Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Thursday, January 3, 2013

Usaha Dakwah di Kenya dan Tanzania

Kisah dakwah di Kenya dan Tanzania ini dialami dan diceritakan oleh amir jemaah dari Yaman yang sedang khuruj dijalan Allah selama dua bulan di Malaysia. Kisah penuh diboleh dibaca di
http://ziarah76.blogspot.co.uk/2012/07/kisah-jemaah-yaman-bapa-habib-ben-hafiz.html

                         *****************************************************


... Amir itu memberitahu lagi bahawa satu ketika beliau sendiri bersama salah seorang ahli jemaah itu (seorang ahli jemaah itu mengangguk ketika kisah ini diceritakan) telah khuruj berdakwah ke Kenya dan Tanzania (negara Afrika).

Beliau memberitahu, apabila tiba di satu masjid, imam masjid itu menghalau mereka (jemaah) keluar daripada masjid (yakni tidak membenarkan mereka duduk dalam masjid).

Setelah mereka berbicara dengan umat Islam di situ didapati rupa-rupanya umat Islam di daerah itu telah ramai yang murtad dan keluar daripada Islam secara beramai-ramai masuk agama nasrani. Amir itu memberitahu, antara taktik mubaligh nasrani ialah memberikan gula-gula kepada kanak-kanak dan orang awam. Ada dua jenis gula-gula. Satu jenis gula-gula dilabelkan dengan nama Muhammad manakala satu lagi jenis dilabelkan dengan nama Isa. Maka jenis gula-gula yang berlabel Muhammad diperbuat berperisa amat pahit manakala gula-gula berlabel Isa berperisa manis. Apabila disuakan gula-gula ini kepada penerimanya selepas memberitahu nama-nama label itu maka mereka akan membuang dan menyatakan tidak mahu Muhammad tetapi mahu Isa.

Keadaan ini berlaku dalam tempoh beberapa ketika maka ramai yang telah murtad manakala orang awam juga ditipu bahawa dalam dunia tiada lagi orang yang beragama Islam maka lebih baik mereka masuk nasrani sahaja. Dan ramai yang masuk nasrani. Terdapat sebuah masjid pula, terdapat patung berhala diletakkan di dalam masjid.

Maka jemaah dakwah tabligh ini cukup sedih, telah menangis lalu bermesyuarat maka kesemua ahli jemaah satu fikir bertekad tidak mahu pulang ke Yaman selagi Islam kembali tersebar semula di situ atau mereka mati sahaja di situ demi menyebarkan dakwah itu. Setelah beberapa tempoh hari dan bulan jemaah berada di kawasan itu lalu membuat amal masjid seperti biasa, jaulah, ziarah, bacaan taklim, hadis, quran, mesyuarat (seperti amalan dilakukan oleh jemaah tabligh) dan sebagainya maka pertolongan Allah turun. Iaitu lama-kelamaan penduduk di situ mula hatinya terbuka untuk kembali kepada Islam dan akhirnya kesemua masyarakatnya kembali masuk Islam semula.

                        ******************************************************

Sebab itulah usaha dakwah mengajak manusia kepada Allah mesti dibuat secara berterusan. Tanpa usaha dakwah, agama akan keluar dari manusia secara perlahan-lahan sehingga boleh ke tahap murtad, na'uzubillah. Tapi bila usaha dakwah dijalankan, orang yang keras hati seperti Hindun dan Umar pun boleh beriman kepada Allah.

No comments: