Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, November 7, 2010

Masjid Abu Bakar, Marawi City, Mindanao

Masjid Abu Bakar, Marawi City, Mindanao

Sebaik-baik Jihad

Jihad Melawan Diri dan Hawa Nafsu (Keinginan dan dorongan hati)

Daripada Abi Zar (RA) berkata: Rasulullah (SAW) telah bersabda:
Ertinya: Sebaik-baik jihad ialah jihad seorang lelaki melawan diri dan nafsunya. Diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dan diriwayatkan juga oleh Abu Nua’im dan al-Dailami dengan lafaz: Sebaik-baik jihad bahawa kamu melawan diri kamu dan (tuntutan) hawa nafsu kamu dalam melaksanakan hak-hak Allah.*

*Iaitu dengan menahannya dari mengikut kehendak syahwat dan menghalangnya dari terus tenggelam dalam kelazatan (dunia) dan sentiasa melakukan suruhan-suruhan dan menjauhkan diri dari segala larangan. Ini adalah merupakan jihad yang terbesar dan hawa nafsu adalah merupakan sebesar-besar musuh kamu. Dan diri kamu adalah merupakan musuh kamu yang terdekat. (Sila lihat Faidh al-Qadir, jld:2, m.s.31. )

Dan daripada Ibn Umar (RA) berkata: Telah bersabda Rasulullah (SAW):
Ertinya: Sebaik-baik Islam seorang mukmin ialah sesiapa yang menyelamatkan muslimin yang lain dari (kejahatan) lidah dan tangannya, dan sebaik-baik Iman seorang mukmin ialah yang paling baik tingkah lakunya, dan sebaik-baik muhajirin ialah sesiapa yang berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah dari mengerjakannya, dan sebaik-baik jihad ialah sesiapa yang berjihad melawan dirinya dalam melaksanakan hak-hak Allah Azzawajalla**.
(Diriwayat oleh al-Tabrani.)

**Mujahadah (melawan) tuntutan diri adalah lebih baik dari jihad melawan orang kafir, munafik dan orang yang jahat kerana setiap sesuatu dilebihkan dan dimuliakan dengan mulianya hasil yang diperolehi dan hasil melawan tuntutan hawa nafsu ialah mendapat hidayah.

[Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki, ‘Mereka yang Berada di jalan Allah’, Alih bahasa: Mohd Zakir bin Abdul Majid, diterbitkan oleh al-Maahadul ‘Ali Littafaqah Fiddin Amuntai Kalimantan Selatan, Cetakan Kedua 2002]

Thursday, November 4, 2010

Masjid al-Falah Queens, New York

Masjid al-Falah Queens, New York

Wednesday, November 3, 2010

Pendapat Syaikh Ibnu Uthaimin tentang Jamaah Tabligh

Question:
I have started to become committed recently, praise be to Allaah. In our area there is the Jamaa?at al-Tableegh, who go out for thirty days or more. People say different things about them. Some say, don't go out with them, because their going out is an innovation (bidah) and they have some mistaken ideas. Others advised me to go out with them. What is the correct view concerning that? Should I go out with them or not?.

Answer:
Praise be to Allaah. We have already discussed this group and some of their pros and cons. Shaykh Ibn Uthaymeen (may Allaah have mercy on him) was asked about that and he said: Usually in every issue there are two extremes and a middle way. Some people praise this group a great deal and encourage going out with them; others condemn them a great deal and warn against them more than they would warn you about a lion. And some people tread a middle path between those two extremes.

I think that there is some good in this group; they call others to Islam and have a clear influence that no other daaiyahs have had. Many kaafirs have become believers at their hands, and many evildoers has Allaah guided through them.Moreover they have an attitude of humility and selflessness that is not found in many others.Some people say that they have no knowledge of hadeeth, and so on.

They are undoubtedly good people, but I think that those of them who are in Saudi do not go to Pakistan or other countries, and we do not know anything about the aqeedah of those people (in other countries) or their manhaj (methodology). But there is nothing wrong with the manhaj followed by our companions here in Saudi.

With regard to limiting dawah to three or four days, or to two or four or six months, or two years, there is no shari evidence for that. But they think that this has to do with organization (of groups). If a person goes out for three days, and knows that he is limited to these three days, he will focus his mind and forget about worldly matters. This is the matter of organization, and is not an act of worship or a matter of shareeah.

I think, may Allaah bless you, that if you have the opportunity to seek knowledge then it is better to do that, because seeking knowledge is good and the people nowadays have a great need for scholars who have knowledge of the Sunnah and who are well-versed in knowledge. If you are not able to seek knowledge, and you go out with them in order to purify yourself, there is nothing wrong with that. There are many people whom Allaah has guided at their hands.

Al-Baab al-Maftooh, no. 10, P. 304.

And Allaah is the Source of strength

[dipetik dari http://www.banglakitab.com/ShaikhUtheymenTablighAnswer.htm]


Terjemahan bebas:

Soalan:
Saya telah mula memberi komitmen sejak akhir-akhir ini, segala puji bagi Allah. Di kawasan kami terdapat Jamaah Tabligh, yang keluar selama tiga puluh hari atau lebih. Masyarakat berlainan pendapat terhadap mereka. Ada yang berkata, jangan keluar bersama mereka, sebab keluarnya mereka itu adalah bid’ah dan mereka mempunyai beberapa idea yang salah. Ada pula yang menasihati saya untuk keluar bersama mereka. Apakah pandangan yang benar tentang perkara ini? Patutkah saya keluar bersama mereka atau tidak?

Jawapan:
Segala puji bagi Allah. Kita sudah pun membincangkan mengenai kumpulan ini dan sebahagian dari pro dan kontra mereka. Syaikh Ibn Uthaimeen (semoga Allah mengasihinya) telah ditanya tentang perkara ini dan beliau berkata: Kebiasaannya didalam setiap isu terdapat dua ekstrim dan satu jalan pertengahan. Ada orang yang begitu memuji kumpulan ini dan menggalakkan (orang) untuk keluar bersama mereka; yang lain pula begitu mengkondem mereka dan memberi amaran mengenai mereka lebih dari mereka memberi amaran kepada anda tentang singa. Dan ada orang yang mengambil jalan tengah diantara dua ekstrim ini.

Saya berpendapat ada beberapa kebaikan didalam kumpulan ini; mereka mengajak orang lain kepada Islam dan mempunyai pengaruh yang nyata yang para pendakwah lain tidak memilikinya. Ramai orang kafir telah menjadi orang beriman di tangan mereka, dan ramai ahli maksiat telah diberi petunjuk oleh Allah melalui mereka.

Tanpa diragukan, mereka adalah orang-orang yang baik, tapi saya fikir dikalangan mereka yang berada di Saudi tidak pergi ke Pakistan atau negara-negara lain, dan kita tidak tahu apa-apa mengenai aqidah mereka yang di negara lain ataupun manhaj (metodologi) mereka. Tapi tiada apa-apa yang salah dengan manhaj yang diikuti oleh sahabat-sahabat kita di Saudi ini.

Berkenaan dengan membataskan dakwah selama tiga atau empat hari, atau dua atau empat atau enam bulan, atau dua tahun, tiada bukti syar’i mengenainya. Tapi mereka berpendapat bahawa ini adalah mengenai organisasi kumpulan. Jika ada orang pergi untuk tiga hari, dan mengetahui yang dia terbatas didalam tiga hari ini, dia akan memfokuskan mindanya dan melupakan perkara-perkara keduniaan (selama tempoh tersebut). Ini adalah perkara organisasi, dan bukannya perbuatan ibadah atau perkara syari’ah.

Saya berpendapat, semoga Allah merahmati anda, sekiranya anda mempunyai peluang untuk menuntut ilmu maka perbuatan itu lebih digalakkan, sebab menuntut ilmu adalah baik dan masyarakat hari ini sangat memerlukan para ulama’ yang mempunyai pengetahuan Sunnah dan mahir didalam ilmu pengetahuan. Jika anda tidak berpeluang untuk menuntut ilmu, dan anda keluar bersama mereka untuk menyucikan diri, maka tiada kesalahan berbuat demikian. Ramai orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah di tangan mereka.

Al-Baab al-Maftooh, no. 10, P. 304.

Tuesday, November 2, 2010

Surat Syaikh Muhammad bin 'Alawi al-Maliki kepada Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya

Translation:

In the name of Allah, most Beneficent, most Merciful,

Possessor of Excellence, the learned hadith scholar, remnant of the predecessors and splendour of the successors, the embodiment of blessings, Imam, caller to Allah, my master and my teacher: Shaykh Muhammad Zakariyya, may Allah protect him …

Al-Salam ‘alaykum wa Rahmat Allah

I congratulate you on the arrival of the New Year. May Allah make it one of prosperity, blessings, happiness and favour. Amin.

I thank you for kindly sending to me a copy of the great, renowned and praiseworthy commentary, Badhl al-Majhud, which is crowned with your blessed annotations. May Allah protect, aid and assist you, and may He lengthen your life in His obedience and the excellence of His servitude, and may He enable us to benefit from you. May you always remain [in prosperity].

Your lover and humble servant,

Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki

Servant of the honourable students at the [Umm al-Qura] University and al-Masjid al-Haram

04/01/1394 (AH)


[dipetik dari http://zakariyya.wordpress.com/2009/07/28/shaykh-muhammad-ibn-alawi-al-malikis-letter-to-shaykh-al-hadith-mawlana-muhammad-zakariyya/]


Terjemahan bebas:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani.

Sahibul Fadhilah, al-Allamah al-Muhaddith, pewaris para salaf, kegemerlapan para khalaf, yang penuh dengan keberkatan, Imam, Da’i Ilallah, Sayyid ku, Syaikh ku: asy-Syaikh Muhammad Zakariyya, semoga Allah memeliharanya...

As-Salamu ‘alaikum wa Rahmat Allah

Saya mengucapkan selamat kepada tuan diatas ketibaan tahun baru (hijrah). Semoga Allah menjadikannya sebagai salah satu dari kejayaan, keberkatan, kegembiraan dan keutamaan. Amin.

Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dengan bermurah hati telah mengirimkan saya satu salinan kitab Syarah Badhl al-Majhud (syarah kepada kitab Sunan Abu Daud, karangan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri) yang tinggi (kedudukannya), yang terkenal, yang terpuji, yang dimahkotakan dengan penerangan (dari catitan) tuan yang (penuh dengan) keberkatan. Semoga Allah melindungi, menolong dan membantu tuan, dan semoga Dia memanjangkan usia tuan didalam ketaatan kepada-Nya dan cemerlang didalam berkhidmat kepada-Nya, dan semoga Dia memudahkan kami memperoleh manfaat dari tuan. Semoga tuan sentiasa berada didalam kesejahteraan.

Pencinta tuan dan khadim tuan,

Muhammad ibnu ‘Alawi al-Maliki

Khadim kepada para pelajar yang mulia di [Umm al-Qura] Universiti dan Masjid al-Haram.

04/01/1394 (AH)