Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Friday, October 14, 2011

Solat Mencegah Kemungkaran

Solat Mencegah Kemungkaran


Hadhrat Imraan bin Husain (Radhoallahu anhu) berkata, seseorang telah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam tentang makna ayat al-Qur’an: “Sesungguhnya Solat mencegah dari Fahsya’ dan Mungkar” (Surah 29, ayat 45)

Baginda menjawab, “Salat bukanlah solat jika ia tidak mencegah seseorang dari fahsya’ dan mungkar.”

Tanpa ragu-ragu, solat adalah amalan yang sangat berharga dan apabila dikerjakan secara sempurna, memberi kesan didalam memelihara dari segala keburukan. Jika kesan ini tidak dicapai, bermakna sesuatu yang terkurang didalam perlaksanaan solat yang sempurna. Banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna ini. Hadhrat Ibn Abbas Radhiallahu anhu berkata, “Solat mempunyai kekuatan untuk mencegah dari kecenderungan ke arah dosa.”

Hadhrat Abu Aaliyah Radhiallahu anhu, didalam menerangkan ayat yang sama telah menulis: ‘Terdapat tiga perkara pokok mengenai solat: Keikhlasan, takut kepada Allah, dan peringatan dari-Nya. Solat bukanlah solat jika ketiga-tiga perkara ini hilang. Keikhlasan membawa kepada amal soleh, takut kepada Allah menolak keburukan, dan peringatan dari-Nya adalah al-Qur’an, dimana didalamnya adalah petunjuk kepada kebaikan dan penjaga kepada kejahatan.”

Hadhrat Ibn Abbas Radhiallahu anhu melaporkan bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Solat yang tidak menghalang daripada fahsya’ dan mungkar, dari membawa hampir kepada Allah, (bahkan) membawa jauh dari-Nya.”

Hadhrat Ibn Mas’ood Radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa beliau mendengar Nabi Sallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda. “Seseorang yang tidak menuruti solatnya, sebenarnya tidak mengerjakan solat. Menuruti solatnya bermaksud mengelak dari perbuatan fahsya’ dan mungkar.”

Hadhrat Abu Hurairah Radhiallahu anhu meriwayatkan, “ Seorang telah datang kepada Nabi Sallallahu alaihi wa sallam dan melaporkan mengenai si fulan, yang mana kebiasaannya dia mengerjakan solat seluruh malam dan kemudiannya mencuri pada siang hari. Nabi Sallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Solatnya tidak lama lagi akan mencegah dia dari perbuatan dosa tersebut.’ Ini menunjukkan amalan buruk boleh disingkirkan dengan mengerjakan solat dengan penuh ikhlas. Adalah susah dan urusan yang berpanjangan untuk menukar tiap-tiap satu perangai buruk. Akan tetapi, adalah lebih mudah dan cepat untuk mula mengerjakan solat dengan baik dan melalui keberkatan yang mengikutinya, perangai buruk pastinya akan hilang satu demi satu. Semoga Allah mengurniakanku kekuatan untuk mengerjakan solat dengan sempurna!



[Terjemahan bebas* dari Himpunan Fadhoil A’mal, Kitab Fadhilat Solah, Bahagian III: Kepentingan keikhlasan dan khusyu’ dalam solat, Bab III, Hadith VII. Karangan Qutbul Aqtab, Syaikhul Hadith, Ra’isul Muhaddithin Allamah, Hadhrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi Rahmatullah alaih]

Nota:
*Terjemahan bebas di sini bermaksud terjemahan dari teks yang dirujuk secara makna paling hampir setakat pengetahuan penterjemah. Ia hendaklah dirujuk semula kepada teks asal bagi mengelak sebarang kesilapan atau kekeliruan.)
Untuk tujuan penyebaran, hendaklah digunakan terjemahan didalam kitab Fadhoil Amaal terbitan Era Ilmu kerana ia telah di tahqiq dan disemak secara sempurna oleh pakar penterjemah. Terjemahan diatas sekadar untuk bacaan secara umum dan kefahaman secara menyeluruh sahaja.

3 comments:

Musafir said...

Begitu banyak pengajaran didalam perkara ini:

1. 'Solat mencegah kemungkaran' boleh dikatakan sebagai antara usul dakwah yang tonggak kerana ia adalah prinsip asas didalam mengajak manusia kepada Allah, dan didalam usaha beramar makruf dan nahi mungkar.

2. Sebab itulah usaha didalam mencapai solat yang khusyu' dan qudhu' merupakan salah satu prinsip didalam 6 perkara yang diulang-ulang, disebar luaskan, untuk diamalkan dan dihayati sehingga 'mendarah daging' di dalam seluruh ummat ini.

3. Sebab itulah para sahabat beroleh kejayaan didunia dan akhirat, dan dunia berada dibawah tapak kaki mereka, kerana 100% para sahabat mengerjakan solat secara berjemaah, di tempat azan diazankan dan diawal waktu. Dan hakikat solat ada didalam setiap diri mereka.

4. Apabila usaha atas kalimah dan solat dijalankan oleh Hadhrat Maulana Muhammad Ilyas Rahmatullahi alaih di perkampungan Mewat, maka dengan sendirinya kemaksiatan dan kebatilan yang ada pada diri mereka telah beransur hilang, lenyap dan terkubur, bahkan mereka berubah menjadi golongan yang beriman dan beramal soleh dan menjadi da'i-da'i Allah. Sedangkan usaha sebelumnya yang dibuat secara kekerasan untuk mencegah kemungkaran, telah menemui jalan buntu tanpa ada hasil yang memuaskan.

5. Jika seisi kampung mengerjakan solat secara berjemaah 5 kali sehari semalam, maka suasana kampung akan berubah seolah-olah berlakunya solat Jumaat setiap waktu. Didalam suasana tersebut, urusan jual beli pun akan dihentikan semasa azan dikumandangkan, maka apatah lagi amalan maksiat secara terang-terangan, tentunya sipelaku maksiat menjadi malu untuk berbuat demikian.

6. Jika hakikat dan kualiti solat diusahakan secara istiqomah, maka Insyaallah, maksiat yang tersembunyi akan hilang didalam diri seseorang.

Maka apakah lagi kemungkaran yang lebih besar selain dari meninggalkan solat, yang usaha dakwah dan tabligh yang suci murni ini telah berusaha sedaya upaya untuk mencegahnya?

Maka mengapakah dikatakan usaha dakwah dan tabligh ini tidak mencegah kemungkaran? Tidakkah yang berkata itu memahami? Atau ingin menyembunyikan kebenaran? Atau Allah telah menutup pintu kefahaman kepadanya? Semoga Allah mengurniakan kita taufiq didalam memperhalusi perkara ini sehalus-halusnya.

Musafir said...

Bukan setakat usaha mencegah kemungkaran yang besar seperti meninggalkan solat sahaja, bahkan usaha ke atas kesempurnaan solat itu sendiri akan mencegah dari kemungkaran-kemungkaran yang lain.

Musafir said...

Didalam kitab al-Kabaair susunan Imam Syamsuddin Dhahabi, disenaraikan 70 dosa-dosa besar.

Meninggalkan solat merupakan dosa besar ditangga yang ke-4, manakala meninggalkan solat berjemaah dan solat bersendirian tanpa uzur syar'i, berada di kedudukan ke 65.

Mengajak manusia agar mengerjakan solat dan mengerjakan solat secara berjemaah, tentunya secara langsung memberi makna mencegah dari perbuatan mungkar meninggalkan solat dan solat berjemaah.

Bahkan solat itu sendiri akan mencegah fahsya' dan mungkar lainnya, misalnya mencuri yang berada didalam senarai dosa besar ke-23 didalam kitab al-Kabaair. Ini merujuk kepada apa yang disabdakan oleh Nabi Sallallahu alaihi wa sallam didalam petikan dari kitab Fadhilat Solat diatas.