Video klip dari youtube ini telah di buat oleh orang kristian (dan mungkin telah diedit sedikit sebanyak) bagi tujuan memberi amaran kepada penganut kristian lain mengenai kebangkitan Islam di Eropah. Kebenaran fakta yang dinyatakan masih perlu di verifikasikan.
Namun ini bukanlah sesuatu yang diluar kemungkinan kerana jika ummat Islam mengamalkan agama sepenuhnya, maka Insyaallah secara fitrahnya, Islam akan unggul dimana saja mereka berada.
Misalnya didalam bab pertambahan populasi. Ummat Islam sememangnya dianjurkan oleh Rasul yang mulia Sallallahu alaihi wa Sallam agar memperbanyakkan anak dan zuriat, kerana di akhirat nanti, baginda akan berbangga dengan bilangan ummatnya yang ramai. Begitu juga, dengan dakwah dan akhlak, masyarakat non-Muslim sendiri akan terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Ini kerana cahaya hidayah yang dikurniakan Allah (asbab adanya amalan dakwah dan korban dengan cara Nabi oleh para daie Allah yang ikhlas), pasti akan menembusi hati-hati manusia walau bagaimana keras sekali pun, sepertimana kerasnya hati Hindun, Umar dan Ikramah; akhirnya beriman kepada Allah jua.
Wahai Allah (sepertimana yang diimani oleh orang Islam) yang membolak-balikkan hati manusia! Kau tetapkanlah hati-hati kami diatas agama-Mu (Islam)!
No comments:
Post a Comment