Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Saturday, July 5, 2014

6 Sifat Sahabat didalam al-Fatihah

Dalil 6 Sifat Sahabat R.A Dalam Surah Alfatihah 

Sepertimana tidak tersembunyi di kalangan Ilmuan Islam bahawa Al Fatihah merupakan Ummul Alquran (Induk Alquran).Segala perbahasan yg terkandung dlm sebiji Alquran ada terkandung secara mujmal di dalam Al fatihah.Manakala apa yg terkandung di dalam Alfatihah ada terkandung di dalam ayat Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'iin.Sungguh 6 sifat terunggul Sahabat ada dalilnya di dalam Al Fatihah. 1.)Alhamdulillahi Rabbil Alamiin Ianya membawa makna Zikir Ilallah..kerana zikir Ilahi itu mengandungi Tahlil,Takbir dan Tahmid.Termasuk juga tilawah doa dan muraqabah. 2.)Arrahmanir Rahim membawa makna Ikramul Muslimin kerana kedua2 dua Isim ini merupakan sifat Allah iaitu Yang Maha Pengasih kpd kedua2 Mukmin dan Kafir di dunia dan Ar Rahim iaitu Yg Maha Penyayang secara khas kepada Mukmin di Akhirat. ALLAH Pengasih dan Allah mahukan hambanya berkasih sayang sesama makhluk.Sesuai dngn hadis musalsal biawwaliyat " Irhamu man filardhi yarhamkum man fissama"(Kasihlàh kamu pada penduduk bumi, maka penduduk langit akn mengasihi kamu)Dan inilah makna Ikram Muslimin. 3.)Maaliki Yaumiddin membawa makna Tauhid Kalimah Toyyibah, malah setiap ayat dlm AlFatihah blh disabitkan dngn Tauhid.Yg Menguasai Hari Pembalasan.jika Hari Akhirat dimiliki dikuasai oleh Allah Rabbul Izzah, apatah lg dunia sekepak nyamuk semuanya di Miliki di Kuasai Allah dan itulah hakikat Lailahaillallah. ..
4.)Iyyaka Na'budu membawa makna Solah Khusyuk dan Khuduk krn maknanya Hanya kpd Mu aku beribadah.makna ibadah adalah "Nihayah Tazallul"(kemuncak penghinaan diri)dan kemuncak hina diri adalah dlm sujud dan sujud hanya ada dlm solat.Mafhum hadis Nabi Saw solat adalah ibadah yg julung2 kali diturunkan dan Solatlah ibadah yg julung2 kali di soal pd hari qiamat.
4.)Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nastaiin membawa makna Ikhlas Niat..yakni jika ibadah dan pertolongan pun hanya sanya dibuat utk Allah apatah lg perkara2 lain juga mestilah khalisatan lillahi Taala..
5.)Ihdinas Siraatal Mustaqim membawa makna Ilmu krn lafaz hidayah antaranya membawa makna "Ira'atut Tariq"(menunjukkan jalan.Maka maknanya berilah Ilmu kpdku sehingga sampai kpd sirat mustaqim.. 5.)Siratal Mustaqim membawa makna Muhammadur Rasulullah.Ini krn yg dimaksudkan dngn siratul mustaqim adalah Siratur Rasul dan Siratur Rasul itu adalah Tariqah dan sunnah Rasulullah saw..
6.)Siraatallaziina an'amta alaihim ilal akhir membawa makna Dakwah wa Tabligh.Ini kerana dlm ayat yg lain mentafsirkan bhwa orng2 yg diberi nikmat itu adalah di kalangan Anbia Siddiqin Syuhada dan solihiin.Kesemua maksud pengutusan Anbia' adalah dakwah dan dakwahlah misi utama para siddiqin syuhada'dan sulaha'.
Maka sempurnalah 7 ayat fatihah yg mengandungi 6 sifat sahabat. Maka tidak hairanlah jika Mln Said Ahmed Khan Rh.A pernah berkata bhw berkat usaha dakwah aku blh sabitkan setiap huruf Alquran dngn usaha dakwah dan Tabligh,akan tetapi jika aku buat demikian sudah tentu para Ulamak akan berkhilaf dngan ku..semoga bermanfaat!
ABU UKASYAH
Kg Kim Loon
Telupid Sandakan
Sabah.
7.51 am 5 July 2004 bersamaan 7 Ramadhan.


[dipetik dari https://www.facebook.com/wan.abulaibah?fref=nf]




No comments: