Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Saturday, December 17, 2011

Saling memuliakan dikalangan pengusaha agama yang berbeza

Hadhrat Aqdas Mufti Mehmood Sahib (r.alaih) mentioned, "Hadhrat Madani (r.alaih) was invited to deliver a lecture in one area. Another party of that area held a gathering on the same date and invited Hadhrat Moulana Ilyaas Saheb (r.alaih) to gove a talk. Both saints agreed to attend and neither of them knew that a separate gathering was to be held there on the same day. Hence, both the Elders set off (for the particular place) on the appointed day.

When Moulana Muhammad Ilyaas Saheb (r.alaih) arrived, he came to know that Hadhrat Madani (r.alaih) was to give a talk in another part of town. He made the announcement that the Ijtima was cancelled because Hadhrat Moulana Husain Ahmed Madani Sahib (r.alaih) is to give a lecture at such and such a venue. All brothers should attend Hadhrat Madani’s lecture. Hadhrat Moulana Ilyas Sahed (r.alaih) himself proceeded on foot with the crowd to participate in the other gathering.

On the other side, Hadhrat Madani (r.alaih) arrived and came to know of the Ijtima. He addressed his gathering and told them, “Because there is an Ijtima today in another part of this town, wherein Moulana Muhammad Ilyaas Sahib (r.alaih) will be giving a bayaan, therefore this gathering is dismissed, all should participate in the Ijtima.” Hadhrat Madani (r.alaih) himself set off with the people to attend the Ijtima. Reaching the Ijtima, they found that it had been cancelled. The people from the Ijtima reached the Jalsa and found it to be cancelled also. Neither the Ijtima took place nor was the Jalsa held.
This is the divine words:
“They give preference to others over themselves”

[From the Discourses of Faqihul-Ummat Mufti Mahmood-Hasan Gangohi Rahmatullah alaih, “Boundaries of Differences”, Compiled by Mufti Muhammad Farooq Saheb Merrati Damat Barkatahu, Published by Zam Zam Publishers, Urdu Bazar Karachi-Pakistan, First edition November 2003, page 146-147]

Wednesday, December 14, 2011

Kepentingan Rantaian Otoriti didalam Islam

Kepentingan sanad dan ijazah didalam pewarisan ilmu-ilmu Islam dijelaskan didalam artikel berikut:

http://www.minhajuk.org/pdf/ijazat.pdf

Contoh pewarisan sanad dan ijazah kepada syaikhul Islam Dr. Tahirul Qadri diperincikan didalam artikel berkenaan.

Saturday, December 10, 2011

Banyaknya rangkaian sanad menguatkan hadith dhoif

Didalam menyatakan tentang hadith-hadith mengenai Abdaal, Allamah Munawi (rahimahullah) mengatakan:

The great Scholar, Allamah Munawi (may Allah be pleased with him) has stated,


قال المناوي في «الفيض» [3/170] «وهذه الأخبار وإن فرض ضعفها جميعها لكن لا ينكر تقوى الحديث الضعيف بكثرة طرقه وتعدد مخرجيه إلا جاهل بالصناعة الحديثية أو معاندة متعصب

“These Ahadith are such, that even if you assume all of them to be weak; only an ignorant person of the science of hadith or a stubborn bigot will deny that weak Ahadith are strengthened due to many chains and many people narrating it.”

Terjemahan bebas:
Hadith-hadith ini, walaupun anda beranggapan bahawa kesemuanya (adalah hadith yang) lemah, cuma orang yang jahil mengenai sains hadith atau si fanatik degil yang akan menafikan bahawa hadith-hadith lemah adalah dikuatkan melalui banyaknya rantaian (sanad) dan banyaknya orang meriwayatkannya.

[dipetik dari http://askimam.org/fatwa/fatwa.php?askid=e60014854336de97cb54c3c45fea198d]





Thursday, December 8, 2011

Tiada larangan 3 hari, 40 hari, 4 bulan

Qadha' Solat



Semoga Allah memberi kita taufiq untuk menggantikan amalan-amalan wajib yang tertinggal semasa zaman kejahilan dulu.

Untuk mengganti amalan-amalan wajib seperti solat pun perlukankekuatan iman, maka sebab itu iman dan suasana iman sangat perlu diusahakan. Semasa keluar di jalan Allah lah peluang yang banyak dan semangat untuk beramal wujud dan memudahkan kita untuk mengganti hutang-hutang kita dengan Allah Taala.

Sunday, December 4, 2011

Patutkah hadith Dho'if ditolak?





Diantara poin-poin yang dinyatakan oleh Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Mufti Saheb (damat barkatahum):


1. (Selain dari Bukhari dan Muslim), Kitab-kitab hadith yang sahih yang datang kemudiannya ( diantaranya) ialah Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, kitab hadith Sahih susunan Hafiz Ziayuddin al-Maqdisi, Sahih Ibnu Sakan dan al-Muntaqa Ibnu Jarud. Kesemua ini adalah kitab-kitab (yang mengandungi hadith) yang sahih. [Part 1/2: 00.34-00.55]

2. Tingkatan hadith mengikut kekuatannya ada 5 kategori, iaitu (1) Sahih lizaatihi (2) Sahih lighairihi (3) Hasan lizaatihi (4) Hasan lighairihi (5) Dho’if [Part 1/2: 00.57-01.11]

3. Imam Nawawi (Rahmatullah alaih) menulis didalam at-Taqrib, bahawa adalah dibenarkan untuk mengamalkan hadith dho’if tanpa menyatakan kedho’ifannya, selagi hadith itu tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan tidak berkaitan dengan hukum hakam seperti halal haram dan selainnya. (Hadith dho’if yang berkenaan) adalah mengenai kisah-kisah, kelebihan-kelebihan amal, nasihat dan peringatan.. [Part 1/2: 01.13-01.53]

4. Definisi hadith dhoif, menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti (rahimahullah) didalam kitab beliau Tadbirur Rawi m/s 144-145, ialah riwayat yang tidak terkumpul didalamnya syarat-syarat (bagi hadith) sahih dan hasan, dan kedho’ifan hadith dho’if adalah pelbagai, sebagaimana kepelbagaian kesahihan hadith sahih. [Part 1/2: 03.43-04.29]



Fatwa Mufti Brunei berkenaan Jamaah Tabligh

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu was Salamu ala Rasulillah.

Berikut adalah fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam berkenaan usaha Dakwah & Tabligh, seperti mana yang diwartakan didalam fatwa bernombor 27/1995 yang dikeluarkan pada tahun 1995 bertajuk 'Kegiatan Jemaah Tabligh'. Sila rujuk http://www.mufti.gov.bn/fatwa/Senarai%20Fatwa%201995.htm.

Fatwa berkenaan telah disalin dan dipostkan oleh saudara naqhuhines di blog beliau http://naqhuhines.blogspot.com/2011/06/soalan-tentang-jemaah-tabligh.html. Disini disalin dan di pastekan semula apa yang dinukilkan di blog berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt.

Bersama petikan pada paragraf ketiga di PRAKATA buku Fatwa Mufti Kerajaan ini (1994-1995), saya memohon keizinan kepada pihak berkenaan untuk memetik dengan niat menyebar luaskan fatwa berkaitan tajuk yang tersebut (X. TARIQAT; 1. Jemaah Tabligh, muka surat 170), khususnya untuk memberi pengetahuan kepada diri saya sendiri, keluarga saya dan rakan bloggers dengan niat yang baik tanpa sebarang kepentingan yang tersembunyi.

'Adalah menjadi niat Jabatan Mufti Kerajaan supaya fatwa-fatwa yang difatwakan oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam akan disebarkan seluas yang mungkin hatta melimpasi sempadan negeri. Saya mempunyai keyakinan bahawa buku ini besar manfaatnya kepada umat Islam kerana di samping memberikan jawapan hukum Islam kepada pertanyaan dan kemusykilan agama, Fatwa Mufti Kerajaan jua mempunyai ciri menyebarkan ilmu pengetahuan Islam yang menjadi latar belakang fatwa yang difatwakan itu. Dengan ciri yang demikian, umat Islam akan menghayati hukum dan doktrin Islam yang disampaikan dalam buku ini dengan lebih mendalam.'



Soalan 1:

Dengan hormat dimaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam telah menerima satu laporan penyiasatan sulit kegiatan Jemaah Tabligh di Negara Brunei Darussalam daripada Nahagian Penyiasatan dan Pendakwaan Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Di dalam laporan berkenaan telah dinyatakan beberapa perkara yang berhubung dengan Jemaah Tabligh iaitu dari segi sejarah kedudukan dan perkembangannya, organisasi pentadbirannya, prinsip, amalan, tujuan dan pandangan-pandangan daripada institusi-institusi keagamaan, masyarakat dan pengikut-pengikutnya.

Oleh yang demikian, bagi maksud tersebut di atas, dipohonkan fatwa mengenai kegiatan jemaah tersebut khususnya di Negara Brunei Darussalam pada kadar yang segera mengenainya.




Jawapan:

Saya telah baca laporan penyiasatan sulit kegiatan Jemaah Tabligh di Negara Brunei Darussalam. Laporan mengandungi sejarah kedudukan dan perkembangannya, organisasi pentadbirannya, prinsip, amalan, tujuan dan pandangan-pandangan daripada isntitusi-institusi keugamaan, masyarakat dan pengikut-pengikutnya.

Untuk lebih menjelaskan kedudukan Jemaah Tabligh ini, maka elok dinukil semula tulisan dan fatwa bekas Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Ismail bin Omar Abdul Aziz Rahimahullah, yang bertajuk : “KUMPULAN DAKWAH INDIA DAN TUJUAN MEREKA.” Beliau antara lain menulis:

“Ahli Dakwah dan Tabligh dari India, dipelopori dan dipimpin oleh Al-‘Allamah Al-Muhaddits Al-Faqih Al-Syeikh Muhammad Ilyas bin Muhammad Ismail Al-Kandahlawi yang mati tahun 1363 Hijriah (1943 Masihi) yang diambilnya dari ajaran Allah, sehingga dia mati tahun 1965 Masihi (1385 Hijriah), kemudian dipimpin oleh Al-Syeikh Al-Fadhil Muhammad In’am Al-Hasan Ibn Al-Syeikh Al-Haj Ikram Al-Hasan yang berjalan hingga tahun 1973 Masihi (1393 Hijriah) menurut keterangan yang ditulis oleh Al-Syeikh Shadruddin ‘Amir Al-Anshari dalam buku bernama Al-Syeikh Muhammad Ilyas wa Da’watuhu Al-Diniyyah yang diterbitkan pada tahun 1394 Hijriah.


Asas Dakwah dan Tabligh

Adalah Al-‘Allamah Al-Syeikh Muhammad Ilyas mengasaskan dakwah dan tabligh yang dipimpin olehnya ada tujuh perkara:

(i) Kalimah Thayyibah iaitu: La illaha illallah Muhammadur Rasulullah
(ii) Mendirikan sembahyang fardhu dan sunat.
(iii) Mengaji ilmu dan berzikir dan berwirid.
(iv) Memuliakan dan menghormatkan tiap-tiap orang Islam.
(v) Ikhlas dan jujur dalam segala gerak geri.
(vi) Ke arah tenaga pada mengajak manusia pada jalan Allah (sabilillah).
(vii) Berusaha pada meninggalkan perkara yang tiada kena mengena pada menyampaikan pada enam tujuan itu.

Tujuh perkara itu dilaksanakan oleh Al-‘Allamah Muhammad Ilyas dengan cara amal dengan tiada dia menulis di dalam kitab, kerana dakwah dan tabligh yang dipimpinnya itu berdasarkan amal dan perbuatan dan dicuba dan perlaksanaan bukan dengan cakap-cakap dan tulisan-tulisan dan pidato-pidato dan mengarang buku-buku dan kitab dan menyiarkan siaran dan majalah-majalah dan akhbar-akhbar. Tetapi pengikut-pengikutnya telah menulis cara melaksanakan tujuh perkara itu.


Bagaimana Cara Berdakwah

Cara menjalankan dakwah itu iaitu berhimpun sekumpulan orang dengan nama Allah dan kerana Allah dalam satu-satu masjid Allah, dan kumpulan itu mengangkat seorang daripada mereka seorang ketua, yang bertanggungjawab akan kerehatan orang-orang kumpulannya itu, mereka taat pada perintahnya yang bukan dalam perkara maksiat dan dosa, kemudian berjalan dan keluar ke mana-mana tempat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, sebelum masuk waktu mana-mana sembahyang, tujuan keluar itu ialah berjumpa dengan orang-orang Islam, dan mengajak mereka, supaya berhimpun dan mendengar kata-kata mereka.

Apabila orang-orang sudah berhimpun di masjid, mereka mengingatkan peranan agama Islam dan tujuan beragama dan mustahak beragama, dan mengajak mereka dengan segala hormat bersama berdakwah.

Apabila orang-orang daripada mereka yang hadir telah bersedia berdakwah, maka mereka menyusun satu kumpulan, kerana keluar pergi menjalankan dakwah, maka kumpulan itu pergi keluar menuju pada tempat-tempat orang-orang yang telah biasa menjalankan kerja-kerja dakwah, supaya kumpulan itu bekerja di bawah pimpinan mereka. Apabila orang-orang itu telah berlatih dan telah belajar cara berdakwah, maka mereka pergi keluar ke tempat-tempat yang dekat atau tempat-tempat yang jauh, menurut kemampuan masing-masing kumpulan itu, kerana mengajak dan menyeru orang-orang Islam dan memimpin mereka supaya berbuat sebagaimana dibuat oleh kumpulan yang tersebut tadi.

Tiap-tiap orang keluar berdakwah itu di atas belanjanya sendiri, berazam dengan belanja itu dia benar-benar beradab dengan Allah dan rasulNya dan dengan dirinya serta dengan sekalian manusia, berlumba-lumba berbuat benar dan bersih hati, serta memelihara benar-benar akan perjalanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta mengambil kira akan melazimkan dzikrullah dan membaca Al-Qur’an Al-Karim.

Dalam masa keluar dakwah itu, dikehendaki masing-masing ahli dakwah itu menjaga masa dengan betul dan tepat, maka janganlah dia menghabiskan masa dengan perkara yang tiada kena mengena dengan peranan mereka, dan hendaklah mereka mengambil perhatian dengan empat perkara yang di bawah ini:

Pertama: Dakwah dan Tabligh yang khas dan caranya iaitu menghantar setengah-setengah orang dari kumpulan itu keluar dan berhubung dengan penduduk yang terkenal di kampung atau negeri tiu, dan menerangkan kepada mereka akan tujuan berdakwah dengan keadan hormat dan sopan santun, minta mereka menolong dan hadir ke majlis dakwah itu.

Kedua: Dakwah Am dan caranya ialah setengah-setengah daripad akumpulan itu keluar dan berhubung dengan orang-orang ramai daripada umat Islam di dalam pasar-pasar dan kampung-kampung, dan mengajak mereka dengan keadaan beradab dan sopan santun dan lemah lembut dan mengajak mereka hadir dan mendengar, dan lebih afdhal dan lebih baik berhimpun di masjid, dan apabila berhimpun orang-orang ramai itu, maka dakwah ditujukan kepada mereka, dan mengajak mereka dengan lemah lembut dan bersungguh-sungguh supaya mereka mengosongkan diri dari kerja-kerja mereka, akan satu bahagian masa bagi berdakwah dan tabligh dan apabila ada setengah-setengah daripada mereka telah bersedia, maka diangkat dan disusun satu jemaah atau kumpulan mengikut cara-cara yang telah lalu itu.

Ketiga: Mengajar dan caranya hendaklah orang-orang kumpulan itu duduk dengan beradab dan hormat pada tiap-tiap hari, pada muzakarah dan membaca dan memahamkan hadits-hadits dan ayat-ayat Al-Qur’an yang memberi gembira dan riang hati bagi mengerjakan ibadat-ibadat, dan pada berperangai dengan perangai yang mulia, iaitu seorang daripada mereka membaca akan hadits-hadits yang berhubung dengan kelebihan beribadat dan berperangai yang mulia, dan orang-orang lain dalam kumpulan itu mendengar dan beradab yang munasabah dengan kemuliaan sabda-sabda dan hadits-hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam, ditentukan sedikit masa itu bagi membaca Al-Qur’an Al-Karim, dan bagi muzakarah akan doa-doa yang ma’tsurah (yang datang daripada Rasulullah), dan membaca surah-surah Al-Qur’an Al-Karim supaya dapat belajar oleh orang-orang yang tiada tahu akan perkara-perkara yang tersebut itu.

Selain dari itu, maka tiap-tiap orang daripada kumpulan itu berusaha pada menunaikan sembahyang-sembahyang fardhu dan sembahyang sunat dengan khusyu’ hati dan merendah diri kepada Allah demi sedikit-sedikit sehingga penuh khusyu’ dan merendah diri itu.

Keempat: Hendaklah tiap-tiap seorang dari kumpulan itu menampakkan dirinya sebagai contoh yang lengkap dari perangai yang baik, dan sebagai ikutan kepada kawan-kawannya pada memberi kemudahan kepada mereka, dan dia sentiasa bersedia berkhidmat kepada lain-lain orang, dengan tiada tamak akan mendapat balasan, dengan membuat kerja-kerja yang mesti dibuat seperti membeli perkara-perkara yang dihajatkan dan menyediakan makanan dan membasuh alat dan perabot yang mesti dengan bergilir-gilir.


Tujuan Dari Dakwah Dan Tabligh

Tujuan utama dari usaha-usaha dan kegiatan-kegiatan itu semuanya, sebagaimana kata Al-‘Allamah Al-Syeikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi Rahimahullahu Ta’ala, pengganti dakwah bagi ayahnya Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Ilyas itu, ialah menghidupkan sunnah Rasulullah dan berusaha melaksanakan cara-cara Rasulullah berdakwah dan cara hidup Rasulullah dalam semua lapangan kegiatan hidup manusia, iaitu menghidupkan keyakinan iman, dan membaharukan keyakinan iman dan mendirikan dan mengerjakan ibadat-ibadat, menurut caranya yang betul menepati kegiatan Rasulullah, dan membiasakan diri berperangai dengan perangai Rasulullah Shallalahu ‘alaihi wassalam, dan melaksanakan perangai Rasulullah itu pada bermuamalah dan berurusan dengan manusia, serta mengadakan majlis-majlis zikir dan wirid dan ratib dan majlis-majlis mengajar dan mengkaji bagi mencapai tujuan-tujuan yang tersebut itu.

Bila kumpulan itu kembali dari pelayaran dan dari perjalanan dan dari menyampaikan dakwah dan tabligh itu dan masing-masing orang dari sesuatu kumpulan tadi itu kembali ke rumah masing-masing, maka sayugialah masing-masing itu dengan dirinya sendiri menjalankan dan menunaikan kerja-kerja yang tersebut tadi, di dalam tempat kediamannya dan dia berusaha bersama-sama dengan kawan-kawannya mengembara dan keluar bertemu dengan orang-orang Islam sekurang-kurangnya dua kali seminggu, sekali di kampung tempat kediamannya, dan sekali di kampung lain, dan orang-orang kumpulan itu hendaklah berhimpun sekali pada satu malam dalam seminggu dan bermalam bersama-sama dengan beribadat dan berzikir.


Kerahan Tenaga Keluar Pada Jalan Allah (Sabilillah)

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Hendaklah satu kumpulan dari tiap-tiap satu suku kaum daripada umat Islam keluar mengangkat senjata memerangi musuh-musuh Allah, dan hendaklah kumpulan yang tinggal yang tiada keluar pergi perang itu, belajar dan memahamkan agama Islam, dan hendaklah mereka memberi ingat dan mengajar akan kumpulan yang keluar pergi perang itu, apabila mereka kembali ke kampung tempat mereka diam itu, setelah selesai peperangan itu, moga-moga mereka takutkan Allah dengan mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah.” (Surah Al-Taubah: 122)

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Jika kiranya kamu tiada keluar bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjihad dan berperang pada sabilillah, nescaya Allah akan mengazabkan kamu dengan azab yang amat pedih dan Allah Ta’ala gantikan kamu dengan kaum dan bangsa yang lain daripada kamu pergi keluar berjihad pada sabilillah bersama-sama Rasulullah.” (Surah Al-Taubah: 39)

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Hendaklah satu kumpulan dan satu jemaah dan satu pasukan daripada kamu (umat Islam) mengajak manusia pada agama Islam, dan mereka menyuruh orang berbuat perkara ma’ruf yang digemarkan oleh agama, dan mereka menegah orang daripada melakukan perkara mungkar larangan Allah, maka orang-orang yang berbuat begitu, keluar mengajak orang dan menegah orang, adalah mereka orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘Imran: 104)

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Tiada siapa yang lebih elok perkataannya daripada orang yang mengajak menyeru orang pada mentauhidkan Allah, dan dia orang beramal dengan amal salih, kemudian dia berkata saya adalah daripada golongan orang-orang Islam.” (Surah Fushshilat: 33)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa melalui satu jalan dengan tujuan mencari sesuatu ilmu, nescaya Allah Ta’ala memudahkan baginya akan jalan menuju ke Syurga.” (Hadits riwayat Muslim)

Bersabda Rasulullah:
Maksudnya: “Barangsiapa keluar menuntut ilmu, maka dia berjihad pada jalan Allah sehingga dia kembali ke tempat tinggalnya.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

Tujuan keluar pada sabilillah itu, ialah melapangkan masa dari kerja-kerja sehari-hari, kerana berlatih dan berusaha pada menyelaraskan hidup sehari-hari itu dengan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan mengajak dan menyeru orang lain berlatih dan berusaha, sebagaimana saya kata dahulu dari ini, bahawa kita tiada dapat lapang dari kerja-kerja hidup manusia sepanjang umur kita, kerana perkara itu tada dapat dilaksanakan, tetapi kita boleh dengan tiada payah berbuat apa-apa sekadar kita lapangkan masa umur kita beberapa bulan dalam setahun, atau beberapa hari dalam sebulan, sebagaimana kita lapangkan masa kita bagi makan angin dan bersiar-siar dan berehat, dalam masa itu kita dapat membersihkan diri kita, dan dapat berdakwah mengajak saudara-saudara kita umat Islam, bagi membersihkan diri semata-mata kerana Allah, dan kita berusaha dan bekerja dalam masa lapang yang diuntukkan itu, pada tiap-tiap detik dan second kerana mengikut akan tauladan yang baik dari perjalanan hidup Rasulullah, dan kita berusaha bertaubat, beribadat, memuji Tuhan, ruku’ dan sujud, menyuruh orang berbuat baik, dan menegah orang dari melakukan mungkar dan kejahatan, dan derhaka kepada Allah dan kita menjaga sempadan-sempadan hukum larangan Allah supaya jangan kita limpasi akannya.

Adalah keluar dari melakukan sesuatu pada jalan Allah dan pada sabilillah itu, adalah ia suatu jihad, kerana jihad pada sabilillah dan jalan Allah itu tiada tertentu sahaja menghadap musuh dengan senjata dan kekuatan dan tenaga, tetapi jihad pada sabilillah itu juga dengan jalan berdakwah dan mengajak orang pada menghayati kitab Allah dan sunnah Rasulullah, dan berpegang teguh dengan keduanya dan sentiasa melazimkan keduanya itu.

Percubaan dan pengalaman tetapi menunjukkan bahawa keluar kumpulan-kumpulan kerana berdakwah dan tabligh dan menyampaikan dalam perkara yang berhubung meneruskan dakwah pada sabilillah dan jalan Allah itu, apabila dibuat pada tiap-tiap tahun dalam masa empat puluh hari, adalah ia sebaik-baik jalan bagi mencapai maksud yang dituju itu, sekurang-kurangnya kita berhimpun sehari dalam seminggu dalam mana-mana satu masjid Allah dan kita berlatih dan berusaha pada melakukan enam perkara yang tersebut di atas tadi.

Ini kita naqalkan dari kitab Al-Syeikh Muhammad Ilyas wa Da’watuhu Al-Diniyyah.

Dakwah Al-‘Allamah Al-Syeikh Muhammad Ilyas itu ialah dakwah yang berlaku pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana tiada pada masa itu kitab-kitab dan siaran-siaran dan tiada sekolah-sekolah menurut pengertian zaman sekarang ini, tetapi cara-cara baharu yang direka oleh orang-orang sekarang ialah mengikut hajat-hajat zaman sekarang, dan orang-orang lupa akan jalan dakwah yang asal pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu memberi penerangan dengan disertakan dengan laksanaan.

Saya berpendapat jalan yang direka oleh Al-‘Allamah Al-Syeikh Muhammad Ilyas itu adalah satu jalan yang lebih baik dan lebih berkesan supaya orang-orang Islam dapat menghayati perjalanan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, kerana ia dakwah dan amal.” Tamat katanya.


Beberapa Pandangan Tentang Jemaah Tabligh

Yang agak menarik perhatian ialah beberapa pandangan daripada institusi-institusi keagamaan. Pandangan-pandangan itu kelihatannya berbeza-beza pada isi dan pendekatannya. Ada yang mensifatkan ajaran Tabligh itu serupa dengan ajaran Gautama Budha dari India kerana pendakwah-pendakwahnya gemar berdakwah secara mengembara dari rumah ke rumah dan kampung ke kampung menyerupai cara Budha menjalankan dakwahnya.

Bagaimanapun ini adalah satu pendapat. Ia hanya semata-mata pendapat. Apabila ada satu pendapat, maka pendapat lain juga mungkin ada banyak lagi. Di antara pendapat-pendapat itu, misalnya ialah jawapan kepada pendapat tadi, bahawa tidaklah tepat menyamakan Jemaah Tabligh dengan gerakan Budha hanya kerana Jemaah ini menggalakkan dakwah bergerak. Adalah dakwah dan tabligh itu memanglah biasanya bergerak, bukan tahan-tahan. Bukankah pengembang-pengembang Islam dari dahulu kala lagi adalah pengembara-pengembara yang berjalan jauh? Jika tidak, masakan Islam boleh sampai ke China, sampai ke India, ke Afrika, ke Eropah dan juga hatta kepada kita sendiri?

Dikatakan juga kebangkitan dakwah Tabligh berlaku setelah gagalnya kegiatan Qadiani. Kalau ini benar, juga tidak ada negatifnya. Qadiani telah disifatkan oleh sejarah dan sarjana-sarjana Islam sebagai tajaan penjajah untuk melemahkan kebangkitan Islam dan umat Islam di India, supaya pecah tidak dapat melawan penjajah itu. Qadiani membuang jihad dalam apa pun bentuknya, sedangkan gerakan Tabligh ini bergerak dilingkungan majoriti Budha/Hidnu, yang tentunya mestilah menguntungkan Islam.

Seorang ulama Arab Saudi yang masyhur masa ini, Al-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, iaitu pakar penyelidik ilmiah, fatwa dan dakwah dalam kenyataannya kerana menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepadanya tentang Jemaah Tabligh ini, telah berkata antara lain:

“Pendapat orang adalah berbeza, ada yang memuji ada yang mengeji. Tetapi kami telah mengenal pasti mengenai mereka itu dari saudara-saudara kita yang boleh dipercayai dari ahli Najd dan dari mereka yang sentiasa bersahabat dengan mereka yang bermusafir ke India dan Pakistan. Ahli Najd dan mereka yang mengikuti bersamanya tidak pernah menyebut bahawa kegiatan yang dijalankan oleh dakwah Tabligh bertentangan dengan syara’ ... dan mereka telah melihat ramai dari mereka yang mengikut Jemaah Tabligh itu keadaannya bertambah baik sama ada dari segi amalan agamanya, akhlak dan bekerj akeras untuk memenuhi keperluan akhirat. Dengan itu saya berpendapat tidak ada apa-apa halangan keluar dengan bersama-sama mereka berdakwah di jalan Allah, bahkan seharusnya bagi ahli-ahli ilmu, ahli-ahli aqidah dan cerdik pandai sepatutnya turut serta bersama-sama mereka dan membantu mereka memenuhi kekurangan yang didapati pada mereka. Bersama-sama surat ini disertakan sebuah kitab yang dikarang oleh Al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al-Syeikh yang memuji Jemaah Tabligh dan memberi galakan kepada alim ulama dan cerdik pandai Islam menolong memberi sokongan terhadap kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh Jemaah Tabligh dan jangan menghalang mereka. Tugas pendakwah itu ialah memberi ingatan, galakan ke arah membaiki aqidah dan berpegang dengan Al-Qur’an dan Sunnah dan memberi amaran terhadap kerja-kerja bid’ah dan khurafat dan hingga kahir perkara tersebut dalam kitab itu, dan saya sertakan bersama ini satu lapopran yang ditulis oleh saudara-saudara yang kita boleh percayai iaitu Al-Syeikh Mohd. Amin bin Ali, Dekan Fakulti Hadits dan Pengajaran Islam di Jami’ah Islamiyyah, Madinah Al-Munawwarah.

Laporan ini ditulis oleh Al-Syeikh ini, apabila beliau bersama Al-Syeikh Abdul Kadir Murad yang telah dihantar oleh Jami’ah Islamiyah untuk menghadiri Muktamar Tahunan di Pakistan. Ringkasan laporan itu ialah beliau memuji usaha Jemaah Tabligh dan kerja-kerja Dakwah mereka serta menyeru supaya turut serta dalam kerja dakwah itu dan sentiasa mengikut perjumpaan dan sentiasa mengadakan hubungan dengan mereka.

Saya berdoa semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan kejayaan. Semoga mendapat manfaat dari usaha mereka itu sesungguhnya Allah itu Maha mendengar dan sentiasa berada di sisi kita.” Tamat katanya.

Berbangkit dari kenyataan dan fatwa Al-Syeikh Abdul Aziz bin Baz ini, ada pihak yang mengulas seolah-olah fatwa itu tidak boleh diterima kerana Al-Syeikh Abdul Aziz adalah pendukung pergerakan Wahabi. Pergerakan Wahabi memang tidak cocok dengan amalan orang-orang Melayu. Banyak amalan yang diamalkan oleh orang-orang Melayu ditentang oleh pergerakan Wahabi, seperti amalan berwirid dan berzikir selepas sembahyang, amalan bertalqin di atas kubur dan lain-lain, sehingga pergerakan Wahabi mengatakan amalan-amalan itu syirik atau khurafat menyalahi syara’. Tamat kata pengulas itu.

Pendapat kita, kenyataan dan fatwa Al-Syeikh Abdul Aziz itu adalah bebas, tidak dikongkong oleh aliran Wahabiah atau berdasarkan pendirian orang-orang Wahabi. Perkara ini secara tidak disedari turut dibenarkan sendiri oleh pengulas apabila dia menyebut orang-orang Wahabi itu menentang amalan-amalan seperti berwirid dan bertalqin dan lain-lain. Kalau benar Al-Syeikh Abdul Aziz menjawab bersandarkan fahaman Wahabiah yang menentang wirid dan zikir, tentulah dia tidak seterbuka dan sekuat itu menyatakan persetujuan dan sokongan dengan pergerakan Jemaah Tabligh itu, kerana di antara perkara-perkara yang sangat dihayati menjadi amalan Jemaah Tabligh itu ialah ibadat dan zikir-zikir sunat dan doa-doa. Mereka menganjurkan ini pagi dan petang.


Cahaya Islam Memancar Daripada Jemaah

Dalam sejarah umat Islam, pada awal-awalnya membuktikan, bahawa cahaya Islam itu memancar daripada jemaah. Cuba kita lihat dan amati rumah Dar Al-Arqam yang terletak di kaki bukit Safa di Makkah di zaman Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu, di sinilah tempat lahir dan memancarnya cahaya Islam dan iman dan telah keluar ahli cerdik pandai, pemimpin-pemimpin, panglima-panglima dan pendakwah-pendakwah yang menjadi tauladan kepada umat Islam dari zaman ke zaman sampailah ke hari kita ini. Dari sinilah tercetusnya amanah, sifat jujur, ikhlas dan sabar, cekal hati dan kuat jiwa serta semangat untuk melihat Islam itu berkembang dan tersebar melalui jihad dan dakwah.

Cetusan dan tampias daripada Rumah Al-Arqam inilah sehingga kita umat Islam dapat berbangga memiliki panglima-panglima dan pendakwah-pendakwah seperti ‘Uqbah bin Nafi’, Qutaibah Al-Bahili dan lain-lain lagi. ‘Uqbah pernah berdiri di pantai Atlantik di akhir tanah Maghribi dengan berkata sambil kudanya mengharungi air masin:
Ertinya: “Ya Allah Tuhan Nabi Muhammad, kiranya tiadalah lautan ini, nescaya hamba buka dunia ini pada melaungkan kalimat Tuhan hamba ( Laa illaha illallah) Ya Allah, mohon saksikan doa hamba ini.”

Qutaibah Al-Bahili pula telah menjelajah sampai ke negeri-negeri Timur Jauh, dan dia bersumpah hendak meneroka Negeri China, lalu seorang daripada pengikutnya telah memberi ingat kerana kasihan kepadanya, dengan berkata:
Ertinya: “Tuan telah menjelajah dalam negeri Turki wahai Qutaibah, sedangkan keadaan masa itu bergelora, sekali mara dan sekali kecewa.”

Qutaibah menjawab dengan semangat dan keimanan:
Ertinya: “Dengan penuh percaya kepada pertolongan Allah kepada saya, saya akan menjelajah dan apabila sampai tempoh, tiadalah berguna segala kelengkapan.”

Melihat ini, maka pengikutnya itu pun berkata:
Ertinya: “Silalah tuan maju mengikut suka tuan, wahai Qutaibah. Azam tuan tidak dapat dipatahkan melainkan Allah jua.”

Inilah gambaran panglima-panglima dan pendakwah-pendakwah Islam pada zaman dahulu, dan kita pun juga tergambar, bahawa inilah juga sifat-sifat dan perilaku pendakwah-pendakwah yang membawa Islam ke rantau ini ke Tanah Aceh, Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa, Borneo, Brunei, Sulawesi dan pulau-pulau Maluku. Mereka itu dengan semangat dan cekal hati serta bertawakal serta berpegang dan percaya dengan janji-janji Allah untuk menolong mereka, maka mereka pun (pendakwah-pendakwah) daripada Tanah Arab melalui Pakistan dan India itu berhasil memikat hati raja-raja sampai kepada rakyat-rakyat mereka untuk menerima Islam dengan redha hati, bukanlah dipaksa. Padahal pendakwah-pendakwah datang tidak dengan membawa bala tentera dan bekalan-bekalan yang cukup sempurna, bukan seperti kaum penjajah Eropah dan Jepun yang cukup dengan alat kelengkapan dan senjata mereka. Pendakwah-pendakwah itu menawan hati raja-raja dan rakyat hanya dengan sifat-sifat yang baik, budi bahasa yang luhur dan tingkah laku muslim yang sempurna, cara hidup, ibadat dan taqwa, sehingga dengan mudahnya raja-raja dan penduduk-penduduk itu menerima Islam.

Berbanding penjajah-penjajah seperti Sepanyol, Portugis, Inggeris, Belanda, Amerika, Perancis dan Jepun yang datang ke rantau ini atau lain-lain rantau dengan cukup kelengkapan dan senjata, cukup dengan bekalan dan tentera dan armada-armada, tetapi raja-raja dan pengikut-pengikut mereka itu tidak mahu tunduk begitu sahaja, bahkan raja-raja melakukan perlawanan apabila penjajah-penjajah itu mula menunjukkan belang mereka.

Inilah perbezaan asasi di antara pendatang-pendatang yang dipanggil pendakwah, dan pendatang-pendatang yang bernama penjajah tadi.

Pendakwah-pendakwah itu adalah ahli-ahli pengorbanan yang membelanjakan harta-harta mereka untuk kebajikan dan kebenaran, sedangkan orang lain itu berbelanja untuk kebatilan dan kezaliman. Pendakwah-pendakwah sentiasa menjaga dan memelihara nama baik serta kehormatan manusia, sedangkan orang lain datang dengan tangan yang berlumuran darah, menjadi perampas hak dan pencabul kehormatan wanita-wanita dan perempuan-perempuan yang tidak berdosa.

Pendakwah-pendakwah itu dengan iman telah bermaal dan berusaha untuk membetulkan dunia, beristiqamah membela agama dan dunia, serta menghimpunkan agama dan dunia itu untuk mencapati kehidupan yang mulia, yang bermaruah dan selamat dunia akhirat.

Jika inilah tujuan sebenar pendakwah-pendakwah, dari dahulu sampai sekarang, maka tujuan itu adalah tujuan yang betul semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah jua.

Berusaha dan berjihad dengan dakwah ini, orang-orang yang beriman tidaklah mengambil kira sama ada mereka disukai ataupun tidak. Yang utama bagi mereka ialah Allah dan RasulNya lebih berhak disukakan (dicari keredhaanNya) dari yang lain-lain. Inilah matlamat orang-orang beriman satu-satunya.

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Allah dan RasulNya itu lebih berhak dan lebih utama mereka dapatkan keredhaannya, jika benar mereka orang-orang beriman.” (Surah Al-Taubah: 62)


Panduan Kepada Pendakwah

Apa yang disebutkan di atas ini merupakan cara-cara umum yang mesti ada kepada pendakwah-pendakwah. Yang lebih-lebih lagi penting dan mustahak, hendaklah mereka itu betul-betul meniru dan menyalin sifat-sifat dan kelakuan-kelakuan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai yang ditegaskan oleh Al-Qur’an bahawa Baginda itu adalah Uswah Hasanah (contoh terbaik), di antaranya:

(i) Tauladan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang terunggul dan teratas sekali dalam beribadat.

Daripada sahabat Al-Mughirah bin Syu’bah Radhiallahu ‘anhu katanya: “ Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu bangun tidur pada malam hari lalu Baginda sembahyang tahajjud sehingga bengkak kedua tapak kaki Baginda. Manakala orang berkata: “Bukankah Tuan telah diampunkan segala dosa-dosa Tuan yang terdahulu dan akan datang?”

Baginda menjawab:
Maksudnya: “Tidakkah patut aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah?” (Hadits riwayat Bukhari)

Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan daripada sahabat ‘Alqamah, katanya:
“Saya telah bertanya kepada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha: “Adakah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu menentukan satu-satu ibadat pada siang dan malam?” (beribadat lebih pada setengah-setengah ketika). Sayyidatina ‘Aisyah menjawab: “Tidak, bahkan amal ibadat Rasulullah itu terus menerus tiada putus. Mana ada seorang kamu yang berupaya membuatnya seperti berupaya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membuatnya.” (Shahih Muslim: Bab: Fadhilah Al-‘Amal Al-Da’im).


Banyak beribadat tidak menghalang kemajuan

Benar pun dalam riwayat di atas menegaskan betapa ibadat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu tidak mampu untuk diikut bulat-bulat oleh sesiapa pun, namun konsep mengikut Sunnah Rasul itu tetaplah digalakkan dan terus kekal. Sebab itulah ulama berkata: “Sila kamu (wahai pemuda dan pemudi) ambil tauladan dalam ibadat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.” (lihat fatwa bekas Mufti Kerajaan Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz Rahimahullah, bilangan (36) dlm. MKB/13/1967).

Banyak dan tekun beribadat itu adalah sifat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sifat sahabat-sahabat dan sifat orang-orang mukmin yang salih. Ia bukanlah sifat melampau.

Sifat melampau itu adalah sebaliknya iaitu mengabaikan ibadat kepada Allah, zalim kepada diri sendiri, derhaka dan menentang perintah-perintah Allah dan RasulNya. Inilah dia sifat melampau yang sebenar-benarnya.

Banyak dan tekun serta kuat beribadat itu tidaklah menghalang untuk maju. Cuba kita ingati, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah penghulu ibadat, raja ibadat yakni yang paling puncak dan teratas sekali dalam beribadat. Begitu juga sahabat-sahabat dan pengikut-pengikut yang datang kemudian. Dan kita telah pun membaca sejarah seorang khalifah Islam yang sangat kuat beribadat, yang zuhud dan adil, Khalifah ‘Umar bin Abdul Aziz. Di dalam masa Baginda itu memerintah, negeri menjadi makmur, aman dan sejahtera, sehingga kerana kemakmuran melimpah-limpah itu, sampai untuk mencari fakir miskin yang hendak diberikan zakat pun adalah susah.

Keadaan inilah, lebih-lebih lagi terakam di dalam peri hidup Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam pada Baginda itu tekun dan menyeluruh dalam ibadat, pada ketika yang sama, Baginda juga menjalankan kerja-kerja dan tugas-tugas dunia, kerja-kerja dakwah, kerja-kerja jihad. Baginda mengatur tentera, mengarah dan memerintahkannya mara berjuang melawan musuh. Baginda juga mengirim utusan-utusan kepada pemuka-pemuka pada zaman itu untuk mengajak mereka supaya menerima Islam. Baginda memilih dan mengirim pegawai-pegawai untuk memungut zakat, fai’ dan jizyah dan membahagi-bahagikan harta-harta tersebut. Baginda juga selaku mursyid menerangkan hukum-hukum Allah kepada manusia, menghuraikan tujuan-tujuan ayat yang ringkas dan sulit. Baginda juga adalah hakim dan imam sembahyang.

Dari contoh-contoh ini nyatalah, bahawa bukanlah kerana banyak beribadat, seperti banyak ke masjid, banyak sembahyang dan banyak berzikir dan lain-lain itu yang membawa jumud dan mundur serta miskin.

Kita turut tumpang hairan, bahawa masa-masa yang digunakan untuk beribadat, berdakwah, berzikir dan lain-lain amal salih itu sering sahaja kita ungkit-ungkit, kita hitung-hitung dan kira dengan amat cermat dan cerewet sekali. Tetapi waktu-waktu yang terbuang begitu sahaja, tidak pula kita suka mengungkit dan apatah lagi menyesalinya.

Umpamanya berapa banyak sudah masa kita kerana makan angin, melancong, berpelesiran, bersukan sampai dua tiga macam jenis sukan (kadang-kadang terjejas waktu sembahyang), menonton televisyen sampai berjam-jam setiap hari dan lain-lain lagi. Ini semua jarang kita timbulkan dan perinci. Padahal ruginya bukan kepalang, bukan rugi masa semata-mata, bahkan muflis pahala.

Maha Benar Allah Subhanahu wa Ta’ala yang berfirman:
Tafsirnya: “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah Al-‘Ashr)

Apa yang dimaksudkan dengan kerugian di sini ialah dari segi penggunaan masa itu, padahal ia berlalu bersama umur kita. Semua manusia di dalam kerugian bila ia digunakan di jalan yang sia-sia, sekalipun perkara yang harus, masih juga tetap rugi kerana tidak dapat menjadi bekal di akhirat, apatah lagi terang-terang maksiat kecuali akan terlepas daripada kerugian itu ialah mereka yang benar-benar beriman dan beramal salih, iaitu mereka yang diistilahkan oleh Al-Baidhawi sebagai orang-orang yang membeli akhirat dengan dunia.

Mereka itulah orang-orang yang akan beruntung dan berjaya mencapai kehidupan kekal abadi dan bahagia. Mereka berpesan-pesan mengingatkan dengan tutur kata dan perbuatan yang benar serta bersabar menahan diri daripada maksiat. Inilah panduan dan cara menggunakan masa supaya tidak rugi itu.


(ii) Tauladan dari zuhud Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Berkata sahabat, Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan: “Tidur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam di atas tikar, kemudian Baginda bangun daripada tidurnya itu dan (telah nampak bagi kami) berbekas di sebelah badan Rasulullah. Maka kami pun berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana kalau kami jadikan satu alas atau bantal yang lembut di antara Tuan dengan tikar itu?”

Bersabda Rasulullah:
Maksudnya: “Saya tiada berhajat akan dunia. Tiadalah saya dengan dunia itu melainkan umpama orang belayar berteduh di bawah suatu pohon, kemudian dia bergerak meninggalkan pohon itu.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berdoa:
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kehidupan keluarga Muhammad itu secukupnya dengan tiada lebih dari hajat.”

Itulah gambaran keadaan zuhud Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, setinggi-tinggi martabat zuhud, sebagai menyahut perintah Allah dalam Al-Qur’an, dan Al-Qur’an itu ialah akhlak Baginda.

Firman Allah:
Tafsirnya: “Janganlah kamu panjangkan pandangan kamu kepada dunia dan perhiasannya yang telah Kami berikan kepada orang-orang kafir berupa kesenangan dengannya, kerana Kami hendak mencuba mereka atau memberi azab kepada mereka di akhirat dan kesenangan itu, dan apa pun pemberian Tuhan kami di akhirat itu lebih baik dari dunia yang diberikan kepada mereka dan lebih kekal.” (Surah Thaha: 131)

Janganlah salah faham dengan zuhud Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagai melarang dari kehidupan dunia dan dari rezeki-rezeki yang halal. Kerana Baginda juga bangun menegur sikap dan pendirian setengah sahabat yang mengharamkan atas diri mereka berkahwin, makan daging, tiada berbuka puasa dan mengambil apa-apa yang patut dari kehidupan dunia ini.

Dan kita jangan salah faham menyangka zuhud Nabi Shallalahu ‘alaihi wasallam itu membawa kepada papa dan sengsara. Sebenarnya, jika Baginda itu mahu mewah, nescaya datang dunia kepada Baginda. Tetapi Baginda ingin mendidik dan membawa umat Islam hidup sederhana dan berpada, kerana takut nanti umat Islam akan kecewa, lengah daripada berdakwah, daripada berjihad dan daripada beribadat. Kerana apabila lebih mewah dan lebih senang dan lebih kenyang itu boleh membawa lengah dan mundur dari bekerja menegakkan kalimah Allah, dan Baginda juga takut dengan sebab mewah hidup dunia ini akan membinasakan umat Islam sebagaimana perkara ini biasa berlaku kepada umat-umat yang terdahulu.

Cuba kita perhatikan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ini, bahawa sahabat, Abu ‘Ubaidah Radhiallahu ‘anhu telah datang daripada wilayah Bahrain dengan membawa harta. Orang-orang Anshar pun keluar beramai-ramai untuk mengalu-alukan sahabat ini, iaitu waktunya selepas sembahyang Subuh. Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pun tersenyum melihat mereka, kemudian bersabda:

Maksudnya: “Saya fikir kamu telah dengar Abu ‘Ubaidah datang membawa sesuatu daripada Bahrain?” Sahabat-sahabat menjawab: “Benar, wahai Rasulullah.” Baginda seterusnya bersabda: “Maka bergembiralah kamu, dan bercita-citalah dengan apa yang kamu inginkan itu. Demi Allah, bukan papa yang saya takutkan atas kamu, tetapi yang saya takutkan ke atas kamu ialah dunia ini terbuka untuk kamu, sebagaimana dunia itu terbuka kepada umat-umat sebelum kamu. Maka kemudian kamu pun berlumba-lumba mencari kemewahan dunia, sebagaimana mereka berlumba merebutnya. Maka kamu pun binasalah sebagaimana mereka (umat-umat dahulu kala itu) binasa.”

(Kisah umat-umat ini tersebut dalam Al-Qur’an)


Suatu jawapan kepada musuh-musuh

Sikap zuhud Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ini juga sebenarnya menjadi jawapan kepada orang-orang yang sakit hati kepada Islam yang sentiasa mengintai-intai untuk melancarkan tohmah dan tuduhan kepada Nabi dan agama Islam dengan berbagai-bagai tohmah dan tuduhan. Mereka itu ialah orang-orang Munafiq, Nasrani dan yahudi dan Orientalis-orientalis. Dengan sifat zuhud Nabi itu menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bukanlah orangnya yang tamakkan dunia, yang mengajak dan membawa manusia kepada Islam kerana hendakkan harta, untuk mengumpulkan harta, hendak bersenang-senang dan bermewah-mewah atas nama agama, tidak seperti perbuatan dan ajaran pemimpin-pemimpin ajaran-ajaran salah dan sesat dari dahulu sampai sekarang, yang mencari dan mengharapkan pengaruh serta harta atas nama agama. Tetapi Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam hanyalah semata-mata bertujuan membawa dan menyampaikan risalah Allah dan ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan tiada membawa hart benda dunia, melainkan cukup Baginda itu makan, minum dan berpakaian menutup aurat, dan apa-apa yang tinggal di rumah menjadi sedekah.

Inilah juga sunnah nabi-nabi yang terdahulu.

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Wahai kaumku, aku tidak minta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah menjalankan dakwah. Aku tidaklah mengharapkan melainkan daripada Allah semata-mata.” (Surah Hud: 29)

Kerana itu tidak hairan ramai sahabat-sahabat yang kaya raya akhirnya memilih hidup miskin atau cukup-cukup, dan demikian juga orang-orang yang terkebelakang kemudian turut memasuki alam zuhud itu semata-mata didorong oleh keinginan mahu bertabarruk dengan sunnah atau perjalanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Perkara ini tidak akan pupus dan habis walaupun di tengah-tengah kempen keduniaan yang sehebat mana sekalipun, kerana sunnah dan millah nabi itu adalah cahaya yang sentiasa bersinar dan abadi yang tidak akan hapus dan padam, walau segiat dan sekuat mana pun usaha hendak memadamkannya.

Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Mereka itu berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) dengan mulut-mulut mereka (dengan berbagai-bagai tohmah, propaganda dan kempen-kempen), sedang Allah tidak berkenan, tetapi sebaliknya akan tetap menyempurnakan cahayaNya itu, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.” (Surah Al-Taubah: 32)

Mengambil daripada alasan ini, jika kita dapati dan lihat ada orang-orang perseorangan atau kumpulan yang suka memasuki kehidupan zuhud itu (zuhud yang ada persamaan dengan zuhud Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat serta pengikut-pengikut yang datang kemudian), maka sayugialah jangan ganggu mereka itu, kerana mengganggu orang yang ingin berdamping dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah amat buruk akibatnya di sisi Allah Ta’ala.


(iii) Tauladan dari tawadhu’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Bagi pendakwah-pendakwah dan belia-belia patutlah mencontohi tawadhu’ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Walaupun Baginda itu Nabi dan Rasul yang utama, namun tawadhu’ Baginda tetap unggul. Apabila bertemu dengan para sahabat, Bagindalah yang mendahului memberi salam, dan apabila bercakap dengan mereka itu, Baginda akan mendengarnya dengan bersungguh-sungguh dengan tiada mengira sama ada muda atau tua. Apabila berjabat tangan, Baginda pula yang akhir menarik tangannya. Apabila Baginda ke pasar dan mengangkat barang-barang, Baginda akan mengangkatnya sendiri.

Baginda bersabda:
Maksudnya: “Saya lebih utama mengangkatnya sendiri (barang-barang itu).”

Baginda sekali-kali tidak membesarkan diri. Baginda juga menampal baju, membaiki selipar, menolong kerja rumah, sama-sama membuat masjid dan menggali parit pertahanan. Baginda bersifat lemah lembut, menyampaikan hajat orang dhaif dan fakir, dan makan bersama khadam.

Allah Ta’ala yang mengajar Baginda demikian itu, sebagaimana firmanNya:
Tafsirnya: “Rendahkanlah sayapmu (berlemah lembut dan merendah dirilah) kepada pengikut-pengikutmu dari kalangan orang-orang yang beriman.”

Sifat tawadhu’ merendah diri yang ada pada Rasulullah ini patut dan mustahak diikut oleh para pendakwah, pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai, kerana dengan sifat-sifat begitu lebih membawa tunduk dan patuh serta setia, dan lebih cepat diterima oleh masyarakat yang didakwah atau dipimpin itu. Kerana itulah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah berjaya, dan tidak ada seorang setelah beriman dan menjadi pengikut Baginda yang menentang balik atau derhaka, melainkan semuanya kekal patuh dan bertambah-tambah taat setia mereka itu kepada Baginda. Inilah hikmat dan rahsia sifat tawadhu’ itu yang menjadi pakaian nabi-nabi ‘Alaihimushshalatu wassalam serta pengikut-pengikut mereka.

Tidaklah seperti hari ini, kesetiaan orang terhadap pemimpin tidak tahan lama, kerana orang-orang apabila lama berkuasa dan menjadi pemimpin itu, semakin nipislah sifat tawadhu’ mereka, ini menjadikan orang benci dan timbulnya nafsu melawan terhadap mereka. Sebagai contohnya cuba kita lihat keadaan pemimpin-pemimpin dunia yang sering bertukar ganti, ada setengahnya itu yang dibunuh, atau diguling, atau dihalau, atau paling biasa ditentang dengan undi dan lain-lain lagi cara. Berbeza dengan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, tiadalah terlintas bagi orang-orang yang beriman untuk melawan dan menentang Baginda. Demikian juga sahabat-sahabat yang datang kemudian yang mengikut jejak langkah Baginda, sama sahaja mendapat sokongan dan dokongan ikhlas daripada umat Islam, dan jika ada pun sahabat-sahabat yang syahid dibunuh, itu bukanlah atas nama penderhakaan dan penentangan daripada kalangan muslimin, tetapi dari musuh-musuh di luar Islam dan di luar iman terhadap Allah Ta’ala.


(iv) Tauladan dari sabar dan pemaaf Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Tidak perlu bagi dibincang mengenai sifat sabar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia sudah jelas dan memadai bila menyebutnya secara umum sahaja, iaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu memang seteguh-teguh dan sesabar-sabar orang. Baginda sanggup bersabar dari segala tekanan dan ancaman musuh. Musuh-musuh itu tidak pernah berhenti dari mencari jalan atau membuat rancangan-rancangan jahat untuk menyakiti Baginda, bahkan untuk mengusir Baginda daripada Makkah, dan malahan kemuncak dari rancangan jahat mereka itu ialah hendak membunuh Baginda. Namun Baginda tetapi sabar dan tidak pernah mengubah sedikit pun pendirian Baginda untuk meninggikan Kalimah Allah.

Walaupun Baginda pernah disakiti dan dipakat-pakat untuk dibunuh, namun apabila Baginda dapat masuk ke Makkah dan menawan semula Makkah, sedang tokoh-tokoh musuh yang memusuhi Baginda kini sudah berada di bawah tangan Baginda, maka sekiranya Baginda mahu membalas dengan menimpakan sebarang pembalasan, perkara ini boleh sahaja dibuat. Tetapi Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tidaklah sekali-kali berpendirian begitu, sebaliknya Baginda tetap berbuat baik dan memaafkan mereka. Cubalah dibandingkan pula dengan pemerintah-pemerintah dalam dunia ini, mereka itu lebih cepat membalas dendam dan menganiaya musuh-musuh mereka apabila ada peluang. Tidak seperti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda mengampunkan musuh-musuh Baginda dan menjamin keamanan mereka itu. Baginda bersabda kepada musuh-musuh yang ditawan:

Maksudnya: “Apa kamu fikir yang patut saya lakukan dengan kamu?”

Mereka menjawab:
Maksudnya: “Kebajikan. Kerana Tuan saudara kami yang baik, dan anak saudara lelaki kami yang baik.”

Sabda Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Pergilah kamu semua, kamu bebas sekarang daripada tawanan.”

Hadits tersebut diriwayatkan oleh Baihaqi.


Muamalah dengan pengikut-pengikut

Cara bergaul atau muamalah Nabi kita Sayyidina Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan sahabat-sahabat Baginda, itulah dia sebenar-benar cara dakwah dan pendidikan yang terbaik, yang patut ditiru dan diamalkan oleh kita sekarang. Baginda tidak pernah menjatuhkan air muka seseorang, walau ada kesalahan dan silap orang itu. Contohnya satu riwayat oleh Imam Muslim, bahawa sahabat, Mu’awiyah bin Al-Hakam Al-Sulami telah berkata: “Suatu hari ketika saya sembahyang bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, tiba-tiba seseorang telah bersin. Saya pun berkata kepadanya: “Yarhamukallah” sedang sahabat-sahabat lain memandang kepada saya.” Kata saya: “Mati ibuku! Mengapakah kamu menoleh kepada saya/” (Mendengar itu) mereka menepuk paha saya (dengan tujuan untuk mententeramkan saya). Manakala saya lihat mereka ini menyuruh saya diam, maka saya pun diam. Apabila Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam selesai sembahyang, demi sesungguhnya belum pernah saya melihat seorang guru, baik sebelum mahu pun sesudah Rasulullah, yang lebih pandai mengajar, dan demi Allah, tiadalah Baginda itu menengking dan memukul saya, serta tiada juga memaki hamun. Hanya Baginda bersabda:

Maksudnya: “Bahawa ini sembahyang tiada harus padanya sesuatu dari kata-kata manusia. Hanyalah sembahyang itu tasbih, takbir dan membaca Al-Qur’an." (Hadits riwayat Muslim)

Lihatlah betapa cantiknya contoh ini, betapa itulah caranya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melayan dan bermuamalah dengan sahabat-sahabat Baginda.

Semua ini terbentuk dan terjadi dengan bimbingan dan ajaran Allah sendiri kepada Baginda.

Firman Allah:
Tafsirnya: “Maka dengan rahmat dan kasihan belas daripada Allah kepada engkau wahai Muhammad, engkau pun bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikut-pengikutmu), dan sekiranya engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka itu lari dan jauh daripadamu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonlah ampun untuk mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka (dalam perkara urusan perang dan lain-lain). Kemudian apabila engkau telah berazam setelah mendapat fikiran daripada mereka, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.” (Surah Ali ‘Imran: 159)


(v) Tauladan dari sikap teguh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam

Seperti juga diterangkan awal-awal tadi bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sangat teruk menempuh berbagai kesulitan dan kesusahan dalam menjalankan tabligh dan dakwah, namun Baginda tiada sekali-kali undur dan tawar hati. Hanya Baginda itu berdoa memohonkan pertolongan, seperti satu contoh doa yang amat indah ini:

Maksudnya: “Ya Allah, aku mengadu lemah kekuatanku, kurang dayaku, hina aku di mata orang, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani lebih dari segala orang yang pengasihani. Engkau Tuhan orang-orang yang lemah, Engkaulah Tuhanku, kepada siapakah Tuhan hendak menyerahkan aku? Kepada orang yang jauh yang bencikan aku, atau kepada seteru yang menguasai perkaraku? Kiranya tidak ada murka kepadaku, maka aku tidaklah peduli, tetapi yang penting itu ialah redha dan ‘afiat Tuhan terhadapku adalah maha luas dan terbuka, aku berlindung dengan cahaya nurMu yang mulia, yang dengannya menerangi kegelapan, dan sempurna segala urusan dunia dan akhirat, (dan menjauhkan) dari turun murkaMu ke atasku, aku mohon redhaMu. Tiadalah aku berdaya menolak mudarat dan bencana, dan tiadalah aku kuasa mendatangkan kebajikan melainkan dengan limpah perkenan dan qudrah kuasaMu jua.”
(Al-Targhib wa Al-Tarhib li Al-Mundziri)

Dari isi doa itu teringat dan tergambarlah kita lebih jelas lagi betapa penderitaan Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam itu bukan kepalang. Baginda pernah dilontar dengan batu dan dicurahkan tanah di atas kepala Baginda yang mulia. Bapa saudara Baginda, Abu Thalib hampir-hampir membiarkan Baginda dan menyuruh Baginda supaya berhenti daripada berdakwah menyiarkan Islam, kerana tidak sanggup melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diperlakukan begitu buruk dan ganas oleh kaumnya. Tetapi apa reaksi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam? Cuba kita perhatikan dengan hati nurani kita sabda Baginda ini:

Maksudnya: “Wahai bapa saudaraku demi Allah, kiranya mereka itu meletakkan matahari di sebelah kananku, dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan dakwah mengajak manusia kepada Islam, sehingga Allah memberi kemenangan kepada Islam itu, ataupun aku dibinasakan kerananya, nescaya tidaklah aku tinggalkan.”

Melihat azam dan sikap serta iman yang tidak boleh dipatah-patah itu, maka Abu Thalib pun berkata:

Ertinya: “Pergilah wahai anak saudaraku, dan katakan apa yang engkau suka, demi Allah aku tidak akan serah dan biarkan engkau sama sekali pada sesuatu yang membinasakan engkau.”

Baginda dengan tidak mencongak dan menghitung-hitung apa yang akan ditimpakan kepada Baginda, terus sahaja mara dan berjalan lurus melaksanakan perintah ini, firman Allah Ta’ala:

Tafsirnya: “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah diturunkan ke atasmu dari Tuhanmu (iaitu ajaran Islam), dan jika engkau tidak berbuat begitu, maka tidaklah engkau menyampaikan risalah ajaran Allah.”
(Surah Al-Ma’idah: 67)

Lepas di Makkah, Baginda berhijrah ke Madinah. Di sini juga bersambung terus siri penentangan dan serangan orang-orang kafir ke atas Nabi dan kaum muslimin. Serangan-serangan itu juga mempunyai tujuan yang sama untuk mematahkan perjuangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Tetapi Baginda tetap sabar menolakdan menangkis serangan-serangan itu, sehinggalah pada akhirnya Islam menang dan kerajaan Islam tertegak dengan berkat jihad pimpinan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak mengenal undur dan takut, tetapi penuh sabar, tawakkal dan iman kepada Allah.


Kesimpulan dan Rumusan

Demikianlah ringkasan beberapa tauladan dari kelakuan dan akhlak Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang merujuk kepada sifat-sifat zuhud, tawadhu’, sabar, berdakwah dan bertabligh, tawakkal, lemah-lembut dalam bermuamalah dan bergaul, berani dan lain-lain lagi yang tidak disebutkan.

Jika ada sesiapa dari orang Islam, sama ada perseorangan atau jemaah seperti Jemaah Tabligh yang ditanyakan ini umpamanya, yang ingin meniru dan mengikut atau bercita-cita dan berusaha ingin meniru dan mengikut akhlak Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang demikian itu, maka adalah dia terpuji dan afdhal, dan adakalanya wajib, kerana apa-apa jua yang datang dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah semuanya benar dan mulia, semuanya membawa untung dan pahala, tiada rugi dan tiada cela, dan tiada terbuang hampas di dunia dan di akhirat.

Saya telah sampai dan lihat halaman 153 hingga 156 LAPORAN PENYIASATAN SULIT KEGIATAN JEMAAH TABLIGH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, yang disediakan oleh Bahagian Penyiasatan dan Pendakwaan, Jabatan Hal Ehwal Syara’iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Dalam pandangan/cadangan mereka itu, ada yang munasabah, seperti mendapatkan bimbingan dan garis panduan daripada Pusat Dakwah Islamiah, mendapatkan kebenaran bertulis daripada Majlis Ugama Islam. Dan mana-mana yang patut dibincang, dibincangkan pula dengan semangat bertolak ansur dan persaudaraan seugama, dan niat tolong menolong di jalan kebajikan dan taqwa. Kerana Allah sangat mendorong ke arah itu seperti firmanNya:

Tafsirnya: “Dan bertolong-tolonglah kamu membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah itu amat berat seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).” (Surah AL-Ma’idah: 2)

Wallahu’alam

***

Alhamdulillah selesai saya menyalin teks ini selama tiga hari dengan kekangan masa. Semoga Allah meredhai. Ada juga ralat yang perlu saya nyatakan, iaitu ada satu dua kesilapan ejaan (sangat minima) dari teks asal yang saya betulkan sendiri, dan petikan ayat Al-Qur’an dan Hadits di dalam Bahasa Arab yang tidak mampu saya menulisnya kerana tiada perisian berkaitan di laptop yang saya gunakan ini. Selebihnya saya sedaya upaya mengikut semua tanpa sebarang ubah suai atau penambahan sesuka hati. Inilah tujuannya, untuk menyebar luas fatwa ini kepada pembaca, terutama untuk diri dan keluarga saya sendiri khususnya. Semoga kita dapat mengambil manfaat yang besar daripada perkara ini. Allah Ta’ala jua yang memberi petunjuk. Semoga Allah Ta’ala membuka pintu hati kita untuk mengikut jalan yang benar lagi diredhaiNya. InsyaAllah, ameen ya Rabbal alameen.




Friday, December 2, 2011

Fatwa Mufti Brunei Mengenai Jamaah Tabligh: mohon maklumat

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu was Salamu ala Rasulillah.

Saya pernah membaca secara sekali imbas mengenai fatwa Mufti Brunei berkenaan Jamaah Tabligh. Fatwa tersebut dikeluarkan pada tahun 1995, sebagaimana yang tercatit didalam senarai fatwa yang dipostkan di laman web rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Brunei di http://www.mufti.gov.bn/fatwa/Senarai%20Fatwa%201995.htm, fatwa siri 27/1995.

Sayang sekali saya tidak berkesempatan memiliki salinan fatwa berkenaan. Diharap rakan-rakan yang berpeluang memilikinya, bolehlah berkongsi maklumat disini.

Secara ringkasnya, yang dapat saya fahami dari fatwa berkenaan ialah Yang Berbahagia Mufti memberi reaksi positif, bersetuju dan mendokong usaha dan kegiatan yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ini.

Semoga Allah sentiasa melindungi Yang Berbahagia Mufti Brunei, menegakkan kebenaran dan membasmi kebatilan melalui lidah dan pena beliau yang mulia, amin.

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Semoga Allah Taala menjadikan kehidupan Nabi-Nya Ibrahim Khalilullah Alaihissalam dan anak isteri baginda yang penuh dengan pengorbanan dan susah payah untuk agama Allah, sebagai panduan, tauladan dan ikutan buat kita ummat Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Amin.

Wednesday, October 19, 2011

Isu Murtad & Usaha Atas Iman

Bismillah. Alhamdulillah, was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah.

Didalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu murtad telah banyak diperkatakan. Bahkan jumlah orang-orang yang murtad pun dikatakan semakin bertambah. Ia telah menjadi fenomena yang semakin serius, wabak yang bertambah menular didalam masyarakat, dan kita tidak tahu bagaimana situasi dan keadaan pada masa akan datang.

Murtad adalah satu perkara yang sangat besar. Murtad bermakna keluar dari Islam. Aqidah bukan setakat rosak, malah telah terputus dari individu. Kadar iman bukannya setakat lemah atau nipis, malah telah tercabut dari hati seseorang sehingga ke akar umbinya. Jika tidak kembali mengucap syahadah, tidak memperbaharui aqidah dan iman, dan mati dalam keadaan murtad, maka matinya adalah mati kafir, akan dibangkitkan diakhirat kelak bersama-sama dengan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala, tidak akan dapat hatta mencium bau syurga, dan kekal didalam neraka buat selama-lamanya.. Na'uzubillah.

Mengapa murtad boleh terjadi? Apatah lagi apabila ia berlaku dikalangan Melayu/Islam kita yang telah beratus tahun dan berketurunan, telah dididik dan dibesarkan didalam lingkungan masyarakat Islam. Sebabnya kerana kepercayaan dan keyakinan kepada Allah Taala telah luntur, lemah, terhakis hari demi hari, sehingga menjadi semakin nipis dan lemah, dan terus lemah sehingga sampai satu ketika, ia hilang dari hati seseorang. Proses ini mengambil masa, dan penyebab berlakunya hal ini adalah pelbagai. Antaranya ialah kehidupan yang jauh dari agama, amalan kehidupan harian yang dipengaruhi kehidupan selain kehidupan Nabi Sallallahu alaihi wa sallam, perbuatan dosa besar seperti meninggalkan solat dibuat secara berterusan, kurang atau tiadanya didikan agama yang sempurna, kecintaan kepada dunia yang semakin menebal sehingga menjadikan dunia sebagai maksud kehidupan, dipengaruhi dengan ajaran-ajaran batil, dan pelbagai lagi sebab musabab yang lain.

Sebab itulah iman adalah sangat penting untuk dipelihara, dijaga, disemai dan dipupuk agar terus kekal, kuat, menebal dan kembar mekar didalam hati seseorang sehingga menggerakkannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah Taala, menjauhi larangan-Nya dan mengambil cara hidup Baginda Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Sebab itulah usaha atas iman adalah sangat perlu dijalankan. Allah Taala sendiri memerintahkan kepada orang-orang beriman agar beriman, membawa maksud pentingnya menguatkan iman yang sedia ada. Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam sendiri memerintahkan agar iman itu diperbaharui dengan cara memperkatakan 'Laa ilaaha illallah'. Sebab iman itu boleh luntur seperti lunturnya warna pada kain, maka sangat penting untuk iman itu untuk dimantapkan.

Sebab itulah usaha atas iman dijalankan. Sebab itulah usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini mengajak agar ummat ini sama-sama berusaha untuk menguatkan iman. Sebab itulah percakapan mengenai kebesaran Allah sangat penting dibuat. Sebab itulah usaha ziarah dari pintu ke pintu, kampung ke kampung, bandar ke bandar, negeri ke negeri dan ke seluruh alam sangat penting dijalankan bagi sesama Islam memperingatkan perihal pentingnya iman dan pentingnya usaha atas iman dijalankan.

Sebab itulah usaha dakwah sesama Islam sangat penting dibuat. Sebab ummat Islam sendiri, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, rata-rata sangat lemah kadar imannya. Manakala sebilangannya berada di pinggiran pintu kemurtadan, dan segelintir telah pun terkeluar dari Islam dan dengan penuh beraninya mengisytiharkan murtad. Alangkah sedihnya kerana perkara ini berlaku di depan mata kita. Hanya kepada Allah kita mengadu.

Maka tiada lagi alasan yang dapat kita berikan, selain dari sama-sama turut serta didalam usaha memperbaharui iman dan menguatkan iman ini. Atau sekurang-kurangnya, atas kelemahan dan kedhaifan kita, kita memberi sokongan dan galakan kepada rakan-rakan untuk berusaha atas perkara ini, atau paling kurang pun, janganlah kita halang mereka yang hendak berusaha atas perkara ini.

Ya Allah, selamatkanlah iman kami, selamatkanlah iman ummat ini, dan sebarkanlah hidayah-Mu ke seluruh alam. Amin.

Saturday, October 15, 2011

Orang Tabligh Tidak Duduk Majlis Ilmu?

Bismillah, Alhamdulillah, was solatu wassalamu ala Rasulillah.

Telah dibincangkan sebelum ini mengenai bagaimana para alim ulama' dan masyaikh dakwah begitu menekan dan menitikberatkan kepentingan ilmu: mempelajari, mengamal dan menyampaikannya, serta peri pentingnya memuliakan para alim ulama', dan pentingnya kesedaran dikalangan orang awam mengenai kedudukan istimewa para Ulama' disisi Allah, sebagai pewaris para Ambiya' dan sebagai penyambung usaha dan kerisauan baginda Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.

http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2011/06/jamaah-tabligh-mengabaikan-ilmu.html

Begitu juga, telah menjadi perkara yang diketahui umum didalam usaha dakwah yang suci murni ini, untuk ummat ini yang telah mula berbuat usaha dakwah, untuk mengikrami dan memuliakan para alim ulama' setempat, untuk duduk dan belajar dengan mereka, dan menyertai majlis-majlis yang mereka anjurkan, walaupun ustaz atau alim berkenaan tidak bersama-sama berbuat usaha yang suci murni ini.

Namun, masih ada bunyi-bunyi suara yang mengatakan bahawa 'orang tabligh tidak duduk majlis ilmu di masjid', atau 'bila ustaz mula bukak kitab, mulalah puak tabligh pakat ramai-ramai keluar masjid, duduk nyembang di beranda/serambi masjid', dan seumpamanya.

Pada pandangan saya, pertamanya, kita hendaklah bersangka baik kepada semua orang Islam, termasuklah orang-orang yang berbuat usaha agama. Mungkin atas beberapa maslahat mereka tidak dapat duduk didalam majlis ilmu. Dan kita juga bersangka baik kepada yang berkata-kata seperti diatas, kerana mungkin mereka silap faham, atau atas alasan apa sekalipun, sehingga terkeluar kata-kata sedemikian. Jika masing-masing kita bersangka baik, maka InsyaAllah, apa-apa keburukan atau perpecahan atau permusuhan yang menjadi matlamat iblis dan syaitan, akan dapat dibendung, dengan izin Allah Taala.

Orang-orang yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh ini, kebanyakannya dan rata-ratanya adalah orang awam. Ada yang memang ahli masjid sejak sebelum bersama-sama dengan usaha yang suci murni ini. Ada yang baru mula berjinak-jinak dengan masjid, dan bahkan ada yang sebelumnya merupakan ahli maksiat yang berniat dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah Taala. Ada yang baru, dan ada yang lama. Ada berilmu, dan ada yang baru belajar. Maka atas kepelbagaian ini, kita kena memahami mengapa dan bagaimana reaksi yang dapat atau mampu mereka buat jika berhadapan dengan keadaan seperti dibawah:

1. Apabila ustaz yang mengajar mula 'menyerang' dan mengatakan sesuatu yang kurang menyenangkan mengenai usaha dakwah dan tabligh ini.

Kadang-kadang, ada kebenaran didalam apa yang diutarakan oleh para ustaz yang berkenaan. Insyaallah, jika disampaikan teguran dengan kasih sayang dan lemah lembut, tentunya orang-orang yang belajar usaha agama ini akan menerimanya. Sebab usaha agama ini bergerak dengan kasih sayang dan kecintaan sesama ummat, dengan penuh rendah diri dan menafikan kepentingan diri, dengan memuliakan sesama Islam menurut darjat keimanan masing-masing, dan usaha atas hati-hati manusia. Nasihat yang lembut, InsyaAllah akan dapat meresap ke dalam hati, dan dinilai oleh akal yang sihat.

Namun, jika 'diserang' dengan hujah-hujah dengan cara seolah-olah hendak memperlekeh, merendah-rendahkan dan memalukan, bukan saja 'orang tabligh', malah siapa saja yang diperlakukan demikian, pastinya akan mengambil sikap 'defensive', bersikap kritikal atas ucapan 'keras' yang dilontarkan, dan dalam keadaan hati terpaksa 'disabarkan' atas 'kepanasan' ucapan tersebut, bagaimana mungkin nasihat para ustaz dapat difahami dan diambil pengajaran bagi perbaikan masa depan?

Dan sifat bangsa melayu kita, yang mudah terasa hati, juga dirasakan oleh pengusaha agama ini. Jika tiap-tiap kali ceramah diadakan, 'serangan' terhadap usaha dan pengusaha agama dibuat, maka sampai masanya, kesabaran mencapai hadnya. Maka segelintir akan berasa sukar untuk menerima kritikan pedas ini, lantas bertindak keluar dari majlis. Alangkah sedihnya kerana berlaku perkara yang sepatutnya tidak berlaku.
Alangkah baiknya jika para ustaz bermuzakarah dengan alim ulama' yang bersama -sama dengan usaha dakwah ini, agar yang tersimpul dapat dileraikan, yang kusut dapat dilicinkan, yang gelap dapat diterangkan, yang kabur dapat dijelaskan. Kebanyakan hujah keras yang dikemukakan hanyalah isu titik bingik, ranting atau furu' agama yang kebanyakannya telah dijelaskan didalam blog ini. Serangan hujah secara keras terhadap golongan awam didalam usaha dakwah ini tidak akan membuahkan hasil yang baik, kerana latar belakang mereka yang tidak difahami oleh si penceramah.

Nabi Sallallahu alaihi wa sallam telah mengajar kita bagaimana cara menegur kesalahan-kesalahan individu atau golongan didalam majlis baginda yang mulia. Teguran baginda penuh dengan kasih-sayang, tidak memalukan sesiapa, dan membuahkan hasil yang sangat baik ke atas orang yang ditegur. Alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat mengamalkan perkara ini.

2. Apabila isu perbezaan perjuangan usaha atas agama dimainkan

Inilah yang kerap berlaku di nusantara, apabila ustaz dari gerakan A atau pertubuhan B atau parti C mula menimbulkan isu 'mengapa usaha tabligh tidak begini dan begitu? tidak buat ini dan itu? tidak terlibat dengan aktiviti sekian sekian' dan seumpamanya.

Perkara ini sepatutnya telah lama reda dan tidak perlu diungkitkan. Ia seperti membangkitkan persoalan perbezaan pendapat didalam mazhab, berlainan pandangan didalam bacaan qiraat dan seumpamanya. Jika mazhab feqh yang empat diterima dan kesemuanya betul, dan jika berlainan guru didalam thariqah juga dapat diterima, maka mengapakah perbezaan cara didalam mengusahakan kembali agar agama ini dapat di bangunkan semula sepertimana tahap yang ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, perlu dipersoalkan?

Ini adalah termasuk didalam perkara yang diijtihadkan oleh para alim ulama' zaman ini. Dan perkara yang diijtihadkan oleh Ulama' bermakna semuanya diterima kerana pandangan mujtahid tidak membatalkan pandangan mujtahid yang lain. Semuanya memperoleh ganjaran disisi Allah Taala, sama ada ijtihadnya baik atau lebih baik. Ini kerana masing-masing telah mengerahkan seluruh tenaga dan mencurahkan seluruh masa dan kemampuan didalam mengeluarkan ijtihad tersebut.

Maka didalam perkara perbezaan pendapat ini, kadang-kadang ustaz yang berceramah itu cenderung untuk memenangkan fahamannya dan menolak mentah-mentah pandangan alim ulama' dakwah. Tentunya pengusaha agama akan bersedih hati dan mana-mana yang tidak tahan, akan keluar meninggalkan majlis. Alangkah sedihnya kerana perkara yang boleh dielakkan telah berlaku.

3. Apabila isu bid'ah membid'ahkan dibangkitkan

Dewasa ini, ada angkatan ilmuwan Islam yang suka membid'ahkan pandangan yang tidak sealiran dengan mereka. Bid'ah pula, tanpa kecuali dan pukul rata, dikaitkan dengan kesesatan, dan kesesatan membawa ke neraka. Sesetengah perkara yang telah menjadi ijma' ulama' sejak ratusan tahun telah dipandang lekeh, hadith-hadith sahih telah didhaif dan di'mungkar'kan, isu khilafiyyah dibesar-besarkan seolah-olah menjadi isu aqidah, amalan kebiasaan masyarakat yang tidak bersalahan disisi syariat telah di momok-momokkan, dan pelbagai lagi yang seumpamanya.

Alim ulama' haq, orang-orang berilmu dan berakal waras kenal dengan golongan ekstrim ini. Mereka menasihati orang awam agar berhati-hati dengan golongan ini, kerana golongan ini akan menimbulkan keragu-raguan dan kecelaruan didalam kefahaman agama. Maka alim ulama' haq menganjurkan agar, bagi mengelak kekeliruan didalam ilmu dan amalan agama, hendaklah dijauhi majlis-majlis golongan yang suka membid'ahkan sesama Islam ini. Dan nasihat ini dituruti oleh sebahagian yang memahami, termasuklah segolongan pengusaha agama yang suci murni ini yang tahu duduk perkara sebenar. Namun bagi golongan awam lain yang tidak faham, mereka nampak seolah-olah 'orang tabligh tak duduk majlis ilmu'.
Maka diharapkan agar alim ulama haq, yang walaupun tidak turut serta didalam usaha dakwah ini, memahami situasi yang dimaksudkan.

Ini hanyalah pandangan peribadi saya yang mungkin ada salah silap dan cacat celanya. Jika ada yang baik, maka ambillah. Jika ada yang salah, maka tegurlah saya dan perbetulkanlah. Niat saya cuma untuk menyatakan yang pengusaha agama ini mencintai ilmu dan alim ulama' dan majlis-majlis ilmu, dan mereka berusaha ke arah itu.

Wallahu a'lam.

Friday, October 14, 2011

Solat Mencegah Kemungkaran (II)

Tafsir Maarif al-Qur'an bagi Surah al-Ankabut, ayat 45: 'Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perbuatan Fahsya' dan Mungkar' boleh dirujuk di sini

http://www.islamibayanaat.com/MQ/English-MaarifulQuran-MuftiShafiUsmaniRA-Vol-6-IntroAndPage-0-780-End.pdf

muka surat 697-700.

Ini bagi menguatkan lagi perbincangan didalam entry 'Solat Mencegah Kemungkaran' sebelum ini.

Solat Mencegah Kemungkaran

Solat Mencegah Kemungkaran


Hadhrat Imraan bin Husain (Radhoallahu anhu) berkata, seseorang telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam tentang makna ayat al-Qur’an: “Sesungguhnya Solat mencegah dari Fahsya’ dan Mungkar” (Surah 29, ayat 45)

Baginda menjawab, “Salat bukanlah solat jika ia tidak mencegah seseorang dari fahsya’ dan mungkar.”

Tanpa ragu-ragu, solat adalah amalan yang sangat berharga dan apabila dikerjakan secara sempurna, memberi kesan didalam memelihara dari segala keburukan. Jika kesan ini tidak dicapai, bermakna sesuatu yang terkurang didalam perlaksanaan solat yang sempurna. Banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna ini. Hadhrat Ibn Abbas Radhiallahu anhu berkata, “Solat mempunyai kekuatan untuk mencegah dari kecenderungan ke arah dosa.”

Hadhrat Abu Aaliyah Radhiallahu anhu, didalam menerangkan ayat yang sama telah menulis: ‘Terdapat tiga perkara pokok mengenai solat: Keikhlasan, takut kepada Allah, dan peringatan dari-Nya. Solat bukanlah solat jika ketiga-tiga perkara ini hilang. Keikhlasan membawa kepada amal soleh, takut kepada Allah menolak keburukan, dan peringatan dari-Nya adalah al-Qur’an, dimana didalamnya adalah petunjuk kepada kebaikan dan penjaga kepada kejahatan.”

Hadhrat Ibn Abbas Radhiallahu anhu melaporkan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang tidak menghalang daripada fahsya’ dan mungkar, dari membawa hampir kepada Allah, (bahkan) membawa jauh dari-Nya.”

Hadhrat Ibn Mas’ood Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi Sallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda. “Seseorang yang tidak menuruti solatnya, sebenarnya tidak mengerjakan solat. Menuruti solatnya bermaksud mengelak dari perbuatan fahsya’ dan mungkar.”

Hadhrat Abu Hurairah Radhiallahu anhu meriwayatkan, “ Seorang telah datang kepada Nabi Sallallahu alaihi wa sallam dan melaporkan mengenai si fulan, yang mana kebiasaannya dia mengerjakan solat seluruh malam dan kemudiannya mencuri pada siang hari. Nabi Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Solatnya tidak lama lagi akan mencegah dia dari perbuatan dosa tersebut.’ Ini menunjukkan amalan buruk boleh disingkirkan dengan mengerjakan solat dengan penuh ikhlas. Adalah susah dan urusan yang berpanjangan untuk menukar tiap-tiap satu perangai buruk. Akan tetapi, adalah lebih mudah dan cepat untuk mula mengerjakan solat dengan baik dan melalui keberkatan yang mengikutinya, perangai buruk pastinya akan hilang satu demi satu. Semoga Allah mengurniakanku kekuatan untuk mengerjakan solat dengan sempurna!



[Terjemahan bebas* dari Himpunan Fadhoil A’mal, Kitab Fadhilat Solah, Bahagian III: Kepentingan keikhlasan dan khusyu’ dalam solat, Bab III, Hadith VII. Karangan Qutbul Aqtab, Syaikhul Hadith, Ra’isul Muhaddithin Allamah, Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi Rahmatullah alaih]

Nota:
*Terjemahan bebas di sini bermaksud terjemahan dari teks yang dirujuk secara makna paling hampir setakat pengetahuan penterjemah. Ia hendaklah dirujuk semula kepada teks asal bagi mengelak sebarang kesilapan atau kekeliruan.)
Untuk tujuan penyebaran, hendaklah digunakan terjemahan didalam kitab Fadhoil Amaal terbitan Era Ilmu kerana ia telah di tahqiq dan disemak secara sempurna oleh pakar penterjemah. Terjemahan diatas sekadar untuk bacaan secara umum dan kefahaman secara menyeluruh sahaja.

Wednesday, October 5, 2011

Usaha dakwah & mencegah kemungkaran

Bismillah, Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ala Rasulillah.

Alim Ulama' dakwah menekankan agar ummat ini sentiasa memuzakarah, membincang, mengamal dan menyampaikan enam perkara sehingga ia menjadi sebati dalam jiwa dan terbentuk hakikat sifat-sifat tersebut didalam hati. Jika dilihat dari sudut amar makruf, maka enam perkara adalah kemakrufan yang paling asas yang perlu diusahakan oleh ummat ini. Jika dilihat dari segi mencegah kemungkaran pula, enam perkara inilah yang mencegah dari kemungkaran dan kebatilan yang paling besar yang menimpa dan melanda ummat pada zaman ini.

Ummat di akhir zaman ini begitu lemah imannya, sehingga ada yang berani mengisytihar keluar dari Islam, Na'uzubillah. Gejala murtad telah melanda ummat ini dengan begitu teruk sekali. Apatah lagi kerosakan aqidah akibat keyakinan yang rosak kepada selain dari Allah, telah begitu menular di kalangan ummat. Apakah kemungkaran yang lebih dahsyat selain dari dosa syirik dan kufur terhadap Allah?

Sebab itulah usaha atas iman dan keyakinan kepada maksud kalimah 'Laa ilaaha illallah' perlu di usahakan dengan bersungguh-sungguh. Agar tahap iman didalam ummat ini dapat ditingkatkan, dikuatkan, diteguhkan dan di mantapkan didalam hati setiap orang Islam. Bahkan orang-orang beriman pun diperintahkan oleh Allah agar (menguatkan) iman masing-masing.

Kemungkaran besar yang lain yang memesongkan ummat ialah cara kehidupan yang menuruti dan menyerupai kehidupan selain dari kehidupan Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Kehidupan yang menurut hawa nafsu, menyerupai Majusi, Yahudi, Nasrani, dan kehidupan kemungkaran yang lainnya yang ada pada akhir zaman ini, yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah dan kesesatan. Sedangkan Allah akan membangkitkan manusia mengikut golongan yang ditirunya.

Maka Alim Ulama' telah menekankan kepentingan mengamalkan kehidupan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam yang dikasihi dan dicintai. Kerana barangsiapa yang mengamalkan Sunnah Nabi, maka bererti dia mencintai Nabi. Dan barangsiapa yang mencintai Nabi, dia akan bersama-sama dengan Nabi di syurga kelak. Dan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam yang terbesar ialah mengajak manusia kepada Allah; inilah satu-satunya jalan Baginda, inilah sebab baginda diutuskan, untuk membawa rahmat ke seluruh alam.

Kemungkaran besar yang seterusnya yang menimpa ummat ialah meninggalkan solat. Meninggalkan solat, bererti meruntuhkan agama dan berdosa besar. Bahkan jika dosa besar dilakukan berterusan, maka iman boleh tergelincir. Sebabnya meninggalkan solat dikaitkan dengan kufur dan syirik. Sungguh menyedihkan, ramai lagi orang Islam meninggalkan solat demi solat.

Maka seruan terhadap melaksana dan menyempurkan solat adalah vital dan sangat perlu dibuat ke atas setiap lapisan ummat. Apakah lagi amalan didalam Islam yang lebih utama dari solat, yang pertama-tama akan ditanya di padang mahsyar nanti?

Kemungkaran lain ialah jahil terhadap agama. Ilmu agama tidak diendahkan, dan alim ulama' diperlekeh dan direndah-rendahkan. Pelajar-pelajar agama dianggap tidak ada masa depan, dan keutamaan sepenuhnya hanya diberi untuk pengetahuan duniawi semata-mata. Alangkah bahayanya situasi ini.

Maka sebab itulah ilmu diberi penekanan didalam usaha dakwah yang suci murni ini. Keutamaan alim ulama' dan kepentingan mewujudkan golongan ini diberi penekanan, kerana merekalah pewaris para Nabi. Ilmu Fadhoil dibincangkan lagi dan lagi agar keghairahan dan 'ihtisab' didalam hati ummat terhadap janji-janji Allah dan Rasul akan meresap ke dalam hati dan menjadi sumber kekuatan buat mengamalkan agama.

Keresahan, kegelisahan, kerancuan, kebingungan dan kebimbangan didalam hati  adalah akibat melupakan Allah Taala. Pelbagai penyakit hati juga telah menjadi virus dan bersarang dan merebak didalam hati ummat. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan, sehingga hati menjadi gelap, sifat-sifat mazmumah kian membiak, cinta dunia dan takut mati melanda ummat. Ubatnya hanyalah dengan mengingati Allah, kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, nur akan menerangkan kegelapan hati, istighfar akan menghilangkan karat dosa di hati, dan hati akan memantulkan cahaya zikir yang menyinar dan bercahaya, sehingga mendatangkan ketenangan dan sakinah, mendatangkan sifat sifat mahmudah dan mencenderungkan hamba-hamba-Nya kepada ketaatan kepada-Nya. Maka amalan zikir dan doa Nabi dan para sahabat dibentangkan semula kepada ummat ini agar ia dapat diamalkan didalam kehidupan.

Kemungkaran lainnya ialah perpecahan ummat, pergaduhan dan persengketaan sesama Islam, bahkan saling membenci, bermusuhan dan akhirnya pertumpahan darah, pembunuhan dan peperangan. Maka alim Ulama' menyeru agar ummat ini mengusahakan agar wujud sifat memuliakan sesama Islam, saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan saling mencintai atas satu kalimah dan sifat persaudaraan sesama Islam. Islamlah yang menyatukan Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar, Arab dan Ajam. Semuanya sama dari Adam; yang terbaik ialah yang paling bertaqwa kepada Allah.

Kemungkaran seterusnya yang melanda ummat ialah beramal kerana selain dari Allah. Kerana pangkat, harta, kedudukan, nama, pujian, sanjungan dan pelbagai lagi niat yang batil. Semuanya tertolak disisi Allah. Moga Allah ampunkan kita. Maka alim ulama' menghendaki agar kita sentiasa memeriksa dan membetulkan niat, didalam mentaati Allah dan menjauhi larangan-Nya, semuanya semata-mata kerana-Nya.

Dan yang menjadikan ummat menjadi begitu lemah pada zaman ini, yang kelemahannya tidak pernah berlaku sedemikian rupa pada zaman sebelumnya, adalah kerana ummat ini meninggalkan mutiara kerja kenabian, kerja yang menjadikan ummat ini ummat yang terbaik. Maka alim ulama' menyeru agar ummat ini kembali kepada amalan Nabi, para sahabat dan salafussoleh yang terunggul ini. Mereka yang terdahulu telah mengorbankan seluruh harta, masa, diri bahkan nyawa untuk agama Allah Taala ini. Mereka telah bertebaran di seluruh penjuru alam bagi menyebarkan risalah Tauhid. Kubur-kubur mereka ada di serata pelusuk dunia. Kitalah ummat akhir zaman yang mewarisi kerja dan tanggungjawab dan kemuliaan ini. Apakah kita sanggup melihat agama ini jatuh dan dihina, sedangkan kita masih hidup?

Semoga Allah memilih saya dan tuan-tuan untuk sama-sama bangkit untuk menyambung usaha agama yang suci murni ini, dengan sedia mengorbankan sedikit kesenangan di dunia ini, bagi melaksanakan dakwah Ilallah dan tanggung jawab amar makruf nahi mungkar.

Maka bagaimanakah boleh dikatakan yang usaha dakwah dan tabligh ini tidak mencegah kemungkaran???

Saturday, October 1, 2011

Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia




Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.



Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu(Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.Syeikh Yusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah di mana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansari r.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkata bahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan 35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hu juga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapat menyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatan benua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi saw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusof r.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliau bersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China maka tidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (China)'.
2. Ada sebilangan ahli sejarah Islam berpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalam ekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,dan makamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumat pembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanya keislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab Al Bidayah Wal Nihayah)
3, Menurut Monuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahun Rasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW mempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M di pesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telah berdiri sebuah perkampungan Arab.


Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dan tabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut.
1. Surat dakwah yang disebarkan Rasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepada Raja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.hum di atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaan Sriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arab di Sriwijaya, tahun 625M.
2. Misi dakwah ke Nusantara, semakin intensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu ,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa Syeikh Rukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaan Bani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah di Nusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatu ekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.
Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara" menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saad bin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qays bin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu, Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yang lain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuh kerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinah ke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka dan seterusnya ke China.Ekspedisi dakwah mereka mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.
Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahli orientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.
Berdasarkan peta Asia Selatan, kita boleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Bandar Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka lalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)

Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd al Farid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkan adanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

”Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”


[dipetik dari http://wirapendang.blogspot.com/2011/04/dakwaan-ada-kubur-sahabat-nabi-di_13.html]



.

Thursday, September 29, 2011

Abu Ayub al-Ansari Radhiallahu anhu

Pusara Abu Ayyub
Kubur Abu Ayub al-Ansari Radiyallahu anhu berhampiran Masjid Eyyub, Istanbul, Turki

Abu Ayyub al-Anshari ra atau nama sebenarnya Khalid ibn Zayd ibn Kulayb dari Bani Najjar merupakan seorang sahabat yang mulia dan terkenal dengan keindahan budi pekerti. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Rasulullah SAW dan bersama Baginda di dalam semua peperangan. Malah Allah telah memuliakan penduduk Timur dan Barat yang me­nyebutnya, manusia yang paling tinggi darjatnya yang mana rumah­nya telah dipilih di antara rumah kaum Muslimin lainnya untuk persinggahan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah. Ini merupakan kemuliaan terbesar bagi Abu Ayyub al-Anshari ra.



Abu Ayyub al-Anshari ra terlibat secara langsung di dalam usaha dakwah menawan dan membebaskan kota Konstantinople pada tahun 44H/ 666M di dalam satu ketumbukan tentera yang diketuai oleh Yazid bin Muawiyah bagi merealisasikan Motivasi Nabawi berdasarkan hadith:



“Konstantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” (Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335)

Tahukah anda bahawa Abu Ayyub al-Anshari pada ketika itu usianya sudah mencecah lebih 80 tahun! Ya, beliau sudah cukup tua. Namun beliau membuktikan bahawa tokoh lanjut usia yang penuh uban di kepalanya juga mampu memberi sumbangan dan berprestasi besar dalam perjuangan Islam!


Maka sebagaimana yang diceritakan dalam perkisahan sejarah, tentera Islam telah bertembung dengan Tentera Byzantine di Konstantinople dan terjadilah perang yang berkecamuk. Saat jatuh sakit menjelang wafat di antara pasukan Muslimin yang tengah dalam perjalanan berperang, Yazid bin Muawiyah telah bertanya kepadanya apa permintaan terakhir beliau. Maka dengan semangat juang, Abu Ayyub al-Anshari menjawab dalam keadaan nazak:

“Bawakan tubuhku dan teruskan perjuangan bersama-sama dengan tubuhku di tengah musuh. Dan sekiranya aku syahid meninggal dunia.. Kau kebumikanlah aku di Konstantinople.. Supaya pada suatu hari nanti apabila tentera Islam berjaya menawan Konstantinople.. Maka aku akan mendengar bunyi tapak-tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku… Dan pada hari itu tahulah aku bahawa janji Nabi SAW sudah terlaksana!”

Sebahagian riwayat menyatakan Abu Ayyub al-Anshari dengan sepenuh keyakinan mengatakan; “Jika aku mati maka bawalah jenazahku. Jika kalian bertemu dengan musuh, kuburkanlah jasadku di sana. Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur.”

Itulah permintaan Abu Ayyub al-Anshari dan ditunaikan oleh Yazid bin Muawiyah. Beliau menginginkan kehidupan Akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Akhirnya di jantung Konstantinople, ketika pasukan Islam berperang melawan pasukan musuh, di sanalah jasad Abu Ayyub al-Anshari yang mulia itu dimakamkan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, lebih 800 tahun kemudian, tentera Islam pimpinan Muhammad bin Murad yang lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh pada tahun 857H/ 1453M berjaya menawan Konstantinople dan menukar namanya kepada Islam Bul yang bermaksud Kota Islam (kini dikenali sebagai Istanbul). Maka Abu Ayyub al-Anshari pastinya gembira mendengar bunyi tapak-tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburnya pada ketika itu. Dan benarlah bahawa janji Nabi SAW pasti terlaksana!


[Dipetik dan disunting dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/12/21/motto-hidup-infiru-khifafan-wa-tsiqalan/#more-676]