الآن. Tapi yang dikatakan adalah ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِين maka berubah menjadi syiar.
Bayangkan, berapa lama Nabi Yusuf jauh dari orang tuanya. Tatkala mereka berjumpa, yang diabadikan Allah hanyalah ادْخُلُوا مِصْرَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ آمِنِين padahal pasti banyak percakapan yang mereka lakukan saat itu seperti ungkapan selamat datang, khabar, ataupun yang lainnya.
Sementara yang diabadikan Alquran hanyalah sifat aman bagi Mesir. Jadi, kata aman ini berubah dari perkataan yang bersifat sementara menjadi pokok dari Alquran yang kekal hingga hari kiamat tanpa ada terkecuali.
Intinya, yang ingin kita sampaikan adalah bahwa mencintai tanah air adalah perintah agama Islam sebagaimana wajibnya seorang anak menghormati orang tuanya kerana berhubung kepadanya, apalagi mencintai Mesir yang secara khusus Allah jadikan satu dari tiga tempat yang aman di dalam Alquran bersama syurga dan Mekah.
[Artikel dipetik dari https://www.facebook.com/PencintaRasululloh]

Syeikh Usamah Sayyid al-Azhari 

Komentar:
Artikel diatas dipetik, bukanlah atas maksud untuk melakukan perbandingan, mencari-cari kesalahan, atau merendahkan apa-apa usaha yang dijalankan oleh mana-mana gerakan Islam. Tujuannya hanyalah kerana didalam artikel ini, terdapat suatu perenggan yang menyebut tentang kata-kata Syaikh Hasan al-Banna (yang di 'bold'kan tulisannya dan bewarna merah). Kata-kata ini mengesahkan petikan  tulisan didalam blog ini sebelum ini di
http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2010/10/nasihat-oleh-maulana-yusuf-kepada.html