Didalam 6 perkara yang sering dibicarakan, perkara ketiga ialah mengenai kepentingan ilmu dan zikir. Maksud, kelebihan-kelebihan dan cara untuk mendapatkan ilmu dibincangkan dengan halus dan mandalam.
Sila rujuk kitab Muntakhab Ahadith,
http://www.islamibayanaat.com/MuntakhabAhadith/MuntakhabAhadith-MaulanaYousufKandhalviRA-Page119-258.pdf,
Bab Ilmu dan Zikir, m/s 241 dan seterusnya.
Sila rujuk juga kitab Enam Perkara,
http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/English-SixFundamentalsOrQualities-FazailEAmal.pdf
Bab Ilmu & Zikir, m/s 5-6.
Didalam 4 perkara yang perlu diperbanyakkan semasa keluar di jalan Allah, perkara kedua ialah memperbanyakkan taklim wa taklum (belajar dan mengajar). Duduk didalam majlis untuk mendengar firman Allah, sabdaan Nabi SAW dan kisah kehidupan dan perjuangan para sahabat (r.anhum), membincangkan tentang sifat-sifat para sahabat, memperdengar dan membetulkan bacaan al-Qur’an, adalah antara perkara utama yang harus diperbanyakkan.
Didalam 5 amal masjid yang dititkberatkan, amalan taklim di masjid dan taklim dirumah adalah antara amalan yang ditekankan. Adalah menjadi matlamat untuk menghidup dan mengimarahkan masjid di seluruh dunia dengan bacaan taklim kelebihan-kelebihan amal, serta kepentingan untuk mengadakan dan menyertai majlis-majlis masa’il (permasalahan agama) dengan para alim ulama’ setempat. Juga dijadikan matlamat agar amalan ini juga diwujudkan diseluruh rumah diseluruh dunia, agar rumah-rumah memperoleh suasana agama dan masjid. Inilah antara aperkara yang diusahakan sehingga lah seluruh masjid diseluruh dunia akan mengamalkan amalan seperti amalan Masjid Nabawi di zaman Rasulullah SAW, rumah-rumah orang Islam akan mempunyai suasana sepertimana suasana rumah para sahabat (r.anhum), dan kampung-kampung akan berubah suasananya menjadi sepereti suasana perkampungan Madinah Munawwarah dizaman Nabi SAW.
Didalam kitab Fadhoil A’maal, terdapat kitab Fadhilah al-Qur’an yang menggalak dan menyeru agar ummat ini belajar al-Qur’an, mengamalkannya dan menyebarkannya, serta menekankan perihal pentingnya menghafaz al-Qiur’an dan menjadikan anak-anak sebagai hafiz dan hafizah, serta menekankan tentang kepentingan memahami al-Qur’an dengan cara yang betul dan mempelajari tafsir al-Qur’an yang muktabar. Kitab ini juga memberi amaran dan ancaman dari Allah dan Rasul-Nya terhadap orang-orang yang membelakangi al-Qur’an, yang tidak menghiraukannya, yang tidak membaca dan mengamalkannya, serta keburukan didalam tidak mengendah dan mempedulikan al-Qur’an.
Sila rujuk kitab Fadhilah al-Qur'an,
http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/English-VirtuesOfHolyQuran-FazailEAmal.pdf
Didalam kitab Kisah-kisah para sahabat, terdapat bab khusus yang membicarakan tentang kepentingan ilmu dan kelebihannya, bagaimana para sahabat menuntut ilmu, mengamal dan menyampaikannya, kedudukan yang tinggi bagi para alim ulama’, kepentingan mewujudkan generasi berilmu seperti adanya para mufassir al-Qur’an, para muhaddith, ahli Feqh dan Mufti, dan orang-orang yang merpertahankan agama ini dengan pena dan ilmu mereka.
Sila rujuk kitab Kisah-kisah Para Sahabat,
http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/English-StoriesOfTheSahabahRA-FazailEAmal.pdf
Bab 8, m/s 135 dan seterusnya.
Didalam kitab Hayatus Sahabah, terdapat bab khusus mengenai ilmu pengetahuan, kepentingan mempelajari ilmu walaupun ketika sedang berada di jalan Allah, perbuatan dan usaha para sahabat didalam mencari ilmu dan mengembangkannya, adab adab belajar dan mengajar, serta perkara-perkara lain yang bersangkutan, yang dalil-nya semuanya diambil dari kehidupan Nabi SAW dan para sahabat itu sendiri.
Sila rujuk kitab Hayatus Sahabah,
http://www.islamicbulletin.com/free_downloads/companions/volume_3/Hayatus_Sahabah_Vol_3_Full.pdf
Bab 13, m/s 196 dan seterusnya.
Di markaz-markaz utama usaha agama yang suci murni ini, sentiasa disendikan dengan madrasah yang mempelajari al-Qur’an dan menghafaznya, mendalami tafsir, hadith, tauhid, feqh, akhlak dan adab, dan ilmu-ilmu alat didalam melengkapkannya. Dari madrasah-madrasah ini, lahirlah para huffaz, alim, ahli tafsir, muhaddith, Mufti, dan para Da’i yang menyebarluaskan agama, ilmu agama dan usaha agama ke seluruh alam.
Dan usaha untuk memperbanyak dan mengembangkan madrasah-madrasah ini sentiasa berjalan dan bergerak, agar ia dapat diwujudkan di seluruh dunia sehingga ke hari Qiyamat, Insyaallah.
2 comments:
salam. tersentap jugak hati bila orang kata "jemaah tabligh ni asyik iman, aman, iman, amal". sedangkan melalui istiqamah dalam kegiatan taklim lah asbab saya mula faham macam mana ilmu untuk diamalkan, perbaiki niat dan iman. melalui istiqamah, bila dah tahu macam mana nak manfaatkan ilmu (walau sikit mana pun) untuk amal dan iman, baru dapat terdorong untuk cari lebih ilmu untuk perbaiki amalan. dari seorang yang anggap ilmu agama ni cukup sekadar basic, kepada seseorang yang sentiasa tercari-cari lebih ilmu agama dengan niat perbaiki amalan. siapa kata jamaah tabligh mengabaikan ilmu? "Seorang alim lebih ditakuti oleh syaitan berbanding dengan seribu orang abid (tanpa ilmu)" -pesanan tu yg selalu saya dengar dari majlis-majlis taklim
Tuan Hideossle,
Terima kasih atas pandangan yang diberikan.Benar apa yang tuan katakan. Usaha agama inilah yang mencetuskan keinginan atau 'tolab' yang kuat untuk menuntut ilmu, mengamal dan menyampaikannya.
Post a Comment