Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Tuesday, July 30, 2013

Sebab Terhalangnya Bantuan Daripada Allah


Diceritakan suatu hari, anak perempuan Hulago, ketua tentera bangsa Tartar, berjalan sekitar Baghdad. Tiba-tiba dia melihat satu perkumpulan manusia mendengar ucapan seorang lelaki yang merupakan seorang ulama Islam. Dia kemudiannya memerintahkan lelaki tadi tadi berjumpa dengannya lalu berbicara.

Anak Perempuan Hulago : Bukankah kamu semua beriman dengan Allah?

Ulama : Benar
AP Hulago: Bukankan kamu percaya bahawa Allah akan memenangkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki?Ulama : Benar
AP Hulago : Bukankah Allah telah memenangkan kami (Tartar) ke atas kamu?
Ulama : Benar
AP Hulago : Bukankah ini bermakna Allah lebih mengasihi kami (Tartar)?
Ulama : Tidak benar sama sekali
AP Hulago : Kenapa pula begitu?
Ulama : Adakah anda tahu penggembala kambing?AP 

Hulago : Ya
Ulama : Bukankah penggembala kambing biasanya mempunyai beberapa ekor anjing?
AP Hulago : Benar
Ulama : Apakah yang dilakukan si penggembala apabila beberapa kambingnya tersasar keluar daripada kawalannya?
AP Hulago : Dia akan hantar anjing-anjingnya untuk mengejar dan memaksa kambing balik kepada kawalannya.
Ulama : Berapa lama berlaku pengawalan semula tersebut?
AP Hulago : Ya.. selama mana kambing itu masih tersasar daripada tabiat sepatutnya
Ulama : Begitulah anda (Tartar), kamu adalah ibarat anjing-anjing yang dihantar Allah di atas muka bumi. Maka selama mana kami tersasar dari manhaj Islam dan mentaati Allah, maka kamu (Tartar & yang sepertinya hari ini) akan terus dihantar mengajar kami.

Ya Allah, bantulah kami untuk kembali kepada agamamu yang benar.. Ya Allah.. ya Allah.. ya Allah… bantulah ummat NabiMu Muhammad SAW.


# petikan facebook.com/RaaidSalahKredit: Ust Sharipudin Abd Kadir
[Sumber: http://www.ismaweb.net/v4/2013/07/sebab-bantuan-daripada-allah/]



*****


Marilah kita sama-sama dengan penuh keinsafan memikir dan meneliti kisah ini baik-baik. Ia berkait rapat dengan sabda Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam: 


'Wahai manusia, sesungguhnya Allah Taala telah berfirman kepada kamu, "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan kemungkaran, sebelum tiba masanya kamu berdoa kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memperkenankan doa kamu. Kamu meminta kepada-Ku tetapi Aku tidak akan memberikan kepada-Mu, kemudian kamu memohon bantuan kepada-Ku (terhadap musuhmu) tetapi Aku tidak akan membantu kamu." '. [Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya dan Ibnu Majah]


Dan sebagaimana kata-kata Sayyidina Abu Darda Radhiallahu anhu:

'Kamu mestilah menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka daripada melakukan kemungkaran, kalau tidak Allah Taala akan membangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang tua kamu dan dia tidak akan menaruh belas kasihan kepada yang muda-muda daripada kalangan kamu. Pada masa itu, doa orang yang soleh daripada kalangan kamu pun tidak akan diterima. Kamu inginkan bantuan tetapi bantuan tidak akan diberikan. Kamu memohon keampunan tetapi kamu tidak akan diampuni.'   [dipetik dari Fadhilat Tabligh, bab 2, Hadith 6]







No comments: