Bismillah, Alhamdulillah, wassolatu wassalamu ala Rasulillah.
Alim Ulama' dakwah menekankan agar ummat ini sentiasa memuzakarah, membincang, mengamal dan menyampaikan enam perkara sehingga ia menjadi sebati dalam jiwa dan terbentuk hakikat sifat-sifat tersebut didalam hati. Jika dilihat dari sudut amar makruf, maka enam perkara adalah kemakrufan yang paling asas yang perlu diusahakan oleh ummat ini. Jika dilihat dari segi mencegah kemungkaran pula, enam perkara inilah yang mencegah dari kemungkaran dan kebatilan yang paling besar yang menimpa dan melanda ummat pada zaman ini.
Ummat di akhir zaman ini begitu lemah imannya, sehingga ada yang berani mengisytihar keluar dari Islam, Na'uzubillah. Gejala murtad telah melanda ummat ini dengan begitu teruk sekali. Apatah lagi kerosakan aqidah akibat keyakinan yang rosak kepada selain dari Allah, telah begitu menular di kalangan ummat. Apakah kemungkaran yang lebih dahsyat selain dari dosa syirik dan kufur terhadap Allah?
Sebab itulah usaha atas iman dan keyakinan kepada maksud kalimah 'Laa ilaaha illallah' perlu di usahakan dengan bersungguh-sungguh. Agar tahap iman didalam ummat ini dapat ditingkatkan, dikuatkan, diteguhkan dan di mantapkan didalam hati setiap orang Islam. Bahkan orang-orang beriman pun diperintahkan oleh Allah agar (menguatkan) iman masing-masing.
Kemungkaran besar yang lain yang memesongkan ummat ialah cara kehidupan yang menuruti dan menyerupai kehidupan selain dari kehidupan Nabi Sallallahu alaihi wa sallam. Kehidupan yang menurut hawa nafsu, menyerupai Majusi, Yahudi, Nasrani, dan kehidupan kemungkaran yang lainnya yang ada pada akhir zaman ini, yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah dan kesesatan. Sedangkan Allah akan membangkitkan manusia mengikut golongan yang ditirunya.
Maka Alim Ulama' telah menekankan kepentingan mengamalkan kehidupan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam yang dikasihi dan dicintai. Kerana barangsiapa yang mengamalkan Sunnah Nabi, maka bererti dia mencintai Nabi. Dan barangsiapa yang mencintai Nabi, dia akan bersama-sama dengan Nabi di syurga kelak. Dan Sunnah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam yang terbesar ialah mengajak manusia kepada Allah; inilah satu-satunya jalan Baginda, inilah sebab baginda diutuskan, untuk membawa rahmat ke seluruh alam.
Kemungkaran besar yang seterusnya yang menimpa ummat ialah meninggalkan solat. Meninggalkan solat, bererti meruntuhkan agama dan berdosa besar. Bahkan jika dosa besar dilakukan berterusan, maka iman boleh tergelincir. Sebabnya meninggalkan solat dikaitkan dengan kufur dan syirik. Sungguh menyedihkan, ramai lagi orang Islam meninggalkan solat demi solat.
Maka seruan terhadap melaksana dan menyempurkan solat adalah vital dan sangat perlu dibuat ke atas setiap lapisan ummat. Apakah lagi amalan didalam Islam yang lebih utama dari solat, yang pertama-tama akan ditanya di padang mahsyar nanti?
Kemungkaran lain ialah jahil terhadap agama. Ilmu agama tidak diendahkan, dan alim ulama' diperlekeh dan direndah-rendahkan. Pelajar-pelajar agama dianggap tidak ada masa depan, dan keutamaan sepenuhnya hanya diberi untuk pengetahuan duniawi semata-mata. Alangkah bahayanya situasi ini.
Maka sebab itulah ilmu diberi penekanan didalam usaha dakwah yang suci murni ini. Keutamaan alim ulama' dan kepentingan mewujudkan golongan ini diberi penekanan, kerana merekalah pewaris para Nabi. Ilmu Fadhoil dibincangkan lagi dan lagi agar keghairahan dan 'ihtisab' didalam hati ummat terhadap janji-janji Allah dan Rasul akan meresap ke dalam hati dan menjadi sumber kekuatan buat mengamalkan agama.
Keresahan, kegelisahan, kerancuan, kebingungan dan kebimbangan didalam hati adalah akibat melupakan Allah Taala. Pelbagai penyakit hati juga telah menjadi virus dan bersarang dan merebak didalam hati ummat. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan, sehingga hati menjadi gelap, sifat-sifat mazmumah kian membiak, cinta dunia dan takut mati melanda ummat. Ubatnya hanyalah dengan mengingati Allah, kerana hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang, nur akan menerangkan kegelapan hati, istighfar akan menghilangkan karat dosa di hati, dan hati akan memantulkan cahaya zikir yang menyinar dan bercahaya, sehingga mendatangkan ketenangan dan sakinah, mendatangkan sifat sifat mahmudah dan mencenderungkan hamba-hamba-Nya kepada ketaatan kepada-Nya. Maka amalan zikir dan doa Nabi dan para sahabat dibentangkan semula kepada ummat ini agar ia dapat diamalkan didalam kehidupan.
Kemungkaran lainnya ialah perpecahan ummat, pergaduhan dan persengketaan sesama Islam, bahkan saling membenci, bermusuhan dan akhirnya pertumpahan darah, pembunuhan dan peperangan. Maka alim Ulama' menyeru agar ummat ini mengusahakan agar wujud sifat memuliakan sesama Islam, saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan saling mencintai atas satu kalimah dan sifat persaudaraan sesama Islam. Islamlah yang menyatukan Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar, Arab dan Ajam. Semuanya sama dari Adam; yang terbaik ialah yang paling bertaqwa kepada Allah.
Kemungkaran seterusnya yang melanda ummat ialah beramal kerana selain dari Allah. Kerana pangkat, harta, kedudukan, nama, pujian, sanjungan dan pelbagai lagi niat yang batil. Semuanya tertolak disisi Allah. Moga Allah ampunkan kita. Maka alim ulama' menghendaki agar kita sentiasa memeriksa dan membetulkan niat, didalam mentaati Allah dan menjauhi larangan-Nya, semuanya semata-mata kerana-Nya.
Dan yang menjadikan ummat menjadi begitu lemah pada zaman ini, yang kelemahannya tidak pernah berlaku sedemikian rupa pada zaman sebelumnya, adalah kerana ummat ini meninggalkan mutiara kerja kenabian, kerja yang menjadikan ummat ini ummat yang terbaik. Maka alim ulama' menyeru agar ummat ini kembali kepada amalan Nabi, para sahabat dan salafussoleh yang terunggul ini. Mereka yang terdahulu telah mengorbankan seluruh harta, masa, diri bahkan nyawa untuk agama Allah Taala ini. Mereka telah bertebaran di seluruh penjuru alam bagi menyebarkan risalah Tauhid. Kubur-kubur mereka ada di serata pelusuk dunia. Kitalah ummat akhir zaman yang mewarisi kerja dan tanggungjawab dan kemuliaan ini. Apakah kita sanggup melihat agama ini jatuh dan dihina, sedangkan kita masih hidup?
Semoga Allah memilih saya dan tuan-tuan untuk sama-sama bangkit untuk menyambung usaha agama yang suci murni ini, dengan sedia mengorbankan sedikit kesenangan di dunia ini, bagi melaksanakan dakwah Ilallah dan tanggung jawab amar makruf nahi mungkar.
Maka bagaimanakah boleh dikatakan yang usaha dakwah dan tabligh ini tidak mencegah kemungkaran???
Wednesday, October 5, 2011
Saturday, October 1, 2011
Dakwaan ada kubur sahabat Nabi di Malaysia

Anak panah merah mewakili pergerakan para sahabat r.hum ke China bermula Madinah,Yaman,Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka.
Wilayah nusantara ini didiami oleh rumpun bangsa Melayu(Jawi).Saat ini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Dengan penduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranya beragama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslim terbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsa Arab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianya merupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.
Tentang dakwaan yang mengatakan terdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapi tidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinan wujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantara tetap ada.
Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.Syeikh Yusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab Hayatus Sahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah di mana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansari r.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkata bahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan 35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hu juga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapat menyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatan benua Afrika.
1. Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi saw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusof r.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliau bersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid Chee Lin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah di sana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China maka tidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dan kepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawa kira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkan oleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibu kota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh Hj Ibrahim Tien Y.M yang berjudul 'Perkembangan Islam di Tiongkok (China)'.
2. Ada sebilangan ahli sejarah Islam berpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalam ekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,dan makamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermakna Masjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asia dan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumat pembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanya keislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab Al Bidayah Wal Nihayah)
3, Menurut Monuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahun Rasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAW mempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapat sebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalah sahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M di pesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telah berdiri sebuah perkampungan Arab.
Tahun 676M (48H)
Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dan tabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut.
1. Surat dakwah yang disebarkan Rasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepada Raja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.hum di atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaan Sriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arab di Sriwijaya, tahun 625M.
2. Misi dakwah ke Nusantara, semakin intensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu ,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa Syeikh Rukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaan Bani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah di Nusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatu ekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.
Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara" menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saad bin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qays bin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu, Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yang lain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuh kerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinah ke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka dan seterusnya ke China.Ekspedisi dakwah mereka mengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.
Jelas, Islam di Nusantara termasuk generasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnya bukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahli orientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana para pedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari Jazirah Arab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Aceh sekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.
Berdasarkan peta Asia Selatan, kita boleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikan India(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Bandar Aceh, Barus, terus menyusuri pesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malaka lalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.
Tahun 726M (100H)
Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd al Farid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkan adanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirim surat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:
”Dari Raja di Raja (Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucu seribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang di wilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbu wewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak 12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya dan menjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”
[dipetik dari http://wirapendang.blogspot.com/2011/04/dakwaan-ada-kubur-sahabat-nabi-di_13.html]
.
Thursday, September 29, 2011
Abu Ayub al-Ansari Radhiallahu anhu

Kubur Abu Ayub al-Ansari Radiyallahu anhu berhampiran Masjid Eyyub, Istanbul, Turki
Abu Ayyub al-Anshari ra atau nama sebenarnya Khalid ibn Zayd ibn Kulayb dari Bani Najjar merupakan seorang sahabat yang mulia dan terkenal dengan keindahan budi pekerti. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang sangat akrab dengan Rasulullah SAW dan bersama Baginda di dalam semua peperangan. Malah Allah telah memuliakan penduduk Timur dan Barat yang menyebutnya, manusia yang paling tinggi darjatnya yang mana rumahnya telah dipilih di antara rumah kaum Muslimin lainnya untuk persinggahan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda tiba di Madinah dalam peristiwa hijrah. Ini merupakan kemuliaan terbesar bagi Abu Ayyub al-Anshari ra.
Abu Ayyub al-Anshari ra terlibat secara langsung di dalam usaha dakwah menawan dan membebaskan kota Konstantinople pada tahun 44H/ 666M di dalam satu ketumbukan tentera yang diketuai oleh Yazid bin Muawiyah bagi merealisasikan Motivasi Nabawi berdasarkan hadith:
“Konstantinople itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin adalah pemimpin (penawanan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawan)nya” (Hakim, 4.422; Bukhari, Tarikh al-Saghir, 139; I. Hanbal, 4.335)
Tahukah anda bahawa Abu Ayyub al-Anshari pada ketika itu usianya sudah mencecah lebih 80 tahun! Ya, beliau sudah cukup tua. Namun beliau membuktikan bahawa tokoh lanjut usia yang penuh uban di kepalanya juga mampu memberi sumbangan dan berprestasi besar dalam perjuangan Islam!
Maka sebagaimana yang diceritakan dalam perkisahan sejarah, tentera Islam telah bertembung dengan Tentera Byzantine di Konstantinople dan terjadilah perang yang berkecamuk. Saat jatuh sakit menjelang wafat di antara pasukan Muslimin yang tengah dalam perjalanan berperang, Yazid bin Muawiyah telah bertanya kepadanya apa permintaan terakhir beliau. Maka dengan semangat juang, Abu Ayyub al-Anshari menjawab dalam keadaan nazak:
“Bawakan tubuhku dan teruskan perjuangan bersama-sama dengan tubuhku di tengah musuh. Dan sekiranya aku syahid meninggal dunia.. Kau kebumikanlah aku di Konstantinople.. Supaya pada suatu hari nanti apabila tentera Islam berjaya menawan Konstantinople.. Maka aku akan mendengar bunyi tapak-tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku… Dan pada hari itu tahulah aku bahawa janji Nabi SAW sudah terlaksana!”
Sebahagian riwayat menyatakan Abu Ayyub al-Anshari dengan sepenuh keyakinan mengatakan; “Jika aku mati maka bawalah jenazahku. Jika kalian bertemu dengan musuh, kuburkanlah jasadku di sana. Aku ingin jasadku dikubur di tengah medan pertempuran atau yang dekat dengannya, sehingga rohku bergerak di atas medan tempur.”
Itulah permintaan Abu Ayyub al-Anshari dan ditunaikan oleh Yazid bin Muawiyah. Beliau menginginkan kehidupan Akhiratnya dalam keadaan berjihad sebagaimana semasa hidupnya di dunia. Akhirnya di jantung Konstantinople, ketika pasukan Islam berperang melawan pasukan musuh, di sanalah jasad Abu Ayyub al-Anshari yang mulia itu dimakamkan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, lebih 800 tahun kemudian, tentera Islam pimpinan Muhammad bin Murad yang lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh pada tahun 857H/ 1453M berjaya menawan Konstantinople dan menukar namanya kepada Islam Bul yang bermaksud Kota Islam (kini dikenali sebagai Istanbul). Maka Abu Ayyub al-Anshari pastinya gembira mendengar bunyi tapak-tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburnya pada ketika itu. Dan benarlah bahawa janji Nabi SAW pasti terlaksana!
[Dipetik dan disunting dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/12/21/motto-hidup-infiru-khifafan-wa-tsiqalan/#more-676]
Nama 'Jamaah Tabligh'
Bismillah, Alhamdulillah, was Solatu wassalamu ala Rasulillah.
Nama 'Jamaah Tabligh' sebenarnya hanyalah gelaran yang diberi kepada orang-orang yang membuat usaha agama yang suci murni ini. Hazrat Maulana Muhammad Ilyas al-Kandhlawi (semoga Allah merahmati beliau) sendiri tidak menamakan usaha yang suci murni ini dengan apa-apa nama sekali pun. Jika mahu, maka beliau akan menamakannya sebagai 'Tahriki Iman', iaitu usaha atas peningkatan dan perbaikan iman.
Benarlah sedemikian, kerana usaha ini bukanlah sebuah persatuan, pertubuhan, parti, kelab, atau seumpamanya. Tiada pendaftaran perlu dibuat, tiada yuran kemasukan dan yuran tahunan, tiada pejabat dan kertas kerja mahupun perlembagaan persatuan, atau seumpamanya. Ia adalah usaha, atau 'mehnat' dalam bahasa urdu, atau 'effort', bagi orang-orang Islam memperbaiki dan meningkatkan iman dan amalan.
Para alim ulama' dakwah tidak mahu usaha ini dianggap sebagai sebuah lagi gerakan atau pertubuhan Islam, kerana ini boleh menyebabkan ummat Islam menjadi berpecah belah. Sedangkan usaha ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Taala, dan merupakan usaha yang telah dibuat oleh Para Nabi Alaihimussalam yang terdahulu, sehinggalah kepada Rasululullah Sallallahu alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu 'anhum ajma'in, dan mereka yang mengikuti mereka ini dengan baik zaman berzaman.
Perumpamaan usaha ini adalah seperti jamaah solat, yang pesertanya dari pelbagai latar belakang, yang melapangkan beberapa masa untuk ke masjid, untuk melakukan ibadah solat dibelakang seorang imam, bagi menyempurnakan perintah Allah, sesuai dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Kemudiannya mereka akan beredar bagi memenuhi keperluan masing-masing, dan kemudiannya bila sampai waktunya, akan kembali semula ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah yang seterusnya. Tidak pernah ada kita mendengar Persatuan Solat Jamaah, atau Kelab Solat Fardhu di masjid, atau Parti Sembahyang atau yang seumpamanya, yang memerlukan pendaftaran dan senarai ahli dan perkara-perkara bersangkutan.
Disusun tertib dan usul didalam usaha agama ini, bertujuan bagi memudahkan ummat Islam di akhir zaman ini untuk mempelajari usaha agama yang ditinggalkan oleh Nabi SAW dan para sahabat (r.anhum), dengan niat agar kadar usaha atas agama ini dapat ditingkat dan disempurnakan sehingga 100% sebagaimana yang asal.
Sebagaimana Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar solat, puasa, berzakat, menunaikan haji, membaca Qur'an, berzikir, berbuat baik sesama manusia, berakhlak mulia, bersifat mahmudah, berzuhud, sabar, bersyukur, dan perintah-perintah lainnya. Begitu juga, Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan kita agar beramar makruf nahi mungkar, menyeru manusia kepada Allah dan bermujahadah di jalan Allah. Perkara ini telah dibuktikan oleh amalan Rasulullah SAW dan para sahabat (r.anhum). Agama ini telah tersebar ke seluruh dunia melalui perantaraan usaha dakwah yang mereka jalankan. Lebih kurang 90% kubur-kubur para sahabat (r.anhum) berada diluar Madinah. Kuburan mereka bertebaran di China, Indonesia, Eropah, Afrika, dan serata pelusuk dunia. Ini menunjukkan amalan dakwah Ilallah ini merupakan amalan mereka (r.anhum) sehingga ke akhir hayat.
Semoga Alah memberi kefahaman kepada kita mengenai perkara ini, dan menjadikan kita sebagai ummat Nabi SAW yang mewarisi amalan, kerja, fikir, risau dan kebimbangan yang ada pada diri Baginda yang kita cintai, Sallallahu alaihi wa sallam. Amin.
Nama 'Jamaah Tabligh' sebenarnya hanyalah gelaran yang diberi kepada orang-orang yang membuat usaha agama yang suci murni ini. Hazrat Maulana Muhammad Ilyas al-Kandhlawi (semoga Allah merahmati beliau) sendiri tidak menamakan usaha yang suci murni ini dengan apa-apa nama sekali pun. Jika mahu, maka beliau akan menamakannya sebagai 'Tahriki Iman', iaitu usaha atas peningkatan dan perbaikan iman.
Benarlah sedemikian, kerana usaha ini bukanlah sebuah persatuan, pertubuhan, parti, kelab, atau seumpamanya. Tiada pendaftaran perlu dibuat, tiada yuran kemasukan dan yuran tahunan, tiada pejabat dan kertas kerja mahupun perlembagaan persatuan, atau seumpamanya. Ia adalah usaha, atau 'mehnat' dalam bahasa urdu, atau 'effort', bagi orang-orang Islam memperbaiki dan meningkatkan iman dan amalan.
Para alim ulama' dakwah tidak mahu usaha ini dianggap sebagai sebuah lagi gerakan atau pertubuhan Islam, kerana ini boleh menyebabkan ummat Islam menjadi berpecah belah. Sedangkan usaha ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Taala, dan merupakan usaha yang telah dibuat oleh Para Nabi Alaihimussalam yang terdahulu, sehinggalah kepada Rasululullah Sallallahu alaihi wa sallam dan para sahabat radhiallahu 'anhum ajma'in, dan mereka yang mengikuti mereka ini dengan baik zaman berzaman.
Perumpamaan usaha ini adalah seperti jamaah solat, yang pesertanya dari pelbagai latar belakang, yang melapangkan beberapa masa untuk ke masjid, untuk melakukan ibadah solat dibelakang seorang imam, bagi menyempurnakan perintah Allah, sesuai dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam. Kemudiannya mereka akan beredar bagi memenuhi keperluan masing-masing, dan kemudiannya bila sampai waktunya, akan kembali semula ke masjid bagi menunaikan solat berjamaah yang seterusnya. Tidak pernah ada kita mendengar Persatuan Solat Jamaah, atau Kelab Solat Fardhu di masjid, atau Parti Sembahyang atau yang seumpamanya, yang memerlukan pendaftaran dan senarai ahli dan perkara-perkara bersangkutan.
Disusun tertib dan usul didalam usaha agama ini, bertujuan bagi memudahkan ummat Islam di akhir zaman ini untuk mempelajari usaha agama yang ditinggalkan oleh Nabi SAW dan para sahabat (r.anhum), dengan niat agar kadar usaha atas agama ini dapat ditingkat dan disempurnakan sehingga 100% sebagaimana yang asal.
Sebagaimana Allah memerintahkan hamba-hamba-Nya agar solat, puasa, berzakat, menunaikan haji, membaca Qur'an, berzikir, berbuat baik sesama manusia, berakhlak mulia, bersifat mahmudah, berzuhud, sabar, bersyukur, dan perintah-perintah lainnya. Begitu juga, Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan kita agar beramar makruf nahi mungkar, menyeru manusia kepada Allah dan bermujahadah di jalan Allah. Perkara ini telah dibuktikan oleh amalan Rasulullah SAW dan para sahabat (r.anhum). Agama ini telah tersebar ke seluruh dunia melalui perantaraan usaha dakwah yang mereka jalankan. Lebih kurang 90% kubur-kubur para sahabat (r.anhum) berada diluar Madinah. Kuburan mereka bertebaran di China, Indonesia, Eropah, Afrika, dan serata pelusuk dunia. Ini menunjukkan amalan dakwah Ilallah ini merupakan amalan mereka (r.anhum) sehingga ke akhir hayat.
Semoga Alah memberi kefahaman kepada kita mengenai perkara ini, dan menjadikan kita sebagai ummat Nabi SAW yang mewarisi amalan, kerja, fikir, risau dan kebimbangan yang ada pada diri Baginda yang kita cintai, Sallallahu alaihi wa sallam. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)