Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Friday, September 7, 2012

Laporan Usaha Dakwah di Rusia dan Mongolia 1990-1991




Ya Allah! Pilihlah kami keluar ke jalan-Mu! Amin..

Tuesday, September 4, 2012

Komen ilmuwan salafi mengenai usaha dakwah

Ada ilmuwan salafi mempertikaikan usaha dakwah dan tabligh didalam hal-hal berikut:

1. Aqidah - Rububiyyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat
2. Sumber rujukan - Fadhoil A'maal
3. Ilmu sebagai syarat untuk berdakwah
4. 3 hari, 40 hari dan 4 bulan tidak dibuat oleh Nabi dan para sahabat


Bagi perkara no. 4, iaitu permasalahan keluar di jalan Allah pada beberapa tempoh, sila rujuk
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2008/07/khuruj-ke-jalan-allah-3-hari-40-hari-4.html
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2011/06/di-mana-datangnya-3-hari-40-hari-4.html

Ringkasnya, tempoh 3 hari, 40 dan 4 bulan hanyalah bertujuan untuk mengatur gerak kerja dakwah dan ia merupakan isu pentadbiran (administration) yang tiada kena mengena dengan isu syariah. Seperti juga disusun silibus dan tempoh pembelajaran bagi program diploma dalam pengajian tahfiz selama setahun atau dua tahun, program ijazah sarjana muda dalam Usuluddin selama 3 ke 4 tahun, program ijazah sarjana dalam Syariah selama 1 atau 2 tahun, program PhD dalam Hadith di Universiti Madinah selama 3 ke 4 tahun, program motivasi Islam musim panas, atau seumpamanya. Nabi dan para sahabat tidak pernah melakukan ini semua, namun kita faham bahawa ia bukanlah bertujuan untuk membuat benda baru didalam agama, tetapi bertujuan untuk membantu didalam merealisasikan pemahaman dan proses pembelajaran agama itu sendiri.


Mengenai perkara no. 3 iaitu ilmu sebagai syarat berdakwah, diantara penerangan mengenainya bolehlah dirujuk di
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2008/07/ilmu.html
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2011/06/jamaah-tabligh-mengabaikan-ilmu.html

Kesempurnaan ilmu bukanlah syarat untuk berdakwah. Sebab jika ilmu yang sempurna adalah syarat, bagaimana hendak diamalkan sabda Nabi 'Sampaikan dariku walaupun satu ayat?'
Dan bagaimana hendak diukur ilmu seseorang untuk melayakkannya berdakwah? Adakah setelah ada diploma dalam Pengajian Islam? Atau ada ijazah peringkat sarjana muda? Atau sarjana? Atau PhD? Sedangkan semua ini tiada dizaman Nabi dan para sahabat.

Dan umum mengetahui bahawa sebaik sahaja Sayyidina Abu Bakar radhiallahu anhu mengucap syahadah, beliau terus melaksanakan dakwah dan keesokannya membawa 6 orang kepada baginda Nabi Sallallahu alaihi wa sallam untuk di Islamkan. Nabi tidak meletakkan syarat untuk Abu Bakar duduk bersama baginda dan belajar tauhid atau syariah dulu buat beberapa waktu sebelum boleh berdakwah. Perkara yang sama juga dilalui oleh para sahabat yang lain.

Sayyidina Muaz bin Jabal Radhiallahu anhu adalah salah seorang mujtahid yang besar dikalangan para sahabat. Namun hendaklah diingat bahawa bilangan mujtahid dikalangan para sahabat adalah kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan para sahabat yang dianggarkan 124 000 orang itu. Dalam hal ini, kita hendaklah memahami perbezaan diantara mujtahid (orang yang berijtihad) dan da'i (orang yang berdakwah). Setiap mujtahid adalah da'i tapi tidak semua da'i adalah mujtahid. Tanggungjawab sebagai da'i jatuh ke atas setiap individu ummat Islam, namun tanggungjawab mujtahid hanyalah kepada beberapa orang yang mengkhususkan diri didalam mendalami ilmu agama. Bahkan dikalangan para sahabat, kemampuan mereka adalah pelbagai, misalnya Sayyidina Abu Hurairah adalah seorang Muhaddith, Sayyidina Abdullah Ibnu Abbas adalah seorang Mufassir, Sayyidina Zaid bin Tsabit adalah seorang Qari, Sayyidina Muawiyyah sebagai penulis wahyu, Sayyidina Khalid Ibnu Walid adalah seorang Mujahid dan panglima perang, dan sebagainya. Hanya segelintir yang berkemampuan untuk mengeluarkan fatwa seperti Sayyidatina Aisyah, Sayyidina Ali, Sayyidina Umar, Sayyidina Muaz bin Jabal, dan beberapa sahabat yang lain. Tidak semua sahabat yang menjadi mujtahid, namun kesemua mereka adalah penyeru kepada agama Allah Taala (da'i).

Namun tidaklah dinafikan, ilmu adalah penting untuk berdakwah walaupun ia bukanlah syarat. Ulama' sebagai orang yang berilmu adalah yang paling layak untuk dikedepankan didalam arena dakwah, kerana mereka adalah pewaris para Nabi, dan tanggungjawab dakwah adalah yang paling berat yang berada diatas bahu-bahu mereka.

Mengenai perkara no. 2 iaitu terdapat hadith dho'if didalam kitab Fadhoil A'maal, penerangan mengenainya bolehlah dirujuk di sini
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2011/07/jamaah-tabligh-meriwayatkan-hadith.html
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2012/02/karomah-syaikh-ahmad-rifai-rahimahullah.html
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2011/12/banyaknya-rangkaian-sanad-menguatkan.html

Ringkasnya, jumhur Ulama' berpendapat bahawa adalah dibenarkan untuk berpegang dengan hadith-hadith dhaif didalam perkara kelebihan-kelebihan amal (Fadhail A'maal). Haruslah diingat bahawa metodologi penulisan kitab fadhoil ini bukan sahaja ditempuh oleh Maulana Zakariyya, bahkan juga oleh para alim ulama' sebelumnya. Misalnya kitab Targhib wa Tarhib oleh Hafiz al-Munziri, Ihya' Ulumiddin oleh Imam Ghazali, Tanbihul Ghafilin oleh Faqih Abul Laits Samarqandi, Durratun Nasihin oleh Syaikh Uthman al-Khaibawi, dan banyak lagi yang lain seumpamanya.

Imam Bukhari Rahimahullah sendiri menyusun kitab fadhail yang bertajuk Adab al-Mufrad yang turut terkandung didalamnya hadith-hadith dhoif. Dan juga sekiranya hadith -hadith dhoif tertolak, mengapa pula Imam-Imam hadith seperti Imam Tirmizi, Imam Nasa'i, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah dan yang lain-lain turut memasukkan hadith-hadith dhaif didalam kitab-kitab susunan mereka?

Jika tetap ditegaskan juga bahawa hadith dhaif ditolak penggunaannya oleh sesetengah Ulama', maka dalam masa yang sama pendapat jumhur Ulama' yang mengatakan bahawa bolehnya hadith-hadith dhaif digunakan misalnya didalam perkara fadhail, tidaklah boleh ditolak sama sekali. Paling kurang pun, permasalahan ini jatuh didalam perkara khilafiyyah dan perselisihan pendapat. Maka berlakunya perbezaan pendapat dikalangan alim ulama' didalam isu penggunaan hadith dhaif adalah didalam ruang lingkup perbahasan agama dan ia bukanlah satu yang menjadi aib kepada usaha dakwah dan tabligh seperti yang digembar-gemburkan.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh para Ulama' yang mengkaji kitab Fadhail Amaal karangan Maulana Muhammad Zakariyya Rahimahullah, tiada hadith palsu didalam kitab tersebut. Jika dikatakan ada, maka hendaklah dinukilkan agar dapat dimuzakarahkan mengenai statusnya.


Mengenai perkara no. 1 iaitu ilmu aqidah, maka hendaklah diketahui bahawa antara usul yang dipegang didalam usaha dakwah dan tabligh ini ialah untuk tidak membicarakan perkara-perkara khilafiyyah, atau perkara yang para alim ulama' ada perbezaan pendapat mengenainya. Ini adalah bertujuan untuk memberi prioriti kepada perkara yang lebih penting didalam usaha dakwah dan didalam mendekatkan orang awam kepada agama dan suasana agama yang kondusif dan tenang. Bila manusia sudah berjinak-jinak dengan amalan dan praktis agama, maka tentunya mereka boleh terus maju didalam mempelajari ilmu-ilmu agama seperti aqidah, syariah dan akhlak dengan lebih mendalam. Terdapat ramai para alim ulama' yang menyertai usaha agama ini, sama ada aliran pondok atau moden; aliran tradisionalis atau reformis; dari India, Indonesia mahupun Saudi, dan sebagainya. Tiada batasan atau tegahan untuk mempelajari ilmu agama jika bersama-sama didalam usaha dakwah ini. Bahkan para Ulama' dan Masyaikh dakwah sentiasa menganjurkan agar pengusaha agama mendalami ilmu agama dan merujuk kepada ulama' tempatan mereka masing-masing.



Pada pandangan peribadi saya, alangkah baiknya sekiranya ilmuwan salafi di nusantara mengambil pendekatan yang konstruktif dan membina, dengan cara bermuzakarah dengan alim ulama' dan masyaikh dakwah dan tabligh secara berdepan dan didalam suasana kasih sayang. Para alim ulama' dakwah dan tabligh sentiasa berjumpa dan bermuzakarah dengan para ilmuwan di Saudi. Dan hasilnya, dikalangan ilmuwan Saudi, semakin ramai yang terbuka hati untuk bersama, menyokong atau menggalakkan golongan awam bersama-sama dengan usaha dakwah ini. Misalnya pendapat Syaikh Uthaimin
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2010/11/pendapat-syaikh-ibnu-uthaimin-tentang.html

Syaikh Abu Bakar alJazairi juga telah banyak mengeluarkan tulisan yang memuji dan mempertahankan usaha dakwah dan tabligh ini.

Manakala pendekatan destruktif dan menghancurkan, memburuk dan mengecilkan, mengulang-ulang perkara yang dikatakan salah padahal wujud perbezaan pendapat mengenainya, adalah usaha yang langsung tidak memberi kebaikan kepada ummat keseluruhannya. Perkara yang wujud khilaf didalamnya bukanlah satu kemungkaran mutlak yang wajib dicegah. Apatah lagi jika ada unsur fitnah dan cacian, maka ia adalah sangat bahaya dan memberi mudharat kepada yang berkata dan yang menerima kata-kata tersebut.

Semoga Allah mengampuni kita dan menunjukkan kepada kita yang haq adalah haq dan kekuatan untuk berpegang teguh dengannya, dan menyatukan ummat ini, apatah lagi di akhir zaman yang penuh dengan kefasadan dan kemungkaran ini. Wallahu a'lam.




Saturday, July 28, 2012

Politik Islam


Qutbul Aqtab, Syaikhul Hadith, Ra’isul Muhaddithin Allamah, Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi, adDeobandi, Muhajir Madani, Rahmatullah alaih, telah menyusun sebuah kitab yang berjudul al-Eti’dal fi Maratibur Rijal, atau dikenali sebagai Politik Islam.

Kitab ini ada di link


Syaikhul Hadith menyatakan bahawa untuk memahami isi kandungan kitab ini, ia hendaklah dibaca bukan hanya sekali, tetapi beberapa kali. Beliau juga mengatakan bahawa ini adalah pandangan beliau semata-mata; jika hendak diambil, ambillah. Jika tidak, maka terpulanglah kepada masing-masing yang empunya diri.

Kitab ini sebenarnya ialah surat jawapan yang agak panjang kepada persoalan yang ditimbulkan oleh seorang pelajar mengenai pergolakan politik semasa yang berlaku di India. Pada masa itu, India telah mencapai kemerdekaan dari British. Namun telah wujud perbezaan pandangan dikalangan orang Islam di India, sama ada hendak menubuhkan kerajaan secara bersama dengan masyarakat Hindu, atau menubuhkan kerajaan yang tersendiri dan berpisah dari India. Kedua-dua pandangan didokong oleh kelompok besar Islam yang turut disertai oleh para alim ulama’ besar India pada masa itu. Hakimul Ummat Hazrat Maulana Asyraf Ali Thanawi Rahmatullah alaih menyokong pembentukan Negara Islam tersendiri manakala Amirul Hind Hazrat Maulana Sayyid Husain Ahmad Madani Rahmatullah alaih mendokong fahaman pembentukan kerajaan bersama dengan masyarakat Hindu.

Krisis perbezaan politik ini telah dikupas dan diterangkan oleh Syaikhul Hadith dengan mendalam berdasarkan al-Qur’an, Sunnah, pandangan alim ulama’ zaman berzaman dan sejarah Islam dari zaman Nabi, para sahabat dan salafus Soleh. Penjelasan yang dibuat oleh Syaikhul Hadith adalah sangat penting untuk difahami, apatah lagi kerana ia ditulis oleh alim besar yang diketahui latar belakang kehidupannya, pendidikannya, pengorbanannya untuk agama, keterlibatannya didalam bidang dakwah, ilmu dan tazkiyyah, pegangan kuatnya terhadap Sunnah, dan juga kerana kezuhudan, kewarakan dan keikhlasannya, serta kedudukannya yang tidak dipengaruhi atau menyebelahi mana-mana pihak.

Alangkah baiknya sekiranya kitab ini dibaca, ditelaah, dikaji, dan diteliti oleh ahli politik Islam semasa terutamanya di negara kita, kerana begitu banyak manfaat yang boleh diperoleh darinya. Bahkan oleh semua golongan yang terlibat dengan usaha membangunkan Islam sama ada melalui politik, ekonomi, sosial, dakwah, pendidikan, dan lain-lain. Kitab ini sangat relevan dan banyak yang boleh diambil iktibar darinya, terutama didalam situasi politik negara kita sekarang yang agak bergolak dan telah banyak timbul kekeliruan, kekusutan fikiran, perbezaan pandangan, bahkan kadang-kadang sampai ke peringkat yang lebih buruk lagi yang tidak perlu dinyatakan disini.

Semoga Allah menyelamatkan negara kita dari ancaman dalam dan luaran yang boleh menyebabkan perpecahan dan kehancuran, dan semoga tidak terjadi segala bentuk malapetaka, serta dikekalkan pula didalamnya keamanan, kemakmuran, kesejahteraan dan kemajuan. Masih belum terlambat bagi orang-orang Islam di Malaysia berusaha untuk mengukuhkan kembali negara yang tercinta ini dengan bersatu padu dan berkasih sayang sesama mereka.

Hanya kepada Allah lah kita mengadu, memohon perlindungan dan meminta bantuan.

Dakwah tempat sendiri dulu…?

Satu:
Ada orang berkata, tak perlulah sibuk-sibuk hendak berdakwah di tempat lain, sedangkan ditempat sendiri pun masih ramai lagi yang tak beriman, tak solat, bermaksiat, …

Adakah benar perkataan sebegini?
Kalau benar, mengapa Nabi Sallallahu alaihi wa sallam berdakwah di Thaif, dan kemudiannya berhijrah dan berdakwah ke Madinah, sedangkan penduduk Mekah masih ramai lagi yang kufur? Bahkan diantara mereka ialah bapa-bapa saudara dan kaum kerabat baginda sendiri.

Kemudiannya, mengapa Nabi menghantar surat-surat dan utusan dakwah ke negara-negara lain seperti Habshah, Parsi dan Rom? Sedangkan penduduk Arab sendiri masih ramai lagi yang kafir pada masa itu?

Kemudiannya, mengapa para sahabat terus menerus melakukan dakwah dan keluar dari tanah Arab, pergi ke seluruh dunia sehingga sampai ke India, tanah melayu, China, Eropah dan sebagainya, sedangkan kawasan berdekatan dengan tanah arab masih ramai lagi yang kafir dan tidak beriman?
Ironinya, yang berkata seperti diatas itu, berjuang membela rakyat Palestin, bersimpati kepada penduduk Iraq, menghebahkan berita kesengsaraan rakyat Burma, menyokong perjuangan pembebasan selatan Thailand, selatan Filipina, Chechnya, Kashmir, serta bersimpati atas pembunuhan di Syria, dan seumpamanya.

Jika benar apa yang mereka kata seperti diatas, maka adakah seluruh rakyat Malaysia telah sempurna iman dan amalnya sehingga membolehkan mereka berdakwah dan berjuang diluar Malaysia?
Mengapa double standard?

Jika mereka berkata, “Oh, kita membantu ummat Islam di seluruh dunia dari segi kewangan dan mata benda, membantu dari segi sokongan moral dan menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi bantuan politik dan ketenteraan kepada mereka yang tertindas..”
Jika begitu, maka apakah yang menjadi kesalahan dan buruknya usaha pendakwah yang mengatakan, “Kita menghantar jemaah dakwah ke seluruh dunia bagi usaha atas iman ummat ini yang berada di pinggir kemurtadan, agar mereka kembali kepada Allah, dan berusaha memperbaiki amalan mereka, kerana kita yakin kepada janji-janji Allah, bahawa pertolongan Allah bersama dengan orang beriman.”

Tidak dinafikan bahawa usaha-usaha untuk menyelamatkan ummat Islam semuanya adalah baik dan sangat-sangat penting pada zaman ini. Tetapi janganlah kerana berada di ‘kapal pertubuhan’ lain, lalu usaha dakwah yang dijalankan oleh orang lain diperkecilkan, dihina bahkan dikatakan salah pula, dengan menggunakan hujah yang double standard ini.

Dua:

Kemudian orang-orang ini berkata pula: Asyik-asyik ziarah dari rumah ke rumah, dari kampong ke kampong, tapi hal ehwal masyarakat Islam kat tempat lain tak dipedulikan, tak diambil endah, tak diambil pusing.. Padahal Nabi bagitau, orang yang tak ambil peduli hal ehwal orang Islam ni, bukan ummat nabi..!

Kata-kata sebegini sebenarnya tak perlu dijawab, kerana nampak yang berkata tak paham atau buat-buat tak paham.

Bila keluar berdakwah ke tempat lain, dikatakan tempat sendiri masih ramai tak beriman. Bila berdakwah ditempat sendiri, dikatakan pula tak ambil peduli hal-ehwal Islam di tempat lain.

Allahu...

Hanya Allah yang boleh bagi faham.