Wednesday, October 17, 2012
Lemah lembut dalam melaksanakan dakwah
Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Serulah kepada jalan Rabb-mu dengan penuh hikmah.” (an-Nahl: 125)
Firman Allah Subhanahu wa Taala:
“Maka dengan rahmat Allah-lah kamu bisa bersikap lemah lembut kepada mereka.” (Ali ‘Imran: 159)
Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ وَيُعْطِي عَلَى الرِّفْقِ مَا لاَ يُعْطِي عَلَى الْعُنْفِ وَمَا لاَ يُعْطِي عَلَى مَا سِوَاهُ
“Sesungguhnya Allah Maha Lembut serta mencintai kelembutan, dan Allah memberikan kepada sifat lembut yang tidak diberikan pada sifat kasar dan sifat lainnya.” (Sahih, HR. Muslim no. 2593)
Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
“(Orang-orang yang bertakwa adalah) orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan (orang lain). Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Ali ‘Imran: 134)
Rasulullah Sallallahu alahi wa Sallam bersabda kepada al-Asyaj Abdul Qais, “Sesungguhnya pada dirimu ada dua sifat yang dicintai oleh Allah: lemah lembut dan tidak tergesa-gesa.” (Sahih, HR. Muslim no. 17 dan no. 25)
[Dipetik dan diringkaskan dari http://asysyariah.com/lemah-lembut.html]
Friday, October 5, 2012
Pandangan Mufti Ebrahim Desai mengenai Sistem Demokrasi
Telah timbul banyak salah faham dikalangan masyarakat mengenai pendirian
pengusaha dakwah dan tabligh mengenai sistem demokrasi, mengundi, dan politik
kepartian. Hikmah dan nasihat para masyaikh dakwah dan tabligh agar para
pengusaha dakwah agar tidak menyentuh perkara ini telah disalah erti dan di
salah fahami oleh banyak pihak, sehingga timbul tohmahan dan fitnah yang
pelbagai. Antaranya seperti menuduh pengusaha dakwah ini mengambil pendapat
mengharamkan sistem demokrasi secara total dan menuduh orang yang 'bergelumang'
didalamnya sebagai terkeluar dari landasan Islam, dan seumpamanya.
Didalam membincangkan isu ini, saya ingin berkongsi pandangan dari Maulana Mufti Ebrahim Desai (semoga Allah memelihara beliau) yang mengetuai Darul Ifta', Madrasah In'aamiyyah, South Africa. Sebelum perbincangan diteruskan, saya ingin menjelaskan secara ringkas mengenai Tuan Mufti Ebrahim Desai, latar belakang beliau dan usaha-usaha yang beliau lakukan untuk mengembangkan dakwah Islam dan penyebaran ilmu-ilmu agama.
Tuan Mufti telah mendapat pendidikan di madrasah beraliran Deoband. Aliran Deoband adalah golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terkenal di rantau Indo-Pakistan. Ayah beliau adalah seorang pengusaha dakwah dan tabligh yang aktif, dan tuan Mufti sendiri banyak mengeluarkan fatwa mempertahan dan mendokong usaha dakwah dan tabligh. Manakala beliau sendiri banyak memberi tumpuan kepada usaha pembangunan ilmu dan madrasah.
Tuan Mufti Ebrahim Desai juga telah memberi tumpuan didalam pembinaan dan penyelenggaraan website Askimam.org. Melalui website ini, pelbagai bentuk soalan agama dari masyarakat seluruh dunia telah dijawab dan dijelaskan oleh Tuan Mufti dan rakan-rakan beliau melalui projek usahasama antara madrasah-madrasah. Bentuk soalan dan jawapan adalah pelbagai, dari aspek aqidah, syariat dan akhlak, sehinggalah isu-isu kontemporari seperti permasalahan politik semasa dan gerakan -gerakan Islam.
Menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan usaha dakwah dan tabligh, pandangan dan fatwa beliau mungkin boleh dikatakan bukannya kenyataan rasmi dari pusat usaha dakwah dan tabligh di Nizamuddin India. Namun, kita boleh menilai secara ilmiah pandangan yang beliau kemukakan berdasarkan tahap ilmu dan kelulusan yang membolehkan beliau mengeluarkan fatwa (khususnya didalam mazhab Hanafi) dan hubungan, keterlibatan dan sokongan beliau terhadap usaha dakwah dan tabligh ini. Begitu juga mengenai isu yang tidak disentuh oleh para penanggungjawab usaha dakwah dan tabligh seperti politik semasa dan khilafiyyah, pandangan beliau mengenai perkara-perkara ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan kajian dari sudut ilmiah dan kesarjanaan Islam.
Kembali kepada topik perbincangan. Tuan Mufti telah menjawab beberapa soalan mengenai sistem demokrasi dan hukum terlibat didalamnya. Sila rujuk
http://askimam.org/public/question_detail/17053
http://askimam.org/public/question_detail/18680
http://askimam.org/public/question_detail/17900
Antara poin-poin dari fatwa tuan Mufti yang ingin saya kongsi bersama ialah:
Tiga poin diatas adalah memadai untuk disimpulkan bahawa didalam fatwa
beliau, tuan Mufti tidak menolak secara total perbuatan mengundi dan
keterlibatan didalam sistem demokrasi, walaupun turut diakui bahawa sistem demokrasi
mempunyai kelemahannya yang tersendiri.
Oleh itu, rasanya bukanlah satu perbuatan yang wajar, terutama bagi pihak yang mendokong dan memilih jalan demokrasi untuk memperjuangkan Islam, yang mana segelintir dari mereka mengkritik apatah lagi menghina atau mencaci para pengusaha dakwah semata-mata kerana mereka tidak menyentuh urusan politik kepartian. Sangkaan-sangkaan buruk atau alasan-alasan yang diada-adakan, misalnya sebab politik tidak disentuh adalah kerana kononnya pengusaha dakwah berpendapat bahawa kafirlah orang yang menyertai sistem demokrasi ini, atau mengundi itu haram, atau perjuangan melalui sistem demokrasi ini sia-sia, atau seumpamanya – sangkaan buruk dan kata-kata seperti ini tidak sepatutnya ada didalam pemikiran mereka, apatah lagi untuk dilabelkan ke atas lidah para pengusaha dakwah.
Mengapa tidak? Kerana sudah jelas bahawa para pengusaha dakwah (maksudnya golongan awam) memang tidak sepatutnya menyentuh isu politik semasa, apatah lagi mengeluarkan pendapat peribadi mereka (seperti mengkritik dan menolak sistem demokrasi) sebagaimana digariskan didalam usul dan tertib dakwah dan tabligh. Jika ada yang menyentuhnya juga, bermakna itu adalah pandangan peribadi semata-mata dan bukannya seperti yang dikehendaki oleh masyaikh dakwah dan tabligh. Dan jika ada yang mengkritik dan menolak sistem demokrasi, maka sewajarnya mereka mengetahui pandangan dan fatwa tuan Mufti Ebrahim Desai ini selaku alim dan Mufti yang diiktiraf didalam sistem Madrasah Deoband dan selaku alim Deoband yang turut mendokong dan menyokong usaha dakwah dan tabligh ini.
Wallahu a’lam.
Didalam membincangkan isu ini, saya ingin berkongsi pandangan dari Maulana Mufti Ebrahim Desai (semoga Allah memelihara beliau) yang mengetuai Darul Ifta', Madrasah In'aamiyyah, South Africa. Sebelum perbincangan diteruskan, saya ingin menjelaskan secara ringkas mengenai Tuan Mufti Ebrahim Desai, latar belakang beliau dan usaha-usaha yang beliau lakukan untuk mengembangkan dakwah Islam dan penyebaran ilmu-ilmu agama.
Tuan Mufti telah mendapat pendidikan di madrasah beraliran Deoband. Aliran Deoband adalah golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang terkenal di rantau Indo-Pakistan. Ayah beliau adalah seorang pengusaha dakwah dan tabligh yang aktif, dan tuan Mufti sendiri banyak mengeluarkan fatwa mempertahan dan mendokong usaha dakwah dan tabligh. Manakala beliau sendiri banyak memberi tumpuan kepada usaha pembangunan ilmu dan madrasah.
Tuan Mufti Ebrahim Desai juga telah memberi tumpuan didalam pembinaan dan penyelenggaraan website Askimam.org. Melalui website ini, pelbagai bentuk soalan agama dari masyarakat seluruh dunia telah dijawab dan dijelaskan oleh Tuan Mufti dan rakan-rakan beliau melalui projek usahasama antara madrasah-madrasah. Bentuk soalan dan jawapan adalah pelbagai, dari aspek aqidah, syariat dan akhlak, sehinggalah isu-isu kontemporari seperti permasalahan politik semasa dan gerakan -gerakan Islam.
Menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan usaha dakwah dan tabligh, pandangan dan fatwa beliau mungkin boleh dikatakan bukannya kenyataan rasmi dari pusat usaha dakwah dan tabligh di Nizamuddin India. Namun, kita boleh menilai secara ilmiah pandangan yang beliau kemukakan berdasarkan tahap ilmu dan kelulusan yang membolehkan beliau mengeluarkan fatwa (khususnya didalam mazhab Hanafi) dan hubungan, keterlibatan dan sokongan beliau terhadap usaha dakwah dan tabligh ini. Begitu juga mengenai isu yang tidak disentuh oleh para penanggungjawab usaha dakwah dan tabligh seperti politik semasa dan khilafiyyah, pandangan beliau mengenai perkara-perkara ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan kajian dari sudut ilmiah dan kesarjanaan Islam.
Kembali kepada topik perbincangan. Tuan Mufti telah menjawab beberapa soalan mengenai sistem demokrasi dan hukum terlibat didalamnya. Sila rujuk
http://askimam.org/public/question_detail/17053
http://askimam.org/public/question_detail/18680
http://askimam.org/public/question_detail/17900
Antara poin-poin dari fatwa tuan Mufti yang ingin saya kongsi bersama ialah:
1.
Sistem demokrasi adalah tidak Islamik, namun mengundi
didalam sistem tersebut adalah dibenarkan.
2.
Ada orang mengatakan bahawa pendokong sistem demokrasi
adalah kafir dengan berdalilkan ayat Qur’an
إِنِ
الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ
Tuan Mufti mengatakan bahawa pandangan seperti
ini menyamai golongan Khawarij yang menggunakan dalil yang sama ke atas
Sayyidina Ali Radhiallahu anhu (sila rujuk sejarah majlis tahkim).
3.
Kaedah memilih mudarat yang kecil bagi menolak mudarat
yang lebih besar boleh digunakan bagi memilih (dengan cara mengundi) pemimpin
yang jahat bagi menolak pemimpin yang lebih jahat.
Oleh itu, rasanya bukanlah satu perbuatan yang wajar, terutama bagi pihak yang mendokong dan memilih jalan demokrasi untuk memperjuangkan Islam, yang mana segelintir dari mereka mengkritik apatah lagi menghina atau mencaci para pengusaha dakwah semata-mata kerana mereka tidak menyentuh urusan politik kepartian. Sangkaan-sangkaan buruk atau alasan-alasan yang diada-adakan, misalnya sebab politik tidak disentuh adalah kerana kononnya pengusaha dakwah berpendapat bahawa kafirlah orang yang menyertai sistem demokrasi ini, atau mengundi itu haram, atau perjuangan melalui sistem demokrasi ini sia-sia, atau seumpamanya – sangkaan buruk dan kata-kata seperti ini tidak sepatutnya ada didalam pemikiran mereka, apatah lagi untuk dilabelkan ke atas lidah para pengusaha dakwah.
Mengapa tidak? Kerana sudah jelas bahawa para pengusaha dakwah (maksudnya golongan awam) memang tidak sepatutnya menyentuh isu politik semasa, apatah lagi mengeluarkan pendapat peribadi mereka (seperti mengkritik dan menolak sistem demokrasi) sebagaimana digariskan didalam usul dan tertib dakwah dan tabligh. Jika ada yang menyentuhnya juga, bermakna itu adalah pandangan peribadi semata-mata dan bukannya seperti yang dikehendaki oleh masyaikh dakwah dan tabligh. Dan jika ada yang mengkritik dan menolak sistem demokrasi, maka sewajarnya mereka mengetahui pandangan dan fatwa tuan Mufti Ebrahim Desai ini selaku alim dan Mufti yang diiktiraf didalam sistem Madrasah Deoband dan selaku alim Deoband yang turut mendokong dan menyokong usaha dakwah dan tabligh ini.
Wallahu a’lam.
Monday, October 1, 2012
Hadith Hasan Li Ghairih
Secara umumnya, hadith Hasan Li Ghairih ialah hadith yang dhaif kerana lemah dari segi sanadnya, tetapi apabila ada sumber hadith lain, ia menjadi saling melengkapi dan darjatnya naik menjadi Hasan.
Begitulah yang diterangkan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullah didalam kitab beliau Nukbatul Fikar, yang kemudiannya disyarahkan pula oleh Allamah Saeed Ahmad Palanpuri.
http://www.kalamullah.com/Books/Nukbatul%20Fikar.pdf
m/s 67-68.
Kemudiannya hukum hadith dhaif diterangkan. Ia diterima bagi tujuan Fadhaail Amaal, nasihat dan kelebihan para sahabat.
m/s 68-69.

Tuesday, September 18, 2012
Laporan & Fatwa Ilmuwan Saudi berkenaan Jamaah Tabligh
Sila rujuk
http://www.central-mosque.com/index.php/Islam/investigative-reports-findings-of-saudi-scholars-on-tableeghi-jamaat.html

Friday, September 14, 2012
Meriwayat dan mengamal hadith dhaif
Ada yang mengatakan bahawa didalam kitab Adab al-Mufrad, Imam Bukhari hanya meriwayatkan hadith dhaif didalamnya, tidak bererti dia beramal dengan hadith tersebut.
Komen:
1. Bermakna hadith dhaif boleh diriwayatkan.
Maka apakah yang menjadi kesalahan didalam kitab-kitab fadhoil seperti Targhib wat Tarhib, Ihya' Ulumiddin, Tanbihul Ghafilin, dan Fadhoil A'maal (susunan Maulana Zakariyya) yang turut serta didalamnya riwayat-riwayat hadith dhoif? Jika Imam Bukhari boleh melakukannya, maka mengapa amalan beliau tidak boleh diikuti oleh alim ulama' selepasnya?
2. .. tidak bererti Imam Bukhari beramal dengannya (hadith dhaif)
Bagaimana pula dengan pendapat Imam Nawawi (Rahmatullah alaih) yang menulis didalam at-Taqrib, bahawa adalah dibenarkan untuk mengamalkan hadith dho’if tanpa menyatakan kedho’ifannya, selagi hadith itu tidak berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan tidak berkaitan dengan hukum hakam seperti halal haram dan selainnya. (Hadith dho’if yang berkenaan) adalah mengenai kisah-kisah, kelebihan-kelebihan amal, nasihat dan peringatan.
Sila rujuk klip video dibawah, minit 01.13-01.53
Subscribe to:
Posts (Atom)