Sunday, November 6, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada rakan-rakan sekalian. Semoga Allah Taala menjadikan kehidupan Nabi-Nya Ibrahim Khalilullah Alaihissalam dan anak isteri baginda yang penuh dengan pengorbanan dan susah payah untuk agama Allah, sebagai panduan, tauladan dan ikutan buat kita ummat Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Amin.
Friday, November 4, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Isu Murtad & Usaha Atas Iman
Bismillah. Alhamdulillah, was Solatu was Salamu 'ala Rasulillah.
Didalam tempoh beberapa dekad kebelakangan ini, isu murtad telah banyak diperkatakan. Bahkan jumlah orang-orang yang murtad pun dikatakan semakin bertambah. Ia telah menjadi fenomena yang semakin serius, wabak yang bertambah menular didalam masyarakat, dan kita tidak tahu bagaimana situasi dan keadaan pada masa akan datang.
Murtad adalah satu perkara yang sangat besar. Murtad bermakna keluar dari Islam. Aqidah bukan setakat rosak, malah telah terputus dari individu. Kadar iman bukannya setakat lemah atau nipis, malah telah tercabut dari hati seseorang sehingga ke akar umbinya. Jika tidak kembali mengucap syahadah, tidak memperbaharui aqidah dan iman, dan mati dalam keadaan murtad, maka matinya adalah mati kafir, akan dibangkitkan diakhirat kelak bersama-sama dengan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah Subhanahu wa Taala, tidak akan dapat hatta mencium bau syurga, dan kekal didalam neraka buat selama-lamanya.. Na'uzubillah.
Mengapa murtad boleh terjadi? Apatah lagi apabila ia berlaku dikalangan Melayu/Islam kita yang telah beratus tahun dan berketurunan, telah dididik dan dibesarkan didalam lingkungan masyarakat Islam. Sebabnya kerana kepercayaan dan keyakinan kepada Allah Taala telah luntur, lemah, terhakis hari demi hari, sehingga menjadi semakin nipis dan lemah, dan terus lemah sehingga sampai satu ketika, ia hilang dari hati seseorang. Proses ini mengambil masa, dan penyebab berlakunya hal ini adalah pelbagai. Antaranya ialah kehidupan yang jauh dari agama, amalan kehidupan harian yang dipengaruhi kehidupan selain kehidupan Nabi Sallallahu alaihi wa sallam, perbuatan dosa besar seperti meninggalkan solat dibuat secara berterusan, kurang atau tiadanya didikan agama yang sempurna, kecintaan kepada dunia yang semakin menebal sehingga menjadikan dunia sebagai maksud kehidupan, dipengaruhi dengan ajaran-ajaran batil, dan pelbagai lagi sebab musabab yang lain.
Sebab itulah iman adalah sangat penting untuk dipelihara, dijaga, disemai dan dipupuk agar terus kekal, kuat, menebal dan kembar mekar didalam hati seseorang sehingga menggerakkannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah Taala, menjauhi larangan-Nya dan mengambil cara hidup Baginda Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Sebab itulah usaha atas iman adalah sangat perlu dijalankan. Allah Taala sendiri memerintahkan kepada orang-orang beriman agar beriman, membawa maksud pentingnya menguatkan iman yang sedia ada. Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam sendiri memerintahkan agar iman itu diperbaharui dengan cara memperkatakan 'Laa ilaaha illallah'. Sebab iman itu boleh luntur seperti lunturnya warna pada kain, maka sangat penting untuk iman itu untuk dimantapkan.
Sebab itulah usaha atas iman dijalankan. Sebab itulah usaha dakwah & tabligh yang suci murni ini mengajak agar ummat ini sama-sama berusaha untuk menguatkan iman. Sebab itulah percakapan mengenai kebesaran Allah sangat penting dibuat. Sebab itulah usaha ziarah dari pintu ke pintu, kampung ke kampung, bandar ke bandar, negeri ke negeri dan ke seluruh alam sangat penting dijalankan bagi sesama Islam memperingatkan perihal pentingnya iman dan pentingnya usaha atas iman dijalankan.
Sebab itulah usaha dakwah sesama Islam sangat penting dibuat. Sebab ummat Islam sendiri, lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, rata-rata sangat lemah kadar imannya. Manakala sebilangannya berada di pinggiran pintu kemurtadan, dan segelintir telah pun terkeluar dari Islam dan dengan penuh beraninya mengisytiharkan murtad. Alangkah sedihnya kerana perkara ini berlaku di depan mata kita. Hanya kepada Allah kita mengadu.
Maka tiada lagi alasan yang dapat kita berikan, selain dari sama-sama turut serta didalam usaha memperbaharui iman dan menguatkan iman ini. Atau sekurang-kurangnya, atas kelemahan dan kedhaifan kita, kita memberi sokongan dan galakan kepada rakan-rakan untuk berusaha atas perkara ini, atau paling kurang pun, janganlah kita halang mereka yang hendak berusaha atas perkara ini.
Ya Allah, selamatkanlah iman kami, selamatkanlah iman ummat ini, dan sebarkanlah hidayah-Mu ke seluruh alam. Amin.

Saturday, October 15, 2011
Orang Tabligh Tidak Duduk Majlis Ilmu?
Bismillah, Alhamdulillah, was solatu wassalamu ala Rasulillah.
Telah dibincangkan sebelum ini mengenai bagaimana para alim ulama' dan masyaikh dakwah begitu menekan dan menitikberatkan kepentingan ilmu: mempelajari, mengamal dan menyampaikannya, serta peri pentingnya memuliakan para alim ulama', dan pentingnya kesedaran dikalangan orang awam mengenai kedudukan istimewa para Ulama' disisi Allah, sebagai pewaris para Ambiya' dan sebagai penyambung usaha dan kerisauan baginda Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.
http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2011/06/jamaah-tabligh-mengabaikan-ilmu.html
Begitu juga, telah menjadi perkara yang diketahui umum didalam usaha dakwah yang suci murni ini, untuk ummat ini yang telah mula berbuat usaha dakwah, untuk mengikrami dan memuliakan para alim ulama' setempat, untuk duduk dan belajar dengan mereka, dan menyertai majlis-majlis yang mereka anjurkan, walaupun ustaz atau alim berkenaan tidak bersama-sama berbuat usaha yang suci murni ini.
Namun, masih ada bunyi-bunyi suara yang mengatakan bahawa 'orang tabligh tidak duduk majlis ilmu di masjid', atau 'bila ustaz mula bukak kitab, mulalah puak tabligh pakat ramai-ramai keluar masjid, duduk nyembang di beranda/serambi masjid', dan seumpamanya.
Pada pandangan saya, pertamanya, kita hendaklah bersangka baik kepada semua orang Islam, termasuklah orang-orang yang berbuat usaha agama. Mungkin atas beberapa maslahat mereka tidak dapat duduk didalam majlis ilmu. Dan kita juga bersangka baik kepada yang berkata-kata seperti diatas, kerana mungkin mereka silap faham, atau atas alasan apa sekalipun, sehingga terkeluar kata-kata sedemikian. Jika masing-masing kita bersangka baik, maka InsyaAllah, apa-apa keburukan atau perpecahan atau permusuhan yang menjadi matlamat iblis dan syaitan, akan dapat dibendung, dengan izin Allah Taala.
Orang-orang yang terlibat dengan usaha dakwah dan tabligh ini, kebanyakannya dan rata-ratanya adalah orang awam. Ada yang memang ahli masjid sejak sebelum bersama-sama dengan usaha yang suci murni ini. Ada yang baru mula berjinak-jinak dengan masjid, dan bahkan ada yang sebelumnya merupakan ahli maksiat yang berniat dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah Taala. Ada yang baru, dan ada yang lama. Ada berilmu, dan ada yang baru belajar. Maka atas kepelbagaian ini, kita kena memahami mengapa dan bagaimana reaksi yang dapat atau mampu mereka buat jika berhadapan dengan keadaan seperti dibawah:
1. Apabila ustaz yang mengajar mula 'menyerang' dan mengatakan sesuatu yang kurang menyenangkan mengenai usaha dakwah dan tabligh ini.
Kadang-kadang, ada kebenaran didalam apa yang diutarakan oleh para ustaz yang berkenaan. Insyaallah, jika disampaikan teguran dengan kasih sayang dan lemah lembut, tentunya orang-orang yang belajar usaha agama ini akan menerimanya. Sebab usaha agama ini bergerak dengan kasih sayang dan kecintaan sesama ummat, dengan penuh rendah diri dan menafikan kepentingan diri, dengan memuliakan sesama Islam menurut darjat keimanan masing-masing, dan usaha atas hati-hati manusia. Nasihat yang lembut, InsyaAllah akan dapat meresap ke dalam hati, dan dinilai oleh akal yang sihat.
Namun, jika 'diserang' dengan hujah-hujah dengan cara seolah-olah hendak memperlekeh, merendah-rendahkan dan memalukan, bukan saja 'orang tabligh', malah siapa saja yang diperlakukan demikian, pastinya akan mengambil sikap 'defensive', bersikap kritikal atas ucapan 'keras' yang dilontarkan, dan dalam keadaan hati terpaksa 'disabarkan' atas 'kepanasan' ucapan tersebut, bagaimana mungkin nasihat para ustaz dapat difahami dan diambil pengajaran bagi perbaikan masa depan?
Dan sifat bangsa melayu kita, yang mudah terasa hati, juga dirasakan oleh pengusaha agama ini. Jika tiap-tiap kali ceramah diadakan, 'serangan' terhadap usaha dan pengusaha agama dibuat, maka sampai masanya, kesabaran mencapai hadnya. Maka segelintir akan berasa sukar untuk menerima kritikan pedas ini, lantas bertindak keluar dari majlis. Alangkah sedihnya kerana berlaku perkara yang sepatutnya tidak berlaku.
Alangkah baiknya jika para ustaz bermuzakarah dengan alim ulama' yang bersama -sama dengan usaha dakwah ini, agar yang tersimpul dapat dileraikan, yang kusut dapat dilicinkan, yang gelap dapat diterangkan, yang kabur dapat dijelaskan. Kebanyakan hujah keras yang dikemukakan hanyalah isu titik bingik, ranting atau furu' agama yang kebanyakannya telah dijelaskan didalam blog ini. Serangan hujah secara keras terhadap golongan awam didalam usaha dakwah ini tidak akan membuahkan hasil yang baik, kerana latar belakang mereka yang tidak difahami oleh si penceramah.
Nabi Sallallahu alaihi wa sallam telah mengajar kita bagaimana cara menegur kesalahan-kesalahan individu atau golongan didalam majlis baginda yang mulia. Teguran baginda penuh dengan kasih-sayang, tidak memalukan sesiapa, dan membuahkan hasil yang sangat baik ke atas orang yang ditegur. Alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat mengamalkan perkara ini.
2. Apabila isu perbezaan perjuangan usaha atas agama dimainkan
Inilah yang kerap berlaku di nusantara, apabila ustaz dari gerakan A atau pertubuhan B atau parti C mula menimbulkan isu 'mengapa usaha tabligh tidak begini dan begitu? tidak buat ini dan itu? tidak terlibat dengan aktiviti sekian sekian' dan seumpamanya.
Perkara ini sepatutnya telah lama reda dan tidak perlu diungkitkan. Ia seperti membangkitkan persoalan perbezaan pendapat didalam mazhab, berlainan pandangan didalam bacaan qiraat dan seumpamanya. Jika mazhab feqh yang empat diterima dan kesemuanya betul, dan jika berlainan guru didalam thariqah juga dapat diterima, maka mengapakah perbezaan cara didalam mengusahakan kembali agar agama ini dapat di bangunkan semula sepertimana tahap yang ditinggalkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, perlu dipersoalkan?
Ini adalah termasuk didalam perkara yang diijtihadkan oleh para alim ulama' zaman ini. Dan perkara yang diijtihadkan oleh Ulama' bermakna semuanya diterima kerana pandangan mujtahid tidak membatalkan pandangan mujtahid yang lain. Semuanya memperoleh ganjaran disisi Allah Taala, sama ada ijtihadnya baik atau lebih baik. Ini kerana masing-masing telah mengerahkan seluruh tenaga dan mencurahkan seluruh masa dan kemampuan didalam mengeluarkan ijtihad tersebut.
Maka didalam perkara perbezaan pendapat ini, kadang-kadang ustaz yang berceramah itu cenderung untuk memenangkan fahamannya dan menolak mentah-mentah pandangan alim ulama' dakwah. Tentunya pengusaha agama akan bersedih hati dan mana-mana yang tidak tahan, akan keluar meninggalkan majlis. Alangkah sedihnya kerana perkara yang boleh dielakkan telah berlaku.
3. Apabila isu bid'ah membid'ahkan dibangkitkan
Dewasa ini, ada angkatan ilmuwan Islam yang suka membid'ahkan pandangan yang tidak sealiran dengan mereka. Bid'ah pula, tanpa kecuali dan pukul rata, dikaitkan dengan kesesatan, dan kesesatan membawa ke neraka. Sesetengah perkara yang telah menjadi ijma' ulama' sejak ratusan tahun telah dipandang lekeh, hadith-hadith sahih telah didhaif dan di'mungkar'kan, isu khilafiyyah dibesar-besarkan seolah-olah menjadi isu aqidah, amalan kebiasaan masyarakat yang tidak bersalahan disisi syariat telah di momok-momokkan, dan pelbagai lagi yang seumpamanya.
Alim ulama' haq, orang-orang berilmu dan berakal waras kenal dengan golongan ekstrim ini. Mereka menasihati orang awam agar berhati-hati dengan golongan ini, kerana golongan ini akan menimbulkan keragu-raguan dan kecelaruan didalam kefahaman agama. Maka alim ulama' haq menganjurkan agar, bagi mengelak kekeliruan didalam ilmu dan amalan agama, hendaklah dijauhi majlis-majlis golongan yang suka membid'ahkan sesama Islam ini. Dan nasihat ini dituruti oleh sebahagian yang memahami, termasuklah segolongan pengusaha agama yang suci murni ini yang tahu duduk perkara sebenar. Namun bagi golongan awam lain yang tidak faham, mereka nampak seolah-olah 'orang tabligh tak duduk majlis ilmu'.
Maka diharapkan agar alim ulama haq, yang walaupun tidak turut serta didalam usaha dakwah ini, memahami situasi yang dimaksudkan.
Ini hanyalah pandangan peribadi saya yang mungkin ada salah silap dan cacat celanya. Jika ada yang baik, maka ambillah. Jika ada yang salah, maka tegurlah saya dan perbetulkanlah. Niat saya cuma untuk menyatakan yang pengusaha agama ini mencintai ilmu dan alim ulama' dan majlis-majlis ilmu, dan mereka berusaha ke arah itu.
Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)