Assalamualaikum warahmatullah.
Bismillah. Wassolatu wassalamu ala rasulillah.
Selamat menyambut Syawal kepada rakan-rakan blog. Semoga ketibaan Syawal kali ini akan menambahkan lagi kasih sayang sesama kita, agar kita saling memaafkan di antara satu dengan yang lain, dan semoga ia disambut dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Nabi SAW dan para sahabat baginda yang dikasihi. Amin.
Bermula Syawal ini, Insyaallah, blog ini dibuka skopnya dengan membincangkan keutamaan dan kelebihan sifat-sifat dan perbuatan yang ada pada diri para sahabat radhiallahu taala anhum ajma'in.
Sekali lagi dijelaskan bahawa blog ini tidak mewakili mana-mana parti, jemaah, pergerakan atau seumpamanya. Ia hanyalah semata-mata keinginan dan kecenderungan peribadi penulis.
Jika ada apa-apa kebaikan yang diperoleh oleh para pembaca melalui blog ini, maka mudah-mudahan ia menjadi asbab keampunan Allah kepada saya, ibu bapa, keluarga dan ummat seluruhnya di hari yang mana segala harta, pangkat darjat, kedudukan, nama dan pengaruh, tidak ada gunanya sama sekali.
Dan saya memohon ampun kepada Allah dan memohon maaf kepada rakan-rakan sekalian, sekiranya ada tulisan dan catitan di dalam blog ini yang tidak tepat atau agak tergelincir dari kebenaran,. Semoga rakan-rakan sekalian dapat membantu didalam membetulkannya.
Dan dihujung doa dan munajat rakan-rakan, saya memohon dengan rendah hati agar saya diingati oleh rakan-rakan, agar Allah mengampuni dan merahmati saya, dan juga ummat seluruhnya.
Ya Allah! Tunjukkanlah kami yang benar itu benar, dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya. Dan Ya Allah! Tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil, dan berilah kami kekuatan untuk menjauhinya.
Ya Allah ya Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dalam kehidupan didunia ini, dan juga kebaikan di kehidupan akhirat esok, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka-Mu.
Ya Allah! Jadikanlah hati kami mencintai dengan sepenuhnya akan apa yang Engkau cintai, dan jadikanlah hati kami membenci dengan sungguh-sungguh atas perkara yang Engkau benci.
Ya Allah! Jadikanlah maksud kehidupan kami sebagaimana maksud kehidupan orang-orang yang Engkau redhoi dan cintai, iaitu dari golongan para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Shalihin.
Amin ya rabbal 'alamin.
No comments:
Post a Comment