Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Saturday, July 19, 2014

KENAPA TABLIGH TIDAK BERPOLITIK KEPARTIAN??

Di akhir-akhir ini timbul sesetengah golongan mencela
Jemaah Tabligh kerana di dalam Jemaah Tabligh tidak ada
Politik. “Tabligh ini bagus tetapi mereka tidak melibatkan diri
di dalam politik”, “Tabligh ni sesat kerana tidak ada politik.”
Kata-kata seperti ini memang sering kedengaran di
masjid ,surau juga di dalam blog dan websites berlebih lagi
ketika musim pilihanraya.

Apakah Jemaah Tabligh menolak politik. Kalau politik
dimaksudkan kepada mentadbir dengan kaedah Sistem Syura
yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada
satu pun ‘karkun’ (Pengikut Tabligh) yang menolaknya.Tapi
kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi
Kepartian, maka mungkin sebahagian yang setuju dan
sebahagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita
perhatikan dengan teliti, Jemaah Tabligh ini adalah satu
usaha yang berjalan bukan dengan kuasa, harta, pangkat,
kedudukan wang ringgit maupun sokongan majoriti tetapi
satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ yang mana usaha
untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di
dalam solat berjemaah semua jenis orang akan ikut serta.
Ada orang cacat, ada yang sihat, ada yang hitam ada yanjg
putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada yang miskin.
Maknanya semua gulungan terlibat di dalam solat berjemaah
tersebut.Tdak pula solat jemaah tu khusus untuk golongan
cacat sahaja, khusus untuk orang kaya sahaja, khusus
untuk orang alim sahaja. Bila dinamakan 'amalan' maka
semuanya terlibat.

Maka jika sekiranya Jemaah Tabligh ini menjadi badan politik
atau parti politik maka sudah tentunya sukar untuk
mengumpulkan semua gulongan. Oleh kerana ianya adalah
‘amalan’, maka mudah untuk mengumpul seperti juga amalan
haji, yang para jemaah berkumpul di Dataran Arafah.. Jika
kita lihat pada parti-parti politik, sesama parti pun
bergadoh dan bergolak. Sebab tu dalam Jemaah Tabligh ini
tidak ada yuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto
dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul
dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia.
Unsul dakwah ini boleh lah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di
dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jemaah Tabligh mengikut hairaki Sistem
Syura. Ianya bermula dari Markaz Utama sehinggalah kepada
negara, negeri, kawasan dan sampai kepada marhalah
dengan satu kepimpinan tampa berdasarkan semapadan
negara atau negeri. Cuma ianya di dalam pentadbiran urusan
dakwah bukannya pentadbiran urusan negara. Hanya itu
sahaja bezanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam
mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem
Demokrasi Kepartian sebagaimana yang ada di hari ini..
Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartian
ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartian yang
diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura
yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang
menolak sistem ini antaranya Syeikh Fathi Yakan
sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad
Dai’yah” halaman : 132 -135. Juga Syeikh Abu Urwah Al-
Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101
-103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil
Islami”. Selain itu Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani
pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab
beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan
161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik
Islam) bukan impian, bukan matlamat dan juga bukan
perbualan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum. Perkara
yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar
Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34
cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara
terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah.
Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihanraya adalah
haram. Malah ada sesetengah ulama membezakan antara
Syura dan Demokrasi Kepartian seperti berikut:
Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian
Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud
praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang
salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat.

Di antara perbezaannya adalah:
1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di
atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian
berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh
orang-orang fasiq bahkan kafir.
2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas
ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat
maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem
Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat
pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya
berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram
dan sebaliknya.
3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para
ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang
Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi
Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu
agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada
yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang
mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan
semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun
dunia.
4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan
majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum
syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian,
kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang
syariat Allah yang jelas.
5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena
dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam.
Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud
kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan
perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti
dan dituruti semua.
6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem
Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.
7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan
yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara
keduanya.
8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa,
bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan.
Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu
yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan
kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan
tidak mungkin keluar darinya.
9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan
menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat,
sedangkan Sistem Syura tidak demikian.
( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-
Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan
Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al
Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada
keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam
Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh
Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain
daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat.
Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya
“Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang
diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara
yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan
politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai
‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah
di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka
yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak
menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram
berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi
mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang
imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah
bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan
makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada
dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk
mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-
masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan
‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum
sesat dan sebagainya.

Nota Tambahan:
Dari Aisyah rha berkata "Ketika kedatangan Rasulullah saw
ke Madinah, orang perempuan dan anak-anak
mendendangkan : Telah terbit bulan purnama (Rasulullah
saw)ke atas kami dari thaniah al-wada'.dan wajiblah ke atas
kami bersyukur (kepada Allah di atas kedatangan Nabi saw)
selagi masih ada seruan dari da'i yang menyeru kepada
Allah." (Imam Baihaqi : Dalail al Nubuwwah : 2/206,507)
Bila dilihat pada hadith di atas maka jelas bahawa kedatangan
Nabi saw ke Madinah bukan maksud untuk bina negara tetapi
adalah bermaksud untuk meneruskan usaha hidayat kepada
manusia iaitu kerja dakwah ilalAllah. Kefahaman, fikrah dan
hidayat adalah pemberian Allah swt.
Hari ini ada ustaz yang lepasan Al-Azhar pun boleh ikut
ajaran sesat Ayah Pin.Di Indonesia lepasan pondok
pesentren pun boleh ikut Kristian dan jadi pendeta lagi.
Selama ada langit dan bumi selama itulah kefahaman / fikrah
akan berbeza-beza.

Sunnah yang berupa "Surah" keterampilan dan sunnah yang
berupa "Serah" gaya hidup, ramai yang boleh ikut malah
pengikut ajaran sesat Qadiyani pun berjubah dan berserban
besar. Tetapi sunnah "Sareerah" fikir dan kerisauan Nabi
saw ini tak ramai yang boleh menyamai Nabi saw.
Allah swt tidak akan memberi pertolongan pada manusia yang
meminta untuk menjadi pemimpin. Sebaliknya siapa yang
dilantik tanpa diminta, dia akan dibantu oleh Pencipta.
Daripada Abu Musa r.a. katanya: Aku dan dua orang lelaki
dari kaumku telah masuk kepada Nabi saw. Salah seorang
daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami
menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga
berkata demikian. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya
kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang
memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya“.
(Riwayat Bukhari Muslim)

Mana mungkin sistem politik negara ini berada di landasan
yang benar sekiranya mereka meminta-minta dipilih menjadi
pemimpin? Sangat bertentangan dengan sistem syura, yang
telah digariskan oleh Allah swt.
Perbezaan Skop dan Peringkat Keluasan Politik Nubuwah
Politik yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan sahabat mencakupi
keluasan seluruh dunia dan tidak terbatas kepada dalam
negara shaja. Bahkan ianya menumpukan perhatian ke setiap
umat manusia di seluruh dunia.

Usaha Dakwah dan Tabligh berusaha untuk mirip kepada
sistem ini melalui beberapa usaha di bahagian pentadbiran
atau sub pngkhususan:
Markaz Dunia (Terdiri daripada Syura-syura dunia)
Markaz Negara (Terdiri daripada syura-syura Negara)
Markaz Subghuzari (Terdiri daripda syura-syura negeri)
Markaz Halqah (Terdiri daripda amir rakan seusaha
kawasan / gabungan masjid dan surau)
Markaz Mohalla (Terdiri daripda amir rakan seusaha masjid/
gabungan rumah-rumah)
Markaz Rumah (Terdiri daripda orang Islam di setiap rumah /
kekeluargaan Islam)

Setiap rumah perlu ada mesyuarat dan usaha agama
didalamnya. Usaha ugama bermula dengan taklim rumah dan
perbincangan untuk setiap lelaki bergilir-gilir bagi masa
untuk agama. Takaza mohalla akan dibentangkan disini.
Tanggunjawab usaha ugama di setiap rumah dan pengeluaran
jemaah orang Islam dilakukan melalui usaha di peringkat
mohalla tempatan iaitu sama ada di masjid atau surau. Maka
wujudlah usaha tempatan 5 amal masjid iaitu Mesyuarat
harian, taklim harian, 2 jam setengah, 2 ghasyt dan 3 hari
setiap bulan. Takaza halqoh akan dibentangkan disini. Setiap
hari perlu diusahakan.
Laporan usaha di setiap mohalla akan diserahkan kepada
bahagian halqoh iaitu satu peringkat yang terdiri daripada
gabungan beberapa mohalla. Takaza subguzari markaz dan
mohalla dibentang disini. Bahagian perlu hidup sekali setiap
minggu.

Subghuzari markaz adalah gabungan beberapa halqoh dan
peringkat ini membincangkan laporan dan takaza yang
datang dari halqoh dan juga dari markaz negara. Perlu hidup
sekali setiap minggu.
Markaz negara adalah gabungan dari markaz-markaz
subghuzari yang menguruskan hal-hal yang lebih besar dan
penting seperti takaza-takaza subghuzari markaz,
pengeluaran jemaah 40hari dan lebih, penerimaan dan
penghantaran jemaah luar negara dan sebagainya. Takaza-
takaza dari Markaz Nizamuddin juga dibentngkan.
Mesyuarat peringkat negara diadalan setiap 3 bulan sekali.
Markaz Nizamuddin adalah peringkat dunia/global dan
kesemua urusan setiap markaz-markaz negara yang ada di
seluruh dunia akan dibincangkan disini. Takaza-takaza
penghantaran jemaah dan penerimaan jemaah yang bergerak
seluruh dunia dimesyuaratkan disini. Laporan setiap aktiviti
rumah-rumah orang Islam, Masjid-masjid dan surau,
markaz-markaz yang ada di seluruh dunia, perlantikan
syura-syura akan dibentangkan dan hasilnya beberapa
keputusan dan takaza-takaza baru akan diputuskan.
Inilah yang membezakan Politik Nubuwwah dan Politik
Demokrasi Kepartian. Sekiranya hendak dikatakan Jemaah
Tabligh tidak berpolitik sepenuhnya, maka itu tidaklah benar
sama sekali.
Wallahu’alam


Peringatan Untuk Karkun dan yang berkenaan
Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jemaah
Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’
untuk menghormat semua Gerakan Islam, NGO Islam, Parti
Islam. Besikaplah lemah lembut dan yang
tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari
mencaci dan menghina mereka yang berfahaman yang
berlainan dengan kita.
Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-
teman dari jemaah atau parti Islam sekiranya tulisan di atas
menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan
yang saudar yakini.
 — with Durrah House, Nazim Ghani, GH Syukri and 13 others.

[dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=161411364068926&set=a.104525096424220.1073741831.100006001896650&type=1]

Saturday, July 12, 2014

Doa Qunut Nazilah


Sama-samalah kita berdoa dengan qunut nazilah didalam solat fardhu, berdoa agar Allah menghancur luluhkan musuh-musuh-Nya dan mengalahkan mereka dan menghinakan mereka. Amin.

Dipohon agar seluruh masjid-masjid di seluruh dunia mengadakan doa qunut Nazilah ini.

Friday, July 11, 2014

Bila nak dakwah orang kafir?



Q:    Apasal orang tabligh tak dakwah orang kafir? Gi lah ketok rumah orang kafir ajak masuk Islam. Ni dok dakwah orang Islam je.
A:     Insya Allah kita akan dakwah orang kafir. Belum masanya lagi.
Q:     Sampai bila nak tunggu??
A:     Sampai tuan sedia keluar 3 hari hehe.. dan semua orang Islam sedia untuk lapang masa, harta dan diri untuk agama, dan semua sedia ambik usaha agama ni sebagai jalan hidup, bukannya kerja kelompok tertentu atau kumpulan tertentu saja. Masa tu, Insya Allah usaha dakwah yang sebenar akan bermula (senyum)

Usaha atas Iman dan (seterusnya) usaha atas Kerajaan Islam

Islam agama yang telah lengkap dan sempurna. Secara keseluruhannya, lengkapnya agama yang diturunkan Allah ini, telah disimpulkan oleh para alim ulama' kepada tiga: Aqidah, Syariat dan Akhlak. Syariat pula boleh dibahagikan pula kepada Ibadah, Muamalah dan Muasyarah.

Kesempurnaan agama ini dicapai dengan cara dan usaha yang ditunjukkan oleh para Nabi terdahulu, dan juga oleh para sahabat. Kesemua para Nabi memulakan usaha mereka dengan dakwah, mengajak manusia kepada Allah, mengajar manusia tentang rukun iman seperti adanya malaikat dan hari kiamat, dan memberitahu manusia tentang kehidupan selepas mati; kubur, mahsyar, sirat, mizan, syurga, neraka. Inilah antara asas-asas iman yang ditanam ke dalam hati-hati manusia. Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam sendiri mengusahakan perkara ini selama 13 tahun di Mekah, secara senyap, dan kemudiannya secara terbuka.

Ada para Nabi yang usaha mereka terhenti sebab disyahidkan, misalnya Nabi Zakaria alaihissalam. Ada yang diangkat ke langit seperti nabi Isa alaihissalam. Ada nabi yang berdakwah atas perkara iman dan yakin kepada Allah siang dan malam sehingga ratusan tahun seperti nabi Nuh alaihissalam. Ada nabi yang merajuk, dan kemudiannya diingatkan Allah agar kembali ke medan dakwah seperti nabi Yunus alaihissalam. Dan ada Nabi yang akhirnya berjaya mendakwahkan kaumnya sehingga beriman dan bertaqwa seperti nabi Ibrahim alaihissalam.

Junjungan besar Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam sendiri berjaya di kota Madinah, membentuk perkampungan Islam dan melaksanakan hukum Syariah secara sempurna. 100% orang Islam melaksanakan kesempurnaan agama; lelaki baligh keseluruhannya menunaikan solat secara berjemaah, para wanita menutup aurat dengan sempurna, dan agama 100% diamalkan.

Begitulah tertib bagaimana agama ini diusahakan sehingga mencapai kesempurnaannya. Walau agama yang disampai dan diusahakan belum mencapai kesempurnaan kerana telah dijemput oleh maut, para Da'i tetap berjaya disisi Allah. Dikalangan para sahabat, ada juga yang disyahidkan di Mekah dalam keadaan Qur'an belum sempurna diturunkan, tetapi disisi Allah, mereka tetap berjaya.

Maka untuk mencapai agar keseluruhan agama ini dapat dibangunkan secara sempurna, tertib yang diusahakan oleh para nabi dan para sahabat hendaklah kita ikuti. Maka Insyaallah, kita akan tempuhi apa yang mereka telah tempuhi, dan mudah-mudahan Allah akan sempurnakan agama ini dengan kehendak-Nya, Amin.

Bila usaha yang menuruti tertib yang betul kita buat, maka cabang-cabang agama ini akan bangkit dan tegak satu persatu. Iman ummat Islam akan terbentuk, amal utama seperti solat, puasa, zakat dan haji akan dilaksanakan, Kemudiannya, muamalah dan sistem ekonomi Islam akan terbangun dan diamalkan, diikuti pula dengan sistem kemasyarakatan Islam akan menyusul. Ini termasuklah sistem siyasah syariah seperti qisas dan hudud. Akhirnya, akhlak orang-orang Islam terbentuk sebagai bunga yang menyerikan mata yang meamndang, sehingga menyebabkan orang-orang akan mendatangi agama ini secara derduyun-duyun sebagaimana pembukaan kota Mekah dan turunnya Surah al-Nasr.

Begitulah tertib yang diusahakan oleh Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam. Setelah dakwah dan pengorbanan harta dan diri dilakukan secara terus menerus selama belasan tahun, barulah hasil seperti kerajaan Islam Madinah terbentuk, dan tentera Islam bergerak dan menewaskan Rom dan Parsi, sehingga dunia pada ketika itu berada dibawah tapak kaki para sahabat.

Jika tertib usaha membangunkan agama ini dilakukan dengan cara lain, maka kita tidak tahu apakah hasil natijahnya, sama ada sama sepertimana yang diperoleh oleh para Nabi dan para sahabat, atau mungkin hasil yang lain, sebab cara lain tidak diceritakan didalam Qur'an dan kitab-kitab sirah.

Moga Allah bagi faham atas perkara ini. Amin.