(Didalam menjelaskan nazom/syair Syaikh Ibrahim al-Laqqoni berkenaan amar ma'ruf dan nahi mungkar, Syaikh Ibrahim al-Bajuri menyatakan:)
'Dan tidaklah tertentu kewajipan perintah terhadap yang ma'ruf dan kewajipan melarang dari yang mungkar itu dengan orang yang tidak melakukan seumpamanya. Akan tetapi barangsiapa yang melihat kemungkaran dalam keadaan dia juga sedang melakukan yang seumpamanya wajib atasnya untuk melarangnya dari kemungkaran itu.
Kerana itulah maka berkata Imam Haramain: Wajiblah atas orang yang hendak meminum khamar untuk mengingkari orang-orang yang duduk disana.
Berkata Imam Ghazali: Wajib atas orang-orang yang berzina dengan perempuan untuk memerintahnya menutup wajah darinya. Dan dalil atas wajibnya memerintah dengan yang ma'ruf dan melarang dari yang mungkar adalah al-Qur'an, Sunnah dan Ijma'.'
[Syaikh Ibrahim al-Laqqoni, 'Permata Ilmu Tauhid - Satu Pendalaman Terhadap Iktikad Ahlus Sunnah wal Jamaah', Bab 134,135: Masalah Amar Makruf, Namimah, Hibah, Ujub, Kibar, Terbitan Pustaka Jiwa Sdn Bhd, cetakan pertama 2000, m/s 590]
No comments:
Post a Comment