Tuesday, December 29, 2009
Tujuan keluar 4 bulan / 40 hari
[Petikan bayan Maghrib, 9 Julai 2009 oleh Maulana Ahmad Lat semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]
Rasulullah SAW keluar 4 bulan setiap tahun
[Petikan bayan Maghrib, 10 Julai 2009 oleh Haji Abdul Wahab semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]
Thursday, December 24, 2009
Kupas Tuntas Jemaah Tabligh
Alhamdulillah, telah terbit buku di pasaran yang berjudul ‘Kupas Tuntas Jemaah Tabligh’. Buku ini yang setakat ini berjilid 1, 2 dan 3, mengandungi perbincangan yang menjelaskan secara langsung beberapa isu-isu bersangkutan dengan Jemaah Tabligh. Buku ini boleh diperoleh di premis Masjid Jame’ Sri Petaling, Kuala Lumpur. Beberapa perincian buku ini adalah seperti berikut:
Tajuk buku : Kupas Tuntas Jemaah Tabligh (Jilid 1, 2 dan 3)
Penyusun : Abu Muhammad Ahmad Abduh
Penyunting : Abdurrahman
Penerbit : KHOIRU UMMAT
Jl. Gading Utama Barat no. 14B
Bandung 40292 Indonesia
Telp : (022) 7335221 – 7335222
Fax : (022) 7317286
Pemesanan via sms: 081911337915
Cetakan pertama: Desember 2008M / Dzulhijjah 1429H
Tempahan: Hubungi Tuan Haji Nazir
H/P: 019-4548586
e-mail: naz@anm.gov.my
ISBN : 979-3124-58-X (Jilid 1)
: 979-3124-59-8 (Jilid 2)
: 979-3124-60-1 (Jilid 3)
Diantara perkara-perkara penting yang dibincangkan didalam buku ini ialah penjelasan mengenai persoalan-persoalan yang sering dilontarkan terhadap Jemaah Tabligh, seperti:
Apakah itu Jemaah Tabligh? Adakah ia sebuah gerakan baru?
Dakwah Jemaah Tabligh itu bid’ah?
Meninggalkan tanggungjawab terhadap anak isteri?
Malas bekerja dan meninggalkan urusan dunia?
Orang jahil berani berdakwah?
Mengapa bermarkas di masjid?
Kitab Fadhail Amal penuh kesesatan?
Jemaah Tabligh dibiayai Yahudi?
4 bulan, 40 hari, 3 hari itu bid’ah?
Dakwah dengan berjemaah?
Untuk apa iktikaf di masjid?
Dakwah mendatangi rumah-rumah?
Memaksa dalam berdakwah?
Rukun imannya enam sifat?
Hajinya ke India dan Pakistan?
Anti Ilmu dan Ulama?
Jemaah Tabligh pengganas?
Untuk apa ke India, Pakistan, Bangladesh?
Dari mana hitungan nishab?
Kenapa mengurus orang lain?
Menyembah kuburan di Nizhamuddin?
Aliran tashawwuf?
Anti politik? Anti jihad? Anti mazhab?
Mengangkat amir jahil?
Mengapa khuruj?
Monday, September 7, 2009
Nishab Da'wah (Batas Wajibnya Da'wah)
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Alkitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh (makhluk) yang dapat melaknati, kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan (kebenaran), maka terhadap mereka itu Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang"
(Qs. Al Baqarah [2] ayat 159-160)
Kalimat ‘minal bayyinaati’ menunjukkan kepada sebahagian dari ayat-ayat al Quran yang jelas, yakni sebahagian dari al Quran baik satu ayat atau pun lebih. Ayat ini adalah dalil yang qath’I yang menunjukkan bahawa sesungguhnya batas kewajiban berda’wah adalah satu ayat. Adapun dalil dari as Sunnah adalah khutbah Nabi SAW pada waktu haji wada’ di hadapan para sahabat yang berjumlah kurang lebih 124,000:
"Wahai hamba-hamba Allah, laksanakanlah (apa-apa yang datang) dariku dan sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat! Semoga Allah memberikan kesenangan kepada orang yang telah mendengar perkataanku lalu ia memahami dan meyampaikannya sebagaimana adanya. Tidak sedikit orang yang menyampaikan lebih faham dari pada orang yang mendengar.”
Sabda Nabi SAW ini merupakan dalil yang pas bahawa sesungguhnya nisab (batas) wajibnya da’wah yaitu satu ayat. Oleh karena itu, siapa pun yang telah mengetahui ayat-ayat al Quran walaupun hanya satu ayat, maka wajiblah ia menyampaikannya kepada orang lain.
Ayat dibawah ini juga adalah dalil tentang hal itu:
“Tiada sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke dalam perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk member peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.”
(Qs at Taubah [9] ayat 122)
Ayat ini tidaklah bermaksud bahwa seseorang itu baru wajib melaksanakan da’wah jika telah menjadi seorang ‘alim. Faqih disini maksudnya adalah orang yang memahami ilmu masail (masalah-masalah fiqih), padahal dalam satu desa atau kampong satu orang faqih pun sudah cukup untuk memberikan fatwa mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah fiqih ketika hal itu diperlukan. Memang mempelajari ilmu fiqih ini sangat penting bagi setiap umat, tetapi ia adalah fardhu kifayah. Jika ada salah seorang yang sudah memahaminya, maka gugurlah kewajipan atas yang lainnya. Akan tetapi da’wah adalah amal yang harus dipenuhi sesuai kemampuan yang sudah jelas pembatasannya adalah walaupun hanya mengetahui satu ayat. Jadi da’wah ini adalah fardhu ‘ain atas setiap orang Islam yang memahami (berakal sehat) dan setiap orang yang bashirahnya disinari oleh Allah (hatinya terang).
[Ditulis oleh Sa’ad bin Ibrahim Syilbi, ‘Dalil-dalil Da’wah & Tabligh’, diterjemah oleh Ust. Musthafa Sayani, Drs., terbitan Pustaka Ramadhan, m/s 48-49, ISBN 979-604-054-9]
Sunday, August 30, 2009
Ruginya melewatkan keluar di Jalan Allah
Maulana (Saad) pun tidak faham (mengapa pada) hari ini apabila mendengar hadis-hadis seperti ini, seolah-olah kelebihan ini untuk berperang. Tidak ada Nabi-nabi dihantar untuk binasakan manusia bahkan Nabi-nabi dihantar untuk asbab hidayat; untuk bawa mereka ke syurga. Nabi selalu pesan sahabat supaya (lebih kurang maknanya) 'dakwah mereka dahulu selama 3 hari, jika seorang daripada mereka memeluk Islam hasil dakwah kamu lebih baik dari unta-unta yang merah'. Sahabat-sahabat, bila seorang masuk Islam, mereka begitu gembira dan bertakbir begitu kuat sekali, (bahkan) lebih kuat dari pergi berperang. Kegembiraan sahabat apabila seorang memeluk Islam melebihi (dibanding) apabila mereka dapat menawan sebuah negara. Jadi maksud mereka keluar di jalan Allah adalah untuk kerja dakwah..
[Petikan Bayan Maulana Muhammad Saad, 'Ijtima' Malaysia bertaraf dunia 9, 10, 11,12 Julai 2009, di Kuarters KLIA Nilai, m/s 79]