Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, November 11, 2012

Monday, November 5, 2012

Tabligh, Taklim dan Tazkiyyah

By Haji Shakeel Ahmad
Translated by Dr Abu Tamim

” Sabse pehle tablig mein nikla tablig mein nikal kar talab paida hoi, phir amal karne ke liye masaail sikhne ki zaroorat mahsoos hoi tu ulama se raabta kiya, phir jab Hazrat Maulana Abdul Haleem Sahab ke paas gaya tu pata chala ke apne andar dil ke marz hai jinka ilaaj karna zaroori hai.
Talab paida karne ke liye tablig hai aur amal karne ke liye masaail ki zaroorat hai tu ulama se puchna hoga, aur jab ye sab kaam karenge tu shaitan chood kar nahi jayega to dil ke ilaaj ke liye shaikh ki zaroorat hai is liye sabse pehle number par tablig hai ke talab na hogi to na ulama ke paas jayega na kisi shaikh ke paas.”

 
Translation:
First I went in Tabligh and going in Tabligh produced a desire [for din] in me. Then I felt a need for knowledge of masa’il in order to perform (good) deeds, so I connected myself with the scholars. Then when I went to Mawlana Abdul Haleem Saheb [Jaunpuri] I realized that I was suffering from diseases of the heart which needed to be treated.
So Tabligh is for creating desire for dinand then for practising Islam knowledge of masa’il is important and the ‘ulama have to be consulted and (even) after doing this, shaytan will not leave us alone so we need a shaykh for correcting our hearts. That is why Tabligh is number one because if there is no desire then one will neither go to the scholars nor to the shuyukh.

Disalin dari
http://ahlalbidah.wordpress.com/2012/09/20/tabligh-talim-and-tazkiya/#more-27


Terjemahan bebas:

Oleh: Haji Shakeel Ahmad

Pertama, saya keluar bersama Jamaah Tabligh dan dengan bertabligh, ia mewujudkan keinginan kepada agama didalam diri saya. Kemudiannya saya berasa perlu kepada ilmu pengetahuan masa'il bagi melaksanakan amalan agama, jadi saya menghubungkan diri dengan alim ulama'. Kemudiannya saya pergi kepada Maulana Abdul Halim Jaunpuri, maka saya menyedari bahawa saya menghidapi penyakit hati yang perlu untuk diubati.

Jadi, Tabligh ialah untuk mewujudkan keinginan kepada agama dan kemudiannya untuk mengamalkan Islam, ilmu masa'il adalah penting dan ulama' perlulah dirujuk dan selepas melakukan ini, syaitan (tetap) tidak akan meninggalkan kita sendirian, maka kita perlu kepada syaikh untuk membetulkan hati kita. Inilah sebabnya mengapa Tabligh nombor satu, kerana jika tiada keinginan (kepada agama), seseorang tidak akan pergi kepada ulama' atau kepada syaikh.


 

Pengiktirafan Ulama' Maliki terhadap aliran Deobandi


Sila rujuk
http://www.friendsofdeoband.com/?p=1444#more-1444

Ringkasnya, Syaikh dari Mazhab Maliki bernama Shaykh ‘Abd al-Shakur Brooks menulis jawapan ringkas mengenai Ulama' Deoband di South Africa dan Britain. Syaikh mengatakan bahawa begitu banyak para alim ulama' hadith yang besar seperti Shaykh Muhammad ‘Awammah, [Shaykh] ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dan ribuan lainnya yang memuji aliran (Deoband)  ini kerana telah memberi sumbangan besar terhadap disiplin ilmu sains fiqh dan hadith. Sehinggakan Syaikh Abdul Fattah pernah menyatakan,

'...had it not been for them the science of hadith would have been lost in this last century.'
[terjemahan bebas] ' Jika tidak kerana mereka (Ulama' Deoband), maka ilmu Sains Hadith mungkin telah hilang pada abad yang akhir ini.'

Dalam tempoh kurang dari 70 tahun, mereka (Deobandi) juga telah menyedia (dan mengembangkan  institusi) pendidikan agama secara percuma dengan kos yang sangat rendah di seluruh dunia - di Afrika, Asia dan Barat.

Dan Syaikh mengatakan, 'We both have not contributed anywhere close to what they have, than we should keep our mouths closed least our tongue backfire on us…'
[terjemahan bebas] 'Sumbangan kita (terhadap agama) tidak langsung dapat dibandingkan dengan sumbangan mereka (yang begitu banyak), jadi sepatutnya kita menutup mulut kita (agar sekurang-kurangnya) lidah kita (yang digunakan untuk mengkritik mereka) tidak menikam diri kita sendiri.'

Sunday, November 4, 2012

Keluar IPB selepas habis belajar

Tulisan ini ditujukan khasnya buat adik-adik yang sedang belajar dan sedang bersemangat untuk keluar di jalan Allah, terutama di IPB setelah tamat belajar nanti. Semoga bermanfaat.

***

Ibu bapa  mana yang tak menyayangi anak-anak mereka. Semuanya mahukan anak-anak mereka berjaya - dalam pelajaran, dalam kerjaya, dalam kehidupan. Cumanya kadang-kadang ada ibu bapa yang terlepas pandang akan kejayaan yang sebenarnya, yang Allah Taala letakkan dalam agama.

Ada anak-anak yang belajar di menara gading yang mula berjinak-jinak dengan usaha dakwah yang suci murni ini, menyedari akan perihal kepentingan agama dan usaha agama. Namun mereka tidak nampak jalan bagaimana untuk meyakinkan ibu bapa mereka agar mengizinkan mereka keluar 4 bulan di jalan Allah, apatah lagi ke luar negara seperti di India, Pakistan dan Bangladesh.

Dalam hal ini, sebaik-baiknya kita mendengar nasihat elders, agar sentiasa berkhidmat untuk orang tua kita. Dan jangan lupa mendoakan mereka selepas tiap kali solat fardhu dan sunnat. Doa keampunan untuk mereka, dan semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara mereka.

Memang susah untuk kita menjelaskan maksud kita keluar ke jalan Allah kepada mereka, kerana seolah-olah seperti kita hendak mengajar mereka agama pulak. Maka satu cara lain yang boleh kita gunakan, ialah dengan menjelaskan kepada mereka perihal manfaat duniawi yang akan kita peroleh melalui 'pengembaraan' 4 bulan ini. 'Fadhilat' dunia ini mungkin lebih mudah untuk mereka fahami dan hadam.

Diantaranya:

1. Untuk meluaskan pandangan dan pengalaman hidup kita di negara luar buat beberapa ketika
2. Untuk kita melihat kehidupan manusia khususnya masyarakat Islam di negara Islam seperti Pakistan dan Bangladesh, dan bagaimana mereka menjalankan kehidupan sebagai orang Islam walaupun didalam penuh kesederhaan dari aspek material.
3. Untuk kita lihat bagaimana  ummat Islam yang minoriti dapat menjalankan kehidupan beragama di negara seperti di India.
4. Sebagai hadiah untuk kita kerana telah berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang (Jadi kena pastikan dapat 1st class atau cemerlang dalam pelajaran, dengan niat untuk memudahkan kita dapat keluar ke jalan Allah)
5. Orang-orang muda di barat biasa mengembara ke seluruh dunia setelah tamat pelajaran. Kadang-kadang sampai setahun, kemudin barulah mereka mula bekerja. Jadi kalau orang barat menghabiskan masa pergi mengembara ke gunung, bukit, sungai, gua, pasar-pasar dan sebagainya, mengapa kita disekat dari mengembara dengan tujuan dan cara yang jauh lebih mulia dan murni?
6. Kita keluar tanpa perlu menyusahkan mereka dari segi kewangan (Maka pastikan kita menabung duit sedikit demi sedikit dari sekarang. Tekankan nafsu untuk membeli barang yang bukan keperluan, sebaliknya duit dikumpul untuk tujuan keluar ke jalan Allah. Setiap sen akan mendapat ganjaran Insyaallah. Dan elakkan dari berhutang kerana ini akan menjadi kekangan semasa hendak keluar nanti. Pastikan juga wang mencukupi untuk membuat pasport dan visa).
7. Kita sudah tidak berpeluang untuk menjadi ustaz, alim dan hafiz. Tak berpeluang untuk belajar di pondok dan madrasah. Tak sempat mengaji di Darul Ulum Deoband, Universiti al-Azhar atau Pesantren Kiyai Uzairon. Maka inilah peluang selama 4 bulan, sekurang-kurangnya untuk bergaul dengan para alim ulama' yang menghabiskan masa kehidupan mereka untuk agama, merasai kehidupan di 'madrasah bergerak', peluang untuk memperbaiki bacaan Qu'ran melalui halaqah tajwid harian, peluang untuk mengamalkan solat sunnat dan menghafal zikir dan doa-doa masnun.
8. Aktiviti 'rehlah dakwah' ini akan menjadi benteng buat bekalan semasa dunia pekerjaan nanti, dari kita terjerumus dalam aktiviti kemungkaran atau kesesatan.
9. Keluar 4 bulan ini adalah sebagai period yang memberi peluang untuk kita merehatkan fikiran dan emosi setelah tenggelam didalam dunia pelajaran selama belasan tahun. Juga sebagai period buat kita merancang masa depan kita di alam pekerjaan dan alam perkahwinan.
10. Keluar 4 bulan ini adalah sebagai persediaan untuk kita memikul tanggungjawab sebagai pemuda, seorang dewasa, dan seorang yang akan memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara [sebenarnya persediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai hamba Allah, ummat Nabi dan pewaris al-Qur'an]

Semoga Allah mengumpulkan kita bersama ibu bapa kita dan mereka yang kita kasihi di Syurga Firdhaus kelak, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, amin.

Wallahu a'lam.