Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Saturday, July 28, 2012

Politik Islam


Qutbul Aqtab, Syaikhul Hadith, Ra’isul Muhaddithin Allamah, Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi, adDeobandi, Muhajir Madani, Rahmatullah alaih, telah menyusun sebuah kitab yang berjudul al-Eti’dal fi Maratibur Rijal, atau dikenali sebagai Politik Islam.

Kitab ini ada di link


Syaikhul Hadith menyatakan bahawa untuk memahami isi kandungan kitab ini, ia hendaklah dibaca bukan hanya sekali, tetapi beberapa kali. Beliau juga mengatakan bahawa ini adalah pandangan beliau semata-mata; jika hendak diambil, ambillah. Jika tidak, maka terpulanglah kepada masing-masing yang empunya diri.

Kitab ini sebenarnya ialah surat jawapan yang agak panjang kepada persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pelajar mengenai pergolakan politik semasa yang berlaku di India. Pada masa itu, India telah mencapai kemerdekaan dari British. Namun telah wujud perbezaan pandangan dikalangan orang Islam di India, sama ada hendak menubuhkan kerajaan secara bersama dengan masyarakat Hindu, atau menubuhkan kerajaan yang tersendiri dan berpisah dari India. Kedua-dua pandangan didokong oleh kelompok besar Islam yang turut disertai oleh para alim ulama’ besar India pada masa itu. Hakimul Ummat Hazrat Maulana Asyraf Ali Thanawi Rahmatullah alaih menyokong pembentukan Negara Islam tersendiri manakala Amirul Hind Hazrat Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani Rahmatullah alaih mendokong fahaman pembentukan kerajaan bersama dengan masyarakat Hindu.

Krisis perbezaan politik ini telah dikupas dan diterangkan oleh Syaikhul Hadith dengan mendalam berdasarkan al-Qur’an, Sunnah, pandangan alim ulama’ zaman berzaman dan sejarah Islam dari zaman Nabi, para sahabat dan salafus Soleh. Penjelasan yang dibuat oleh Syaikhul Hadith adalah sangat penting untuk difahami, apatah lagi kerana ia ditulis oleh alim besar yang diketahui latar belakang kehidupannya, pendidikannya, pengorbanannya untuk agama, keterlibatannya didalam bidang dakwah, ilmu dan tazkiyyah, pegangan kuatnya terhadap Sunnah, dan juga kerana kezuhudan, kewarakan dan keikhlasannya, serta kedudukannya yang tidak dipengaruhi atau menyebelahi mana-mana pihak.

Alangkah baiknya sekiranya kitab ini dibaca, ditelaah, dikaji, dan diteliti oleh ahli politik Islam semasa terutamanya di negara kita, kerana begitu banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya. Bahkan oleh semua golongan yang terlibat dengan usaha membangunkan Islam sama ada melalui politik, ekonomi, sosial, dakwah, pendidikan, dan lain-lain. Kitab ini sangat relevan dan banyak yang boleh diambil iktibar darinya, terutama didalam situasi politik negara kita sekarang yang agak bergolak dan telah banyak timbul kekeliruan, kekusutan fikiran, perbezaan pandangan, bahkan kadang-kadang sampai ke peringkat yang lebih buruk lagi yang tidak perlu dinyatakan disini.

Semoga Allah menyelamatkan negara kita dari ancaman dalam dan luaran yang boleh menyebabkan perpecahan dan kehancuran, dan semoga tidak terjadi segala bentuk malapetaka, serta dikekalkan pula didalamnya keamanan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan. Masih belum terlambat bagi orang-orang Islam di Malaysia berusaha untuk mengukuhkan kembali negara yang tercinta ini dengan bersatu padu dan berkasih sayang sesama mereka.

Hanya kepada Allah lah kita mengadu, memohon perlindungan dan meminta bantuan.

Dakwah tempat sendiri dulu…?

Satu:
Ada orang berkata, tak perlulah sibuk-sibuk hendak berdakwah di tempat lain, sedangkan ditempat sendiri pun masih ramai lagi yang tak beriman, tak solat, bermaksiat, …

Adakah benar perkataan sebegini?
Kalau benar, mengapa Nabi Sallallahu alaihi wa sallam berdakwah di Thaif, dan kemudiannya berhijrah dan berdakwah ke Madinah, sedangkan penduduk Mekah masih ramai lagi yang kufur? Bahkan diantara mereka ialah bapa-bapa saudara dan kaum kerabat baginda sendiri.

Kemudiannya, mengapa Nabi menghantar surat-surat dan utusan dakwah ke negara-negara lain seperti Habshah, Parsi dan Rom? Sedangkan penduduk Arab sendiri masih ramai lagi yang kafir pada masa itu?

Kemudiannya, mengapa para sahabat terus menerus melakukan dakwah dan keluar dari tanah Arab, pergi ke seluruh dunia sehingga sampai ke India, tanah melayu, China, Eropah dan sebagainya, sedangkan kawasan berdekatan dengan tanah arab masih ramai lagi yang kafir dan tidak beriman?
Ironinya, yang berkata seperti diatas itu, berjuang membela rakyat Palestin, bersimpati kepada penduduk Iraq, menghebahkan berita kesengsaraan rakyat Burma, menyokong perjuangan pembebasan selatan Thailand, selatan Filipina, Chechnya, Kashmir, serta bersimpati atas pembunuhan di Syria, dan seumpamanya.

Jika benar apa yang mereka kata seperti diatas, maka adakah seluruh rakyat Malaysia telah sempurna iman dan amalnya sehingga membolehkan mereka berdakwah dan berjuang diluar Malaysia?
Mengapa double standard?

Jika mereka berkata, “Oh, kita membantu ummat Islam di seluruh dunia dari segi kewangan dan mata benda, membantu dari segi sokongan moral dan menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi bantuan politik dan ketenteraan kepada mereka yang tertindas..”
Jika begitu, maka apakah yang menjadi kesalahan dan buruknya usaha pendakwah yang mengatakan, “Kita menghantar jemaah dakwah ke seluruh dunia bagi usaha atas iman ummat ini yang berada di pinggir kemurtadan, agar mereka kembali kepada Allah, dan berusaha memperbaiki amalan mereka, kerana kita yakin kepada janji-janji Allah, bahawa pertolongan Allah bersama dengan orang beriman.”

Tidak dinafikan bahawa usaha-usaha untuk menyelamatkan ummat Islam semuanya adalah baik dan sangat-sangat penting pada zaman ini. Tetapi janganlah kerana berada di ‘kapal pertubuhan’ lain, lalu usaha dakwah yang dijalankan oleh orang lain diperkecilkan, dihina bahkan dikatakan salah pula, dengan menggunakan hujah yang double standard ini.

Dua:

Kemudian orang-orang ini berkata pula: Asyik-asyik ziarah dari rumah ke rumah, dari kampong ke kampong, tapi hal ehwal masyarakat Islam kat tempat lain tak dipedulikan, tak diambil endah, tak diambil pusing.. Padahal Nabi bagitau, orang yang tak ambil peduli hal ehwal orang Islam ni, bukan ummat nabi..!

Kata-kata sebegini sebenarnya tak perlu dijawab, kerana nampak yang berkata tak paham atau buat-buat tak paham.

Bila keluar berdakwah ke tempat lain, dikatakan tempat sendiri masih ramai tak beriman. Bila berdakwah ditempat sendiri, dikatakan pula tak ambil peduli hal-ehwal Islam di tempat lain.

Allahu...

Hanya Allah yang boleh bagi faham.




Tuesday, June 5, 2012

Kemuliaan Abu Musa al-Asy'ari Radhiallahu anhu

Kemuliaan Abu Musa al-Asy'ari Radhiallahu anhu, kaumnya dan para pengikutnya

Antara kebenaran pegangan Imam Al-Asy'ari Radhiallahu anhu yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa Al-Asy'ari R.a...ketika turunnya ayat ini "Wahai orang yang beriman! sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang sungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demekiaan itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiap yang dikehendaki-Nya. Allah Maha luas limpaah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui (surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan dalam Kitabnya 'Tabyin kadzibi al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mutasdrak sebab turun ayat dia atas : Tatkala turun ayat ini, Rasulullah SAW bersabda : Mereka kaummu wahai Abu Musa dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda SAW kepada Abu Musa Al-Asy'ari....Imam Hakim menghukumkan hadith ini sohih ala Muslim.Hadith diatas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya,Ibn Abi Hatim,Ibnu sa'd dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haitami berkata rijal(perawi Hadith) hadith tersebut adalah sahih..

Al-Imam al-Qurtbi Rah berkata dalam dalam tafsirnya jilid . vI,halaman .220 : Al-Qushayri berkata "Maka para pengikut Abu al-Hasan Al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut

Oleh yang demekian,Hadith ini adalah Busyra(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah bahawa mereka sesuai dengan kaidah Rasulullah SAW,maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikut jalan mereka. Akidah Al-Asyairah dan Al-Matrudiyyah adalah akidah Kaum Muslimin daripada akidah kalangan al-salaf dan al-khalaf,akidah para khalifah dan sultan seperti Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih..

Al-Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda tentang Abu Musa al-Asy'ari dan Kaumnya . Rasulullah SAW bersabda : "Mereka daripada ku dan Aku daripada mereka (Kitab sohih Al-Bokhory: Kitab al-Maghaziy,Bab Quduuum Al-Asy.ariyyun dan wa Ahlal-Yaman)....dapat difahami daripada Hadith ini,bahawa Rasulullah SAW menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy'ari R.a merukan kaum yang dikasihi dan diredhai oleh Allah Ta'ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka serta semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang Haq dan menghapuskan kebatilan...

Tentang Sultan Salahuddin Ayyubi Raj..Al-Hafiz Jalaluddin Al-suyuthi (W.911 H),dalam KItabnya al-Waseil ila Ma;rifati al-Awaeil berkata : "ketika Sultan salahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan,baginda memerintahkan para Muazzin menggunmandangkan pada waktu tasbih(waktu sebelum masuk solat subuh) dengan al-akidah al-Asy'ariyyah,lalu para muazzin berterusan menyebutnya pada setiap malam hingga ke waktu ini...

[dipetik dari http://insanbiasayglemah.blogspot.co.uk/2012/05/kebnrana-akidah-al-asyaariyyah-dan-al.html]

Friday, May 11, 2012

Cara Meningkatkan Iman


Cara Memperkuat Iman

Bagaimana cara meningkatkan keimanan saya yang walaupun sudah berusaha tapi cenderung melemah? Jawaban ringkasnya: hindari hal-hal yang memperlemah iman dan dekati perkara yang memperkuat keimanan.

PERTANYAAN
Assalamu'alaikum ustad/ustazah.

Nama saya Aisha (16th).
Saya mau bertanya tentang masalah saya.

Jadi begini ustad/ustazah, semenjak tahun lalu saya mulai mendekatkan diri pada Allah, saya bisa merasakan yang namanya iman. Tapi ntah mengapa tiba-tiba terbesit suatu perkataan yang mengejek dan menghina Allah. Saya tahu itu berasal dari setan.Saya berusaha mati-matian untuk mengusir setan tsb. Alhamdulillah, sekarang ejekan2 itu sudah mulai berkurang. Tapi ustad/ustazah, beberapa hari yang lalu saya turun iman juga karena bisikan setan. Dan saya merasa lelah sekali ustad/ustazah untuk menaikkan iman lagi. Saya pasrahkan semuanya pada Allah. Tapi celakanya sekarang saya nggak bisa merasakan Allah lagi di hati saya. dan lebih celakanya lagi, saya mulai ragu-ragu terhadap Allah. Tapi saya tetap percaya kalau perasaan ini Allah yang masukkan. Hanya saja saya sudah nggak dapat feel iman lagi.

Selain itu ustad/ustazah, saya juga merasa serba salah untuk mendekatkan diri pada Allah lagi.
Karena saat saya merasa dekat pada Allah setan itu membisikkan kalimat yang berlebih2an. Misalnya, saat saya mengatakan "Ya Allah aku ingin menjadi hambaMu yang baik", dalam hati saya setan itu menggantikan kata "hamba" dengan "anak". (Na'udzubillah)

Tapi kalau saya tidak mendekatkan diri pada Allah, saya jadi ragu-ragu pada Allah. Walaupun saya yakin hanya agama Islamlah yang benar. Jadi bagaimana solusinya Ustad/ustazah, saya merasa bertobat atau tidak bertobat sama saja celakanya bagi saya. Mohon dijawab ya ustad/ustazah. Terimakasih banyak. :)

JAWABAN

Iman yang melemah terjadi karena beberapa sebab antara lain: (a) Bacaan; dan (b) Lingkungan pergaulan.

A. BACAAN

Seorang muslim yang masih 'tipis' imannya dapat meningkatkan keyakinan Islamnya dengan banyak membaca bacaan yang mendorong pada peningkatan keimanan.

1. Bacaan yang dapat meningkatkan keimanan antara lain:

(a) Buku biografi Rasulullah.
(b) Buku biografi para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'it-Tabi'in.
(c) Buku biografi para ulama dan pejuang Islam.
(d) Buku kisah para muallaf (orang baru masuk Islam) yang dulu dan sekarang.

2. Bacaan yang dapat melemahkan keimanan antara lain:

(a) Buku filsafat keagamaan dan segala macam filsafat.
(b) Buku atau tulisan kalangan atheis, agnostik dan skeptik.
(c) Buku atau tulisan orang-orang yang sedang bingung dengan agama.

B. LINGKUNGAN

1. Lingkungan yang dapat meningkatkan keimanan antara lain:

(a) Lingkungan pengajian, majlis taklim, majlis dzikir, remaja masjid, Jamaah Tabligh.
(b) Lingkungan pesantren.
(c) Teman dan pendidikan yang bernuansa Islam.

2. Lingkungan yang dapat melemahkan keimanan antara lain:

(a) Lingkungan preman, dugem, clubbers.
(b) Lingkungan pengajian antar-agama atau kumpulan kalangan liberal
(c) Lingkungan kalangan atheis atau abangan.

[Soal jawab agama diatas dipetik dari http://www.alkhoirot.net/2012/05/cara-meningkatkan-iman.html]

Wednesday, April 25, 2012

Para Ulama' berpakaian Sunnah

Lihatlah foto para alim ulama' yang terdahulu (semenjak kamera dicipta) sehingga sekarang. Hampir kesemuanya menggunakan serban dan jubah. Sama ada mereka dari negara-negara Arab, India, China, atau nusantara.

Sungguh buruk perkataan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga berserban dan berjubah. Ini perkataan orang jahil, kerana tujuan dan cara pemakaian jubah dan serban  orang jahiliyyah tidak sama dengan tujuan dan cara pemakaian serban dan jubah Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.