Hadhrat Abu Zaid Ansari RA meriwayatkan, “Rasulullah SAW mengimami kami semasa solat Fajr (Subuh) dan kemudiannya menyampaikan ceramah (bayan) kepada kami sehingga Zuhur. Baginda kemudiannya menuruni mimbar dan mengimami solat Zuhur. Kemudiannya, baginda meneruskan ceramah (bayan) sehingga Asar, dan sekali lagi menuruni mimbar bagi mengimami solat Asar. Baginda kemudiannya menaiki mimbar lagi dan meneruskan ceramah (bayan) sehingga Maghrib. Didalam ceramah-ceramah ini, Rasulullah SAW menjelaskan kepada kami segala apa yang akan terjadi. Sesiapa diantara kami yang mengingati kebanyakan darinya (isi kandungan ceramah tersebut) adalah yang paling berpengetahuan.”
Hadith riwayat Hakim (Vol. 4 m/s 487), dilaporkan melalui sumber yang dipercayai seperti yang disahkan oleh Dhahabi.
[Terjemahan bebas dari kitab Hayatus Sohabah,
http://www.islamibayanaat.com/EnglishLiterature/EnglishHayatusSahabah-V3-P404-503-MaulanaYusufKandolviRA.pdf , m/s 438.]
No comments:
Post a Comment