Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Monday, October 25, 2010

Wajib Empat Sifat Bagi Sekalian Rasul

1. Sidek
2. Amanah
3. Tabligh
4. Fathanah

(Sifat ke-3: Tabligh)
Ertinya menyampaikan apa yang disuruhkan mereka menyampaikannya kepada makhluk.

Bahagian-bahagian wahyu
Apa yang diwahyukan Allah Taala kepada Rasul-Rasul itu terbahagi kepada tiga:
  • Allah Taala menyuruh supaya tidak disampaikan kepada makhluk, maka tiada harus bagi mereka menyampaikannya.
  • Allah memberi pilih kepada mereka, maka harus bagi mereka sama ada hendak menyampaikan atau pun tidak.
  • Allah menyuruh mereka menyampaikan kepada makhluk, maka mereka menyampaikannya kepada makhluk dan mereka tidak menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Mustahil lawannya iaitu menyembunyikan apa yang tersebut itu.

Dalil Tabligh itu bahawa jika mereka menyembunyikan sesuatu yang disuruh menyampaikannya nescaya kita disuruh menyembunyikan ilmu kerana kita disuruh mengikut mereka. Dan tindakan menyuruh kita menyembunyikan ilmu itu tidak sah kerana orang yang menyembunyikan ilmu itu dikutuk. Maka sabitlah bagi mereka menyampaikan dan apabila sabitlah mereka menyampaikan, maka mustahillah mereka menyembunyikannya.


[Tuan Syeikh Ahmad bin Muhamad Zain bin Mustafa al-Fathani, ‘Faridat al-Faraid fi Ilm al-Aqaid – Mutiara Ilmu Aqidah’, diterjemah oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy, Jabal Maraqy Enterprise, 2006, m/s 35-37. ISBN 983-867-252-1]

1 comment:

Musafir said...

Tabligh ialah salah satu dari sifat yang wajib ada pada setiap Rasul, termasuklah kekasih kita junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kita diperintahkan oleh Allah SWT, bahawa jika benar-benar kita mencintai Allah, maka hendaklah kita mengikut baginda Nabi SAW.

Nabi SAW memerintahkan supaya kita menyampaikan (apa-apa) dari Baginda, walaupun (hanya) sepotong ayat.

Dan tidak ada yang diperkatakan oleh Nabi SAW dari nafsu Baginda, melainkan (kesemuanya)adalah wahyu dari Allah semata-mata.