Tuesday, June 3, 2014
Boleh Beramal dengan Hadith Dhoif
[dipetik dari http://mutiarazuhud.files.wordpress.com/2012/07/buku-pintar-berdebat-dengan-wahhabi.pdf, m/s 85]
Monday, May 26, 2014
Orang beriman dan beramal soleh akan memegang kuasa pemerintahan
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal salih dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah an-Nur ayat 55)
Sunday, May 18, 2014
'Bapak ini aneh...'
Ada orang kritik jamaah yang sedang keluar, mereka katakan ini aliran apa tinggalkan anak istri untuk Dakwah.?
Ahli jamaah katakan: Bapak agamanya apa?
Orang itu jawab: Islam, kenapa?
Jamaah katakan: Bapak ini aneh, orang Islam tetapi tak suka agamanya disebarkan. Harusnya bapak bangga ada orang berani tinggalkan anak istri buat dakwahkan agama bapak, sedangkan bapak tak berani lakukan itu.
[https://www.facebook.com/groups/mahodum/?fref=nf]
Hak untuk berdakwah
'... walaupun tengah berzina, si penzina masih berhak untuk mendakwah perempuan yang lalu supaya menutup aurat...'
Dalam maksud kata-kata Imam Ghazali Rahimahullah yang di nukilkan oleh UAI, untuk menunjukkan pentingnya dakwah dan semua orang Islam berhak dan bertanggungjawab untuk melaksanakan dakwah.
Perkara ini menguatkan lagi hujah yang dinukilkan didalam posting sebelum ini, iaitu petikan dari kitab Jauharatut Tauhid:
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2010/12/maruf-dan-amar-maruf-dua-tanggungjawab.html
Perkara ini menguatkan lagi hujah yang dinukilkan didalam posting sebelum ini, iaitu petikan dari kitab Jauharatut Tauhid:
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2010/12/maruf-dan-amar-maruf-dua-tanggungjawab.html
Wednesday, March 26, 2014
Sunnah Berjuang
Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan Rasul-Nya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang tegang silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang...
Subscribe to:
Posts (Atom)






