Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, March 26, 2014

Bantuan Allah

Allah berjanji, sekiranya kita bantu (agama) Allah, barulah Allah akan bantu kita.
Dengan bantuan Allah, tidak ada sesiapa dapat mengalahkan kita.
Tanpa bantuan Allah, tidak ada sesiapa yang akan dapat bantu kita.

Kita bantu (agama) Allah, dengan cara sebarkan agama Allah, dakwah kebesaran Allah kepada manusia, ajak manusia kepada Allah, seru agar manusia amal agama yang sempurna, kesempurnaan didalam mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Inilah maksud semua nabi-nabi dihantar ke dunia ini. Dan para nabi dibantu oleh para pembantu mereka, seperti Hawariyyin yang membantu Nabi Isa Alaihissalam dan para sahabat Ridhwanallahi alaihim yang membantu baginda Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Usaha membantu (agama) Allah ini, adalah dengan diri sendiri, harta sendiri, masa sendiri, dikorbankan di jalan Allah. Membantu (agama) Allah dengan menyeru manusia kepada Allah; diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat kampung, bandar, negeri, dan penduduk seluruh alam hingga kiamat. Seluruh manusia diseluruh alam hingga kiamat adalah ummat Nabi sallallahu alaihi wa Sallam, dan kitalah pewaris kerja Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam.

Jika kita bantu (agama) Allah, Allah akan bantu kita dan ummat ini, sama ada dengan perantaraan asbab, tanpa asbab, atau berlawanan dengan asbab.

Allah boleh bantu ummat ini hari ini, dengan Qudrat-nya, sepertimana Allah bantu para utusan-Nya dan para sahabat Ridhwanallahi alaihim. Allah boleh bantu kita dengan menggunakan unsur-unsur bumi seperti air, api, angin dan tanah. Allah boleh tewaskan musuh-Nya dan musuh kita dengan air seperti Allah tenggelamkan kaum Nuh Alaihissalam didalam banjir dan Fir'aun laknatullah alaih didalam laut. Allah boleh sejuk dan sejahterakan Ibrahim Alaihissalam didalam api. Allah boleh  bantu kita dengan angin sepertimana Allah terbangkan Nabi Sulaiman dan seluruh bala tenteranya. Allah boleh gunakan tanah untuk hancurkan musuh-Nya seperti Allah tenggelamkan Qarun laknatullah alaih.

Allah boleh bantu kita sepertimana Allah bantu para sahabat yang berjalan dan menunggang kuda menyeberangi sungai Dajlah tanpa kapal, sehingga musuh Islam menyangka mereka dari golongan jin. Allah boleh bantu kita sepertimana Allah bantu Sayyidina Tamim Dari yang menggulungkan larva api yang keluar dari gunung berapi, sehingga api itu masuk semula ke dalamnya. Allah boleh bantu kita sebagaimana Allah bantu tentera Muslimin melalui peringatan Khalifah Sayyidina Umar Faruq Azam yang suara baginda dibawa oleh angin dengan begitu pantas. Allah boleh bantu kita sebagaimana sahabat yang menenangkan gempa bumi dengan hentakan kaki.

Allah boleh bantu kita sebagaimana Allah bantu sahabat Nabi yang menggegarkan istana raja Rom dengan tasbih tahlil dan takbir. Allah boleh bantu kita dengan perantaraan haiwan-haiwan sebagaimana Allah bantu para sahabat yang sesat didalam hutan dengan menjadikan singa sebagai penunjuk jalan. Dan Allah Yang Maha Pemberi Hidapat boleh membantu kita dengan mengurniakan taufiq dan hidayah-Nya kepada musuh-musuh kita sehingga menjadi rakan dan pembantu kita, sebagaimana Allah memberi petunjuk hidayah-Nya kepada Sayyidina Umar Radhiallahu anhu yang begitu bengis dan hendak membunuh Nabi, tapi kemudiannya menjadi Mukmin dan berjuang di sisi nabi.

Kuasa dunia dizaman nabi dan para sahabat seperti kuasa Rom dan Parsi, telah hancur musnah oleh Allah Taala dengan begitu mudah sekali. Kekuatan politik, ketenteraan, teknologi, helah dan tipu daya golongan kafir, semuanya begitu mudah sekali dihancurkan oleh Allah Taala sebagaimana mudahnya kita menghancurkan sarang labah-labah.

Allah pasti akan mengembalikan kekuatan, kemuliaan, kejayaan, kehebatan, keunggulan dan keselamatan kepada ummat ini, jika kita semua berazam, nekad, dan terjun ke dalam usaha untuk membantu (agama) Allah ini. Dan bantuan Allah pasti akan datang! Dan Allah tidak pernah memungkiri janji!




No comments: