Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, December 19, 2010

Serulah walau belum beramal kesemuanya

Daripada Hazrat Anas (r.a.) beliau meriwayatkan bahawa kami berkata, "Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan dan kami tidak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?" Maka Baginda SAW berkata, "Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan kesemuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya."
(Hadith riwayat at-Tobrani dalam as-Saghir dan al-Ausath)

[dipetik dari 'Kemunduran Ummat dan Penyelesaiannya' susunan Maulana Ihtishamul Hasan Kandhalawi, m/s 24. Dari Kitab Fadhilat Amal, terjemahan Lujnah Terjemahan Madrasah Miftahul 'Ulum Seri Petaling, terbitan Era Ilmu Sdn Bhd, cetakan keenam 2006]

No comments: