kisah ini diberitahu kpdku sekitar march 2006 semasa di markaz tabligh bangladesh, masjid kakrail, dhaka.
....................................................................
suatu pagi, setelah selesai sarapan roti n chai yg enak bsama ribuan ahli jemaah, maka pun aku merayau2 sorang2 dlm masjid kakrail. masjid ni sangatla besar dan bertingkat2.. aku dah tak berapa ingatlah bilangan tingkatnya, tapi yg aku pasti masjid nih boleh memuatkan para jemaah sehingga melebihi 10ribu orang. waktu tu pun jemaah arab dah ramai mulai membanjiri masjid tersebut.. tanda2 usaha agama semakin berkembang dan akan kembali ke tempat asalnya..
masa tengah rayau sorang2 tu, aku telah termasuk ke dalam satu bilik yg mana terdapat satu jemaah indonesia yg tengah berkumpul utk mendengar bayan wapsi/tangguh dpd sorg lelaki tua. kebetulan ketika itu juga mereka memerlukan penterjemah bayan, maka tanpa niat aku telah terpilih menjadi perantaraan utk alih bahasa english ke bahasa indonesia. inilah pengalaman pertama aku sebagai murtajim/penterjemah bayan. amal berakhir sekitar 1 jam lebih..
jemaah indonesia ini agak istimewa, telah diberitakan kpdku oleh karkun2 yg lain ketika itu bahawa salah seorang ahli jemaahnya yg juga merupakan seorang ustaz dan juga amirsab telah meninggal dunia/syahid dalam dua hari lepas, babak2 terakhir mereka sebelum tamat tempoh khuruj. yg mengejutkan aku, route dimana tempat mereka dihantar utk buat usaha agama sama juga dgn route jemaahku, cuma mereka telah selesai tangguh dpd keluar, akan tetapi jemaahku akan ke sana sekitar tengahari lepas zohor. memang mulia keadaan org yg meninggal dunia ketika keluar semasa buat usaha agama. rupa mcm org tidur tersenyum.. cuma disini aku bukan mahu bercerita kisah org syahid, tetapi pengalamanku bersama pembayan tua yg aku terserempak ini.
selesai dgn bayan, maka pembayan tua itu terus mencekup bahuku lalu berkata dlm bahasa inggeris " where are you from? jazakallah khairan for the khidmat of bayan for this particular jamat.. have somebit of time with me". beliau tersenyum dan terus membawaku bersandar pada timbunan2 bantal, di satu sudut dlm bilik tersebut. rupa2nya bilik yg aku tersesat masuk tanpa niat menjadi penterjemah tadi adalah bilik khas beliau di dlm masjid kakrail ini.beliau memperkenalkan dirinya sbg abd razak, dan mahu aku panggilnya baba. rupa parasnya sederhana tinggi, matanya biru dan asyik terbeliak apabila ingin menyampaikan satu perkara yg penting, amat fasih berbahasa inggeris, penuh dgn jenaka tetapi tegas perwatakannya. mukanya semacam ada nur... penampilannya serupa sedikit seperti maulana nazlur rahman raiwind damatbarakaatuhum... beliau memberitahu umurnya 89 kpd ku dgn penuh semangat. aku pun dgn penuh rasa hormat sambil tersipu2 memperkenalkan diriku dan mengatakan diriku berasal dpd malaysia.
memang ada suatu jazbah yg berlainan dlm diri org tua ini jika dibandingkan dgn orang2 tua yg umum lain sebaya dgnnya. kebanyakan org tua2 dlm usaha agama biarpun umur yg lanjut, percakapan mereka ini sungguh hikmah dan menusuk hati.tandadaiei yg makbul.
"O from malaysia? MASYAALLAH!" nadanya yg semangat. maka disambung lagi baba abdul razak kakrail "I KNOW your late prime minister tun abd razak, not only we share the same name, but i know him VERY WELL". aku pun berkata " everyone knows about our prime ministers." tetapi terus beliau menyahut " oh you see this is different, everyone know Tun Razak and his son Najib but i want to tell you about something that not most of people knows about your late prime minister Tun Abd Razak". maka berceritalah baba hj abd razak kakrail dgn episod karkuzarinya mengenai tun razak. kami bersembang2 sambil bersandarkan bantal pada dinding biliknya.
beliau bertaaruf sambil bercerita kpdku,
" i was at your very age that time when doing dawat" ujar baba. aku pun zauk sangat ketika beliau berkata begitu(sampai sekarang masih lagi terngiang2)..beliau telah berbaiah di tangan hadratji maulana yusuf khandla rah. dan antara awwalun dlm usaha ini. pada sekitar awal 60an, hazratji maulana yusuf khandlavi telah bentuk satu jemaah india (waktu tu pakistan n bangladesh belum wujud lagi, masih di sebut india) yg khusus ke malaysia, yg mana beliau juga merupakan salah satu dpd ahli dlm jemaah tersebut
kata baba lagi, ketika ke malaysia,baba hj abd razak kakrail dan jemaahnya menaiki kapal terbang. "in the plane, I sat next to your Tun Razak, and from there we became friend" ujar beliau. beliau memuji sifat alharhum Tun Razak ketika itu kerana tidak seperti org khawas yg lain, Tun Razak telah memilih utk duduk brsama2 dgn org tempatan. " he sat down beside me and yet i noticed that he has the "ummati's sifat" " puji baba mengenai Tun Razak.
"when we in malaysia, our jamat'tasykil'ed him to spend sometime with us, but he was very busy..somehow he did givenusrat by lending us his personal car and a driver. only by night time if he is not busy, then he will perform salah maghrib n isya together with us.." kata beliau. ketika itu tun razak belum menjadi perdana menteri, tetapi menteri luar bandar ujarnya. aku pun "impress" jugak dgn baba ni akan ingatannya yg kuat dan juga masih mengetahui akan kedudukan tun razak ketika itu dlm bercerita." after months we have been in malaysia, so it was time to return back to india. before we leave your country, tun razak wanted us to find one of his bestfriend during his studies in london, who resides in dhaka. Tun Abd Razak was so concern about his friend, he did even write down the address and the contact number of his friend, and give it to us. he had a note for this fellow friend and want us to deliver it to him", cerita baba.
baba beritahu, selepas beberapa masa balik dpd tasykil malaysia, maka datanglah satu jemaah kuwait yg pertama kali dikatakan telah datang ke india utk 4 bulan. dalam jemaah kuwait tersebut salah sorang dpd ahlinya merupakan ahli koperat. maka dibawalah ahli koperat kuwait tadi bersamanya utkkhususi kawan baik Tun Abd Razak ini.
Baba bagitahu, "this Tun Abd Razak's fellow friend is extremely busy like Tun Razak too. and then we found out that this fellow was a very successful senior city planner, architect and also an engineer who works with the goverment at that time. with the given address, we managed to find his house. he lives in a very big house!".
setelah susah payah dan memberitahu mengenai satu note dpd tun razak, maka baba dan ahli koperat tadi berjaya utk mendapat satu "appointment" utk perjumpaan pada waktu malam. maka pada malam tu, lepas habis makan malam di rumah engineersab tersebut maka teruslah ahli koperat kuwait tu bagi fikir pentingnya utkusaha atas iman melalui perantaraan usaha agama nabi saw.
baba pun bercerita;
so the engineersab responed " how can i spend time for this? i cannot even take a minute to relax for myself. im very busy with the work". the kuwaiti sati said to the engineersab " just make anintention, for you wont lose anything if you give and declare your intention to Allah."
engineersab replied " ok i put intention i will go in path of Allah for iman and amal before i die."
"so several years later he entered kakrail performing zohor salah and then he sat down in a bayan. at the end of the bayan tasykil were made. he wanted to leave the gatherings.. until the person who gave the bayan said - if you think iman and amal is important before you die, please stand up and go out in the path of Allah..so Allah gave him ilham, then he remembered back the intention he made pledge infront of me and the kuwaiti sati. so right away after that he went out for 4 months!"
baba bagitahu sewaktu itu engineersab dilanda kemurungan jiwa.. kekayaan melimpah dlm hidupannya namun hatinya sedih dan kosong. namun dengan qudrat Allah, engineersab telah masuk ke dlm masjid kakrail. sejak daripada bayan tersebut telah mengubah hidupannya 180 darjah.
perbualan antara aku dengan baba yg tidak dpt ku lupakan ketika baba beritahu
"the development and extensions of kakrail masjid was under his responsibilities. Allah accepted his struggles, Hadzratji rah appointed him as syura. Not only bangladesh, he traveled more than 100s countries to spread islam and changedhundredthousands of them, spending whatever he has earned in his life just for dawat. He goes in the path of Allah for the rest of his life..his whole family also changed into very devoted to islam and dawat ki mehnat. all of his children now hafizs and hafizahs, alims alimahs, zahids zahidahs. he made so much qurbani and now you see in annual tonggi ijtima's the local old satis still remember his name untill now"
aku pun bertanya kpd baba akan siapakah sebenarnyaengineersab tersebut yg diceritakan oleh baba?"There are thousands of such examples, but they remain silent because they do it for Allah. so just let the name of engineersab remain unknown to you." senyum baba.
"but above all, do you know why, what is the reason for me telling you all of this, and lessons can you get from this karkuzari?" baba menyoal aku balik.
"tell me baba" jawabku menyerah diri sambil mengerut kening..
baba berkata (berbahasa inggeris) "kalau kamu tahu hakikatnya, semua pahala pengorbanan yg dibuat oleh engineer sab itu, semuanya pulang kembali kpd tun razak kamu, kerana beliaulah asbab hidayah kpd engineersab itu. ketika kami di malaysia, tun razak telah buat pengorbanan dgn memberi nusrah kpd jemaah kami dan jelas tun razak telah risau keatas engineersab. Tun Razak bukannya sahaja seorang yg kaya di dunia, bahkan di akhirat!. dalam usaha ini, kerisauan yg ada dalam hati kita dan pengorbanan dlm jalankan usaha agama adalah roh kpd jasad usaha nabi saw ini. dengan kerisauan dan pengorbanan juga maka Allah turunkan hidayah."
terbeliak mataku " SUBHANALLAH!, are you telling the truth? amazing! mean i cant believe that tun razak got a share in tablighi effort! such a beautiful struggles.."
dan aku menyambung lagi dengan SOALAN "engineersab that you are telling me about, might it be the late bhai hj muqib sab? am i right?"
baba tersenyum dan hanya mampu berkata,
"May Allah grant us hidayat from lives of these people."
masyaAllah, pertemuan aku dengan baba hj abd razak kakrailmemang khas dpd Allah, ditentukanNya kpdku. entah mengapa, tetapi yg pasti inilah bayan hidayah dan jazbah kerja yg "special" utkku sblm keluar tasykil di sekitar Bhola, perjalanan 2hari 1 malam dgn menaiki feri.
inilah kisah "behind closed door tabligh".. biarpun agak bizzare utk dicernakan oleh sesetengah pemahaman orang awam, tetapi selepas karkuzari baba tersebut sehingga kini pun masih lagi dapatku rasakan jazbah dan faiznya dpd baba biarpun hampir 5 tahun berlalu. dgn jazbah inilah aku nukilkan di dlm blog ini utk perkongisian bersama..lebih2 lagi dgn teman2 seusaha. kisah ini mengingatkan aku seorang waliAllah, Hazrat Ibrahim Adham Balkhi, yg sanggup korbankan kemewahan dunia, hidup berzuhud utk sukakan Allah. hazrat Hj Muqib sab juga telah korban segala dunianya utk usaha agama dan memilih jalan yg sama. Jika anda orang lama pasti anda tahu kisah haji muqib, karnal amiruddin, prof sanaullah, miaji mehrab, miaji musa, dan banyak lagi orang2 lama dlm usaha agama ini..kebanyakan mereka telah kembali menemui Allah. semoga semua mereka diredhai Allah..alangkah baiknya jika Allah kekalkan jazbah ini kpdku dlm amalan 2 1/2 jam..semoga Allah pilih kita utk jadi seperti mereka.
semoga Allah berkati usaha baba haji abd razak kakrail dan juga asbab sbg qabulliat beliau dlm usaha agama. Endingnya YANG aku benar2 PAHAM, actually last2 semua pahala diorang masuk dlm buku amal baba jugak.. pasal baba sambut takaza dan buat kerja!..
lessons learnt - "May Allah grant us hidayat from lives of these people."
[dipetik dari http://chaidrinker.blogspot.co.uk/2011/06/may-allah-grant-us-hidayat-from-lives.html]