.. Abdullah bin Rawahah telah diputuskan keluar dijalan Allah SWT dengan satu jemaah. Jemaah dia telah keluar awal pagi dan dia telah tangguh keluar kerana dia hendak mendapatkan kelebihan sembahyang Jumaat dibelakang Nabi dan dia fikir dia ada kuda yang pantas dan dia akan dapat menyertai jemaah dia.Bila Nabi nampak Abdullah bin Rawahah dibelakang baginda, baginda pun tanya, mengapa dia tidak keluar lagi. Dia kata dia hendak sembahyang Jumaat dibelakang Rasulullah dan mendengar khutbah baginda, dia tidak ada masalah untuk sampai pada jemaahnya kerana dia ada kuda yang sangat pantas. Abdullah bin Rawahah lewatkan keluar di jalan Allah bukan kerana takaza dunia tetapi untuk agama, sembahyang. Nabi tanya, berapa lama masa kelewatannya? Dia kata, satu pagi. Nabi beritahu mereka mendahului selama 500 tahun, dari segi jarak pula mereka telah tinggalkan kamu seperti antara timur dan barat.
Maulana (Saad) pun tidak faham (mengapa pada) hari ini apabila mendengar hadis-hadis seperti ini, seolah-olah kelebihan ini untuk berperang. Tidak ada Nabi-nabi dihantar untuk binasakan manusia bahkan Nabi-nabi dihantar untuk asbab hidayat; untuk bawa mereka ke syurga. Nabi selalu pesan sahabat supaya (lebih kurang maknanya) 'dakwah mereka dahulu selama 3 hari, jika seorang daripada mereka memeluk Islam hasil dakwah kamu lebih baik dari unta-unta yang merah'. Sahabat-sahabat, bila seorang masuk Islam, mereka begitu gembira dan bertakbir begitu kuat sekali, (bahkan) lebih kuat dari pergi berperang. Kegembiraan sahabat apabila seorang memeluk Islam melebihi (dibanding) apabila mereka dapat menawan sebuah negara. Jadi maksud mereka keluar di jalan Allah adalah untuk kerja dakwah..
[Petikan Bayan Maulana Muhammad Saad, 'Ijtima' Malaysia bertaraf dunia 9, 10, 11,12 Julai 2009, di Kuarters KLIA Nilai, m/s 79]
No comments:
Post a Comment