Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Monday, February 24, 2014

Makna Bid'ah menurut Syaikh Dr. Afifi al-Akiti (Hafizhohullah)


Syaikh Dr. Afifi al-Akiti al-Syafi'i Hafizhohullah menerangkan asal-usul do'a 'Ya amanal Kho'ifin...', dan kemudiannya (pada minit 24:00 ke atas) menerangkan pula secara ringkas mengenai makna bid'ah, hukum-hukum bid'ah yang lima (wajib, sunnat, harus, makruh, haram) dan hadith mengenai 'setiap bid'ah itu sesat...' itu sebenarnya merujuk kepada perkara aqidah sesat yang dibuat-buat oleh puak yang sesat, dan bukannya merujuk kepada amalan-amalan yang dianjurkan oleh ulama' salafussoleh walaupun tidak dilakukan oleh Baginda Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan para sahabat Ridhwanallahi alaihim ajma'in.




Pemahaman yang benar dan tepat mengenai takrif bid'ah, seperti yang dijelaskan oleh Syaikh Afifi, adalah sangat-sangat penting untuk dibincang dan dijelaskan kepada golongan awam hari ini. Ini kerana bertitik tolak dari kesalahfahaman  inilah, yang sering digembar-gemburkan oleh satu golongan, sehingga aplikasinya yang buruk menyebabkan begitu banyak amalan-amalan baik yang sebenarnya dibenarkan oleh syarak' telah disalahfahami dan dikaitkan sebagai bid'ah, sesat dan pengamalnya masuk neraka, na'uzubillahi minzalik.

Perkara ini di 'highlight'kan di ruangan ini, kerana dengan berhujahkan dalil dan dan faham yang salah mengenai bid'ah, maka amalan dan tertib dakwah seperti khuruj 3 hari setiap bulan, 40 hari dan 4 bulan setiap tahun, dan selainnya yang berkaitan dengan usaha dakwah dan tabligh yang suci murni ini, telah terkena tempiasnya dan turut di'bakulsampah' dan disesatkan oleh golongan yang tergelincir fahaman mereka mengenai istilah bid'ah yang sebenar.

Semoga pemahaman yang sahih mengenai makna bid'ah seperti yang difahami oleh golongan salafussoleh, ulama'-ulama' muktabar dan Ahlussunnah wal jamaah secara keseluruhannya, dapat disebarluaskan kepada segenap lapisan masyarakat kaum muslimin agar hilang segala rasa was-was dan syak terhadap amalan kaum muslimin zaman-berzaman yang dipandu dan dianjur oleh ulama' haq, yang terus kekal diamalkan sehingga ke hari ini.


No comments: