Seperti yang di postkan sebelum ini, contoh beberapa gereja di London, England telah bertukar menjadi masjid. Perkara ini terjadi didalam kurun ini; kurun yang dikatakan moden, zaman sains dan teknologi, dan zaman ledakan informasi.
Mengapa ini terjadi? Dan bagaimana ia boleh terjadi di tengah-tengah kota London? Sedangkan ia adalah kota yang terkenal sebagai pusat bagi agama kristian sejakberatus-ratus tahun yang lalu?
Secara ringkasnya, mungkin boleh dikatakan ada faktor penolak (pushing factor) dan faktor penarik (pulling factor) yang menyebabkan fenomena ini terjadi. Faktor penolak yang menyebabkan banyak gereja-gereja telah dijual kepada orang Islam, ialah kerana masyarakat kristian Eropah sendiri sudah tidak mengamalkan agama mereka, gereja-gereja menjadi kosong walaupun pada pagi Ahad, dan kepercayaan masyarakat kristian kepada agama mereka sendiri sudah terhakis malah tercabut dari hati-hati mereka. Kebanyakannya sudah meragui kebenaran agama mereka, bahkan ada yang terang-terangan mengisytiharkan keluar dari kristian. Sama ada mereka menjadi atheis yang tidak percayakan Tuhan, atau menjadi scientologist (percayakan sains semata-mata), atau menganut agama lain, terutamanya Islam.
Dan Islam menjadi faktor penarik yang paling utama kepada golongan kristian Eropah. Ini semua adalah petunjuk dan hidayah dari Allah Subhanahu wa Taala yang telah memasuki hati-hati manusia yang dahagakannya. Dan pastinya hidayah itu datang melalui pengorbanan dan mujahadah para da'ie yang menyeru manusia kepada Allah Taala.
Firman Allah, 'Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami, nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan'( Al-Ankabut:69)
Jika ini boleh terjadi di kota London, bayangkanlah berapa banyak pula gereja telah bertukar menjadi masjid di bandar-bandar lain di seluruh Britain, malah di seluruh Eropah.
2 comments:
Setahu den paderi yg berkhidmat dgn gereja ni ada gaji. Mana dpt gaji? dr sumbangan org ramai lah. Bila org tak ramai dtg ke gereja.. mana la nk dtg duik utk bayar gaji gereja, bil utilities cam air, letrik. Setahun 2 blh la tahan da 10 tahun mmg rabak la duit. Pengabih paderi pun lari lah. drp kutu rayau, penagih dadah duk n wat xtvt yg bebukan.. elok la jual.
Org Eropah walau pun tak semua, rasanya ramai yg da blh pk secara logik ttg agama atau logik ketuhanan. apa citer datang gereja dengar ceramah/kuthbah bangun then nyanyi..pehtu duduk..
mmmmm
Saya setuju dengan pandangan tuan Anonymous :-)
Post a Comment