Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, December 4, 2011

Patutkah hadith Dho'if ditolak?





Diantara poin-poin yang dinyatakan oleh Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Mufti Saheb (damat barkatahum):


1. (Selain dari Bukhari dan Muslim), Kitab-kitab hadith yang sahih yang datang kemudiannya ( diantaranya) ialah Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, kitab hadith Sahih susunan Hafiz Ziayuddin al-Maqdisi, Sahih Ibnu Sakan dan al-Muntaqa Ibnu Jarud. Kesemua ini adalah kitab-kitab (yang mengandungi hadith) yang sahih. [Part 1/2: 00.34-00.55]

2. Tingkatan hadith mengikut kekuatannya ada 5 kategori, iaitu (1) Sahih lizaatihi (2) Sahih lighairihi (3) Hasan lizaatihi (4) Hasan lighairihi (5) Dho’if [Part 1/2: 00.57-01.11]

3. Imam Nawawi (Rahmatullah alaih) menulis didalam at-Taqrib, bahawa adalah dibenarkan untuk mengamalkan hadith dho’if tanpa menyatakan kedho’ifannya, selagi hadith itu tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan tidak berkaitan dengan hukum hakam seperti halal haram dan selainnya. (Hadith dho’if yang berkenaan) adalah mengenai kisah-kisah, kelebihan-kelebihan amal, nasihat dan peringatan.. [Part 1/2: 01.13-01.53]

4. Definisi hadith dhoif, menurut Imam Jalaluddin as-Suyuti (rahimahullah) didalam kitab beliau Tadbirur Rawi m/s 144-145, ialah riwayat yang tidak terkumpul didalamnya syarat-syarat (bagi hadith) sahih dan hasan, dan kedho’ifan hadith dho’if adalah pelbagai, sebagaimana kepelbagaian kesahihan hadith sahih. [Part 1/2: 03.43-04.29]



No comments: