Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Sunday, November 7, 2010

Sebaik-baik Jihad

Jihad Melawan Diri dan Hawa Nafsu (Keinginan dan dorongan hati)

Daripada Abi Zar (RA) berkata: Rasulullah (SAW) telah bersabda:
Ertinya: Sebaik-baik jihad ialah jihad seorang lelaki melawan diri dan nafsunya. Diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dan diriwayatkan juga oleh Abu Nua’im dan al-Dailami dengan lafaz: Sebaik-baik jihad bahawa kamu melawan diri kamu dan (tuntutan) hawa nafsu kamu dalam melaksanakan hak-hak Allah.*

*Iaitu dengan menahannya dari mengikut kehendak syahwat dan menghalangnya dari terus tenggelam dalam kelazatan (dunia) dan sentiasa melakukan suruhan-suruhan dan menjauhkan diri dari segala larangan. Ini adalah merupakan jihad yang terbesar dan hawa nafsu adalah merupakan sebesar-besar musuh kamu. Dan diri kamu adalah merupakan musuh kamu yang terdekat. (Sila lihat Faidh al-Qadir, jld:2, m.s.31. )

Dan daripada Ibn Umar (RA) berkata: Telah bersabda Rasulullah (SAW):
Ertinya: Sebaik-baik Islam seorang mukmin ialah sesiapa yang menyelamatkan muslimin yang lain dari (kejahatan) lidah dan tangannya, dan sebaik-baik Iman seorang mukmin ialah yang paling baik tingkah lakunya, dan sebaik-baik muhajirin ialah sesiapa yang berhijrah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah dari mengerjakannya, dan sebaik-baik jihad ialah sesiapa yang berjihad melawan dirinya dalam melaksanakan hak-hak Allah Azzawajalla**.
(Diriwayat oleh al-Tabrani.)

**Mujahadah (melawan) tuntutan diri adalah lebih baik dari jihad melawan orang kafir, munafik dan orang yang jahat kerana setiap sesuatu dilebihkan dan dimuliakan dengan mulianya hasil yang diperolehi dan hasil melawan tuntutan hawa nafsu ialah mendapat hidayah.

[Syaikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki, ‘Mereka yang Berada di jalan Allah’, Alih bahasa: Mohd Zakir bin Abdul Majid, diterbitkan oleh al-Maahadul ‘Ali Littafaqah Fiddin Amuntai Kalimantan Selatan, Cetakan Kedua 2002]

6 comments:

Anonymous said...

sila sediakan no hadis utk hadis dr abi zar tersbt utk memastikan kesahihah hadis itu.

sekiranya hujah itu tidak tepat, kemungkinan boleh membawa kepada salah faham kepada orang awam dan merupakan satu bahaya.

daripada artikel anta yang mengatakan jihad melawan tuntutan diri lebih baik dari jihad memerangi orang kafir, terdapat hadis untuk situasi itu yang bersifat dhaif dan ada yang mengatakan munkar. oleh itu, kemungkinan pendapat anta tidak boleh diterima pakai tanpa nas yang kukuh.

Musafir said...

Salam tuan 'Anonymous',

Terima kasih atas komen dan pandangan tuan.

Keseluruhan artikel yang dinukilkan, termasuk komentar hadith berkenaan, adalah dipetik dari kitab susunan Fadhilah asy-Syaikh Nuruddin Banjari (semoga Allah memelihara beliau). Seperti yang kita semua sedia maklum, Syaikh Nuruddin ialah alim semasa yang menjadi rujukan kita di nusantara ini. Beliau menegakkan Sunnah dan menentang bid'ah, mendakwahkan agama Allah dan pendokong Ahlus Sunnah wal Jamaah. Beliau juga menghidup dan mempopularkan semula pengajian secara bersanad. Ramai dikalangan masyarakat nusantara yang beroleh manfaat dari ilmu beliau, menjadi anak-anak murid beliau dan menjadi penyambung kepada ajaran beliau dan menyebarluaskannya.

Syaikh juga banyak menulis kitab-kitab, termasuklah kitab 'Mereka yang berada di jalan Allah', yang sedikit kandungannya saya nukilkan disini. Jika tuan ingin bertanya lebih lanjut berkenaan perkara ini, saya mencadangkan agar tuan terus bertanya kepada Syaikh sendiri. Beliau selalu bermusafir dan mengadakan majlis pengajian di Malaysia. Silalah tuan menghadirkan diri didalam salah satu majlis beliau yang penuh berkat ini.

Musafir said...

Penerangan tentang makna jihad dijelaskan oleh Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya (r.alaih) di http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/AlEtidaalFiMaratib-IslamicPolitics-MaulanaZakariahKandalwiRAH.pdf, m/s 38.

Musafir said...

Takrif Jihad oleh Dr. Abdul Karim Zaidan boleh dirujuk disini

http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2008/07/jihad-qital.html

(sebagaimana dinukilkan didalam kitab 'Menilai Manhaj Jamaah Tabligh Terhadap Jihad (Dengan Makna Qital').

Musafir said...

Hadith yang Saudara 'Anonymous' nyatakan bersifat dhaif tersebut, mungkin yang dibincangkan di link ini:

http://www.alinaam.co.za/index.php?option=com_content&view=article&id=442:greater-jihaad&catid=75:qna&Itemid=520

Semoga bermanfaat.

Musafir said...

Pandangan Syaikh Ibnu Qoyyim ini juga menguatkan pendapat bahawa jihad terhadap hawa nafsu adalah lebih diutamakan.

http://dakwah-ilallah.blogspot.com/2010/12/inilah-jihad.html