Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, October 31, 2010

Friday, October 29, 2010

Thursday, October 28, 2010

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala Belajar di India dan Pakistan

Belayar ke India kali Kedua Dan Ke Pakistan

Sekembalinya Abuya ke Mekkah beliau mengisahkan segala pengalamannya di India dan beliau sangat tertarik dengan system pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband, Uttar Pradish, India. Lalu Abuya memohon sekali lagi dengan segala kerendahan hati agar ayahanda beliau mengizinkannya berangkat ke India untuk mempelajari ilmu hadith.

Sayyid Alawi memahami hasrat anaknya yang berkobar-kobar itu sehingga beliau mengizinkannya untuk berangkat sekali lagi ke India untuk belajar ilmu hadits di Madrasah Darul-Ulum Deoband.

Abuya terus berangkat ke India dan menuju Madrasah Darul Ulum Deoband dan terus mengikuti “Daurah” khusus dengan ilmu hadits, yang bererti mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sitt” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa yang singkat.

Dan semasa di India Abuya berguru dengan Syeikh Maulana Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syaikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi dan lain-lainnya.

Setelah menamatkan daurah hadits, beliau kembali ke Mekkah dengan hati yang penuh gembira kerana apa yang beliau idam-idamkan telah tercapai. Abuya tinggal di India pada kali ini selama lima bulan.

Selain India Abuya juga pergi ke Pakistan dan Abuya juga berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf Al Bannuri dan lain-lain lagi.

[“Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala – Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]

Serban Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam

Serban Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam

Wednesday, October 27, 2010

Muqaddimah Kitab Amanial Ahbar

...Allah SWT telah meredhai para sahabat r.anhum. Mereka telah memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak daripada daun-daun di pohon dan lebih banyak dari titisan hujan, secara terus daripada Nabi. Kemudian mereka mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dengan sepenuh-penuhnya. Mereka menghafal setiap satu perkataan Nabi dan menjaganya dan sentiasa menemani Baginda Rasulullah SAW sama ada di perjalanan atau di rumah. Mereka mengambil bahagian bersama Nabi SAW dalam semua keadaan seperti dakwah, jihad, ibadat muamalat (urusan-urusan sosial) dan muasyarat (perkara keperluan harian). Kemudian mereka belajar di hadapan Nabi, bagaimana melaksanakan amal-amal tersebut mengikut Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Semoga dilimpahi keberkatan dalam kehidupan sahabat-sahabat yang telah bersusah-payah mempelajari segala ilmu pengetahuan secara langsung dari Nabi SAW dan terus mengamalkannya. Ilmu yang dipelajarinya bukan setakat untuk dirinya sahaja, bahkan mereka mendakwahkan Ilmu dan Hikmah ini kepada orang lain, mereka memelihara dengan menghafal dan mengamalkannya sehinggalah ilmu yang diamal dan disampaikan ini telah menerangi semesta alam dengan amalan amalan yang penuh rohaniah dan robaniah. Maka dengan ini jadilah dunia ini sebagai gedung ilmu yang melahirkan para alim ulama dan melahirkan insan yang menjadi sumber cahaya dan hidayat, juga meneguhkan kehidupan mereka berasaskan ibadah dan khilafah.

[Sebahagian petikan dari Mukaddimah Kitab Amanial Ahbar Syarah Ma’anial Athar oleh Syaikh Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi r.alaih, ‘Muntakhab Ahadith’, terjemah bahasa Melayu oleh Abu Abil Hasan IM & M Sanadi Hj AB, Klang Books Centre, 2009, m/s 12-13. ISBN 983-61-0135-7]

Tuesday, October 26, 2010

Nasihat oleh Maulana Yusuf kepada Syaikh Hasan AlBanna

“... Oleh itu, semasa duduk beliau (Hadratji Maulana In'amul-Hassan Sahib rah.alaih) berkata, “Maulana Muhammad Yusuf Sahib rah.alaih pernah memberi pandangan kepada Shaikh Hassan AlBanna agar memelihara kerja (agama)nya dari terlibat dengan politik dan menasihatinya agar jangan berselisih dengan kerajaan. Tetapi beliau tidak menerima (nasihat tersebut)*. Didalam masa yang lain, saya juga pernah mencadangkan perkara yang sama kepada Sayyid Ibrahim Izzat** dan menasihatinya agar membuat kerja yang positif sahaja dan jangan mengkedepankan aspek negatif. Beliau menerima pandangan saya dan bertindak menurutinya.”

Nota kaki:

*Maulana Sayyid Abul Hassan Ali Nadwi rah.alaih menulis didalam Karwan-e-Zindagi,
“Telah menjadi fakta bahawa sekiranya Ikhwan tidak mengambil bahagian secara aktif didalam politik untuk beberapa tempoh masa lagi dan tidak terperangkap didalam politik (secara) praktikal, dan meneruskan kerja pengislahan dan dakwah dengan penuh tumpuan, akan berlaku revolusi Islam di dunia Arab dan kehidapan baru akan muncul. Saya telah mengetahui dari pelbagai otoriti dan sumber yang terpercaya bahawa di hujung kehidupan beliau, Syaikh Hassan AlBanna sendiri berasa amat menyesal dan berkata bahawa beliau telah masuk secara pra matang didalam arena politik dan kemudiannya berhadapan dengan masalah. Beliau mempunyai keinginan yang besar, sekiranya diberi peluang, untuk beliau sekali lagi membuat kerja (atas) daawah dan hidayah secara eksklusif supaya beliau dapat menyemai kemampuan, didalam parti secara khususnya dan kaum Muslimin secara umumnya, sesuai didalam memenuhi segala tanggungjawab dan melepasi segala ujian dan rintangan. .(Karwan-e-Zindagi, Vol.1, p. 382).

** Seorang ulama’ tersohor, pemidato yang bersemangat dan rakan karib didalam perbincangan agama, dari Mesir. Beliau meninggal dunia pada 7 Syawal 1403H (18 Julai 1987) semasa perjalanan dari Mesir ke Mekah didalam keadaan berihram. Semoga Allah mencurahkan rahmat ke atas beliau.

[ Terjemahan bebas, Syed Mohammad Shahid Saharanpuri, Insight into Dawat and Its Understanding & Cognition, Maktaba Yaadgaar-e-Shaikh : Saharanpur, India, 2001, pg 156-157 ]

Tulisan asal didalam bahasa Inggeris di http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2008/07/siasah.html

Monday, October 25, 2010

Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur

Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur

Wajib Empat Sifat Bagi Sekalian Rasul

1. Sidek
2. Amanah
3. Tabligh
4. Fathanah

(Sifat ke-3: Tabligh)
Ertinya menyampaikan apa yang disuruhkan mereka menyampaikannya kepada makhluk.

Bahagian-bahagian wahyu
Apa yang diwahyukan Allah Taala kepada Rasul-Rasul itu terbahagi kepada tiga:
  • Allah Taala menyuruh supaya tidak disampaikan kepada makhluk, maka tiada harus bagi mereka menyampaikannya.
  • Allah memberi pilih kepada mereka, maka harus bagi mereka sama ada hendak menyampaikan atau pun tidak.
  • Allah menyuruh mereka menyampaikan kepada makhluk, maka mereka menyampaikannya kepada makhluk dan mereka tidak menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Mustahil lawannya iaitu menyembunyikan apa yang tersebut itu.

Dalil Tabligh itu bahawa jika mereka menyembunyikan sesuatu yang disuruh menyampaikannya nescaya kita disuruh menyembunyikan ilmu kerana kita disuruh mengikut mereka. Dan tindakan menyuruh kita menyembunyikan ilmu itu tidak sah kerana orang yang menyembunyikan ilmu itu dikutuk. Maka sabitlah bagi mereka menyampaikan dan apabila sabitlah mereka menyampaikan, maka mustahillah mereka menyembunyikannya.


[Tuan Syeikh Ahmad bin Muhamad Zain bin Mustafa al-Fathani, ‘Faridat al-Faraid fi Ilm al-Aqaid – Mutiara Ilmu Aqidah’, diterjemah oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy, Jabal Maraqy Enterprise, 2006, m/s 35-37. ISBN 983-867-252-1]

Thursday, October 21, 2010

Masjid India KL

Masjid India KL

Tuesday, October 19, 2010

Perbahasan Para Ulama (mengenai usaha dakwah tabligh)

Suatu peristiwa, Maulana Asyik Ilalvi Meerut (rah.alaih) telah bertanya beberapa soalan kepada Hadratji Maulana Ilyas (rah.alaih). Maulana Abdul Rahim Raipuri (rah.alaih) dan Syaikhul Hadith Maulana Zakariyya (rah.alaih) juga berada disitu.

Maulana Asyik Ilalvi (rah.alaih) berkata,”Dakwah Tabligh adalah kerja mulia. Kami mengakuinya. Kami sedikit pun tidak menafikan atau membantahi akan kepentingannya. Ia adalah sangat penting dan sangat bermanfaat. Tetapi Tuan telah melampaui batas. Tindakan Tuan berlainan daripada ‘elders’ kita sebelumnya. Keseluruhan masa Tuan dihabiskan didalam Tabligh. Tuan langsung tidak memberi perhatian (kepentingan) kepada madrasah ataupun ‘khanqah’ “.

Mendengar ini, Hadratji Maulana Ilyas (rah.alaih) sambil marah berkata, “Saya terpaksa membuat segala-galanya bagi pihak tuan-tuan semua yang tidak mahu membuatnya walau mengakui kerja tabligh ini suatu yang penting”. Seterusnya, perbalahan dengan suara yang agak tinggi berlaku di antara mereka. Setelah masing-masing berdiam diri, Syaikhul Hadith berkata, “Saya bersetuju dengan bantahan Maulana Meerut dan tuan-tuan memang mengetahuinya”.

Hadratji (rah.alaih) kembali menjadi marah setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Maulana Zakaria (rah. alaih). Maulana Zakaria (rah.alaih) berkata lagi, “Kerja sama ada berkaitan agama atau dunia tidak akan berhasil dengan baik sekiranya semasa melakukannya, tumpuan diberi juga kepada berbagai perkara yang lain. Hasil kerja akan menjadi baik hanya jika melakukannya dengan hati yang penuh tumpuan. Oleh itu, sesiapa saja yang benar-benar bertanggungjawab untuk sesuatu perkara, sepatutnya melakukannya dengan sepenuh hatinya dan sepenuh tumpuan. Dia kena menjadikan dirinya semata-mata untuk kerja itu. Oleh itu, para ulama terdahulu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perkara yang mereka lakukan”.

Maulana Abdul Rahim Raipuri (rah.alaih) berkata, “Memang benar apa yang kamu katakan itu”. Syaikhul Hadith berkata lagi dengan penuh hikmah, “Oleh itu, bapa saudara saya (Hadratji Maulana Ilyas rah.alaih)) memberikan sepenuh tumpuannya untuk tabligh. Tuan-tuan telah bersetuju bahawa sesuatu perkara tak akan berhasil jika tidak diberikan tumpuan sepenuhnya”. Mendengar ini, kedua-dua mereka, Maulana Meerut (rah.alaih) dan Hadratji Maulana Ilyas (rah. Alaih) telah ketawa.

[Maulvi SS. Muhammad Syeikh Abdullah Bin Muhammad Hafifa, ‘1000 Kisah Hadradji (Rah): Bahagian Pertama’, Klang Books Centre, 2009. ISBN 978-983-61-0169-3]