Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah an-Nur ayat 55)
Monday, May 26, 2014
Sunday, May 18, 2014
'Bapak ini aneh...'
Ada orang kritik jamaah yang sedang keluar, mereka katakan ini aliran apa tinggalkan anak istri untuk Dakwah.?
Ahli jamaah katakan: Bapak agamanya apa?
Orang itu jawab: Islam, kenapa?
Jamaah katakan: Bapak ini aneh, orang Islam tetapi tak suka agamanya disebarkan. Harusnya bapak bangga ada orang berani tinggalkan anak istri buat dakwahkan agama bapak, sedangkan bapak tak berani lakukan itu.
[https://www.facebook.com/groups/mahodum/?fref=nf]
Hak untuk berdakwah
'... walaupun tengah berzina, si penzina masih berhak untuk mendakwah perempuan yang lalu supaya menutup aurat...'
Dalam maksud kata-kata Imam Ghazali Rahimahullah yang di nukilkan oleh UAI, untuk menunjukkan pentingnya dakwah dan semua orang Islam berhak dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dakwah.
Perkara ini menguatkan lagi hujah yang dinukilkan didalam posting sebelum ini, iaitu petikan dari kitab Jauharatut Tauhid:
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2010/12/maruf-dan-amar-maruf-dua-tanggungjawab.html

Wednesday, March 26, 2014
Sunnah Berjuang
Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang...
Bantuan Allah
Allah berjanji, sekiranya kita bantu (agama) Allah, barulah Allah akan bantu kita.
Dengan bantuan Allah, tidak ada sesiapa dapat mengalahkan kita.
Tanpa bantuan Allah, tidak ada sesiapa yang akan dapat bantu kita.
Kita bantu (agama) Allah, dengan cara sebarkan agama Allah, dakwah kebesaran Allah kepada manusia, ajak manusia kepada Allah, seru agar manusia amal agama yang sempurna, kesempurnaan didalam mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
Inilah maksud semua nabi-nabi dihantar ke dunia ini. Dan para nabi dibantu oleh para pembantu mereka, seperti Hawariyyin yang membantu Nabi Isa Alaihissalam dan para sahabat Ridhwanallahi alaihim yang membantu baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.
Usaha membantu (agama) Allah ini, adalah dengan diri sendiri, harta sendiri, masa sendiri, dikorbankan di jalan Allah. Membantu (agama) Allah dengan menyeru manusia kepada Allah; diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat kampung, bandar, negeri, dan penduduk seluruh alam hingga kiamat. Seluruh manusia diseluruh alam hingga kiamat adalah ummat Nabi sallallahu alaihi wa Sallam, dan kitalah pewaris kerja Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam.
Jika kita bantu (agama) Allah, Allah akan bantu kita dan ummat ini, sama ada dengan perantaraan asbab, tanpa asbab, atau berlawanan dengan asbab.
Allah boleh bantu ummat ini hari ini, dengan Qudrat-nya, sepertimana Allah bantu para utusan-Nya dan para sahabat Ridhwanallahi alaihim. Allah boleh bantu kita dengan menggunakan unsur-unsur bumi seperti air, api, angin dan tanah. Allah boleh tewaskan musuh-Nya dan musuh kita dengan air seperti Allah tenggelamkan kaum Nuh Alaihissalam didalam banjir dan Fir'aun laknatullah alaih didalam laut. Allah boleh sejuk dan sejahterakan Ibrahim Alaihissalam didalam api. Allah boleh bantu kita dengan angin sepertimana Allah terbangkan Nabi Sulaiman dan seluruh bala tenteranya. Allah boleh gunakan tanah untuk hancurkan musuh-Nya seperti Allah tenggelamkan Qarun laknatullah alaih.
Allah boleh bantu kita sepertimana Allah bantu para sahabat yang berjalan dan menunggang kuda menyeberangi sungai Dajlah tanpa kapal, sehingga musuh Islam menyangka mereka dari golongan jin. Allah boleh bantu kita sepertimana Allah bantu Sayyidina Tamim Dari yang menggulungkan larva api yang keluar dari gunung berapi, sehingga api itu masuk semula ke dalamnya. Allah boleh bantu kita sebagaimana Allah bantu tentera Muslimin melalui peringatan Khalifah Sayyidina Umar Faruq Azam yang suara baginda dibawa oleh angin dengan begitu pantas. Allah boleh bantu kita sebagaimana sahabat yang menenangkan gempa bumi dengan hentakan kaki.
Allah boleh bantu kita sebagaimana Allah bantu sahabat Nabi yang menggegarkan istana raja Rom dengan tasbih tahlil dan takbir. Allah boleh bantu kita dengan perantaraan haiwan-haiwan sebagaimana Allah bantu para sahabat yang sesat didalam hutan dengan menjadikan singa sebagai penunjuk jalan. Dan Allah Yang Maha Pemberi Hidapat boleh membantu kita dengan mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya kepada musuh-musuh kita sehingga menjadi rakan dan pembantu kita, sebagaimana Allah memberi petunjuk hidayah-Nya kepada Sayyidina Umar Radhiallahu anhu yang begitu bengis dan hendak membunuh Nabi, tapi kemudiannya menjadi Mukmin dan berjuang di sisi nabi.
Kuasa dunia dizaman nabi dan para sahabat seperti kuasa Rom dan Parsi, telah hancur musnah oleh Allah Taala dengan begitu mudah sekali. Kekuatan politik, ketenteraan, teknologi, helah dan tipu daya golongan kafir, semuanya begitu mudah sekali dihancurkan oleh Allah Taala sebagaimana mudahnya kita menghancurkan sarang labah-labah.
Allah pasti akan mengembalikan kekuatan, kemuliaan, kejayaan, kehebatan, keunggulan dan keselamatan kepada ummat ini, jika kita semua berazam, nekad, dan terjun ke dalam usaha untuk membantu (agama) Allah ini. Dan bantuan Allah pasti akan datang! Dan Allah tidak pernah memungkiri janji!

Subscribe to:
Posts (Atom)