Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu was Salamu ala Rasulillah.
Saya pernah membaca secara sekali imbas mengenai fatwa Mufti Brunei berkenaan Jamaah Tabligh. Fatwa tersebut dikeluarkan pada tahun 1995, sebagaimana yang tercatit didalam senarai fatwa yang dipostkan di laman web rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Brunei di http://www.mufti.gov.bn/fatwa/Senarai%20Fatwa%201995.htm, fatwa siri 27/1995.
Sayang sekali saya tidak berkesempatan memiliki salinan fatwa berkenaan. Diharap rakan-rakan yang berpeluang memilikinya, bolehlah berkongsi maklumat disini.
Secara ringkasnya, yang dapat saya fahami dari fatwa berkenaan ialah Yang Berbahagia Mufti memberi reaksi positif, bersetuju dan mendokong usaha dan kegiatan yang dijalankan oleh Jamaah Tabligh ini.
Semoga Allah sentiasa melindungi Yang Berbahagia Mufti Brunei, menegakkan kebenaran dan membasmi kebatilan melalui lidah dan pena beliau yang mulia, amin.
2 comments:
Assalamualaikum. Saya ada menyalin bulat-bulat fatwa mufti Brunei ke blog saya. Sekiranya ini yang dicari, jemput ke http://naqhuhines.blogspot.com/2011/06/soalan-tentang-jemaah-tabligh.html untuk melihat. Saya buat beberapa entri dengan tajuk fatwa mufti kerana penjelasannya memang sangat panjang. Harap dapat membantu.
Saudara Naqhuhines,
Berbanyak terima kasih atas posting saudara. Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia telah memberi kekuatan kepada saudara menyalin semula fatwa Mufi yang panjang itu. Semoga Allah menerima usaha dan penat lelah saudara didalam usaha menyebar-luaskan pandangan yang menggembirakan berkenaan usaha agama yang suci murni ini.
Izinkan saya mengcopy-pastekan fatwa yang mulia tersebut hasil salinan saudara ke blog ini.
Doa untuk saya.
Post a Comment