Lihatlah foto para alim ulama' yang terdahulu (semenjak kamera dicipta) sehingga sekarang. Hampir kesemuanya menggunakan serban dan jubah. Sama ada mereka dari negara-negara Arab, India, China, atau nusantara.
Sungguh buruk perkataan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga berserban dan berjubah. Ini perkataan orang jahil, kerana tujuan dan cara pemakaian jubah dan serban orang jahiliyyah tidak sama dengan tujuan dan cara pemakaian serban dan jubah Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
Wednesday, April 25, 2012
Thursday, April 19, 2012
Beramal dengan Sunnah Rasulullah
Nahmaduhu wa Nusalli 'ala Rasulihil Karim.
Ada orang mengatakan bahawa sesetengah perbuatan nabi hanya sebagai perbuatan manusia biasa, atau hanya budaya arab, atau adat kebiasaan semata-mata. Jadi tidak perlu diikut, apatah lagi perlu diamalkan.
Marilah kita sama-sama renungkan. Adakah benar fahaman ini.
AllahTaala memberitahu kita, bahawa jika benar-benar kita ini mencintai Allah, maka ikutlah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.
Allah Taala memberitahu kita, bahawa tidak ada yang diucapkan oleh Nabi, melainkan wahyu dari-Nya.
Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang kita kasihi memberitahu kita, bahawa jika kita mengikuti Sunnah baginda, bererti mencintai baginda, dan barangsiapa yang mencintai baginda, akan bersama-sama dengan baginda di syurga kelak.
Nabi Sallallahu alaihi wasallam memberitahu kita, bahawa di akhirat nanti, kita akan bersama-sama dengan orang yang kita cintai. Dan memberitahu kita, bahawa jika kita meniru satu kaum, maka kita akan dibangkitkan dengan kaum tersebut.
Para sahabat Radhiallahu anhum telah ditangguhkan kemenangan mereka didalam peperangan kerana mereka terlepas pandang dua Sunnah Rasulullah: amalan menggunakan miswak dan saf solat yang perlu diluruskan.
Bila satu sahabat lalu di satu kawasan, tiba-tiba beliau tunduk. Beliau berkata, dulu disini ada pokok yang Rasulullah tunduk apabila lalu dibawah dahannya. Sekarang pokok dah tiada, tapi aku tunduk kerana Rasulullah pernah melakukannya.
Bangsa di Afrika apabila memeluk Islam, segala adat kebiasaan mereka bertukar dengan mengikuti Sunnah Rasulullah termasuk pakaian dan adat kebiasaan. Bangsa Parsi dan Rom, apabila memeluk Islam, meraka mengamalkan Sunnah dan kebiasaan Rasulullah dalam kehidupan, malah turut menisbahkan diri mereka sebagai bangsa Arab.
Bahkan bangsa-bangsa lain seperti di India dan China, apabila masuk Islam, turut membuat perkara yang sama. Kita boleh lihat foto masyarakat Islam di China yang nenek moyang mereka diIslamkan oleh para sahabat, mereka mengamalkan Sunnah jubah dan serban berekor panjang, dan amalan ini tetap kekal hingga kini. Begitu juga kita lihat foto masyarakat Islam di Afghanistan dan mengekalkan tradisi Islam dengan mengamalkan pemakaian Sunnah serban dan jubah. Foto para alim ulama kita di kepulauan melayu, juga kita lihat menggunakan serban dan jubah.
Imam Tirmizi Rahimahullah menyusun satu kitab bernama Syamail Muhammadiyyah yang terkandung didalamnya hadith-hadith mengenai cara hidup Rasulullah, makan pakai baginda, tidur baring baginda, gurau ketawa baginda, kehidupan berkeluarga dan akhlak baginda, dan pelbagai lagi selok belok kebiasaan dan perbuatan baginda sehari hari. Kitab ini ditelaah di madrasah-madrasah dan pondok-pondok di seluruh dunia sehingga kini.
Maka adakah Sunnah dan kebiasaan kehidupan Rasulullah sehari hari yang diamalkan oleh para sahabat dan seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia dari zaman berzaman sehingga hari ini, hanyalah semata-mata adat atau amalan bangsa arab? Ataukah ini adalah tanda kecintaan dan kasih sayang ummat ini kepada baginda Rasulullah, dan mengharap agar mendapat kecintaan Allah kerana menuruti baginda, dan mengharap bilamana amalan kehidupan kita menyerupai amalan kehidupan Rasulullah, maka kita akan dibangkitkan bersama-sama baginda di akhirat kelak, dan bersama-sama dengan baginda di syurga kelak?
Semoga Allah memberi kefahaman yang benar kepada kita, dan kekuatan untuk mengamalkannya dan mengajarnya kepada ahli keluarga kita dan menyampaikannya kepada yang lain. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)