Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Monday, January 14, 2013

Dari gereja kepada Masjid: Brick lane Masjid

A church converted into a mosque was also once a Synagogue, the church was built in 1743 the structure is over 250 years old and is now a mosque. The building that houses the Jamme Masjid, as has often been remarked, represents the history of successive communities of immigrants into London; from this point of view it may be called one of the most remarkable and evocative buildings in the area and one of London's architectural and historic treasures. In 1743 the building was Built as a French Protestant Church and by 1819 it became a Methodist Chapel by 1898 the Chapel was converted into the Spitalfields Great Synagogue and after large Muslims immigrants arrive 1976 which was then Synagogue was converted into the The Brick Lane Jamme Masjid.

**************************

Ringkasan terjemahan bebas:

Sebuah gereja telah ditukarkan kepada masjid, yang pernah juga menjadi Sinagog. Gereja ini telah dibina pada tahun 1743. strukturnya berumur lebih dari 250 tahun. Sekarang ini ia adalah sebuah masjid. Ini melambangkan sejarah kejayaan komuniti yang berhijrah ke London. Dari sudut pandang ini, ia boleh dikatakan diantara bangunan yang paling  istimewa di kawasan tersebut dan merupakan salah satu rekabentuk dan khazanah sejarah London. Pada 1743, bangunan ini telah dibina sebagai Gereja Protestan Perancis dan pada 1819 ia menjadi 'Chapel' Metodis. Capel ini kemudiannya ditukar kepada Sinagog Spitalfields dan selepas penghijrahan Muslim secara besar-besaran pada 1976, sinagog ini bertukar menjadi Masjid Jame' Brick Lane.


Monday, January 7, 2013

Saturday, January 5, 2013

Tamsil bayi dalam kandungan

Kalaulah kita dapat bercakap-cakap dengan bayi didalam kandungan, kita akan katakan kepadanya,
'Wahai sang bayi, satu hari nanti, sama ada kamu mahu atau tidak, kamu akan keluar dari alam yang kamu duduki sekarang. Dan kamu akan pergi ke alam yang jauh lebih luas.'

Sang bayi akan menjawab, 'Tidak, aku tak percaya. Aku tak pernah lihat alam yang kau katakan. Aku selesa berada di dalam alam yang aku diami sekarang. Dan aku tidak mahu pergi ke mana-mana.'

Namun bila tiba masanya, sang bayi pun dilahirkan. Terkejut dengan apa yang dilihatnya akan hakikat alam yang jauh lebih luas dari apa yang didiaminya sebelum itu, sang bayi pun menangis semahu-mahunya. Dan dia tidak dapat kembali ke alam kandungan yang dinikmatinya.

Begitulah dengan kehidupan didunia ini. Allah telah hantar 124 000 nabi-nabi untuk memberi faham kepada kita (dengan maksud yang sebegini), 'Wahai manusia, ketahuilah bahawa ada alam kehidupan yang sebenar yang jauh lebih besar dan kekal selama-lamanya yang kamu semua akan hadapi, bermula dengan saat kematian kamu nanti.'

Namun ada dikalangan manusia yang lupa atau buat-buat lupa akan hakikat ini, lantas berkata, 'Ah! Aku tak percaya. Aku tak pernah lihat apa-apa pun di dalam kubur. Semuanya akan bertukar menjadi tanah selepas mati. Dan aku hendak nikmati kehidupan dunia ini semahu-mahunya.'

Namun bila tiba ajal, manusia tetap akan mati. Dan bila disingkap realiti kehidupan sebenar di alam akhirat bermula dengan alam kubur, maka manusia pun sedar sesedar-sedarnya. Maka manusia pun menangis penuh penyesalan, namun tiada apa yang dapat dibuat, kerana tidak dapat lagi kembali ke alam dunia.

Allah Taala berfirman, 'Dan mereka berkata: “Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru?” Bahkan (sebenarnya) mereka ingkar akan menemui Rabbnya.
Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Rabbmulah kamu akan dikembalikan. (QS. 32:10-11)


     ***********

Jika kita dapat berkata-kata dengan sang bayi didalam kandungan, mungkin dia akan bertanya, 'Mengapa aku perlu ada mata, telinga, hidung, tangan dan kaki? Aku tak perlukan ini semua dalam kehidupanku ini. Aku sudah selesa dengan apa yang ada. Aku sentiasa kenyang kerana makanan sentiasa masuk melalui saluran ke perutku ini.'

Kita pun akan menjawab, 'Wahai sang bayi, ketahuilah bahawa walaupun pancaindera yang kau katakan itu seolah-olah tidak berguna kepadamu di alam yang kau duduki sekarang, namun bila kau pergi ke alam dunia nanti, semuanya adalah sangat penting untuk kau meneruskan kehidupanmu. Dan peluang untuk kau membina pancainderamu itu hanyalah dialam yang kau tinggal sekarang. Maka siap-siapkanlah sebelum tiba masanya kau keluar dari alam itu. Dan ketahuilah bahawa saluran yang kau katakan itu, tidak ada gunanya sama sekali dialam dunia nanti dan tak dapat memberi manfaat sedikitpun.'

Maka bila bayi dilahirkan, maka barulah dia mengerti gunanya mata, telinga, hidung, kaki dan tangan yang perlu disediakan dialam kandungan. Manakala tali pusat yang membekalkan rezeki makanan untuknya selama didalam kandungan telah ditanam. Ada pula bayi yang lahir tanpa mata, atau tanpa kaki, atau tanpa tangan. Namun bayi yang cacat ini tidak ada peluang lagi untuk masuk ke kandungan ibunya untuk membina semula tubuhnya itu. Dan kehidupannya didunia menjadi sukar.

Begitulah juga, ada manusia bertanya, 'Mengapa perlu solat? Puasa? Zakat? Haji? Beramal soleh? Apa hasilnya didunia ini? Sedangkan aku boleh hidup dengan selesa dengan sumber rezekiku sendiri, dengan wang, pangkat, kedudukan yang aku ada. Aku tak perlukan amalan-amalan agama ini semua.'

Sedangkan Allah telah mengkhabarkan kepada kita melalui lidah para kekasih dan para ambiya'-Nya' dengan pelbagai cara (yang lebih kurang sebegini maknanya), 'Wahai manusia! Ketahuilah bahawa amalan-amalan yang Allah perintahkan kepadamu, adalah untuk manfaat dirimu sendiri di alam akhirat kelak. Sedangkan amalan-amalan ini tidak memberi manfaat sedikitpun kepada Rabb-Mu, dan jika kamu tinggalkan, tidak akan memberi mudharat sedikitpun kepada-Nya. Ketahuilah! Bahawa amalan-amalan soleh ini hanya dapat kamu kerjakan didunia ini, dan pintu amalan akan ditutup setiba ajalmu kelak. Bersedialah menghadapinya.'

Maka bila sampai ajal, maka barulah manusia melihat akan kebenaran hakikat kehidupan akhirat yang sebenar-benarnya. Amalan solehlah yang akan menjadi teman di kubur, pemberat timbangan kanan di mahsyar, pembantu di titi sirat, dan menjadi asbab rahmat Allah datang kepadanya dan membawanya ke syurga. Namun ada yang tidak beramal didunia, menyebabkan amalannya cacat di akhirat. Dan kehidupan akhiratnya menjadi sukar. Namun tidak ada peluang lagi untuk kembali kedunia, kerana alam dunia pun sudah tiada kerana telah kiamat. Dan harta benda, pangkat dan kedudukan dunia tidak bermanfaat sedikit pun di alam akhirat.

Allah berfirman, 'Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Rabbnya, (mereka berkata): “Ya Rabb kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”. (QS. 32:12)




Thursday, January 3, 2013

Perumpamaan usaha dakwah

Telah berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan banyak kenderaan. Ada orang tersepit dalam kenderaan, ada yang pengsan, ada yang bergelimpangan di atas jalan raya, ada yang luka parah, dan macam-macam lagi. Kebanyakan orang yang ada di kawasan sekeliling hanyalah orang biasa yang tidak mempunyai asas rawatan kecemasan. Tapi mereka cuba sedaya upaya untuk menolong sekadar yang termampu dari segi fizikal dan pengetahuan pada masa itu. Ada yang cuba menenangkan mangsa, menahan  darah mangsa yang mengalir, menelefon bantuan kecemasan, mengawal lalulintas, dan sebagainya. Kemudian datang beberapa orang yang ada asas pertolongan cemas. Mereka pernah menjalani latihan bulan sabit merah buat beberapa bulan. Mereka telah cuba memberi bantuan CPR, memasang anduh kepada yang patah tangan, membalut luka, dan memberi bantuan asas dengan peralatan asas 'first aid kit' yang mereka ada. Akhirnya dalam beberapa tempoh masa kemudian, datanglah ambulan yang membawa mangsa ke hospital berdekatan bagi rawatan penuh. Di hospital, kelengkapan dan peralatan semuanya lengkap, beserta dengan para doktor yang terlatih bagi menguruskan mangsa kemalangan tersebut.

Begitulah perumpamaan yang agak mudah mengenai keadaan ummat pada hari ini. Di seluruh dunia ummat sedang mengalami sakit iman. Ada yang kronik sakitnya, bahkan ada yang sampai terkeluar iman dari hati sanubarinya na'uzubillah. Maka alim ulama' dakwah menyeru agar bangkit ummat hari ini dengan segala apa yang ada pada mereka, dengan segenap kemampuan tenaga dan ilmu yang ada, bagi berusaha menyelamatkan iman ummat yang tengah parah. Seruan dibuat agar ummat hari ini melapangkan masa, tenaga dan harta dengan kemampuan masing-masing untuk sama-sama membantu dan bergotong royong didalam usaha menyelamatkan iman ummat ini. Maka ummat ini pun bangun membantu; ada yang menyediakan prasarana, memberi bantuan logistik, dan pelbagai bentuk bantuan lagi mengikut pengetahuan dan kemampuan masing-masing. Dan ada yang telah terlatih didalam usaha dakwah selama beberapa bulan, mereka mempunyai asas dakwah, berpengalaman untuk menyampaikan agama dengan hikmah dan akhlak yang baik, ikram dan memuliakan saudara-saudara Islam yang dijumpai bagi mengajak dan memujuk mereka agar hampir kepada Allah.  Bila mereka yang didatangi telah bersedia untuk kembali kepada Allah dan mengusahakan iman mereka, maka mereka akan dibawa kepada 'doktor iman' iaitulah para ulama' yang haq yang akan mengajar mereka selok belok agama secara terperinci.

***

Telah berlaku ribut yang kuat sehingga feri penumpang telah terbalik. Beratus ratus orang didalamnya tenggelam timbul didalam laut. Sebahagian besar tidak tahu berenang dan sedang lemas. Ada yang boleh berenang lalu menyelamatkan diri, dan ada yang boleh berenang lalu bertekad untuk cuba menyelamatkan yang lain. Namun siapakah yang patut ditolong? Akhirnya keputusan dibuat untuk memberi prioriti kepada usaha menyelamatkan rakan-rakan yang paling hampir sedaya yang mampu. Manakala rakan-rakan yang jauh telah dikemudiankan.

Terdapat pula para penonton memerhatikan kejadian di pantai. Dan mereka terus menonton.

Begitulah perumpamaan usaha dakwah hari ini. Begitu ramai manusia yang lemas didalam lautan kemaksiatan, kemungkaran dan kekufuran. Sedangkan yang menyedari keadaan ini hanyalah segelintir golongan beriman yang ada kerisauan ummat didalam hatinya. Lalu usaha untuk menyelamatkan manusia yang 'lemas' ini dijalankan. Namun bilangan 'penyelamat' terlalu sedikit, lalu prioriti diberikan kepada usaha menyelamatkan rakan-rakan yang berdekatan kerana peluang untuk diselamatkan adalah lebih cerah berbanding dengan yang jauh. Yang 'dekat' ialah saudara-saudara seIslam yang ada kalimah, cuma saja imannya yang begitu lemah dan lembik sehingga amalan agama didalam diri mereka begitu jauh dari agama. Dan bagi orang-orang yang belum beriman, usaha ke atas mereka dikemudiankan, dan bukannya ditinggalkan.

Namun malangnya, si penyelamat pula disalahkan oleh masyarakat, 'mengapa tak diselamatkan semua sekali? mengapa kau biarkan yang jauh itu mati?' Sedangkan mereka yang berkata itu hanya duduk dan mengkritik dan tidak berbuat apa-apa.

Usaha Dakwah di Kenya dan Tanzania

Kisah dakwah di Kenya dan Tanzania ini dialami dan diceritakan oleh amir jemaah dari Yaman yang sedang khuruj dijalan Allah selama dua bulan di Malaysia. Kisah penuh diboleh dibaca di
http://ziarah76.blogspot.co.uk/2012/07/kisah-jemaah-yaman-bapa-habib-ben-hafiz.html

                         *****************************************************


... Amir itu memberitahu lagi bahawa satu ketika beliau sendiri bersama salah seorang ahli jemaah itu (seorang ahli jemaah itu mengangguk ketika kisah ini diceritakan) telah khuruj berdakwah ke Kenya dan Tanzania (negara Afrika).

Beliau memberitahu, apabila tiba di satu masjid, imam masjid itu menghalau mereka (jemaah) keluar daripada masjid (yakni tidak membenarkan mereka duduk dalam masjid).

Setelah mereka berbicara dengan umat Islam di situ didapati rupa-rupanya umat Islam di daerah itu telah ramai yang murtad dan keluar daripada Islam secara beramai-ramai masuk agama nasrani. Amir itu memberitahu, antara taktik mubaligh nasrani ialah memberikan gula-gula kepada kanak-kanak dan orang awam. Ada dua jenis gula-gula. Satu jenis gula-gula dilabelkan dengan nama Muhammad manakala satu lagi jenis dilabelkan dengan nama Isa. Maka jenis gula-gula yang berlabel Muhammad diperbuat berperisa amat pahit manakala gula-gula berlabel Isa berperisa manis. Apabila disuakan gula-gula ini kepada penerimanya selepas memberitahu nama-nama label itu maka mereka akan membuang dan menyatakan tidak mahu Muhammad tetapi mahu Isa.

Keadaan ini berlaku dalam tempoh beberapa ketika maka ramai yang telah murtad manakala orang awam juga ditipu bahawa dalam dunia tiada lagi orang yang beragama Islam maka lebih baik mereka masuk nasrani sahaja. Dan ramai yang masuk nasrani. Terdapat sebuah masjid pula, terdapat patung berhala diletakkan di dalam masjid.

Maka jemaah dakwah tabligh ini cukup sedih, telah menangis lalu bermesyuarat maka kesemua ahli jemaah satu fikir bertekad tidak mahu pulang ke Yaman selagi Islam kembali tersebar semula di situ atau mereka mati sahaja di situ demi menyebarkan dakwah itu. Setelah beberapa tempoh hari dan bulan jemaah berada di kawasan itu lalu membuat amal masjid seperti biasa, jaulah, ziarah, bacaan taklim, hadis, quran, mesyuarat (seperti amalan dilakukan oleh jemaah tabligh) dan sebagainya maka pertolongan Allah turun. Iaitu lama-kelamaan penduduk di situ mula hatinya terbuka untuk kembali kepada Islam dan akhirnya kesemua masyarakatnya kembali masuk Islam semula.

                        ******************************************************

Sebab itulah usaha dakwah mengajak manusia kepada Allah mesti dibuat secara berterusan. Tanpa usaha dakwah, agama akan keluar dari manusia secara perlahan-lahan sehingga boleh ke tahap murtad, na'uzubillah. Tapi bila usaha dakwah dijalankan, orang yang keras hati seperti Hindun dan Umar pun boleh beriman kepada Allah.