Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Tuesday, December 29, 2009

Kaabah Baitullah


Masjid Nabawi


Tujuan keluar 4 bulan / 40 hari

..kita berkumpul di sini bukanlah untuk keluar 4 bulan, 40 hari kemudian habis. Kita datang adalah untuk mengubah fikir kita sebagaimana fikir Nabi SAW, fikir sahabat r.hum. (Fikir mereka ialah) bagaimana manusia dapat hidayat, daripada memperhambakan diri pada makhluk kepada memperhambakan diri pada Allah SWT. Oleh itu kalimah Lailahaillallah yang Allah kurniakan kepada kita ialah untuk mengubah yakin kita kepada Allah SWT. Baginda SAW datang untuk mengubah kehidupan yang rosak kepada kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Apabila kita keluar 4 bulan / 40 hari bukan kita hanya menghabiskan masa 4b/40h, tetapi bagaimana kita dapat mengubah fikir kita seperti fikir Nabi SAW, fikir sahabat r.hum, tidak senang duduk, resah gelisah fikir bagaimana umat dapat mentaati perintah Allah dan menjalani hidup cara Rasulullah SAW, (bagaimana) umat ini (dapat) membuat pengorbanan seperti pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabah r.hum. (Dengan ini), pasti (umat) mendapat nusrah Allah SWT dan Allah amkan hidayah seluruh alam. Inilah janji Allah, apabila umat membuat pengorbanan diri dan harta benda untuk agama Allah, Allah SWT akan merahmati mereka, memberi kejayaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini dan kehidupan di akhirat.

[Petikan bayan Maghrib, 9 Julai 2009 oleh Maulana Ahmad Lat semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]

Rasulullah SAW keluar 4 bulan setiap tahun

(Melalui penelitian dan kajian secara mendalam para masyaikh dan ulama’ dakwah terhadap sirah Rasulullah SAW, mereka mendapati bahawa secara puratanya ) Nabi SAW sendiri setiap tahun keluar 4 bulan luar dari Madinah.

[Petikan bayan Maghrib, 10 Julai 2009 oleh Haji Abdul Wahab semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]

Thursday, December 24, 2009

Kupas Tuntas Jemaah Tabligh


Alhamdulillah, telah terbit buku di pasaran yang berjudul ‘Kupas Tuntas Jemaah Tabligh’. Buku ini yang setakat ini berjilid 1, 2 dan 3, mengandungi perbincangan yang menjelaskan secara langsung beberapa isu-isu bersangkutan dengan Jemaah Tabligh. Buku ini boleh diperoleh di premis Masjid Jame’ Sri Petaling, Kuala Lumpur. Beberapa perincian buku ini adalah seperti berikut:

Tajuk buku : Kupas Tuntas Jemaah Tabligh (Jilid 1, 2 dan 3)

Penyusun : Abu Muhammad Ahmad Abduh

Penyunting : Abdurrahman

Penerbit : KHOIRU UMMAT

Jl. Gading Utama Barat no. 14B

Bandung 40292 Indonesia

Telp : (022) 7335221 – 7335222

Fax : (022) 7317286

Pemesanan via sms: 081911337915

Cetakan pertama: Desember 2008M / Dzulhijjah 1429H

Tempahan: Hubungi Tuan Haji Nazir

H/P: 019-4548586

e-mail: naz@anm.gov.my

ISBN : 979-3124-58-X (Jilid 1)

: 979-3124-59-8 (Jilid 2)

: 979-3124-60-1 (Jilid 3)

Diantara perkara-perkara penting yang dibincangkan didalam buku ini ialah penjelasan mengenai persoalan-persoalan yang sering dilontarkan terhadap Jemaah Tabligh, seperti:

Apakah itu Jemaah Tabligh? Adakah ia sebuah gerakan baru?

Dakwah Jemaah Tabligh itu bid’ah?

Meninggalkan tanggungjawab terhadap anak isteri?

Malas bekerja dan meninggalkan urusan dunia?

Orang jahil berani berdakwah?

Mengapa bermarkas di masjid?

Kitab Fadhail Amal penuh kesesatan?

Jemaah Tabligh dibiayai Yahudi?

4 bulan, 40 hari, 3 hari itu bid’ah?

Dakwah dengan berjemaah?

Untuk apa iktikaf di masjid?

Dakwah mendatangi rumah-rumah?

Memaksa dalam berdakwah?

Rukun imannya enam sifat?

Hajinya ke India dan Pakistan?

Anti Ilmu dan Ulama?

Jemaah Tabligh pengganas?

Untuk apa ke India, Pakistan, Bangladesh?

Dari mana hitungan nishab?

Kenapa mengurus orang lain?

Menyembah kuburan di Nizhamuddin?

Aliran tashawwuf?

Anti politik? Anti jihad? Anti mazhab?

Mengangkat amir jahil?

Mengapa khuruj?