Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Friday, March 9, 2012

Prioriti didalam usaha mengembalikan kekuatan ummat

Ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam wafat dan Khalifah Sayyidina Abu Bakar Siddiq Akbar Radhiallahu anhu baru dilantik menjadi khalifah, ummat Islam pada masa itu dilanda ujian yang besar dari Allah Taala. Diantaranya, terdapat segolongan ummat Islam yang tidak mahu membayar zakat (penurunan dari segi amalan syari'at Islam), terdapat segolongan ummat yang murtad (ancaman aqidah), dan timbulnya nabi palsu Musailamah al-Kazzab si penipu besar (wujudnya ajaran sesat). Ancaman dari luar juga datang dari Rom (kuasa besar Nasrani dari barat semenanjung tanah arab) dan Parsi (kuasa besar Majusi dari timur semenanjung tanah Arab).

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar Radhiallahu anhu berhadapan dengan masalah-masalah ini? Keputusan telah dibuat untuk menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu, dengan cara menghantar jemaah-jemaah dakwah dan jihad ke seluruh pelosok negeri dan kawasan Islam pada masa itu, menyeru agar ummat Islam kembali kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mengamalkan kembali kesempurnaan agama didalam kehidupan. Nabi palsu dan para pendokongnya pula, oleh kerana mereka mengangkat senjata, maka mereka ditentang dan diperangi sehingga tewas dan hancurlah kebatilan yang dibawa oleh si penipu besar Musailamah itu.

Jemaah-jemaah ini telah dikeluarkan dari bandar Madinah Munawwarah, sehingga tidak kedengaran azan buat beberapa hari kerana tiadanya lelaki bagi melaungkannya. Yang tinggal cumalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang yang uzur.

Apabila telah disempurnakan usaha menyelamatkan iman dan kesempurnaan syariat, maka jemaah-jemaah dakwah barulah dihantar dengan giat kembali ke seluruh pelusuk dunia.

Hari ini, ummat Islam dilanda ujian yang lebih parah jika dibanding dengan keadaan yang dihadapi oleh Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu. Bukan setakat tidak mahu mengeluarkan zakat, malah solat pun telah ditinggalkan oleh begitu ramai orang-orang Islam sendiri. Ummat Islam yang murtad pun berlaku dengan jumlah yang ramai, malahan begitu berbangga dengan kemurtadan mereka, Na'uzubillah. Dan begitu banyak ajaran-ajaran sesat yang timbul; ada yang mengaku Nabi, mengaku Rasul melayu, mengaku Imam Mahdi, mempunyai kerajaan langit dan pelbagai macam lagi dakwaan yang sesat dan menyesatkan.

Maka adakah menjadi kesalahan sekiranya bangun satu golongan dari kalangan ummat ini, yang dipimpin oleh alim ulama' yang muktabar, menyeru agar usaha perbaikan secara besar-besaran dilakukan ke atas ummat Islam dengan menghantar jemaah-jemaah dakwah ke seluruh dunia? Dengan berusaha agar ummat Islam hari ini kembali mengamalkan agama yang sempurna, sebagaimana yang diusaha dan dilaksanakan oleh Khalifah Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu?

Adakah sesuatu yang batil sekiranya usaha dakwah manusia kepada Allah  ini dilaksanakan tanpa menafi atau menolak usaha dakwah ke atas orang bukan Islam? Tanpa menolak kepentingan usaha atas politik/kenegaraan Islam? Tanpa mempertikaikan usaha mempertahankan ummat Islam dengan mengangkat senjata melawan kafir yang menceroboh negara ummat Islam dan membunuh orang-orang Islam?

Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan perkara ini. Semoga Allah memberi kita kefahaman.

Tuesday, March 6, 2012

Petunjuk bagi yang bermujahadah di jalan Allah

Allah SWT said: “Those who strive for Our sake, We shall certainly guide them unto our path.”*

(Surah al-Ankabut ayat 69)


*This is a Meccan verse, and it is well known that the physical Jihad against the disbelievers was legislated in Medina al-Munawwarah. This proves that the intent behind Jihad here in this verse is the jihad against the ego. The Allama and scholar of Qur’anic exegesis, Ibn Juzayy al-Kalbi said in his commentary on this verse: “This refers to Jihad against the ego.” The Allama and scholar of Qur’anic exegesis, al-Qurtubi said in his commentary: “Al-Suddi and others said: ‘This verse was revealed before the obligation of fighting was prescribed.’”

[Shaykh ‘Abdul Qadir ‘Isa, ‘Realities of Sufism’, translated by Suraqah Abdul Aziz, Sunni Publications, The Netherlands, Europe, 2009. ISBN 978-90-79294-11-4. Pg 83]


Terjemahan bebas:

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan)
[terjemahan dari  http://www.alquran-melayu.com/29-al-ankabut/]

*Ini adalah ayat yang diturunkan di Mekkah, dan diketahui umum bahawa jihad secara fizikal melawan orang-orang kafir telah diperintahkan di Madinah. Ini membuktikan bahawa maksud jihad didalam ayat ini ialah jihad melawan nafsu.
Allamah dan ahli tafsir al-Qur'an, Ibnu Juzayy al-Kalbi mengatakan didalam tafsirnya mengenai ayat ini: "Ini merujuk kepada jihad melawan nafsu." 
Allamah dan ahli tafsir al-Qur'an, al-Qurtubi mengatakan didalam tafsirnya: "Al-Suddi dan yang selainnya mengatakan: 'Ayat ini telah diturunkan sebelum kewajipan berperang ditetapkan.