Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, July 9, 2008

Masjid Kakrail, Dhaka

Saturday, July 5, 2008

Meninggalkan Anak Isteri

Keluar ke Jalan Allah Selama Beberapa Tempoh

Sila lihat bahagian 'Keluar ke jalan Allah selama beberapa tempoh'.

Friday, July 4, 2008

Masjid Banglawali, New Delhi

Masjid Banglawali, New Delhi

Mencegah Kemungkaran

Pandangan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Mereka berkata: "Jama'ah Tabligh tidak mencegah dari kemungkaran dan tidak menyuruh kepada kebaikan dengan cara yang benar".

Kami katakan : "Sebagaimana yang telah kami terangkan sebelum ini bahwa tidak termasuk dalam tatacara Jama'ah Tabligh pengingkaran terhadap pemilik/pelaku kemungkaran. Hal ini disebabkan oleh:
1. Pengingkaran terhadap pelaku kemungkaran dalarn masyarakat yang dipenuhi oleh kebodohan dan kefasikan, tidak menghasilkan manfaat sedikitpun. Ini adalah suatu kenyataan yang tidak dapat diingkari oleh orang yang memiliki kefahaman tentang keadaan ummat (saat ini).

2. Mereka mengganti pengingkaran kemungkaran dengan ucapan, dengan menghijrahkan pelaku kemungkaran dan menjauhkannya dari lingkungan yang rusak dan meletakkannya ditengah para pendidik yang bijak yang mengobatinya dengan perbuatan dan perkataan yang baik. Tidak lama kemudian dia akan meninggalkan dan mengingkari kemungkaran itu. Cara ini lebih bermanfaat daripada ucapan ucapan yang disampalkan dari atas mimbar atau di majlis talim sementara orang orang dalam keadaan lengah. Dan yang perlu perlu dipertanyakan : Orang orang yang mengingkari Jama’ah Tabligh dalam nahi mungkar, apakah mereka telah benar benar mencegah kemungkaran? Jawabannya mudah diketahui dan kenyataan (di lapangan) menjadi saksi. Kita harus banyak istighfar karena kita telah meninggalkan kewaj'iban amar ma'ruf nahi mungkar. Keadaan orang yang memburukkan Jama'ah Tabligh karena meninggalkan nahi mungkar, sedang ia sendiri tidak melaksanakannya, tidak ubah seperti apa yang diungkapkan oleh seorang penyair:

“Janganlah melarang (seseorang) dari melakukan suatu perbuatan sedang engkau sendiri melakukannya. Kalau engkau berbuat yang demikian, itu merupakan aib yang besar pada dirimu”

[Tulisan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, dalam buku 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh' ]


Fatwa Mufti Ebrahim Desai

Adalah menjadi harapan besar Hadhrat Moulana Ilyaas (RA) untuk menghidupkan kembali roh agama Allah Ta'ala yang suci murni. Atas maksud ini beliau telah mengenengahkan beberapa "Usools" yang di garib dari al-Qur'aan dan Hadith. Untuk mencapai maksud tersebut, beliau telah bersungguh-sungguh mengingatkan orangramai dari kalangan umat ini tentang kepentingan dan tanggungjawab Amr bil Ma'roof dan Nahy anil munkar. Masalaah yang berlaku pada hari ini ialah kita telah menyalahtafsirkan maksud sebenar Nahy anil munkar.

Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya. Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam), seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula membuang air kecil si satu sudut Masjid. Para Sahaabat (Radhiallaahu Anhum) segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam). Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dsb.

Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

Hal inilah yang menjadi harapan tinggi Moulana Ilyas(RA). Dalam melaksanakan Amr bil Ma'roof sebagaimana yang dilakukan oleh saudara-saudara kita dalam jamaah tabligh, mereka memberi galakan kepada kita supaya memberi masa untuk keluar ke jalan Allah Ta'ala, supaya apabila kita berada dalam suasana agama yang betul, di dalam masjid, barulah kita dapat menilai akan kepentingan usaha agama dan memahami kesan-kesan buruk dalam menjalani kehidupan bermaksiat dan engkar.

Dan Allah Ta'ala jualah yang Maha Mengetahui.

[Terjemahan fatwa Mufti Ebrahim Desai, Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa, dipetik dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=6427) ]

Siasah

Pengalaman Syaikh Dr Muhammad Abul-Fath Al-Bayanuniy

Syaikh Dr Muhammad Abul-fath Al-Bayanuniy berkata:

"... saya teringat semula kepada satu peristiwa atau suasana yang mudah-mudahan dapat menjelaskan perselisihan sumpama itu iaitu semasa saya bersama yang mulia Ustaz Al-Syaikh Muhammad Yusuf al-Kandahlawi rahimahullah merupakan seorang pendakwah yang masyhur pada masa itu. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1387H bersamaan 1963M semasa saya membuat lawatan ke India. Semasa lawatan tersbut saya telah meluangkan masa untuk menziarahi serta tinggal di masjidnya bersama-sama selama beberapa hari. Semasa saya berada di sana, saya ada mendengar srta melihat ikhwah dari Jamaah tabligh menyebut dalam ucapan mereka semasa menerangkan asas dakwah mereka iaitu mereka menjauhikan diri daripada perbincangan-perbincangan politik dan khilafiyyah. Saya memang amat memahami ucapan tersebut. Saya juga mempunyai sangkaan yang baik terhadap kata-kata itu dengan merujuk kepada tabiat dakwah mereka yang meluas ke seluruh dunia.

Kalaulah tidak kerana apa yang dibangkitkan oleh sesetengah pendakwah mengenai siasah serta tabiat dakwahnya dan ketulusan niatnya terutama sekali apabila terdapat sestengah golongan mengaitkannya dengan Qadyaniyyah yang menolk konsep jihad Islam, sebagaimana banyak berlaku kepada pengikut Qadyaniyyah, nescaya kita menyangka buruk kepada mereka dan sesetengahnya pula menghukum mereka dengan sesat, menyeleweng atau sebagainya.

Melalui ziarah ini saya telah mendapat satu peluang untuk mengemukan beberapa soalan yang akan menjelaskan sudut yang bahaya ini iaitu masalah jihad mengikut pandangan beliau (Jamaah Tabligh). Beliau menjawab soalan itu berdasarkan ilmu dan pengalaman sama ada secara umum atau khusus selari dnegan manhaj mereka dalam masalah ini. Saya tidak mempunyai cara lain melainkan bertanya scara terbuka dan berterus terang. saoalan saya, "Apa pandangan jamaah tuan mengenai jihad fi sabilillah dan apa pula pandangan tuan mengenai Marhalah Tanfiziyyah yang dilakukan oleh jamaah lain?"

Tuan syaikh hairan dengan soalan ini dan tersenyum seraya berkata, "Kalaulah kami mempunyai pandangan khusus dalam masalah jihad yang merupakan kemuncak Islam, nescaya kamutidak akan dapati dalam buku kami Hayat al-Sahabah berita-berita tentang peperangan, jihad Rasulullah s.a.w. dan Sahabatnya yang muliaitu, dan buku ini tersebar luas dan dimiliki oleh saudara-saudara kami di seluruh pelusuk dunia."

Alhamdulillah dengan jawapan yang diberikan oleh tuan Syaikh tadi dapatlah saya memahami tujuannya lalu saya meminta maaf kerana mengemukakan pertanyan-pertanyan tersebut. Dengan itu hilanglah kekusutan yang menyelubungi diri saya.

... Sebenarnya sikap sesetengah pendakwah yang mengelak diri daripada medan politik atau daripada membicarakan persoalan politik dalam dakwahnya bukanlah bermakna menolak dan mengingkari kepentingan serta kewujudannya, tetapi sikap mereka yang diambil itu lebih merupakan perancangan kerja yang telah dipersetujui bersama. Dan ini adalah merupakan ijtihad mereka dalam melaksanakan kerja, sama ada betul atau salah terserahlah kepada Allah s.a.wt...."

[ Dr Muhammad Abu Al-Fath Al-Bayanuniy, Penyatuan Kerja Gerakan Islam : Di Antara Harapan dan Kenyataan (terj. oleh ABIM), Budaya Ilmu Sdn Bhd : Petaling Jaya,Selangor, 1992, m.s. 20-21 ]



Pandangan Maulana Manzoor Nukmani

'Shah Waliullah telah menyatakan dengan jelas didalam 'Fuyuzul Harmain' bahawa orang-orang yang berjuang dengan penuh keikhlasan dan tiada motif lain melainkan untuk menyebarluaskan risalah Allah Taala melalui cabang kerja kenabian seperti mendakwah ajaran agama dan moral, pengarahan, memberi petunjuk dan reformasi adalah (tidak kurang didalam)menjalankan tugas Khalifah Rasulullah SAW seperti mana orang-orang yang melibatkan diri mereka secara langsung dan ikhlas didalam urusan politik dan pemerintahan, seperti jihad dan perlaksanaan keamanan, keadilan dan persamaan. Perbezaannya cuma satu bahagian merupakan 'luaran' atau 'zahir' kepada kekhalifahan, manakala yang satu bahagian lagi adalah 'dalaman' atau 'spiritual' (kepada kekhalifahan). (Secara ringkasnya), Shah Waliullah telah membahagikan tugas kekhalifahan kepada dua bahagian; 'luaran' dan 'dalaman'.

Kekhalifahan sebagai institusi politik dan kerajaan telah hilang untuk satu jangka masa yang lama. Negara orang-orang Islam hari ini kebanyakannya tiada kaitan dengan matlamat dan tujuan nabi, dan ia - negara orang-orang Islam - juga tidak menunjukkan ciri-ciri ke arah itu. Sebahagian yang lain pula secara umumnya tidak (banyak) berbeza dengan (prinsip) pegangan mana-mana negara bukan Islam di dunia. Walaubagaimana pun, separuh lagi unsur kekhalifahan, iaitu tugas naib nabi melalui penyebaran risalah agama diluar dari naungan kerajaan masih lagi wujud; pintu-pintunya masih terbuka dan ruang lingkup untuknya adalah lebih besar dari sebelum ini. Peluang (untuk penyebaran risalah) di zaman moden ini adalah tidak terbatas. (Oleh itu), hendaklah lebih ramai lagi hamba-hamba Allah yang melibatkan diri didalam lapangan yang mempunyai harapan ini dengan segenap kemampuan mereka, biarlah lebih ramai yang turun ke padang didalam arena (dakwah agama) ini dengan tidak mementingkan diri, dan mengabdikan diri sesuai dengan kapasiti dan kebolehan masing-masing, didalam menjalankan tugas menyebarluaskan cara kehidupan Rasulullah SAW ke seluruh dunia. Berjuang dan berjihad di jalan ini dengan pengorbanan adalah jihad terbesar di zaman moden, bentuk kesetiaan serta keikhlasan yang sebenar kepada Rasul SAW dan pewaris (kerja) nabi yang paling tulin. Mereka yang meletakkan kaki di atas (jalan) ini akan jelas nampak jalan-jalan (penyelesaian) lain yang akan dibuka kepada mereka oleh Allah Taala. Apa yang kita hadapi hari ini adalah merupakan kesinambungan yang tidak jauh dari apa yang dijanjikan dan khabar gembira yang diberitakan kepada para muslimin di Makkah melalui ayat terakhir Surah Al-Ankaboot:

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (Al-Ankabuut 29:69)'

[Terjemahan bebas - Kitab Islamic Faith and Practice, karangan Maulana Manzoor Nukmani, terbitan Idara-e-Islamiyyat, m/s 123-124, 1999]


'Langkah pertama didalam kebangkitan struktur teokrasi Islam didalam Negara orang-orang Islam ialah dengan 'pengorientasian semula agama' didalam kehidupan masyarakat Islam. Dengan ini, kita maksudkan pengalihan pemerhatian dari keghairahan keduniawian kepada keghairahan keakhiratan, dengan matlamat supaya menjadi mudah bagi mereka untuk mengetepikan kecintaan materialistik kepada mencapai keredhoan Tuhan. Tiada jalan yang lebih mudah dari ini. Sejarah telah membuktikan kebenaran kenyataan ini dan roh dalaman Islam juga menuntut perkara ini. Melainkan dengan kesedaran agama diusahakan dikalangan masyarakat Islam, usaha peningkatan tahap negara orang-orang Islam kepada pembentukan Negara Islam yang sebenar, sekurang-kurangnya pada zaman kita ini, hanyalah mimpi kosong. Ini adalah proses yang susah dan memerlukan pengorbanan besar, tetapi tiada alternatif lain, tiada jalan singkat lain bagi pembentukan kerajaan Islam. Walaupun dengan secara tidak sengaja sistem Islam terbentuk di mana-mana, adalah mustahil baginya untuk berfungsi dengan jayanya melainkan keintelektualan dan mekanisma emosi masyarakat Islam yang hidup dibawah naungannya (kerajaan Islam tersebut) dan amalan mereka didominasi oleh kesedaran agama dan moral. Sistem (yang terbentuk secara tidak sengaja) ini akan dikoyak-koyakkan kepada cebisan-cebisan oleh orang-orang Islam (yang tidak ada kesedaran agama) itu sendiri.'

[terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 132, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999]


'Persoalan mengenai perlantikan khalifah; yang timbul selepas kewafatan Baginda Nabi SAW, tidaklah seperti yang disalah anggap oleh sesetengah orang, iaitu (beranggapan bahawa) ia adalah sama dengan perlantikan ketua bagi sesebuah negeri (head of state). Isu sebenar yang dihadapi oleh para sahabat r.anhum ialah untuk menentukan siapakah diantara mereka yang berkelayakan untuk menanggung beban tanggungjawab yang besar didalam mendakwah dan menyebarkan risalah keimanan, pengarahan kerohanian, bimbingan, Jihad dan Amar makruf Nahi mungkar yang baginda Nabi SAW telah wariskan kepada ummat sebagai sebahagian dari misi ketuhanan bagi pengislahan ummat dan organisasi dan pengurusan keduniawian menurut kehendak Allah Taala. Kita mempunyai (bukti atas kebenaran pernyataan ini dari) sumber yang sahih, iaitu kandungan khutbah yang disampaikan pada satu perhimpunan oleh Hazrat Abu Bakar r.anhu (diantaranya) seperti berikut: Muhammad SAW telah wafat; sekarang menjadi satu keperluan bagi melantik seseorang yang berkemampuan untuk bertanggungjawab diatas urusan keimanan.'

[terjemahan bebas - Maulana Manzoor Nukmani, Kitab Islamic Faith & Practice, bab Kerajaan & Politik, muka surat 122, terbitan Idara Islamiyyat, tahun 1999, diterjemahkan dari bahasa Urdu ke bahasa Inggeris oleh Dr. Muhammad Asif Kidwai]



Pandangan Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Mereka katakan:
Jama'ah Tabligh mematikan ruh jihad dalam jiwa kaum muslimin dengan menjauhkan pemikiran mereka dari politik dan mereka tidak menuntut ditegakkannya syari'at Islam di negara negara yang tidak menerapkannya.

Kami katakan:
1. Sesungguhnya Jama'ah Tabligh justru menghidupkan ruh jihad dan bukan mematikannya seperti yang mereka katakan. Orang yang keluar untuk menda'wahkan Islam dengan dirinya dan hartanya baik di dalam negeri atau di luar negeri adalah orang yang benar-benar hidup bukan orang mati.

2. Apabila maksud ditegakkannya Syari'at adalah agar Allah Yang Maha Esa disembah dengan (mentaati) syariat Nya, maka sesungguhnya Jama'ah Tabligh dengan da'wahnya telah menyembah Allah dengan mentaati Allah dan Rasulnya baik dalam perintah-perintah maupun larangan larangan keduanya. Tujuan yang dicapai dengan menuntut ditegakkannya syari'at telah tercapai dengan tanpa perang.

3. Apakah tuntutan selain mereka untuk menegakkan syari’at, dengan menyibukkan diri dalam kegiatan kegiatan politik telah mewujudkan sebagian kecil dari tujuan mereka ? Sama sekali tidak! Kalau begitu, da'wah para penyerang Jama'ah Tabligh dianggap negatif dan da'wah Jama'ah Tabligh adalah positif. Hal yang positif adalah lebih baik dari pada hal yang negatif bagi seluruh orang orang yang berakal.Darl sini saya nasehatkan kepada saudara saudara sesame muslim agar berhenti dari memerangi Jama'ah Tabligh, sehingga mereka tidak berada dalam posisi orang yang menjadi penghalang Jalan Allah. Suatu posisi yang tidak diinginkan oleh siapapun.

[Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawy dan Universiti Islam Madinah Al-Munawwarah, Saudi Arabia, 'Menyingkap tabir kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh]


Tulisan Abul Khairi Al-Latifi

Allah (s.w.t.) telah menjanjikan bahawa khilafah dan tamkin-Nya di atas muka bumi adalah menjadi milik orang-orang yang beriman semata-mata. Ini adalah sebagaimana firman-Nya (mafhumnya):

'Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan-amalan soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa dan sesungguhnya Dia meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka.' (An-Nuur 55)

Khilafah bukan sahaja bermaksud kerajaan, pemerintahan dan kekuasaan bahkan maksudnya lebih luas. Khilafah bermaksud penggantian di mana orang-orang Islam adalah wakil bagi keadilan, dan kasih sayang Allah. Sebagaimana kesemua makhluk taat kepada Allah SWT, begitu jugasebagai khalifah Allah SWT semua manusia sama ada yang beriman ataupun yang kafir taat dan akur kepada perintahnya dan berkhidmat untuknya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada khulafak-khulafak Ar-Rasyidin umpamanya Umar (r.a.) dimana angin telah berkhidmat untuknya didalam menyampaikan suaranya kepada Amir satu jemaah.

[Dipetik dari buku 'Keruntuhan Martabat Ummat Islam - Mengapa dan apakah jalan penyelesaiannya?', tulisan Abul Khairi Al-Latifi, terbitan Darul Nukman, m/s 210, tahun 1994]



Fatwa Moulana Imraan Vawda

Untuk memahami pegangan Jamaah Tabligh, seseorang itu harus terima dan akur bahawa jika seseorang atau satu golongan itu memberi tumpuan kepada sesuatu lapangan aktiviti, tidaklah bermakna seseorang atau golongan tersebut menentang bidang atau lapangan yang lain. Walaupun asas atau dasar yang disebutkan ini adalah jelas, hanya mereka yang gemar membuat fitnah dan tohmahan yang cuba memutar-belitkan keadaan.

Jamaah Tabligh menumpukan kepada asas usaha pembaikan imaan dan aamal dalam kehidupan seseorang. Bidang aktiviti atau lapangan lain dilaknasanakan oleh ulama lain. Jihad, hal-hal kebajikan masyarakat, ta'leem (pengajian), politik, Dawah kepada bukan Islam dilaksanakan oleh ulama lain. Jamaah Tabligh tidak menentang usaha-usaha tersebut, hanyasanya mereka memberi tumpuan kepada usaha mereka sendiri. Patutkah mereka dituduh sebagai para penentang? Tuduhan sebegini jelas tidak berasas dan tidak adil.

Jamaah Tabligh bukanlah satu pergerakan rahsia. Ia tidak ada pejabat, tidak juga ada jawatan. Segala amal dan aktiviti mereka terbuka untuk diselidik dan dianalisa oleh sesiapa saja di seluruh dunia. Rasa sesuatu kuih itu hanya boleh dikecapi apabila memakannya. Kami mencabar sesiapa saja yang telah terkena racun dari artikel yang memburuk-burukkan Jamaah Tabligh supaya melapangkan masa hanya 3 hari bersama mana-mana kumpulan jamaah dalam Jamaah Tabligh yang bergerak bagi memastikan sendiri samada Jamaah Tabligh benar-benar mengajar perkara-perkara buruk sebagaimana yang dikatakan oleh para penentang mereka. Akan terbukti jelas bahawa para penentang mereka mempunyai niat yang buruk dan agenda yang tersembunyi.

Cukuplah ianya bagi mereka yang mencari kebenaran. Dan salam kepada mereka yang berusaha keras atas hidayat dan petunjuk.

Dan Allah Ta'ala Maha Mengetahui.

Moulana Imraan Vawda Darul Ifta, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa.

Diperiksa dan disahkan benar oleh: Mufti Ebrahim Desai

[Terjemahan dari http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=5924]



Writings by Syed Mohammad Shahid Saharanpuri

"... Thus, in a sitting he (Hadratji Maulana In'amul-Hassan Sahib rah.a.) said, "Maulana Muhammad Yusuf Sahib rah.a. had counseled Shaikh Hassan AlBanna to keep his work aloof from politics and adviced him not to clash with the goverment. But he did not accept it*. On one occasion I had also suggested the same thing to Sayyid Ibrahim Izzat** and advised him to do a positive work only and never bring forth a negative side. He accepted my cuonsel and acted accordingly."

Footnotes:
* Maulana Sayyid Abul hassan Ali Nadwi rah.a. writes in Karwan-e-Zindagi,
"It is a fact that had the Ikhwan not taken part in active politics for some more time or not entangled in the practical politics and carried their work of rectification and daawah with full devotion, there would have been a Isalmic revolution in the Arab world a new life would have emerged. I have learnt from various authorities and reliable sources that in the last days of his life, Syaikh Hassan Albanna himself was extremely sorry and said that he had to make a premature entry into political field and thus landed in trouble. He has an earnest desire the he might once again get a chance exclusively for the work of daawah and hidayah so that he could inculcate the capability, in the party in particular and Muslims in general, befitting for fulfilling all the responsibilities and getting through all test and trials.(Karwan-e-Zindagi, Vol.1, p. 382).

**A distinguished scholar of deen, an elloquent speaker and confidant of the religious circles, from Egypt. Died on 7th Shawwal 1403H (18th July 1987) whlie travelling from Egypt to Makkah in the condition of Ihram. may Allah shower His mercies on him.

[ Syed Mohammad Shahid Saharanpuri, Insight into Dawat and Its Understanding & Cognition, Maktaba Yaadgaar-e-Shaikh : Saharanpur, India, 2001, pg 156-157 ]

Dakwah dari rumah ke rumah

Pandangan Saudara Al-Faqir MGC Abdil Aziz

Soalan: Mengapa perlu buat dakwah dari rumah ke rumah?

Jawapan:Assalamu 'alaikum,Bismillah, walhamdulillah, wassolatu wassalamu 'alarasulillah.

Utk jawapan awal, suka saya nyatakan, kadang-kadang, sesuatu usul atau manhaj tidak didapati dengan sorih. Memang tidak akan didapati hadith yg menyatakan seperti, bersabda Rasulullah s.a.w., "aku telah pergi hari ini ke rumah si poolan.. kemudian si polan.. bla.. bla.."bagaimanapun, jika kawan sdr itu benar-benar sekolah agama dan mempunyai kebolehan untuk menatap kitab2 sirah, pasti persoalan ini tidak akan timbul.

Dalil, kadang-kadang diambil daripada 'mafhum'(yg boleh difahami) dan bukannya 'mantuq'(yg dituturkan/diceritakan).

Berkenaan dari rumah ke rumah minta kawan sdr buka kitab Hayatus-Sahabah dan baca ulang-ulang kali bab Dakwah Rasulullah dan Para Sahabat, semuanya kat jilid 1 ( bagi versi asal berbahasa Arab - bagi terjemahan Inggeris dan melayu, itu bergantung kpd cetakannya).

Oleh kerana kawan sdr itu bersekolah Arab, saya membuat anggapan dia mampu memahami bahasa Arab, dan semasa membaca riwayat2 yg disusun oleh Maulana Yusuf rah.a. di dalam hayatus-Sahabah, beliau mestilah faham gambaran keadaan bangsa Arab seperti cara susunan kabilah dan bani mereka, apakah yg dimaksudkan dengan 'Daar', perkampungan, cara susunatur rumah mereka. Inilah yg dinamakan sebagai 'mafhum'.

Sebagai contoh, satu petikan dripada kitab hayatus-Sahabah;"Ibnu Ishak juga menukilkan daripada Az-Zuhri, bahawa Rasulullah (s.a.w.) pernah juga menemui suku Kindah di 'daar'(perkampungan) mereka, dan berjumpa sendiri penghulu mereka bernama Malik. Baginda mengajak mereka beriman kepada Allah Azza Wa Jalla....." (Al Bidayah wa Ani-Nihayah 3: 139)

Di dalam riwayat ini, Nabi sa.w. diberitakan telah mendatangi suku Kindah. maknanya, Rasulullah s.a.w. telah PERGI kepada mereka, bukannya hanya menanti mereka datang kepada baginda.

Dan Rasulullah s.a.w telah menemui mereka di 'daar' mereka. 'Daar' ertinya rumah. Tentulah salah jika kita nak faham 'daar' itu dengan sebiji rumah. Ini kerana pada zaman itu, bangsa Arab akan duduk berkelompok mengikut kabilah atau suku masing2. maka kelompok rumah2 ini dinamakan 'daar', samada 'daar' kabilah atau daar bani. Contohnya dalam perkampungan suku kaum Kalb, terdapat pula daar Bani Abdullah.

Jika demikian, bagaimanakah caranya Rasulullah s.a.w. berdakwah kpd mereka jika tidak pergi dari lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu?

Dalam riwayat ini juga menunjukkan, Rasulllah sa.w. menemui mereka dan mendakwah mereka kepada iman di rumah2 mereka, bukannya di khemah2 mereka pada musim haji. Manakala riwayat berkenaan usaha baginda s.a.w. berdakwah kpd mereka semasa musim haji, lebih jelas lagi caranya diberitakan. Dimana hadrat Abu bakr r.a. akan menjadi rehbar/dalil, Rasulullah s.a.w. sebagai Mutakallim, dan bersama mereka ialah Hadrat Ali r.a.. Tentunya Rasulullah s.a.w. merangkap amir. mana mungkin Hadrat Ali menjadi amir, sedangkan Rasulullah s.a.w. bersama mereka. lalu ketiga2 orang ini akan pergi dari khemah ke khemah di Mina.

Saya harap, penerangan ringkas ini memadai untuk manmafaat kita semua.Wallahul-musta'an.wassalam.

[Petikan diambil dari posting di dalam tabligh@yahoogroups.com. Soalan dikemukan oleh salah seorang netters, kemudian jawapannya oleh sdr Al-Faqir MGC Abdil Aziz. Email: juhduddin@yahoo.com]



Soalan: Mengapa perlu buat dakwah dari rumah ke rumah?

(Sambungan)
Di sini suka saya memantapkan lagi muzakarah berkenaan adakah tidak dalil bahawa Rasulullah s.a.w. menjalankan dakwah baginda dari rumah ke rumah.

Dengan merujuk kepada Kitab Hayatus-Sahabah Jilid 1, cetakan Kutubkhanah Faidhi, Lahore, m.s. 79 (ini juga sebagai pembaikan yg lebih tepat kepada posting saya yg terdahulu):

Dan dikeluarkan juga oleh Ibnu Ishaq daripada Az-Zuhri: bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mendatangi kabilah Kindah di ‘manaazilihim’ dan dikalangan mereka seorang ketua yang dikenali sebagai Mulaih, maka Rasulullah s.a.w. telah mendakwah mereka kepada Allah, dan membentangkan kepada mereka mengenai diri baginda; tetapi mereka menolaknya.

Pemerhatian:

1. kalimah yg digunakan di sini ialah “manazilihim”. Manazil ilah kata jamak/plural kepada ‘manzil’ yang bererti rumah. Maknanya di sini, Rasulullah s.a.w. telah pergi ke perkampungan Kindah dan telah pergi dari rumah ke rumah untuk membentangkan dakwah kepada mereka. Termasuklah rumah ketua mereka yang bernama Mulaih.

2. jelas di sini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah PERGI kepada mereka, dan bukannya menanti mereka.

Dalam mukasurat 195 kitab yang sama:

Ibnu Ishaq telah memberitakan daripada Abdullah bin Abi Bakr bin Muhammad bin Amru bin Hazm dan selainnya, bahawasanya As’ad bin Zurarah telah KELUAR dengan Mus’ab bin ‘Umair bertujuan ke ‘Daar’ Bani Abdil Asyhal dan ‘Daar’ Bani Zafar; dan adalah Sa’d bin Mu’az ialah sepupu As’ad bin Zurarah. Maka dia memasuki satu kawasan perkebunan Bani Zafar di satu perigi bernama Marq. Mereka berdua duduk di dalam kebun itu, dan berhimpunlah disekeliling keduanya lelaki2 yang telah pun menerima Islam; dan Sa’d bin Mu’az serta Usaid bin Hudhair pada ketika itu ialah ketua bagi kaum mereka dari kalangan Bani Asyhal dan mereka masih lagi sebagai musyrik dgn agama kaumnya. Dan apabila mereka mendapat khabar berkenaan (usaha yg dijalankan oleh As’ad dan Mus’ab), berkata Sa’d kpd Usiad: “Tidak maruahlah bagi kita! Engkau pergilah kepada dua orang tersebut yang telah mendatangi ‘daarainaa’ (rumah-rumah kami)…….

Pemerhatian:
1. As’ad dan Mus’ab telah KELUAR ke perkampungan Bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar. Di sana, mereka memilih satu tempat berdekatan degan perigi di dalam satu kebun.

2. Di sana, mereka telah membentuk halaqah taklim dan halaqah dakwah iman. Berhimpun disekeliling mereka berdua, lelaki-lelaki yang telah Islam.

3. daripada kata2 Sa’d bin Mua’z, dapat difahami, As’ad, Mus’ab dan beberapa orang yg bersama mereka, bukan sekadar mengadakan halaqah di dalam kebun, tetapi juga mendatangi rumah-rumah kaum bani Abdil Asyhal dan Bani Zafar.

4. Ini jelas daripada kata2 Sa’d: qad atayaa darainaa (mereka berdua telah mendatangi rumah-rumah kita)5. Dan jika kita kaji kisah mereka berdua ini seterusnya, kita akan dapati sesungguhnya kisah ini ialah ASAS kepada kerja 5 amal jamaah masjid, terutamanya kerja-kerja 2 ½ jam harian.

6. Di akhir cerita ini, akhirnya dgn sebab keluarnya As’ad dan Mus’ab, akhirnya seluruh bani Asyhal telah menerima hidayah dan memeluk agama Islam.

Daripada dua kisah di atas, masihkah ada ruang keraguan, bahawa Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat baginda telah pergi kampung ke kampung, lorong ke lorong, rumah ke rumah, pintu ke pintu, mata bertentang mata, hati ke hati dan mendakwahkan manusia kepada Allah? Wallahul-musta’aan. Wassalam.

[Petikan diambil dari posting di dalam tabligh@yahoogroups.com. Soalan dikemukan oleh salah seorang netters, kemudian jawapannya oleh sdr Al-Faqir MGC Abdil Aziz. Email: juhduddin@yahoo.com]


Soalan lanjutan: Berdasarkan penerangan bahawa Rasulullah mendatangi sesuatu kaum menggunakan cara ini (dakwah dari rumah ke rumah) untuk mengislamkan kaum bukan Islam. Oleh itu tidakkah cara ini hanya sesuai digunakan kepada kaum bukan Islam?

Jawapan 1:
Assalamu 'alaikum,Bismillah, walhamdulillah, was-solatuwassalamu 'ala Rasulillah, wa ba'du;

Kita perlulah faham, asal kpd kerja dakwah ialah utk bawa manusia kpd ta'abbud(memperhambakan diri) kpd Allah. Apabila manusia semakin jauh daripada keadaan ini, maka Allah akan hantar para anbiya' dan rasul kepada mereka. Silih berganti, utk semua kaum anak-cucu Adam. malah Adam a.s. sendiri telah dilantik menjadi Rasul, sedangkan yg ada pada masa itu hanya beberapa orang sahaja.

Apabila Khaatamil-anbiya' wal-mursalin Saiyidina Muhammad s.a.w diberikan tanggungjawab Risalah dan Nubuwwah, maka apakah tugas yg pertama sekali Nabi s.a.w. jalankan agar manusia kembali berta'abbud kpd Allah? Tanpa ragu - lihatlah di dalam Al-Quran, kitab2 hadith dan kitab2 siirah - kerja pertama yg Nabi s.a.w. jalankan ialah mendakwah manusia kepada Allah.

Antara cara yg telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. semasa menjalankan usaha dakwah ialah menemui manusia dari rumah ke rumah. Bahkan ulamak mengatakan, cara ini ialah jalan asas seluruh para Anbiya' menjalankan kerja2 dakwah mereka.

Setelah persoalan benarkah Rasulullah s.a.w. menjalankan kerja dakwah dari rumah ke rumah terjawab melalui muzakarah yg lalu, kini timbul pula persoalan yg kedua iaitu "adakah Rasulullah s.a.w. menggunakan cara ini untuk mengislamkan kaum bukan islam (adakah benar?) oleh itu tidakkah cara ini hanya sesuai digunakan kepada kaum bukan islam?"

Jawapannya (setakat kemampuan yg Allah izinkan kpd saya yg faqir ini):Benar, Rasulullah s.a.w. telah menggunakan cara ini untuk membawa Islam kepada sesuatu kaum, dan membawa kaum itu kepada Islam!Saudara menyoal, tidakkah cara ini hanya sesuai digunakan kepada kaum bukan Islam?

Sebenarnya, saya hairan bagaimana seorang muslim boleh bartanya sedemikian. Untuk menghuraikan kehairanan saya, ini akan membuatkan muzakarah lebih panjang. Saya ringkaskan saja.

Pada pendapat saya, cara ini lebih AULA dan AFDAL lagi digunakan utk tujuan kerja2 dakwah kepada iman dan hakikat iman di kalangan kaum muslimin.Tujuan asal dakwah rumah ke rumah ialah kpd orang yg belum Islam. Tetapi kerana 'hijab' yang terlalu tebal yg telah dibangunkan oleh orang Islam, maka hari ini betapa banyak tenaga dan masa terpaksa dikerah kepada usaha membawa umat ini kepada iman dan hakikat iman, agar mereka tidak menjadi hijab antara manusia lain dengan Islam.

Di dalam buku 'Ilal-Islaam min Jadid' (telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu bertajuk: Kembali kepada Islam yang sebenar, terbitan Pustaka Ilmi, Kuala Lumpur.) As-Syaikh Al-Allamah Sayyid Abul-Hassan Ali an-Nadwi rah.a. berkata:

"Kewajipan agama yang terbesar yang mesti dipenuhi dan ditunaikan oleh kaum Muslimin pada zaman moden ini ialah menyebarkan DAKWAH kepada semua umat manusia dengan jalan (atau cara) merombak bayang atau gambaran Islam yang ada pada umat Islam, agar berubah) MENJADI HAKIKAT ISLAM...."

Apa yang ingin saya katakan, jika kpd mereka yang belum punya iman, dakwah kita ialah kpda Islam; maka kepada yang sudah beriman ialah DAKWAH kepada iman dan hakikat iman, di dalam Kitab Hayatus-Sahabah ada satu topik kecil yang diberi tajuk Dakwah Kepada Iman dan Hakikat Iman. Sila rujuk juga ayat 14 Surah Al-Hujurat(49). Rasulullah s.a.w. juga pernah menghantar satu jamaah para huffaz seramai 70 orang ke satu perkampungan yang telah memeluk Islam.

Keperluan kepada dakwah adalah sama, baik kpd yang sudah Islam mahupun yang belum Islam.

Jika keperluannya sama, maka caranya juga tidak perlu dibezakan. Hanya kandungannya sahaja yang perlu disesuaikan. Malah untuk sesama kaum muslimin, ziarah dari rumah ke rumah untuk maksud agama dan hakikat Iman; ganjarannya akan lebih berlipat ganda lagi. dan perkara ini sudah semestinya tidak tersembunyi kepada sesiapa saja yang mempunyai ilmu walaupun hanya sedikit.

Wallahua'lam. Wassalam.

[Petikan diambil dari posting di dalam tabligh@yahoogroups.com. Soalan dikemukan oleh salah seorang netters, kemudian jawapannya oleh sdr Al-Faqir MGC Abdil Aziz. Email: juhduddin@yahoo.com]

Ilmu

Soalan: Bolehkah seseorang keluar bertabligh bilamana dia sendiri tidak tahu pun solah jenazah dan tidak tahu makna satu ayat pun dari Al-Quran?

Jawapan: Maksud usaha tabligh dan juga Jamaah Tabligh adalah belajar menghayati agama dan mengajak orang ramai menghayati agama. Ramai orang yang pada mulanya amat jahil mengenai agama, tetapi setelah keluar bersama Jamaah Tabligh selama 40 hari sekali atau dua kali, mereka dapat belajar memperbetulkan solah, wudhu’ mandi, Quran, solah janazah, dan berbagai aspek agama yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin sepanjang hayat jika belajar di rumah disebabkan kesibukan dan tanggungjawab yang lain – itu pun jika mereka berpeluang beri masa untuk belajar. Ramai yang telah mempelajari ahadith dan boleh memberikan bayan seperti seorang ulama’. Jamaah Tabligh juga berperanan seperti madrasah dan menawarkan kaedah mudah untuk menghayati agama untuk orangramai yang tidak dapat belajar agama secara formal di madrasah. Dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

[Hadhrat Mufti Mahmud Hassan Gangohi (rahmatullah alayh), Mufti Besar Darul Ulum Deoband, dikeluarkan pada 24 Muharram 1388, dipetik dari Fataawaa Mahmudiyyah (Jilid 12 m/s 235-250)]

Jihad Qital

Takrif Jihad

"Jihad dari segi bahasa bermaksud usaha dan upaya yang dicurahkan oleh seseorang insan. Dari segi istilah syaraknya pula upaya dan usaha yang dicurahkan oleh seseorang muslim dalam membantu agama Islam semata-mata mencari keredhaan Allah; oleh itu diikat perkataan jihad di dalam agama Islam dengan ungkapan 'fi sabiilillah' (di jalan Allah) bagi menunjukkan makna yang penting itu dalam merealisasikan jihad yang diakui oleh syarak (Al-Jihad Asy-Syar'ie)" m.s. 245

"Dan kesimpulannya, sesungguhnya setiap muslim itu sesekali tidak terpisah daripada Jihad Fi Sabilillah, dan setiap muslim itu berada dalam jihad yang berterusan: dia berjihad ke atas nafsunya bagi membawanya sentiasa di atas ketaatan, dan dia mengorbankan harta dan dirinya pada jalan mencari keredhaan Allah Ta'ala, dan dia berjihad dengan lidah dan penanya bagi menjelaskan makna-makna Islam yang sebenar dan dalam menolak perkara yang diada-adakan oleh kaum yang batil, dan dia berjihad dalam apa sahaja keadaan: dalam senang dan dalam susah, dalam keadaan lemah atau pun kuat, dalam keadaan fakir atau kaya, dengan pengertian inilah ulamak ulamak tafsir menerangkan mengenai maksud firman Allah Ta'ala (Berangkatlah kamu dalam keadaan ringan ataupun berat...)" m.s. 250.

Dr. Abdul Karim Zaidan, Usul Ad-Da'wah, Matba'ah Salman Al-A'zami: Baghdad, 1972.

[dipetik dari kitab 'Menilai Manhaj Jamaah Tabligh Terhadap Jihad (Dengan Makna Qital), susunan Khaalid Ibni 'AbdirRahmaan, terjemahan Abu 'Umair Al-Fawwaz Al-Kalantani, terbitan Jahabersa, Cetakan Pertama 2006, ISBN 983-170-983-7, m.s. 6]



Pandangan Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Mereka berkata:
"Orang orang Tabligh mengingkari jihad, dan mereka menganggap bahwa keadaan kaum muslimin sekarang ini seperti keadaan Rasulullah SAW dan sahabat sahabatnya semasa di Makkah sebelum hijrah"

Kami katakan:"Apakah dalam ucapan ini terdapat aib, keburukan atau dosa sehingga Jama'ah Tabligh diburukkan dan dicaci maki karenanya?Ini adalah ucapan setiap orang yang memiliki ilmu, akal dan kefahaman (yang benar) tentang keadaan umat Islam dan apa yang sedang terjadi di negeri negeri mereka dan apa yang menimpa kehidupan mereka. Maka mereka mereka yang dengan sombong menghina usaha da'wah dan mengajak kaum muslimin untuk berjihad (berperang) serta menyakiti hati orang orang yang tidak bersedia untuk itu, tolong beritahukan kepada kami, berapakah perang yang telah mereka laksanakan? Berapa negerl yang telah mereka bebaskan dan telah mereka tegakkan didalamnya syari'at Allah sehingga dapat dikatakan bahwa Jama'ah Tabligh meninggalkan jihad dan mundur darinya?

Yang sebenamya terjadi hanyalah bahwa orang orang Tabligh tidak mendorong/menggalakkan kepada jihad di Afganistan karena kesibukan mereka dalam da'wah. Dan apabila terdapat satu orang atau beberapa orang, zuhud terhadap jihad Afganistan dan memandang bahwa da'wah kepada perbaikan diri dan pendidikan akhlak lebih diutamakan dari pada jihad, hal ini bukan merupakan aib yang memburukkan Jama'ah Tabligh baik di Timur atau Barat.

[Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah, dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh”]

Bayan Maulana Saad

.. Abdullah bin Rawahah telah diputuskan keluar dijalan Allah SWT dengan satu jemaah. Jemaah dia telah keluar awal pagi dan dia telah tangguh keluar kerana dia hendak mendapatkan kelebihan sembahyang Jumaat dibelakang Nabi dan dia fikir dia ada kuda yang pantas dan dia akan dapat menyertai jemaah dia.Bila Nabi nampak Abdullah bin Rawahah dibelakang baginda, baginda pun tanya, mengapa dia tidak keluar lagi. Dia kata dia hendak sembahyang Jumaat dibelakang Rasulullah dan mendengar khutbah baginda, dia tidak ada masalah untuk sampai pada jemaahnya kerana dia ada kuda yang sangat pantas. Abdullah bin Rawahah lewatkan keluar di jalan Allah bukan kerana takaza dunia tetapi untuk agama, sembahyang. Nabi tanya, berapa lama masa kelewatannya? Dia kata, satu pagi. Nabi beritahu mereka mendahului selama 500 tahun, dari segi jarak pula mereka telah tinggalkan kamu seperti antara timur dan barat.

Maulana (Saad) pun tidak faham (mengapa pada) hari ini apabila mendengar hadis-hadis seperti ini, seolah-olah kelebihan ini untuk berperang.Tidak ada Nabi-nabi dihantar untuk binasakan manusia bahkan Nabi-nabi dihantar untuk asbab hidayat; untuk bawa mereka ke syurga. Nabi selalu pesan sahabat supaya (lebih kurang maknanya) 'dakwah mereka dahulu selama 3 hari, jika seorang daripada mereka memeluk Islam hasil dakwah kamu lebih baik dari unta-unta yang merah'. Sahabat-sahabat, bila seorang masuk Islam, mereka begitu gembira dan bertakbir begitu kuat sekali, (bahkan) lebih kuat dari pergi berperang. Kegembiraan sahabat apabila seorang memeluk Islam melebihi (dibanding) apabila mereka dapat menawan sebuah negara. Jadi maksud mereka keluar di jalan Allah adalah untuk kerja dakwah..

Dakwah kepada orang bukan Islam

Fatwa Mufti Ebrahim Desai

Soalan: Kepada siapa Jamaah Tabligh patut berjumpa (untuk berdakwah dan bertabligh), kepada orang2 Islam atau bukan Islam? Mengapa?

Jawapan:

Allah Taãla berfirman bahawa sesatunya sebab Ummah ini diberi gelaran Ummah Terbaik adalah amalan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Nabi (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemah-lemahnya. (Mishkãt)

Hadhrat Nuúmaan bin Basheer (Radhiallaahu Ánhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Perumpamaan orang yang mentaati hukum-ahkam Allah Ta’ala dan orang yang melanggarinya adalah seperti satu kaum yang telah mencabut undi untuk menentukan tempat dalam sebuah kapal. Sebahagian daripada mereka telah mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila orang di bawah memerlukan air, mereka terpaksa pergi ke atas. Lalu sebahagian mereka mereka merancang, “Jika kita lubangkan bahagian kita ini maka kita tidak perlu menyusahkan mereka yang di atas. Sekiranya orang yang di atas membiarkan (kejahilan) mereka maka kesemua mereka akan karam. Sekiranya mereka memegang tangan-tangan (mencegah) orang di bawah maka mereka semua (samada yang di atas mahupun yang di bawah) akan selamat.” (Mishkãt Jilid 2 m/s 436)

Begitulah, orang ramai tidak mencegah kemungkaran dan dosa terbuka dalam masyarakat, maka seluruh masyarakat, yang baik atau yang jahat, sama-sama akan binasa.

Hadhrat Abu Hurayra (Radhiallaahu Ánhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) bersabda, “Ajaklah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran sebelum Allah mendatangkan azab yang akan membinasakan semua orang.” (Ibid).

Petikan ayat al-Quran dan Ahadith di atas sudah menjelaskan bahawa mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah perintah Allah dan RasulNya. Setiap orang mesti melaksanakan hukum Allah tersebut. Semua para Ambiya’ (Álayhimus salaam) telah menjalankan tanggungjawab tersebut. Para sahabah (Radhiallaahu Ánhum) juga telah menggunakan seluruh hidup mereka dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Memandangkan tiada lagi Nabi yang akan diutuskan, maka setiap orang dari umat Rasulullah (Sallallaahu Álayhi Wasallam) adalah pembantu kepada Rasulullah dan setiap orang dari umat ini perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab tersebut. Mereka dalam Jamaat Tabligh mengorbankan masa, harta dan diri mereka dengan kesusahan dan mujahadah untuk keluar ke jalan Allah, bagi melaksanakan sunnah para Ambiya’ ini, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran.

Berkenaan Jamaah Tabligh, saya berpendapat mereka sedang melaksanakan perintah dan hukum Allah Ta’ala dan memenuhi keperluan Shariah. Jamaah ini menyeru kepada kehidupan sunnah dan mematuhi Shariah. Maksud seseorang bergandingan dalam usaha yang mulia ini adalah, pertamanya, untuk mengislah diri sendiri dan menyelamatkan manusia dari neraka jahannam. Keberkesanan besar yang telah dicapai oleh Jamaah Tabligh adalah terutamanya oleh usaha mewujudkan enam perkara yang mengarahkan kepada kesucian nafsu dan keyakinan Tauhid.

Istilah 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah.
Dan Allah Maha Mengetahui.

[Mufti Ebrahim Desai, FATWA DEPT, Jawapan No. 2611, http://islam.tc/ask-imam/view.php?q=2292]




Fatwa Mufti Mahmud Hasan Gangohi

Soalan: Rasulullah SAW menjalankan dakwah dan tabligh kepada orang-orang kafir manakala orang-orang sekarang menjalankan usaha tabligh kepada orang Islam. Adakah ada hadith yang membuktikan bahawa Rasulullah SAW pernah menjalankan Tabligh dikalangan orang-orang Islam seperti sekarang ini?

Jawapan: Segala puji-pujian bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Ada diriwayatkan tentang satu kumpulan atau jemaah Sahabah r.anhum telah diutuskan ke Kufa dan Qarqisia dalam Fathul Qadir dalam Bab Zakah. Umar r.a. mengutus Hadrat Ma’qil bin Yasar r.a., Hadrat Abdullah bin Mughaffal r.a. and Hadrat Imran bin Husain r.a. ke Basra, manakala beliau juga mengutus Hadrat Ubadah bin Samit r.a. dan Hadrat Abu Darda r.a. ke Shaam. Kesemua kumpulan atau jamaah Sahabah r.anhum tersebut diutus kepada orang2 Islam, sebagaimana disebutkan dalam kitab ‘Izalatul Khifa’ (Jilid. 2 m/s. 6). Dan Allah Ta'ala Maha Mengetahui*

*Berkenaan 10 orang Sahabah r.anhum yang mana telah diutus oleh Rasulullah SAW dibawah pimpinan Hadrat Asim bin Tsabit r.a. dalam perutusan raji’, satu riwayat mengatakan bahawa mereka telah dihantar untuk mengajar orang2 Islam. Malangnya, kaum kafir telah menyerang hendap mereka ditengah perjalanan menyebabkan sebahagian daripada mereka telah syahid dan sebahagian lagi ditangkap oleh orang2 kafir, kemudian dibunuh. Lihat Bukhari m/s 585 bersama notakaki juga syarah dalam Fathul Bari (Compiler).

[Terjemahan Fatwa bekas Mufti Besar India, Allahyarham Maulana Mufti Mahmud Hasan Gangohi seperti dihimpunkan oleh Shaikhul Hadith Hadrat Maulana Fadlur Rahman ‘Azmi (Azaadville, South Africa) didalam kitab ‘Hadrat Mufti Manmud Hasan Sahib Gangohi (r.alaih) and the Tablighi Jamaat’, terbitan Zam zam Publishers, Urdu Bazaar Karachi-Pakistan (e-mail: zamzam@sat.net.pk) ]

Nota tambahan: Biodata Mufti Mahmud Hasan Gangohi terdapat di laman web berikut: http://www.darululoom-deoband.com/english/bahagian 'Introduction of Ulama' Deoband', Mufti yang kesembilan.

Keluar ke jalan Allah selama beberapa tempoh

Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya.

125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.

[Petikan Bayan Maulana Yusuf: USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH]


Para Sahabat keluar 5 tahun

Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah)

[dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0]



Sahabat radiyalaahu anhum keluar 6 bulan

Bara Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami. Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah)

[Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh, hadith 108]


Rasulullah SAW keluar 4 bulan setiap tahun


(Melalui penelitian dan kajian secara mendalam para masyaikh dan ulama’ dakwah terhadap sirah Rasulullah SAW, mereka mendapati bahawa secara puratanya ) Nabi SAW sendiri setiap tahun keluar 4 bulan luar dari Madinah.

[Petikan bayan Maghrib, 10 Julai 2009 oleh Haji Abdul Wahab semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]




Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:

Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya
Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu
Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya
Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya

Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).


Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba belaiu mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnyaAku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu.Kemudia Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, “Berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.” (Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)

[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]



Keluar 40 hari

Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?

[Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988]




Keluar 3 Hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.

[Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah - Apa itu Dakwah Tabligh', susunan Hj. Abdul Samad Pondok Al Fusani Thailand, terbitan Perniagaan Darul Khair, 1988]

Fatwa Mufti Ebrahim Desai

Istilah, 'Tashkeel' (yang biasa digunakan dalam Jamaah Tabligh), bermaksud menyeru orang ramai kaum Muslimin untuk memberi masa mereka, untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan membuat kerja dakwah dan tabligh dalam jangkamasa tertentu, seperti 3 hari, 10 hari, 15 hari, 40 hari, 4 bulan, 7 bulan, 1 tahun dsbnya. Jangkamasa tersebut bukan satu kemestian tapi ianya hanya dianjurkan seperti mana seseorang yang mengikuti kursus kecemasan (first aid), misalnya, dianjurkan untuk mengikuti kursus praktikal selama sebulan. Walaupun tidak bermakna yang dia terus akan jadi doktor pakar, sekurang-kurangnya dia tahu apa yang perlu dia lakukan semasa kecemasan. Begitu juga, seseorang yang keluar ke Jalan Allah selama 3 hari, atau 40 hari, atau 4 bulan dsbnya, bukan bermakna dia telah menjadi seorang yang ahli atau pakar dalam Shari’ah, tapi sekurang-kurangnya dia tahu apa kehendak-kehendak asas dalam Shari’ah. Lebih lama masa yang dia berikan untuk keluar ke Jalan Allah, lebih banyak dia akan belajar dan menyempurnakan dirinya sebagai seorang Mukmin. Jangkamasa keluar tersebut bukanlah kriteria yang diwajibkan mengikut Shari’ah. Dan Allah Maha Mengetahui.

[Mufti Ebrahim Desai, Madrasah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa. FATWA DEPT, Jawapan No. 2611]

Pandangan Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy

Mereka berkata: Orang-orang Tabligh membuat bida’ah berupa keluar di jalan Allah secara berjemaah dan membatasi masa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

Kami katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk mendakwah manusia kepada Allah dan mengajar mereka hal-hal yang bermenafaat di dunia dan akhirat. Semuanya itu adalah keluar di Jalan Allah, apabila di landasi niat yang benar dan untuk mengapai redho Allah Ta’ala, bukan untuk memperolehi harta dan penghormatan atau untuk hiburan, permainan dan kebatilan. Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jemaah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka dan mendidik rohani mereka. Padahal Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, “Satu petang atau satu pagi keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia dan segala isinya. Juga sabda Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), “Barangsaiapa mendatangi masjid ini, semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid fi sabilillah.” Dan banyak lagi hadith sahih dan hassan yang mengajarkan dan memberi semangat untuk keluar di Jalan Allah. Alangkah ajaibnya perkataan mereka bahawa keluarnya Jemaah Tabligh adalah bida’ah! Dan lebih ajaib lagi mereka berhujah terhadap “keluar fi sabilillah secara berjemaah adalah bida’ah” dengan jangkaan mereka bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) ke Yaman sendirian saja dan tidak berjemaah. Mereka lupa atau tidak tahu bahawa Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) tidak mengirimkan Mu'az (radiyalaahu anhu) sendirian tetapi mengirimkan Abu Musa Al Asy’ary (radiyalaahu anhu) bersamanya. Baginda (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda kepada keduanya, “Gembirakanlah mereka dan jangan kalian buat mereka lari. Mudahkan mereka dan jangan kalian persulit. Bertolong-tolonglah kalian dan jangan berselisih.” Juga beliau mengirimkan Ali bin Abi Talib dan Khalid bin Sa’id bin al Ash (radiyalaahu anhuma). Bersama mereka baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengirimkan rombongan besar untuk dakwah, ta’leem dan memutuskan perkara diantara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka katakan sebagai Bidaah, adalah peraturan dakwah sebagaimana peraturan sekolah dan universiti yang mengenal batasan masa belajar dan kerehatan, untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian, orang-orang Tabligh dianggap membuat bida’ah kerena mereka mengatur hari-hari untuk kepentingan dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah)? Subhanallah!

Mereka yang mengatakan demikian seperti yang dikatakan di dalam syair “Pandangan ridho/senang selalu tumpul terhadap setiap aib, sedang pandangan benci selalu membongkar keburukan.”

Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian, wahai hamba-hamba Allah!? Seorang hamba Allah, mendakwah manusia pada Allah Ta’ala, kemudian dia mendapat keredhaan untuk dirinya dan saudara-saudaranya yang ia dakwah. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlak mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang soleh. Apakah yang menyebabkan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah!? Semoga Allah sentiasa menjaga kita. Kami tidak dapat mengatakan bahawa dalam Jemaah Tabligh ada sesuatu yang dapat di anggap sebagai penghalang manusia dari Jalan Allah. Alhamdulillah.

[Ditulis oleh Sheikh Abu Bakar Jabir Al-Jazairy, Guru Besar di Masjid Nabawi dan Universiti Madinah Al-Munawarrah, dipetik dari buku “Menyingkap Tabir Kesalahfahaman Terhadap Jemaah Tabligh]

Tulisan Abu Abil Hasan (bekas pelajar Darul Uloom Faisalabad Pakistan)

Dakwah dan Tabligh ialah kerja para Ambiya’. Dan inilah juga usaha yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada seluruh umat Islam. Maksud kepada usaha ini ialah supaya seluruh manusia dapat mengamalkan keseluruhan agama. Usaha untuk menghidupkan agama ini tidak memadai dengan hanya memberi masa 3 hari 40 hari dan 4 bulan. Bahkan harus berjuang dan berjihad seumur hidup kita. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam al-Qur’an:

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan (balasan) syurga untuk mereka (disebabkan) mereka berperang dijalan Allah: maka (diantara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam Taurat Injil dan Al-Qur’an; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah ayat 111).

Dalam ayat yang tersebut diatas Allah telah membeli dan meminta keseluruhan hidup orang-orang mukmin dan harta mereka untuk berjuang menegakkan agama Allah. Bukan setakat 4 bulan 40 hari sahaja. Tetapi malangnya pada hari ini umat Islam untuk melaksanakan satu perintah Allah yang paling besar iaitu sembahyang yang hanya mengambil masa beberapa minit sahaja pun sudah tidak ada masa kerana sibuk dengan fikir dan kerja-kerja dunia. Apa lagi untuk keluar seumur hidup…
Umat hari ini telah jauh daripada agama. Kemampuan yang ada pada mereka juga berbeza-beza. Melalui panduan Al-Qur’an dan Hadith ini para Ulama’ dan masyaikh didalam jemaah ini telah menetapkan nisab yang mampu diikuti oleh setiap umat Islam. Memanglah tidak ada ayat Al-Qur’an yang memerintahkan untuk keluar bertabligh selama 4 bulan dan 40 hari tetapi bilangan dan angka ini banyak terkandung didalam Al-Qur’an dan hadith.

Kenapakah angka-angka ini tercatit didalam Al-Qur’an dan Hadith? Sudah pasti ada hikmahnya di sebalik angka itu. Disini saya nukilkan beberapa riwayat dan pandangan Ulama’ betapa hikmahnya bilangan hari-hari tersebut.

1. Hikmah keluar tiga hari.

i. Suasana amat mempengaruhi seseorang itu. Seorang yang duduk didalam suasana Iman dan akhlak yang baik dan dipenuhi dengan ibadat dalam masa tiga hari sudah pasti akan membenihkan satu suasana dan kejernihan hati didalam sanubari seseorang itu. Di zaman Nabi SAW orang-orang kafir yang ditawan akan dikurung didalam masjid. Tujuannya ialah supaya mereka dapat melihat amalan-amalan orang Islam didalam masjid.

Didalam Sahih Bukhari jilid kedua bab Maghazi dinukilkan bahawa seorang lelaki bernama Sumamah bin Ausal dari banu Hanafiah telah ditawan dan diikat didalam masjid Nabi. Selama 3 hari beliau telah melihat amalan orang Islam yang sibuk dengan amalan dakwah. belajar dan mengajar. beribadat dan berkhidmat diantara satu sama lain. Hari yang pertama beliau ingkar untuk menerima Islam. Begitu juga pada hari yang kedua. Pada hari yang ketiga baginda Rasulullah SAW telah membebaskannya. Setelah dibebaskan dari tawanan beliau merasai sesuatu didalam hatinya lantas beliau mandi dan datang semula ke masjid Nabi dan bertemu dengan baginda Rasulullah SAW dan terus memeluk agama Islam. Betapa besarnya perubahan pada diri Sumamah yang amat berkesan dengan amalan masjid pada ketika itu. Dalam masa tiga hari menjadi sumber hidayat kepadanya.

ii. Jemaah-jemaah yang dihantar oleh baginda Rasulullah SAW atas maksud dakwah atau berjihad akan diberi penerangan tertib dan usul bagaimana untuk berdakwah dan berperang. Diantaranya ialah:

• Jangan memerangi mereka sebelum diberi dakwah selama 3 hari.

• Jangan membunuh kanak-kanak. wanita dan orang-orang tua yang lemah dikalangan mereka.

• Jangan membuat kerosakan pada harta benda, tanam-tanaman dan membunuh binatang ternakan.

Kenapa baginda memberi tempoh selama 3 hari dengan memberikan dakwah terlebih dahulu sebelum memulakan peperangan? Ini ialah pengajaran daripada baginda Rasulullah SAW bahawa didalam Islam tidak ada peperangan tanpa memberi dakwah terlebih dahulu. Melalui amalan dakwah selama 3 hari ini orang-orang kafir akan melihat muamalah dan akhlak orang-orang Islam terhadap orang kafir sendiri. Ini sudah pasti akan mempengaruhi jiwa mereka dan memeluk agama Islam. Kisah ini terkandung didalam Hayatus Sahabah dimana baginda Rasulullah SAW telah menghantar Abdul Rahman bin Auf r.a. ke satu tempat bernama Daumatul Jandal sebagaimana berikut:

Sehingga beliau sampai ke Daumatul Jandal lantas beliau mendakwahkan kepada mereka (penduduk Daumatul jandal) selama tiga hari supaya memeluk agama islam. Maka pada hari yang ketiga Asbagh bin Amar Al Kalbi telah memeluk agama Islam. Beliau ialah seorang nasrani dan ketua di kalangan mereka.

iii. Hadzrat Zakaria AS seorang Nabi yang telah tua. Apabila Allah SWT mahu mengurniakan anak kepadanya beliau bertanya “Wahai Allah apakah tandanya yang engkau akan mengurniakan anak kepadaku sedangkan aku telah tua? Allah SWT menjawab sebagaimana didalam Al-Qur’an:

Tandanya bagimu kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Berzikirlah kepada Tuhanmu sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah diwaktu pagi dan petang (Ali Imran ayat 41).

Para mufassirin berkata tanda diterimanya doa Hadzrat Zakaria AS ialah dia tidak boleh bercakap selama tiga hari kecuali dengan isyarat. Pada masa itu Allah SWT telah memerintahkan Hadzrat Zakaria AS supaya berzikir sebanyak-banyaknya dan meninggalkan perkataan-perkataan dunia untuk menambah penghampirannya kepada Allah. Daripada ayat ini para ulama’ berpendapat bahawa sekiranya manusia dapat mengasingkan diri keluar dijalan Allah selama tiga hari dengan membersihkan diri dari fakir dunia. meninggalkan percakapan dunia dan menyibukkan diri dengan amalan dakwah. beribadah. belajar dan mengajar dan duduk dalam suasana agama sudah pasti akan memberi kesan didalam hati sanubari seseorang itu. Cinta pada agama akan datang. manusia akan membersihkan diri daripada dosa. bertaubat dan lebih hampir kepada Allah SWT. Demikianlah hikmah yang terdapat didalam masa tiga hari. Isyarat dari Al-Qur’an dan athar As-Sahabah inilah yang menjadi saranan oleh ahli jemaah Tabligh supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama tiga hari. Disamping itu ia juga akan menimbulkan keghairahan untuk belajar agama dan mengislahkan diri sendiri.

[Abu Abil Hasan Abn Musa, 'Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama', Klang Book Centre, Cetakan Pertama 2004 – m/s 260 – 266]

2. Dalil dan hikmahnya keluar 40 hari

Ramai orang mempersoalkan masalah ini. Dari manakah orang-orang tabligh ini mengambil dalil supaya keluar 40 hari. Sebenarnya bilangan 40 hari ini telah banyak disebut didalam al-Qur’an dan Hadith. Keberkatan yang ada padanya telah jelas apabila Allah SWT sendiri telah memerintahkan Musa AS supaya menambah bilangan hari untuk bermunajat kepada Allah sebagaimana didalam al-Qur’an

Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa (memberi Taurat) sesudah berlaku 30 malam dan Kami telah sempurnakan waktu yang telah ditetapkan oleh Tuhannya dengan sepuluh malam. Maka genaplah dari Tuhannya selama empat puluh malam (Al A’raf 142)

Begitulah juga didalam Surah al Baqarah ayat 51. Allah SWT menyebut dengan janji-Nya kepada Nabi Musa AS untuk mengurniakan Taurat setelah bermunajat selama empat puluh malam.

Didalam hadith baginda SAW banyak sekali menyebut tentang bilangan 40 ini. Diantaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud RA beliau berkata daku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian 40 hari menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… (HR Muslim)

Dalam hadith yang lain ada dinukilkan bahawa barangsiapa bersembahyang selama 40 hari berjemaah tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat dua jaminan. Satu keselamatan daripada neraka dan kedua bebas dari nifaq.

Hazdrat Abdullah bin Abbas RA berkata dihari kematian anak lelakinya lihatlah berapa ramai orang yang berada diluar. Hambanya berkata orang ramai telah berkumpul. “Adakah telah cukup empat puluh orang?” Mereka menjawab “Ya… telah cukup”. Abdullah bin Abbas RA berkata “hadirilah sembahyang jenazah kamu aku mendengar baginda SAW bersabda mana-mana orang Islam yang meninggal dunia dan disembahyangi oleh 40 orang yang tidak melakukan syirik melainkan telah menjadi hak kepada si mayat bahawa jaminannya pasti diterima”.

Dalam hadith yang lain baginda SAW bersabda:

“Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya”.

Banyak lagi hadith yang seumpama dengan ini yang menunjukkan keberkatan dan keutamaan pada tempoh atau bilangan 40 hari ini. Kita dapat melihat seorang yang keluar dijalan Allah melatihkan dirinya dalam menjalani ketaatan selama 40 hari sudah pasti amalan ini akan terus dilakukan ketika berada di rumah atau dikampungnya.

Daripada hadith-hadith ini dan pandangan nuraniah inilah maka masyaikh dan ulama’ didalam usaha ini menyarankan supaya setiap orang dapat melapangkan masa selama 40 hari mempelajari usaha dakwah dan mengislahkan diri masing-masing.

[Abu Abil Hasan Abn Musa, 'Soal Jawab Agama: Membahaskan Masalah Terkini Dalam Fekah: Bahagian Pertama', Klang Book Centre, Cetakan Pertama 2004 – m/s 266 – 269]

Penentuan waktu untuk tujuan syar’i termasuk sunnah

Syaikh Aiman abu syadi bekrta, “selanjutnya kami menyampaikan bahwa apabila kami menerima bantahan tentang tahdid (pembatasan) dalam mahfum adad-yaitu khuruj 3 hari, 40 hari, 4 bulan, dsb-ini sebagai pembatasan waktu, maka siapakah diantara alim ulama muktabar yang mengatakan bahwa pembatasan waktu untuk melakukan kewajiban-kewajiban syari itu adalah bidah sehingga harus ditinggalkan?????

Berikut ini adalah dalil yang terdapat di dalam hadits shahih Bukhori, kitab ilmu, Bab: Nabi saw memelihara (waktu) kepada mereka untuk memberi mau’izhah dan ilmu agar mereka tidak bubar”
Ibnu Mas’ud ra, meriwayatkan, ” Nabi saw mengatur (waktu) untuk kami dalam memberi nasehat di (sela) hari-harinya untuk menghindari kejenuhan terhadap kami” (shohih bukhro:I/27, msulim dalam bab taubat)
Ibnu hajar rah menulis, “Ungkapan; Nabi saw memelihara waktu untuk mereka, “lafdz At-Takhawul berarti memelihara waktu untu mereka, Al mau’izhah berarti nasehat dan peringatan, lafadz al ilmu diathofkan kepada lafadz Al Mau’izhah sehignga termasuk dalam bab ‘ Mengikutkan lafazh yang umum kepada yang khusus’, karena Al ilmu mengandung Mau’izhah dan yang lainnya. Diathafkan demikian, karena Mau’izhah terdapat dalam nash hadits dan lafazh al ilmu disebutkan sebagai dasar pengambilan hukum” (fathul bari:I/195)
Perhatikanlah pendapat Imam hafizh Ibnu hajar rah, bahwa Al Mau’izhah adalah nasehat dan peringatan. Dan kita ketahui bahwa tidak ada aktivitas dakwah kecuali berupa nasehat dan peringatan terhadap manusia tentang ajaran-ajaran agama mereka.

Lalu apakah nasehat dan peringatan termasuk dalam aktivitas dakwah atau tidak?? Bagaimana Nabi saw memelihara waktu untuk mereka dalam waktu tertentu dan terbatas, sehingga mereka tidak jenuh apabila dilakukan sehari-hari..
Dan perhatikalanlah, ucapan hafizh Ibnu Hajar rah, bahwa lafazh Al ilmu dikikutkan kepada lafazh Al Mau’izhah, termasuk dalam bab ‘Menngikutkan lafazh umum kepada yang khusus’, karena al ilmu mengandung mau’izhah dan yang lainnya..

Dalil imam bukhori dengan judul hadits diatas tentang penentuan waktu, tidak dikhsusukan pada mau’izhah saja. Lafazh al ilmu bermakna umum, maka keumuman lafazh al ilmu ini memuat semua cabangnya, seperti fiqih, hadits, tafsir, dakwah, ushul, fiqih, nahwu, ulumul lughoh, ulumul quran dan lainya masih banyak.
Dalam mendengar dan mempelajari semua cabang ilmu tersebut, diperbolehkan mengadakan pembatasan dan penetuan waktu, baik berupa harian, mingguan, bulanan, atau tahunan, sebagaimana yang sudah berjalan di setiap perguruan tinggi islam yang tersebar di seluruh penjuru dunia islam..
Mereka membatasi 4 atau 5 tahun untuk strata satu (S1), 4 tahun untuk mempelajari berbagai cabang ilmu lainnya, ada yang lebih dari 5 tahun dan ada yang kurang dari itu, bergantung pada aturan yang berlaku di masing-masing perguruan. Dan seluruh umat sepakat, bahwa hal tersebut adalah baik, bahkan mereka berlomba-lomba untuk menambah Dauroh ilmu tertentu dan mendukung system pengaturan tersebut..
Belum ada seorangpun, -sejak didirikannya system tersebut hingga sekarang ini-, yang mengklaim bahwa hal tersebut adalah bidah atau sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat ra dengan membatasi 4 tahun untuk mempelajari hadits, dakwah, ushul fikih, fiqih, dan lain-lain..Seandainya ada seseorang yang mengatakan hal itu bidah, tentu orang-orang akan menertawakannya..Bahkan melalui system pengaturan waktu tersebut banyak yang telah tamat dari pesantren-pensantren., sekolah-sekolah, dan perguruan-perguruan tinggi, para imam agama..

Hafizh ibnu hajar rah berkata, “Hadits ini menunjukkan istihbab (disukai) meliburkan rutinitas amal sholeh untuk menghindari kebosanan. Rutinitas yang diperintahkan ada 2 macam. Pertama, ada kalanya setiap hari, namun tanpa meletihkan. Kedua, ada kalanya sehari masuk dan sehari libur untuk beristirahat, agar pada hari berikutnya dapat masuk dengan semangat, dan ada kalanya libur sehari dalam sepekan bergantung pada situasi..

Yang penting ktia perlu menjaga semangat agar tetap wujud. Sikap ibnu mas’ud rhu ini menunjukkan bahwa ia mengikuti sikap nabi saw hingga hari terakhir ia melihatnya. Hadits ini menunjukkan bahwa ia mengikuti nabi saw dengan hanya melihat selang waktu antara mengamalkan dan meninggalkan, diungkapkan olehnya dengan takhawwu, yang berarti menjaga dan memelihara waktu. Pendapat kedua ini lebih jelas. “(Fathul bari:I/196)
Syaikh aiman berkata, perhatikanlah pendapat imam besar ini, yang menyatakan bahwa rutinitas amal sholeh terkadang dilakukan setiap hari -sekiranya tidak melelahkan-dan terkadang sehari jalan dan sehari tidak, dan terkadang sehari saja yang diliburkan dalam seminggu, bergantung pada situasi dan kondisi masing-masing. Dan terkadang perlu libur dua hari dalam seminggu, dua atau tiga hari dalam sebulan, bergantung pada situasi dan kondisi masing-masing..

Demikianlah para ahli dakwah dan tabligh pun tidak membatasi 3 hari dalam setiap bulan, kecuali untuk menjaga rutinitas dakwah yang sesuai dengan masa, tempat, dan kondisi mereka sekarang ini..
Penjelasan imam ibnu hajar rah, bahwa ibnu mas’ud ra mungkin mengambil sikap berdasarkan sikap nabi saw hingga hari terakhir ia melihatnya. Ibnu mas’ud rahu mengikuti sikap nabi saw hanya dengan melihat jeda waktu antara mengamlkan dan meninggalkan (takhawwul). Ia mendunkung dan membatasi waktu untuk para shahabatnya yang biasa ia nasehati, karena mengikuti cara nabi saw. Dan ia tidak mengganti dengan nama hari dan tidak pula menyebutkan waktu yang telah digunakan oleh nabi saw dengan para sahabatnya, namun ia berpendapat bahwa masalah ini adalah luas, bergantung pada situasi , kondisi individu, dan zaman pada saat itu..

Demkian pula yang dilakukan oleh para ahli dakwah, mereka mengikuti metode nabi saw dalam menggunakan waktu yang mendukung untuk menasehati dan meningkatkan diri mereka dan manusia. Mereka tidak membatasi bahwa waktu-waktu tersebut adalah yang dilakukan oleh nabi saw, karena masalah ini sangat luas yang dapat diatur sesuai dengan kondisi dan siatuasi masing-masing individu, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh imam ibnu hajar al atsqolani rah.
Demikian pula yang dipahami dan diamalkan oleh Ibnu Mas’ud rhu. Beliau tidak menjadikan kaedah dengan waktu yang telah dibatasi dan digunakan oleh nabi saw, Karena masalah ini sangat luas” (Nazhrah ilmiah fi ahli tabligh wad dakwah:I/60-65).

Sahabat Rhu membatasi waktu
Apakah pembatasan waktu tidak pernah dilakukan oleh sahabat ra?? Mari kita simak jawabannya:
Terdapat beberapa keterangan bahwa pasa sahabat ra pun mengadakan pemabtasan waktu dalam hal-hal tertentu . Para imam hadits, diataranya imam bukhrori telah membuat judul dalam kitab shohihnya, bab: “Seorang Ahli Ilmu Agama yang menjadikan hari-hari tertentu untuk memberi mau’izhah”
Di dalamnya terdapat hadits dari abi wail, ia berkata, “Dulu Abdullah bin mas’ud memberi mauizhah untuk orang-orang setiap hari kamis”. Lalu seoranglaki-laki berkata, Ya aba Abdurrahman, sungguh senang hatiku apabila engkau memberi mauizhah kepada kami setiap hari.” Jawabnya, :tidak , aku dilarang berbuat demikian, sungguh aku benci, bila aku membuat kalian bosan..Dan sesungguhnya aku menjaga dan memelihara waktu kalian dalam memberi mauizhah , sebagaimana nabi saw menjaga dan memelihara waktu kami dalam menasehati untuk menghindari kebosanan kami” (shohih bukhori:I/27)

Di dalam hadits ini terdapat pengkhususan hari kamis dari setiap minggu untuk memberi nasehat dan (meningkatkan) iman. Di dalam hadits ini juga terdapat pembolehan atas pemabtasan dan penetuan waktu dalam rangka menasihati umat. Dan untuk mengerjakan semua cang ilmu, seperti : fiqih, hadits, ilmu dakwah, tafsir, dan lain-lainnya, boleh dikiaskan kepadanya, baik waktu yang dibatasi sehari, dua hari atau tiga hari..
Apabila kita mengenalisa judul bab atas hadits tersebut, sesungguhnya ilmu yang disebutkan dalam judul hadits tersebut adalah umum, bermacam-macam dan bercabang-cabang , memuat semua cabang ilmu, seperti fiqih, hadits, tafsir, bahasam bayan, balaghoh, dakwah, ulumul quran, usuhul fiqih, mauizhah dan lain sebagainya..dan semua cabang ilmu itu sebagai obyek pembahsan judul hadits. Hal ini bermakna, boleh mengkhususkan waktu-waktu tertentu utntuk semua cabang ilmu tersebut.

Dan seandainya kami memerinci lagi judul hadits tersebt berdasarkan sifat umum jaudul hadits diatas, dengan salah satu cabang ilmu, misalnya, fiqih, dan kami tulis judul tersebut demikian, ” Seseorang ahli fiqih menjadikan hari-hari tertentu untuk memberikan pelajarannya”. Apakah ada yang menentang judul tersebut?? Apakah ada yang menolak perkataan kami itu????
Jawabnya , pasti tidak ada

Oleh sebab itu, setiap ahli ilmu dan para ahli fiqih membatasi waktu-waktu tertentu untuk murid-muridnya dalam mempelajari ilmu fiqih, baik sehari dalam seminggu, sehingga dalam sebulan bertjumlah 4 hari, atau dua hari dalam seminggu, sehingga sebluan menjadi delapan hari, atau lebih banyak atau lebih sedikit dari waktu -waktu tersebut.
Tidak itu saja, sekarangpun seseorang dapat membatasi dengan mengkhususkan hari-hari tertentu baik itu hari jumat, sabtu, ahad, atau hari-hari lainnya. Dan itu juga dapat membatasi dan mengkhususkan waktu yang akan digunakan, misalnya: anatara maghrib dan isya, atau setelah isya, atau setelah ashar, dan sebagainya..
Selanjutnya dalam waktu yang terbatas ini, ia pun dapat lebih mengkhususkan lagi waktu penggunaannya, yaitu sejam atau setengah jam atau lebih atau berkurang dari waktu-waktu tersebut.
Pertanyaaanya adalah, “Apakah semua itu termasuk sunah atau bidah??????

Kami jawab dengan tegas bahwa semua itu termasuk sunah, tanpa ada keraguan sedikitpun didalamnya, sebab hal tersbut telah dilakukan oleh nabi saw danpara sahabat rhum, para tabiin, dan para imam, alim ulama mujtahidin pada abad ke III, dan juga oleh orang-orang yang mengkhususkan waktu-waktu tertentu untuk mempelajari ilmu yang mereka khususkan..
Dan apabila kami memberi judul, misalnya; “Seorang ahli hadits menjadikan hari-hari tertentu untuk memberi pelajarannya”. Apakah ada yang menetang judul ini?? Apakah ada yang menuduhnya bidah??
Jawabnya; hal tersebut justru sunah yang harus diikuti bahkan mempelajari hadits nabi saw adalah fardhu kifayah. Meskpiun hal tersebut dilakukan dengan waktu-waktu terbatas dan khusus..
Apabila kami menuliskan judulnya, “Seorang ahli tafsir menjadikan hari-hari tertentu untuk memberi mauizhah”. Apakah ada yang menentangnya?? Jawabannya, tidak ada, bahkan hal ini disukai oleh setiap orang, karena tafsir adalah cabang dari ilmu..

Demikianlah, karena alasan pengkhususan waktu tersebut adalah sesuai dengan kehidupan manusia, sebagaimana pendapat alim ulama rah..
Dapat dibayangkan, apabila ada seorang ulama berkata kepada masyarakat;Ulama: “Wahai manusia, aku akan mengajarkan ilmu tafsir, insyaAlloh dalam minggu-minggu ini”. Lalu orang-orang yang hadir bertanya; “Waktunya kapan ya ustadz, agar kami bisa menghadirinya?”. Kemudian ulama tadi menjawab, ” Tidak, kami tidak membatasi waktu tertentu, karena ini bidah. Namun datanglah kalian dalam minggu-minggu ini, dengan ijin Allah swt pelajaran dan ceramah akan dimulai.”
Kemudian mereka datang pada hari sabtu, namun syeikh yang mulia tidak datang. Mereka pun berkata di dalam hatinya, “Syaikh yang alim tidak datang”
Syaikh tidak menentukan waktu belajarnya (karena beliau anggap membatasi waktu tertentu adalah bidah). Dan sebaliknya ia datang pada hari yang mereka tidak datang. Misalnya hari Jumat, maka ia tentu tidak dapat menemukan mereka..
Syaikhpun berkata dalam hatinya, “Mereka tidak menyukai ilmu dan tidak menghendaki pelajaran”. Syaikh mencela masyarakatnya, dan masyarakatnya pun berbalik mencelanya. Kemudian syaikh berkata lagi, “kalau begitu datanglah lagi dalam minggu-minggu ini untuk mendengarkan pelajaran”. Lalu mereka bertanya, “Hari apa ya ustadz??”
Syaikh menjawab, “Kami tidak menentukan hari karena hal itu adalah bidah, tetapi kalian datang saja…”. Mereka meminta kepastian dan berkata” Jangan demikian, kami telah banyak kehilangan waktu, tentukanlah waktunya atau pelajaran tidak usah diadakan.”
Perbincangan itu tidak akan berakhir, kecuali jika syaikh bersedia menetukan waktu khusus untuk mereka, agar pelajaran bagi mereka dapat terlaksanakan.

Apakah dakwah terkeluar dan bukan dari salah satu cabang ilmu?? Dan apakah berlebih-lebihan , jika kami katakan bahwa dakwah adalah induk semua jenis ilmu syari?? Dari dakwahlah ilmu menjadi bercabang-cabang, dari dakwahlah cabang-cabang ilmu dipelajari..

Dan kaum muslimin sejak masa nabi saw hingga sekarang rajin membuat kelompok yang mempelajari metode dakwah, teknik, dan tujuan-tujuannya. Inilah yang dipelajari oleh fakultas dakwah, universitas al azhar di kairo mesir, fakultas dakwah di madinah al munawarah, dan masih banyak di perguruan tinggi dunia islam lainnya..
Lalu sekarang menjadi aneh, jika judul dakwah secara khusus ditolak dan menerima yang lainnya??
Alloh berfirman, “Bahkan mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya dengan sempurna padahal belum datang kepada mereka penjesalannya.” (Yunus:39)

Apabila ditanya, apakah mengkhususkan waktu-waktu untuk mempelajari dakwah dan menyebarkannya kepada umat, sunah atau bidah?? InsyaAlloh akan dijawab tanpa keraguan didalamnya, Yaitu Sunnah. Bahkan dakwah itu sebagai kewajiban dan pengkhususan waktu untuk mempelajari dan menyebarkan dakwah nabi saw itu dilakukan oleh sahabat ra, sebagaimana disebutkan adanya judul dari shohih bukhrori..
Sesungguhnya para sahabat ra pun menentukan waktu untuk mencapai tujuan-tujuan syariat. Dan dakwah tidak berbeda dengan judul-judul yang disebutkan, seperti ilmu fiqih, hadits, tafsir, mau’izhah, dan lain-lain. Sebagaimana pengkhususan waktu untuk mempelajari dan menyebarkan cabang-cabang ilmu tersebut adalah sunnah-bukan bidah-, maka demikian pula dakwah, karena semuanya memiliki satu tujuan umum, yaitu mempelajari ilmu dan menyebarkannya.
Imam bukhori rah menetapkan bahwa penetapan waktu ini adalah jaiz (boleh), karena tanpa mengadakan demikian, maka dapat mendatangkan kesulitan. Padahal menuntut ilmu hukumnya wajib, tidak boleh ditinggalkan.

Demikian pula dakwah, maka tidak ada cara keculai dengan menetukan dan mengkhususkan waktunya, yaitu pada hari yang dapat dihadiri oleh masyarakat, sehingga tidak menyulitkan mereka serta kehidapanya. Dan tujuannyapun dapat tercapai.
Imam al kasymiri rah dalam faidhil bari, syarah shohih bukhori hal 170, dalam menjelaskan judul hadits ini, berkata: ” Dia (imam bukhori) memaksudkan penentuan waktu seperti tidak disebut bidah.
Demi Alloh, demikianlah perasaan setiap orang yang khuruj untuk berdakwah bersama ahli dakwah dengan waktu-waktu yang telah ditentukan. Berbeda dengan dosa kesombongan yang merasuk di dalam hati. Ketenangan inilah yang selalu kami lihat terhadapa orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Alloh SWT. Untuk menggunakan setiap tenaganya untuk khuruj dan meluangkan waktunya untuk berkhidmat kepada agama Allah.

Namun tidak sedikit orang yang menentang, mencela dan mengkritik mereka dalam masalah waktu-waktu mereka yang digunakan siang dan malam. Mereka juga dengan seenaknya mengingkari hukum-hukum dan kewajiban-kewajiban agama Alloh, dan dengan seenaknya menolak dengan kekuatan mereka, padahal dibelakangnya mereka memiliki lembaran-lembaran yang menghapus pahala amal mereka dan menyegel perkataaan mereka yang jujur dan hak, bukan yang palsu dan dusta. (Nazhrah ilmiah fi ahli tabligh wad dakwah:1/67-75)

Perkataan para ulama tabligh tentang penentuan hari
Penyusun kitab “kewajiban mengajak kepada kitab dan sunnah” berkata ” Aku bertanya kepada syaikh zainul abidin, ” Apa pendapat kalian tentang khuruj 4 bulan dan 40 hari dalam setiap tahun?? Dan apa dalilnya?? Beliau menjawab, ” Hal ini sekedar untuk (memudahkan pelaksanaan) tertib.”
Syaikh umar palanpuri di dalam penjelasannya disalah satu ijtima’ berkata, ” kami tidak menemukan didalam alquran dalil-dalil 4 bulan setahun dan juga jamaah jalan kaki. Bahkan yang kami temukan adalah Alloh telah membeli semua kehidupan dan harta kaum mukmin, dengan demikian, Alloh telah memerintahkan kami agar keluar (khuruj) setahun atau 4 bulan..Mengapa, yaitu agar kami membiasakan diri mengorbankan harta dan diri di jalan Alloh.
Kemudian syaikh berkata, ” Baik, siapa yang siap khuruj fi sabilillah 40 hari??” lalu ada seorang pemuda berdiri, dan berkata, ” ya syaikh kenapa hanya 40 hari??lalu syaikh menjawab, “Baik siapa yang siap 39 hari??” (sawanih syaikh Muhammad umar palanpuri: II/87).
Demikianlah pendapat jumhur ulama dan para ahli ushul fiqih, bahwa pembatasan dan pengkhususan waktu untuk kepentingan agama tidaklah bertentangan dengan syariat, sehingga tidak dapat dikatakan bidah.
Dan demikian pula ketetapan para ahli dakwah dan maksud penggunaan waktu-waktu tersebut, Kami memohon kepada Alloh agar melapangkan dada kami dan membangkitkan semangat kami, dan semoga syetan tidak menguasai kami atas syariat yang jelas untuk ikut andil dalam pembahasan ini…
InsyaAlloh kesalahpahaman ini tidak akan bertambah lebar sehingga tidak akan menghambat umat untuk bersungguh-sungguh dalam agama dan dakwah..amin yaa rabbal alamin…

(Sumber: Kupas tuntas jamaah tabligh: II/ 5-27)
Sumber: http://tetesanhujan.wordpress.com/2008/11/17/apakah-khuruj-3-hari-40-hari-dan-4-bulan-itu-bidah-bag3/

[http://usahadawah.wordpress.com/2009/01/10/apakah-khuruj-3-hari-40-hari-dan-4-bulan-itu-bidah-bag3/#more-575]

Dakwah of Mawlana Muzaffar Husayn

It was Mawlana Muzaffar Husayn’s practice to visit and reside in the mosques of neighbouring towns and villages for three to four days at a time. During his stay he would explain the method of offering salah to the people, teach them the rulings of religion, and encourage them to bring them into practise. Mawlana Muhammad Isma‘il Kandhlawi (may Allah shower His mercy upon him) inherited this practise from Mawlana Muzaffar Husayn. This method of preaching was later popularised by his son Mawlana Muhammad Ilyas (may Allah shower His mercy upon him) and is now prevalent throughout the world in the form of the Tablighi Jama‘ah movement.

[dipetik dari http://zakariyya.wordpress.com/2009/06/15/mawlana-muzaffar-husayn-khandhlawi-may-allah-shower-his-mercy-upon-him/]

Persoalan Sekitar Usaha Dakwah Ilallah

Beberapa persoalan mengenai usaha Dakwah Ilallah dibincangkan dengan cara menukil petikan-petikan tulisan Alim Ulama'. Setiap persoalan akan dibincangkan dibawah satu tajuk dan isi perbincangan mungkin akan ditambah dari masa ke semasa.

Muqaddimah

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillah, Wassolatu was Salamu Ala Rasulillah

Blog ini diwujudkan untuk menyatakan kepentingan dakwah Ilallah, usaha mengajak manusia kepada Allah.

Penyusunan blog ini adalah semata-mata minat dan kecenderungan peribadi penulis dan tiada kena mengena sama sekali dengan pandangan rasmi mana-mana usaha, pertubuhan atau pergerakan.

Tulisan-tulisan yang dinukilkan dipetik dari sumber rujukan sebagaimana yang dinyatakan dibawah setiap petikan. Penulis seberapa daya memberi tajuk yang paling sesuai bagi beberapa petikan yang dikumpulkan. Jika terdapat petikan berbahasa Inggeris, penulis akan cuba menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu secara makna yang paling hampir. Kadang-kadang terdapat artikel yang sama berulang di bawah tajuk yang lain kerana kesesuaian petikan tersebut.

Sebarang pembetulan, teguran dan cadangan adalah sangat dialu-alukan.

Semoga Allah menerima usaha yang kecil ini. Amin.