Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, August 10, 2011

Jihad di India [2]

Daripada Saidina Tsauban r.hu menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda :
“Akan muncul dua kumpulan dari umatku yang kedua-duanya dipelihara Allah dari neraka; satu kumpulan yang berjihad/berdakwah di India dan satu kumpulan lagi yang akan bersama Nabi Isa bin Maryam as."
Ahmad [Musnad 5/278 no.22759], al-Bukhari [Tarikh al-Kabir Tarjamah Abd al-A'la bin 'Adiy al-Bahrani], al-Nasai [al-Mujtaba' no.3175] Tiada komen, al-Tabarani [Mu'jam al-Awsath 7/23-24] Komen: Tidak diriwayatkan (La Yurwa) hadis ini dari Tsauban melainkan dengan sanad ini. Tafarrud padanya al-Zubaidi, Ibn 'Adiy [al-Kaamil 2/161], al-Haitsami [Majma'uz Zawaaid no.9452] Komen al-Albani [Sahih al-Jami' no.4012,Silsilah as-Sahihah no.1934] Sahih, al-Arnaouth [Tahqiq Musnad Ahmad 37/81 no.22396] Komen(ringkasan) : Hadis hasan dan sanad ini dhaif kerana Baqiyyah bin al-Walid,Rijal yang lain tsiqah kecuali Abu Bakr bin al-Walid al-Zubaidi majhul halnya, Imam As-Suyuti menghasankan hadith ini,lihat Kitab Tanzilul Isa Ibnu Maryam.


Komentar-komentar para ulama Hadith berkenaan hadith ini.
Seorang Ulama Hadith dari benua Hindustan, Syiekh Wahiduzzaman Al-Laknawi rah di dalam komentarnya yang ringkas di dalam kitabnya“Ar-Raudhur-Raba Fi Syarhi Sunanil Mujtaba” (Sunan Nasai),manakala Imam Sayuti rah di dalam kitabnya, “Zahr al-Raba’Ala al-Mujtaba” (Sunan Nasai).

Komentar mereka adalah seperti berikut:
1- Hadith ini Sahih,kerana tiadanya komen oleh al-Imam Al-Nasai rah berkaitan hadith ini di dalam kitab “Al-Mujtaba” menunjukkan ia Hadith Sahih disisi Al-Iman Al-Nasai rah,sekiranya terdapat sanad atau isnad yang tidak benar,Al-Imam Al-Nasai rah,akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya.Untuk itu di dalam Sunan Al-Nasai terdapat hadith sahih,Hasan dan dhoif.Walaupun,di dalam kitab Sunan Al-Nasai terdapat hadith dhaif,namun hanya segelintir sahaja hadith dhoif yang yang di kumpulkannya.

2-. Ia juga dinilai sahih/hasan oleh al-mutaakhirin seperti Al-Imam Al-Suyuthi rah dan al-mu'assirin seperti Syiekh Nasiruddin Al-Albani rah dan Al-Arnaouth rah.

3- Komen Al-Imam Al-Tabarani rah bahawa hadith ini padanya Al-Zubaidi yg tafarrud tidak semestinya menjadikan hadith ini dhaif,tafarrud adalah salah satu petunjuk dari banyak-banyak petunjuk untuk mendhaifkan hadith,ia bukannya bermaksud secara tidak langsung menjadi dhaif.

Pendapat Ulama mengenai Al-Imam Al-Nasai rah.
Imam Al-Nasai rah cukup dikenali oleh para ulama hadith kerana beliau merupakan seorang ulama hadith terkenal yang mana kitab karangan beliau terdapat di dalam “Sahih Sittah”.Seorang Ulama Hadith,Imam Subkhi rah berpendapat,Imam Al-Nasai rah adalah lebih banyak menghafaz hadis-hadis berbanding Imam Muslim rah.Sunannya menduduki tempat yang ketiga selepas Sahih Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith dhaif.Menurut pendapat Imam Al-Hakim rah dan Imam Al-Khatib rah,syarat perawi pada hadis di dalam sunannya lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.

Dalam konteks lain,Bab Haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam mazhab al-Syafie kerana beliau juga adalah berpegang kepada mazhab Al-Syafie.

Hadith ni diletak oleh para ulama' di bawah tajuk, tanda-tanda kecil Kiamat yang telah berlaku, yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Penjelasan hadith ini.
Maksudnya,Selepas kedatangan British 15 Ogos 1947,benua India telah dipisah kepada dua,iaitu India dan Pakistan,dan di awal 80-an,Pakistan telah dipisah menjadi dua,iaitu Pakistan dan Bangladesh. Islam telah menakluk benua India dan memerintahnya selama 800 tahun. Kata Dr Sulaiman al-Asyqar seorang ulama Jordan, ianya merupakan tanda-tanda Kiamat kecil yang telah berlaku,yang sedang berlaku dan yang akan berlaku.

Menurut para ulamak; peperangan India telahpun berlaku di mana India telah beberapa kali dibuka oleh tentera Islam;

1. Kali pertama,tahun 92-97 hijrah, iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Walid 1 rah (salah seorang khalifah Bani Umawi) yang menghantar rombongan tentera Islam dipimpin oleh panglima al-Qasim bin Muhammad as-Saqafi rah.Telah berjaya menguasai wilayah India dari daerah Sind hingga Qanuj.

2. Kali kedua,pada zaman pemerintahan Bani Abbas (al-Abbasiyah) di bawah kepimpinan panglima Mahmud bin Sabuktikin rah pada tahun 396 hijrah dan 406 hijrah. Telah berjaya menguasai banyak kota utama benua India.

3. Menurut pendapat Prof Dr Yusof Qardhawi,di dalam kitabnya Fiqh Jihad,katanya beliau mentakrifkan maksud jihad Fisabillah bukan sahaja di atas jalan peperangan,bahkan beliau menjelaskan bahawa berdakwah itu juga termasuk di dalam kategori jihad Fisabillah.

Sebelum,berjihad,berdakwah adalah lebih utama,kerana maksud Nabi-Nabi Allah di utuskan adalah pembawa rahmat,bukan untuk melakukan pertumpahan darah sesama manusia.
Pendapat yang sama juga di kemukakan oleh Syiekh Mohamad Saad Al-Kandahlavi di dalam kitab al-malfuzatnya.

Allah SWT berfirman:
"Dan tiadalah Kami mengutusmu melainkan sebagai rahmat kepada sekalian alam."(Al-Anbiya': 107)

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus para Rasul kepada setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut”.” (An-Nahl, 16: 36)

Kesimpulannya,
Usaha dakwah dan tabligh membuat ajakan supaya datang benua India (negara India,Pakistan dan Bangladesh) bertujuan untuk mempelajari tertib-tertib dan uslub-uslub dakwah.Jesturu itu,tidak ada lagi sebarang pertikaian berkaitan ajakan mereka ini,bahkan mereka-mereka yang datang ke benua India dengan tujuan di atas ini akan termasuk di dalam golongan umat Islam yang di maksudkan oleh Nabi SAW di dalam hadith di atas.

Alim ulama berkata"barangsiapa yang diberi keberkatan oleh Allah SWT,maka ikutilah mereka".
Pada hemat saya,usaha dakwah dan tabligh ini,sudah Allah SWT zahirkan keberkatannya,di seluruh dunia,hari ini akibat pergerakan usaha dakwah dan tabligh,sudah menunjukkan perubahan kearah kebaikan.

Peperangan/jihad di atas menjadi dalil kebenaran nubuwah (kenabian) Nabi SAW di mana baginda SAW mendedahkan kepada para sahabatnya peristiwa yang akan berlaku pada zaman selepas kewafatannya. Sudah tentu yang memberitahu baginda ialah Allah kerana tidak mengetahui yang perkara ghaib melainkan Allah SWT sahaja.


**************************

Cilok dari sini; http://wirapendang.blogspot.com/2011/03/dakwah-di-indiaada-dalilhadith.html
*dalam komentarnya, penulis blog menulis; sy dgr hadith ni lama dh. kebetulan tahun lepas masa kuar 4 bulan, dpt p ziarah madrasah mazahirul ulum, shaharanpur. minta izin dr ulama sana utk semak status hadith ini..

Wallahua'lam..


[dipetik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/2011/08/science-of-creation.html]

Wednesday, July 13, 2011

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG"

[Tulisan dipetik dari http://musakolakedah.blogspot.com/2010/02/pengalaman-keluar-40-hari-dikawasan.html.]

Assalamualaikum.. ini cerita semasa saya keluar 40 hari dikawasan orang makan orang. Masa tu saya masih student kat UPM Serdang tahun 1983. Karguzarinya begini masa tu kalau nak keluar 4B @ 40H jika tidak musim istimak yg diadakan 3 kali setahun kami akan kumpul kat masjid India markas KL . Begitulah dengan jemaah kami datang dari KL, Melaka lagi saya tak ingat ada 6 orang.Jemaah kami diputus oleh syura keluar di Medan Indonesia. Masa itu hanya orang yg kahwin sahaja yg dibenar keluar di Indonesia. Tapi Allah telah pilih saya untuk keluar di sana.

Bila dah bentuk jamaah dan kumpul mula bermesyuarat, perkara pertama kami mesyuarat ialah penerbangan, set taalim dan set taam. Tiket dan set Taalim kita beli kat KL, tapi set Taam beli kat Medan. Pendek cerita sampai di Markas Medan Masjid India Jalan Gajah dekat dgn Pasar, kami mesyuarat kumpul wang beli set taam. Jemaah ni semua orang dah kerja saya sahaja student ,saya bawa RMnya cukup-cukup sahaja. satu minggu kat Medan kami di hantar kesatu tempat baru, mengikut syura Medan, kami adalah jemaah pertama yang masuk kesitu.
Sebelum berangkat Amer Medan karguzari tempat tersebut adalah kawasan Batak makan orang, banyak tawakkal dengan Allah.

Kami bertolak pagi hari, menaiki bas menaiki bukit, jalannya langsung tidak elok dan merbahaya dipenuhi dengan gaung dan sekitar jalannya juga ada "Rampok Lompat"(permpak yang merompak bas, ia tunggu diatas pokok pada selekoh merbahaya, kemudian apabila bas tiba untuk belok bas akan perlahankan kelajuannya, perompak itu akan lompat diatas bumbung bas yang ada barang2, dibunuhnya penjaga barang dan dibuangnya barang2 ditepi jalan yag sedia menunggu kekawan perompaknya.) Perjalanan kami amatlah meletihkan tetapi dapat melihat pemandangan kejadian Allah yang cantik dimana kami melewati kawasan Batak,iaitu Kawasan Kabun Jahe, BerasTagi dan Danau Toba. Danau Toba cukup indah dimana ditengah Danau terdapat sebuah pualau yg dinamakan pulau Somasir, pemandangan airnya biru amat cantik, disitu berkumpulnya tourist seluruh dunia menikmati keindahan ciptaan Allah tetapi tidak kenal Allah pencipta keindahan itu. Bas kami penuh sesak tanpa econd tapi semuanya menjadi asbab hidayat, sampai distesyen bas kami terpaksa jalan kaki, kemudian sampai satu pos kami naik pula kuda padi yg kecil tapi pikul barang sahaja, kami kena mendaki bukit yang tinggi. cuacanya amat dingin, minyak masaknya 24jam beku, jadi kami berjalan dengan mendaki bukit dalam keadaan perut yang lapar, masa tu teringatlah perjuangan sahabat yang mendaki gunung menurun lurah dan merentasi padang pasir,hutan belantara dan meredah lautan, jadi kita punya pengorbanan sikit sahaja, itu Allah amat suka dan cinta pada sesiapa yg korbankan harta dan dirinya semata mata harap redza Alaah dan hidayah Allah untuk ummat nabi saw.

Tempat yang kami kena usaha namanya PASI, kami sampai waktu malam, selesai solat kami khususi dulu, amersab putus saya dan seorang orang Melaka (nama dah lupa), khususi pak polisi, disitu kami adalah jemaah pertama yg usaha disitu jadi banyaklah soalan yg bukan2, akhir sekali dia mahu halau kami balik ke Medan, saya hanya zikir sahaja, yg bercakap orang Melaka kerana ia tua dari saya, berlakulah soaljawab akhirnya dengan kehendak Allah dia benarkan kami usaha disitu selama 2 minggu, ini semua adalah dengan kehendak Allah jua, dalam keadaan letih kami pulang lagi dengan berjalan agak jauh juga dari Masjid. Malam itu tiada orang tempatan yang tahu kami ada disitu. Pagi besoknya subuh adalah seorang @ dua orang tempatan datang solat, mereka apabila melihat kami terkejut beruk ,kerana tidak kenal siapa kami, tanpa bicara kami bersalaman dengan mereka kemudian solat, lepas solat bayan subuh (jadi bayan Taaruf) lepas habis mereka pun bertanya kami, .....................................

.... Selepas solat subuh kami terus ikram 2 orang tempatan yang solat bersama kami. Kami terangkan maksud kerja dakwah nabi saw. Kami bertanya ehwal orng-orang tempatan, mereka pun mula menceritakan kepada kami ehwal mereka. Mula-mula mereka bertanya kami adakah kami pernah dengar dan tahu ada orang makan orang di Indonesia. Kami mengiyakan pertanyaan mereka. Sebenarnya puak kamilah yang makan orang, iaitu puak BATAK PAK-PAK, Puak inilah yang menghuni dikawasan Pasi yang kami nak usahakan usaha nabi saw kepada mereka. Menyambung cerita lagi kata mereka. bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, yang lainnya kristian dan tidak ada agama atau menyembah pokok atau batu atau roh. Tahap agama amat rendah samada ilmu dan juga amal agama, Ustaz tidak datang mengajar kerana sukar untuk mencari ustaz. Untuk mendapat ustaz terpaksa mencari wang yang banyak ini kerana terpaksa mendapat ustaz dari Medan, Ongkos untuk diberi pada ustaz amat tinggi mengikut demand dari ustaz itu sendiri, kemudian kena guna kereta ambil dan hantar, mereka enggak mahu naik bas. Orang Pasi tidak ada wang , jadi bolehlah kita bayangkan bagaimana tahap ilmu dan amal mereka, dan betapa hari ini orang menggunakan agama untuk mencari manfaat dunia.

Kami usaha selama 3 hari dimasjid ini yang menjadi masjid daerah kawasan Pasi. Hari pertama saya kena khidmat taam, bila pergi sahaja ke pasar besar Pasi , masyaallah suasana dalam pasar macam dalam kuil, kiri kanan gambar patung yang seram, matanya terbeliak, gigi siong keluar, pendek kata jika tak usaha atas agama memanglah suasana seram dimana tempat syaitan duduk disitu, tapi nabi saw telah ajar kita doa masuk pasar dan kita cuma amal saja dengan yakin. Ikan basah dak ada, cuma ada telur, ikan lengat yang tidak dibuang perut (X boleh makan), sayuran amat murah dan pisang bunga satu tandan cuma 200Rp sahaja (20 sen). selama 3 hari itu ada seorang tempatan yang berminat dengan usaha nabi saw, namanya Dermawan, dia setiap hari bersama kita, jadi amersab suruh kita semua ikramnya agar dapat ambil usaha nabi saw. Jadi kita guna dia untuk khususi seluruh rumah yang ada disitu, tetapi orang tempatan tidak berapa berminat dan mereka tidak datang ke masjid , ini disebabkan kelemahan kami juga kurang tawajjuh dan doa. hari keempat melalui dermawan ini ia cadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tapi kena buat perjalanan yang jauh, ia merupakan kampong kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka menanam kopi yang terbaik diIndonesia, Kami jadi teruja dan bersemangat untuk pergi berusaha disana, jadi disinilah tempat sebenarnya kami betul-betul usaha yang mana kami memang teringat bagaimana sahabat usaha zaman jahiliah dahulu.

Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid , juga diperbuatdaripada kayu dan papan yang agak lama.

Sampai dimasjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang , rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakkan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka. Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah hebat sungguh puak yang dahulunya makan orang kini telah mengangkat tangan dengan sungguh2 untuk buat kerja nabi saw. lepas minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah, semua angkat tangan. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah kemagrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib semuanya dudukdengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..


Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu.Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40hari tapi kami mesyuareat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan,kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami.

Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahbar memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman , ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.


Masa untuk kami pulang keMedan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari keMedan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amersab sendiri telah beri bayan hidayat dan adab perjalanan pada jemaah. Disinilah suasan sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menagis dan apabila amersab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amersab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apalagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menagis lagi kerana belas kasiahan pada mereka ya g haus pada agama, jadi kami doa semuga 11 orang yng ikit kami tunai 40hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.


Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh kebelakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.


Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh puak yang dahulunya tak kenal agama dan makan orang lagi, boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat korbanan diri dan harta atas agama Allah swt.

Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh

Dalil Jaulah Dalam Surah Yasin

Terjemahan Surah Yasin, ayat 13-27:

13. Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka;
14. (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu".
15. Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka".
16. Mereka berkata: "Rabb kami lebih mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu.
17. Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas".
18. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan mereajam kamu dan kamu pasti akan mendapatkan siksa yang pedih dari kami".
19. Utusan-utasan itu berkata: "Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas".
20. Dan datanglah dari ujung kota seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu,
21. ikutilah orang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
22. Mengapa aku tidak menyembah (Ilah) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?
23. Mengapa aku akan menyembah ilah-ilah selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafa'at mereka tidak memberi manfa'at sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?
24. Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
25. Sesungguhnya aku telah beriman kepada Rabbmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.
26. Dikatakan (kepadanya): "Masuklah ke surga". Ia berkata: "Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,
27. apa yang menyebabkan Rabbku memberikan ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan".


(Terjemahan diatas dipetik dari http://www.ismail.com.my/quranM.htm#Yaasin)


Peristiwa Besar yang terjadi dalam Surah Yasin

Tak ada peristiwa kecil yang termuat dalam al-Qur’an. Semuanya peristiwa besar yang akan memberi pelajaran manusia dalam mendapatkan kejayaan.

Lihatlah tuan-tuan! Perhatikan kisah ini baik-baik. Peristiwa apa yang terjadi sampai Allah SWT menuliskannya didalam al-Qur’an? Mestinya timbul pertanyaan dalam diri kita setelah membaca kisah ini.

1. Siapakah pelaku dalam kisah ini sehingga begitu mulianya terabadikan didalam al-Qur’an?
2. Berapa jumlah pelaku dalam peristiwa diatas?
3. Pekerjaan besar apa yang dia buat sehinggakan kisahnya dibaca sampai hari kiamat dan dijadikan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa?
4. Perkataan yang hebat seperti apa yang diucapkannya sehingga lafadz itu ditiru oleh Allah SWT menjadi kalamullah? Yang mana jika orang sesudahnya meniru ucapan ini akan diberikan pahala oleh Allah SWT.
5. Apa akibat yang didapat dan natijah / hasil apa yang diperolehnya dari kerja yang dia buat itu?


Kisah Habib an-Najar

• Menurut riwayat yang mutawatir dan masyhur menunjukkan bahawa hamba pilihan dalam surat Yasin tersebut adalah Habib an-Najar yang menyokong / membantu kerja dakwah 3 orang utusan yang dikirim oleh Nabi Isa Alaihis Salam (AS) untuk kaum Atakiah.
• Kerja yang dibuatnya adalah mendakwahkan kaumnya agar ikut kepada para utusan Nabi Isa AS.
• Dan dia berperanan sebagai Rehabar / Dalil (penunjuk jalan) yang menolong program Jamaah dakwah yang berjumlah 3 orang yang datang di kampungnya.
• Allah berfirman:
(yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga [Yasin, ayat 14]
Maka terlihat dari ayat ini ada 3 utusan yang dihantar Nabi Isa AS. Dalam bahasa Arab hitungan tiga dikatakan Jamaah.


Tugas yang dikerjakan 3 orang

• Jika 3 orang Islam berjalan di muka bumi mereka tak halal tanpa mengangkat seorang amir. Maka dapat dipastikan salah seorang mereka pastilah ada Amir.
• Orang yang datang dihantar terakhir untuk menguatkan adalah Makmur.
• Orang yang bicara hanya seorang saja sebagaimana KISAH MUSA AS dan HARUN AS maka yang menjadi buru bicara / Mutakalim adalah Musa AS saja.


Orang yang ke Empat adalah Habib an-Najar

• Sedangkan Habib an-Najar menjadi Rehbar / Dalil bagi jamaah dakwah untuk menjumpai kaumnya.
• Dia berlari dari pinggir kota tergesa-gesa / cepat-cepat kerana ada jamaah Dakwah yang datang ke kampungnya.
• Habib an-Najar memposisikan diri sebagai Ansor sedangkan 3 orang Jamaah yang dihantar Nabi Isa AS sebagai Muhajirin.


Lafadz yang diucapkan Habib an-Najar yang dijadikan sebagai Firman Allah SWT dalam al-Qur’an

• Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu
• Ikutilah orang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk
• Mengapa aku tidak menyembah (Ilah) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan?
• Mengapa aku akan menyembah ilah-ilah selain-Nya, jika (Allah) Yang Maha Pemurah menghendaki kemudharatan terhadapku, niscaya syafa'at mereka tidak memberi manfa'at sedikitpun bagi diriku dan mereka tidak (pula) dapat menyelamatkanku?
• Sesungguhnya aku kalau begitu pasti berada dalam kesesatan yang nyata.
• Sesungguhnya aku telah beriman kepada Rabbmu; maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku.


Dalam Jaulah yang sekarang dibuat oleh Ummat Islam maka Rehbar / penunjuk jalan yakni orang tempatan mengatakan:
Assalamualaikum.. Pak, ini ada tamu dari masjid, Jamaah Dakwah mau bicara sama bapak, mohon didengarkan / diikuti.


Hasil Apa yang didapat Habib an-Najar dari Kerja Dakwahnya

Hasil dari kerja yang dibuatnya adalah pembunuhan terhadap dirinya, dan Allah SWT telah memuliakannya dengan memasukkannya ke dalam syurga, beliau RA mengatakan:
Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui,
Apa yang menyebabkan Rabbku memberikan ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan".


(Jadi hasil dari kerja Habib an-Najar yakni sebagai penunjuk jalan / dalil / rehbar bagi utusan / da’I adalah pengampunan dari Allah, dan kemuliaan, dan dimasukkan ke dalam syurga)

Tuan-tuan! Dari kisah ini dilihat Habib an-Najar sebagai Ansor sedangkan 3 orang utusan sebagai Muhajirin maka tugas Ansor apabila nusrah terhadap jamaah dakwah harus ‘bersegera’ jangan tunda-tunda membantu jamaah dakwah.

Dan nusrah yang pertama adalah nusrah program dakwahnya, bukan nusrah keperluan (makan, cuci, dll). Jadi kerja dakwah yang harus diutamakan.

[Susunan Abu Fathimah, ‘Jauhlah Dalam Surat Yasin – Metode Dakwah yang Sudah Teruji’, cetakan Annisa Photoshop Cempaka Baru Kemayoran, Cetakan ke2 Juni 2008]

Wednesday, July 6, 2011