Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, September 18, 2013

Kekuatan kitab Hayatus Sahabah dari dua tradisi keilmuan

Syeikh Maulana Yusuf rahimahullah juga merupakan sahabat kepada ayahanda al'Allamah Habib Umar bin Hafidz iaitu ash Syahid Habib Muhammad rahimahullah yang merupakan Mufti Tarim pada masa itu, Habib Umar menceritakan semasa rombongan Syeikh Maulana Said Ahmad Khan rahimahullah datang ke Tarim ayahnya yang mula-mula nusrah rombongan tersebut.. kemudian ayahnya ikut rombongan tersebut ke India Pakistan.. Di Pakistan ayahnya tinggal selama 2 bulan. Kemudian ayahnya pergi ke Nizamuddin di India dan duduk bersama Syeikh Maulana Yusuf rahimahullah selama 4 bulan. Beliau kata ayahnya bersama-sama Syeikh Maulana Yusuf menyiapkan kitab Hayatus Sahabah sampai sekarang masih ada tulisan tangan ayahnya yang tersimpan di Nizamuddin, India. Lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas anak Habib Umar iaitu Sayyid Salim pergi ziarah Nizamuddin, Syeikh Maulana Saad (cucu Syeikh Maulana Yusuf) tunjukkan kepada Sayyid Salim tulisan datuknya (Habib Muhammad) yang turut bersama mengarang kitab Hayatus Sahabah bersama datukku, Syeikh Maulana Yusuf. Kemudian setelah ayah Habib Umar balik ke Tarim dari India dan meneruskan berdakwah mengajak manusia kepada Allah swt, dan pada masa itu zaman komunis seterusnya ayahnya telah ditangkap dan dibunuh oleh Komunis.. 

(dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151848475361999&set=a.422328956998.217003.295419981998&type=1

Ini bermakna, kitab Hayatus Sahabah adalah hasil dari gabungan kekuatan sanad dua gergasi keilmuan, iaitu keilmuan para alim Ulama' aliran Deobandi (Maturidi-Hanafi-Chisyti) dan aliran Yamani  (Asy'ari-Syafi'i-Ba'alawi) serta gabungan dua keturunan alim ulama' yang mulia, iaitu keturunan dari Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam (para Haba'ib) dan keturunan dari Sayyidina Abu Bakar Siddiq Akbar Radhiallahu 'anhu (para Bani Tamim).


No comments: