Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Tuesday, December 29, 2009

Tujuan keluar 4 bulan / 40 hari

..kita berkumpul di sini bukanlah untuk keluar 4 bulan, 40 hari kemudian habis. Kita datang adalah untuk mengubah fikir kita sebagaimana fikir Nabi SAW, fikir sahabat r.hum. (Fikir mereka ialah) bagaimana manusia dapat hidayat, daripada memperhambakan diri pada makhluk kepada memperhambakan diri pada Allah SWT. Oleh itu kalimah Lailahaillallah yang Allah kurniakan kepada kita ialah untuk mengubah yakin kita kepada Allah SWT. Baginda SAW datang untuk mengubah kehidupan yang rosak kepada kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT. Apabila kita keluar 4 bulan / 40 hari bukan kita hanya menghabiskan masa 4b/40h, tetapi bagaimana kita dapat mengubah fikir kita seperti fikir Nabi SAW, fikir sahabat r.hum, tidak senang duduk, resah gelisah fikir bagaimana umat dapat mentaati perintah Allah dan menjalani hidup cara Rasulullah SAW, (bagaimana) umat ini (dapat) membuat pengorbanan seperti pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabah r.hum. (Dengan ini), pasti (umat) mendapat nusrah Allah SWT dan Allah amkan hidayah seluruh alam. Inilah janji Allah, apabila umat membuat pengorbanan diri dan harta benda untuk agama Allah, Allah SWT akan merahmati mereka, memberi kejayaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini dan kehidupan di akhirat.

[Petikan bayan Maghrib, 9 Julai 2009 oleh Maulana Ahmad Lat semasa Ijtima’ Malaysia bertaraf dunia, 9-12 Julai 2009, Kuarters KLIA Nilai]

No comments: