Friday, September 14, 2012
Meriwayat dan mengamal hadith dhaif
Ada yang mengatakan bahawa didalam kitab Adab al-Mufrad, Imam Bukhari hanya meriwayatkan hadith dhaif didalamnya, tidak bererti dia beramal dengan hadith tersebut.
Komen:
1. Bermakna hadith dhaif boleh diriwayatkan.
Maka apakah yang menjadi kesalahan didalam kitab-kitab fadhoil seperti Targhib wat Tarhib, Ihya' Ulumiddin, Tanbihul Ghafilin, dan Fadhoil A'maal (susunan Maulana Zakariyya) yang turut serta didalamnya riwayat-riwayat hadith dhoif? Jika Imam Bukhari boleh melakukannya, maka mengapa amalan beliau tidak boleh diikuti oleh alim ulama' selepasnya?
2. .. tidak bererti Imam Bukhari beramal dengannya (hadith dhaif)
Bagaimana pula dengan pendapat Imam Nawawi (Rahmatullah alaih) yang menulis didalam at-Taqrib, bahawa adalah dibenarkan untuk mengamalkan hadith dho’if tanpa menyatakan kedho’ifannya, selagi hadith itu tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan tidak berkaitan dengan hukum hakam seperti halal haram dan selainnya. (Hadith dho’if yang berkenaan) adalah mengenai kisah-kisah, kelebihan-kelebihan amal, nasihat dan peringatan.
Sila rujuk klip video dibawah, minit 01.13-01.53
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment