Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Wednesday, April 15, 2015

Dakwah hanya untuk orang bukan Islam?

Ada orang mengatakan bahawa tidak betul jika buat dakwah ke atas orang Islam, kerana dakwah hanyalah untuk orang bukan Islam.

Betul kah?

Cuba kita perhati dan renungkan doa lepas azan:

اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمة
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan (dakwah) yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan,
آت محمداً الوسيلة و الفضيلة
Datangkanlah Nabi Muhammad (kepadaku) sebagai penghubung (kepada Allah) dan keutamaan (bagiku),
وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya.
(Riwayat Imam Bukhari).

Doa ini membawa maksud bahawa seruan azan ialah dakwah yang paling sempurna. Berkenaan syarah mengenai makna dan maksud bagi setiap kalimat azan, boleh dibincang di ruangan yang lain. Tetapi soalan yang menarik untuk dibincangkan ialah, seruan azan yang merupakan dakwah paling sempurna ini, adakah ditujukan kepada orang Islam atau bukan Islam?
Tentu saja kepada orang Islam. Sebab azan adalah untuk menyatakan waktu solat sudah masuk, maka marilah mengerjakan solat di tempat azan diazankan. Kerana melalui cara Sunnah inilah, Allah Taala akan memberi kejayaan dunia dan akhirat.

Maka jelaslah bahawa dakwah kepada orang Islam adalah benar dan sabit melalui dalil doa lepas azan ini.

Tuesday, April 14, 2015

Dalil Berzikir sambil menari


Artikel dibawah dicopy-paste (dengan sedikit edit) dari facebook https://www.facebook.com/mat.taiko
Hadith pertama:
Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) : Selepas fathu khaibar telah kembali daripada habsyah Ja’far Bin Abi Tolib R.A dan bersamanya daripada kalangan muslimin. Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi SAW menemui Ja’faar dan mengucup dahinya dan memeluknya. Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim Radiallahu ‘Anhuma dan Rasulullah SAW bersabda : Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab fathu khaibar ataupun dengan kepulangan Ja’faar? Dan bersabada Nabi SAW kepada Ja’faar : Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku. Maka Ja’far menari dengan kelazatan perkataan Nabi SAW kepadanya. Nabi tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Tolib itu. 

Kitab Fatawa Al-Hadisiah Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamiy (ms298) juga menukilkan hadith bahawa sepupu Nabi s.a.w sendiri iaitu Jaafar Ibni Abi Thalib r.a melakukannya di hadapan Nabi s.a.w dan Nabi s.a.w tidak melarangnya.
Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketika mana mereka mendapat kelazatan wajdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan asbab wajdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.
Jika dikatakan bahawa Saiyidina Ja'far Bin Abu Talib RA menari kerana ianya tindakan spontan di luar kawal, maka jawapannya ialah sama ada spontan atau tidak spontan, ianya tidak dinyatakan dalam hadis tersebut. 

Hadith kedua:
Hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya dan al-Hafiz al-Maqdisi dengan rijal sahih daripada hadis Anas Radiallahu Ta’ala Anhu telah berkata ; Adalah orang Habsyah berjoget atau menari di hadapan Rasulullah SAW dan sambil mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Bertanya Rasulullah SAW: Apa yang mereka katakan? maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata Muhammad hamba yang soleh. Ketika mana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu Nabi SAW tidak meingkari mereka dan membenarkan perkara tersebut.
Inilah yang dimaksudkan dengan hadis taqriri atau sunnah taqririyyah sepertimana diistilahkan oleh ulamak hadis seperti Al-Imam Nawawi dan dinaqalkan oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani R.A.;
ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول أو فعل أو تقرير
Apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan
Sesuatu yang Nabi tidak larang maka ia kekal HARUS kerana jika ia sesuatu yang mungkar pasti Nabi akan melarangnya kerana Nabi SAW tidak akan redha dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan oleh umat baginda dan inilah sebab Nabi dan Rasul diutuskan untuk menjelaskan apa yang betul dan apa yang salah di sisi syara’.
Hadis di atas menjadi dalil di atas keharusan berzikir dan memuji Rasulullah SAW dalam keadaan menari dan mengerakakn tubuh. Berzikir dalam keadaan menari atau menggerakkan tubuh tidak termasuk daripada tarian yang haram kerana ada dalil yang membenarkannya. Bahkan ia HARUS kerana boleh mencergaskan badan dan boleh membantu untuk menghadirkan hati mengingati Allah.
Oleh itu, niat dan tujuannya betul kerana kaedah menyebut الأمور بمقاصدها “setiap perkara itu mengikut tujuannya” Adapun jika niat dan tujuannya baik tetapi caranya diharamkan oleh Allah maka ia tetap haram tetapi dalam masalah ini ada nas yang membenarkan zikir sambil menggerakkan badan dan menari seperti yang telah dinyatakan di atas dan tujuannya juga baik maka ia kekal sebagai HARUS di sisi syara’.


Kitab Fatawa Hadithiyyah 


Keutamaan Ahli Keluarga dan Keturunan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam



Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : "Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku'. "

Hadeeth ini bermaksud bahawa dalam keadaan kekelamkabutan dan huru- hara yang berlaku pada Hari Kiamat kelak, yakni sebelum berlakunya proses penghisaban, semua manusia akan menjadi `nafsu-nafsi', iaitu hanya tertumpu semata-mata memikirkan nasib dan keselamatan dirinya sahaja, tidak akan ada orang yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain, baik keturunannya mahupun kerabatnya, kecuali Rasulullah SAW sendiri yang diberikan keistimewaan untuk menghulurkan pertolongan kepada nasab dan kerabat baginda yang beriman dengan Allah dan RasulNya, selain kepada umat baginda yang lainnya.


Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : "Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"


Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW. Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: "Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi."


Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : "Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."


Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :" Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa." (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir) Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :""Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala."


Tegasnya, keutamaan ahlul-bait Rasulullah SAW diperakukan dalam hukum syarak mengikut nash hadeeth-hadeeth mutawatir yang tidak harus menimbulkan sebarang kekeliruan ataupun perselisihan. Keutamaan ini diperkukuhkan oleh khabar yang sahih bahawa keturunan baginda, Al-Mahdi akan menjadi khalifah akhir zaman kepada umat Islam.


Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku." Dari Tufail dari `Ali RA Nabi SAW bersabda : " Jika dunia ini hanya tinggal sehari sahaja nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman." 


[di copy-paste dari http://machmudalhabsyi.blogspot.com/2010/12/fadhail-ahlulbait.html]

Semoga Allah meletakkan didalam hati kita kecintaan kepada Ahlul Bait sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Dan semoga Allah melindungi dan memelihara keluarga dan keturunan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dari fitnah para pemfitnah, celaan para pencela dan permusuhan dari para musuh Allah dan Rasul-Nya. Amin.







Wali Songo (Sembilan) sebagai sebahagian dari ahli keluarga dan keturunan Rasulullah yang telah mendakwahkan Agama Allah di Kepulauan Nusantara. 
[dipetik dari https://majeliswalisongo.files.wordpress.com/2010/06/silsilahwalisongo.jpg]


Friday, April 10, 2015

Jihad melawan hawa nafsu

Selalu kita mendengar hadith bahawa jihad melawan hawa nafsu adalah lebih besar daripada jihad berperang di jalan Allah. Dan selalu juga kita mendengar dakwaan bahawa hadith ini dhoif dan tidak boleh disebarkan kerana maksudnya salah dan tidak benar. Dan kata-kata ini sering didengar dari rakan-rakan Haraki, atau aktivis Islamis yang menempuh manhaj/jalan politik kepartian.

Ketahuilah wahai rakan-rakan Haraki, bahwa Syaikh Yusuf Qardhawi selaku rujukan utama didalam saf pimpinan gerakan islam Haraki di dunia masa kini, ada menyusun kitab 'Fiqh Jihad.'





Didalam bab 2 kitab ini, iaitu bab Pembahagian dan Peringkat Jihad, ada fasal berkenaan Jihad melawan hawa nafsu dan jihad melawan godaan syaitan.


Jika rakan-rakan haraki masih berpendapat bahawa jihad qital/perang itu lebih utama dari jihad melawan nafsu, maka terpulang kepada rakan-rakan. Tapi sekurang-kurangnya, janganlah terus dinafikan kewujudan dan kepentingan jihad melawan nafsu dan syaitan, kerana bab ini turut dihuraikan oleh alim ulama' Haraki sendiri.

Wallahu a'lam.

Para Habaib itu Syiah?

Bismillah, wassolatu wassalamu ala Rasulillah.

Benarkah para Habaaib seperti Habib Umar, Habib Ali Jufri, dan yang seangkatan dengan mereka itu, adalah syiah?

Saya cuba melihat dari sudut akal tentang perkara ini, kerana dari sudut dalilnya telahpun dibahas panjang lebar oleh asatizah Ahlus sunnah kita.

Saya sangat hairan, kerana selama ratusan tahun alam melayu/nusantara ini menerima ajaran dan ilmu dari para habaib, mengapa sekarang baru timbul isu bahawa habaib itu syiah?


Jika benar, mengapa saya atau kita semua tak pernah dengar perkara-perkara yang menjadi tonggak kepercayaan dan amalan dan 'dakwah'nya para pemuka syiah, disebar dan diajar pula oleh para habaib? Antaranya:

* Pernahkah para Habaib mengatakan Qur'an itu tidak lengkap sepertimana kepercayaan Syiah?

* Pernahkah para Habaib mengajar dan menyebarkan kitab-kitab hadith syiah seperti Usul Kafi dan seumpamanya?

* Mengapa para Habaib mengajar Bukhari & Muslim dan kitab sunan lainnya, sedangkan jika benar mereka syiah, tentu sekali mereka tidak akan merujuk kitab-kitab ini sebagai teras amalan mereka?

* Mengapa Aqidah yang diajar oleh para habaib berteraskan Asyairah, sedangkan Asyairah jelas mengatakan bahawa kepercayaan syiah seperti beriman kepada kemaksuman dan keimaman para Imam 12, adalah nyata sesat dan menyesatkan?

* Mengapa para Habaaib mencintai Khalifah Abu Bakar, Umar dan Utman Radhiallahu anhum, sedangkan jika benar mereka syiah, tentu saja para habaib telah mencela dan mencerca para khalifah ini?

* Mengapa para habaib mencintai para sahabat keseluruhannya termasuk Ummul Mukminin, Sayyidatina Aisyah Radhiallahu anha, sedangkan jika benar mereka syiah, tentu saja mereka mengatakan kebanyakan para sahabat itu kafir dan Aisyah dalam neraka?

* Mengapa para Habaib berpegang kepada mazhab Syafii dan bukannya mazhab syiah seperti Zaidiyyah atau Imamiyyah misalnya, jika benar mereka syiah?

* Mengapa para Habaib mengerjakan tarawih di bulan Ramadhan, sedangkan orang syiah tidak mengamalkan tarawih?

* Mengapa para Habaib tidak menganjur mut'ah, sambutan hari karbala, dan pelbagai lagi perayaan Syiah lainnya, jika mereka benar-benar Syiah?

* Mengapa dakwaan para Habaib ini syiah tidak turut dibuat oleh alim ulama' dari mazhab lain seperti Hanafi, Maliki dan Hanbali? Atau bahkan dari alim ulama' Syafii sendiri yang bukan Habaib seperti ulama' Syafiiyyah di Mesir, India Selatan, Patani, Tanah Jawa, Palestin dan lain-lain? Bahkan dakwaan ini hanya di gembar-gemburkan oleh satu golongan sahaja yang minoriti dan tidak mewakili suara majoriti ummat ini, yang mereka ini terkenal dengan gelaran Salafi Wahabi.

... dan senarai ini boleh disambung lagi dengan panjang lebar oleh orang-orang yang mengenali kepercayaan, amalan, dan budaya orang-orang syiah.


Kalau sekadar mengatakan para habaib ini syiah kerana mereka ahlul bait, atau selalu menceritakan kelebihan Ahlul bait, maka cukuplah kalam Imam Syafii Rahimahullah untuk kita renungkan:


إنْ كانَ رَفْضًا حُبُّ آلِ محمد *** فليَشْهَدِ الثقلاَنِ أَنَّيْ رافِضِيْ

Jika mencintai keluarga Muhammad itu kerafidhian, ** maka hendaknya manusia dan jin menyaksikan bahwa aku adalah seorang Rafidhi

Semoga Allah menahan lidah kita daripada mengatakan sesuatu yang kita sendiri belum pasti kebenarannya. Ingatlah bahawa dosa memfitnah lebih besar dari membunuh. Dan barangsiapa yang mengatakan saudaranya kafir sedangkan itu tidak benar, maka dakwaan kekafiran itu akan kembali kepada orang yang mengatakannya.

Wallahu a'lam.