Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Monday, November 5, 2012

Pengiktirafan Ulama' Maliki terhadap aliran Deobandi


Sila rujuk
http://www.friendsofdeoband.com/?p=1444#more-1444

Ringkasnya, Syaikh dari Mazhab Maliki bernama Shaykh ‘Abd al-Shakur Brooks menulis jawapan ringkas mengenai Ulama' Deoband di South Africa dan Britain. Syaikh mengatakan bahawa begitu banyak para alim ulama' hadith yang besar seperti Shaykh Muhammad ‘Awammah, [Shaykh] ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dan ribuan lainnya yang memuji aliran (Deoband)  ini kerana telah memberi sumbangan besar terhadap disiplin ilmu sains fiqh dan hadith. Sehinggakan Syaikh Abdul Fattah pernah menyatakan,

'...had it not been for them the science of hadith would have been lost in this last century.'
[terjemahan bebas] ' Jika tidak kerana mereka (Ulama' Deoband), maka ilmu Sains Hadith mungkin telah hilang pada abad yang akhir ini.'

Dalam tempoh kurang dari 70 tahun, mereka (Deobandi) juga telah menyedia (dan mengembangkan  institusi) pendidikan agama secara percuma dengan kos yang sangat rendah di seluruh dunia - di Afrika, Asia dan Barat.

Dan Syaikh mengatakan, 'We both have not contributed anywhere close to what they have, than we should keep our mouths closed least our tongue backfire on us…'
[terjemahan bebas] 'Sumbangan kita (terhadap agama) tidak langsung dapat dibandingkan dengan sumbangan mereka (yang begitu banyak), jadi sepatutnya kita menutup mulut kita (agar sekurang-kurangnya) lidah kita (yang digunakan untuk mengkritik mereka) tidak menikam diri kita sendiri.'

No comments: