Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Friday, August 30, 2013

Habib Umar & Syaikh Ali Jum'ah (Semoga Allah Taala memelihara keduanya)


Habib Umar ialah alim besar dari Yaman manakala Syaikh Ali Jum'ah (yang pernah menjadi murid kepada Syaikh Muhammad Alawi al-Maliki dan Syaikh Yasin Fadani) adalah alim besar dari Mesir . Keduanya menyokong dan membantu usaha dakwah dan tabligh.

Ayah Habib Umar, Habib Muhammad bin Salim (Rahimahullah) telah bersama-sama membantu Hazrat Maulana Muhammad Yusuf (Rahmatullah Alaih) didalam menyusun kitab Hayatus Sohabah, dan menjalankan usaha dakwah dan tabligh di Yaman sehingga syahid ditangan komunis.
http://warasatul-anbiyak.blogspot.co.uk/2012/09/habib-muhammad-bin-salim-pemula-usaha.html

Syaikh Ali Jum'ah mengeluarkan fatwa mempertahankan kata-kata dari Malfuzat Hazrat Maulana Muhammad Ilyas (Rahmatullah alaih).
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2013/05/kenyataan-maulana-ilyas-dan-pandangan.html

Semoga Allah sentiasa memelihara alim ulama' yang mendokong dan membantu usaha dakwah yang suci murni dan dicintai ini, Amin.




Friday, August 16, 2013

Ya Allah! Ampunilah kami



Politik Menurut Jemaah Tabligh






Pada saat sekarang ini, banyak orang atau golongan yang mencela Jamaah Tabligh karena di dalam Jamaah Tabligh tidak menyinggung masalah Politik. “Tabligh ini memang bagus tetapi kenapa mereka tidak melibatkan diri di dalam politik”, “Tabligh ini sesat karena tidak ikut politik.” Kata-kata seperti ini memang sering terdengar didalam masjid , surau juga di dalam blog dan website, terlebih lagi ketika musim pemilihan umum.

Apakah Jamaah Tabligh menolak politik?

Kalau politik dimaksudkan kepada kaedah Sistem Syura (musyawarah) yang didasarkan kepada Sunnah, maka rasanya tidak ada satu pun ‘karkun’ (da’i yang aktif di Tabligh) yang menolaknya. Tapi kalau politik itu dimaksudkan kepada Sistem Demokrasi Partai, maka mungkin sebagian yang setuju dan sebagian yang menolaknya. Sebenarnya jika kita perhatikan dengan teliti, Jamaah Tabligh ini adalah satu usaha yang berjalan bukan dengan kekuasaan, harta, pangkat, kedudukan maupun dukungan massa, tetapi merupakan satu usaha yang berjalan di atas ‘amalan’ untuk mengajak semua umat untuk beramal. Sebagaimana di dalam solat berjamaah semua jenis orang akan ikut serta. Ada orang cacat, ada yang sehat, ada yang hitam ada yang putih, ada alim, ada jahil, ada yang kaya ada juga yang miskin. Maknanya semua golongan masyarakat ikut serta di dalam solat berjamaah tersebut. Tidak ada yang namanya sholat jamaah itu khusus hanya untuk orang cacat saja, khusus untuk orang kaya saja, atau khusus untuk orang alim saja. Sesungguhnya jika dinamakan 'amalan' maka semuanya bisa terlibat.

Maka jika sekiranya Jamaah Tabligh ini menjadi badan politik atau partai politik maka sudah tentunya sukar untuk mengumpulkan semua golongan dalam masyarakat. Oleh karena merupakan ‘amalan’, maka mudah untuk mengumpulkan umat seperti juga amalan haji, dimana para jamaah berkumpul di Padang Arafah.. Jika kita lihat pada partai-partai politik, sesama partai pun terkadang sering bergaduh dan berantem. Sebab itu dalam Jamaah Tabligh ini tidak ada iuran bulanan, tahunan, perlembagaan, manifesto dan sebagainya. Yang ada hanyalah Usul Dakwah, dan usul dakwah ini adalah hampir sama dipraktikkan di seluruh dunia. Usul dakwah ini bolehlah diumpamakan seperti ‘kaifiat’ di dalam sesuatu amal.

Selain itu di dalam Jamaah Tabligh mengikut Sistem Syura. Bermula dari Markaz Utama sampai kepada negara, negeri, kawasan dan sampai kepada mahalah (masjid) dengan satu kepimpinan tanpa berdasarkan batas negara atau negeri. Cuma didalam urusan dakwah , bukan dalam urusan negara. Hanya itu saja bedanya.

Selain itu kita dapati bahawa ulama tidak sepakat di dalam mewajibkan penyertaan individu Islam di dalam Sistem Demokrasi Kepartaian sebagaimana yang ada di hari ini.. Malah ada ulama mengharamkan Sistem Demokrasi Kepartaian ini. Kata mereka Sistem Demokrasi Kepartaian yang diamalkan sekarang ini bertentangan dengan Sistem Syura yang ada di dalam Islam. Beberapa ulama terkenal yang menolak sistem ini antaranya

1. Syeikh Fathi Yakan sebagaimana di dalam kitab beliau “ Musykilatud Dakwah Wad Dai’yah” halaman : 132 -135.

2 Syeikh Abu Urwah Al-Lubnani melalui kitab beliau “Al-Abjadiyyat” halaman 101 -103 pada tajuk “Al Mabdaiyah Wal Marhaliyyah Fil A’malil Islami”.

3. Syeikh Abul Hassan Ali Nadwi Al Hassani pula menyatakan perkara yang sama di dalam beberapa kitab beliau antaranya “Ilal Islami Min Jadid” halaman 107 dan 161. Beliau ini juga menyatakan Kerajaan Islam (Politik Islam) bukanlah impian, bukan matlamat dan juga bukan merupakan tujuan kesibukan harian Nabi saw dan Para Sahabat rahum.

4. Perkara yang sama juga dipertegaskan oleh Mufti Washi Mazhar Pakistan di dalam kitab beliau “Al Baas Al Islami” Bil 1 Jld.34 cetakan Lakhnow, India. Beliau menjelaskan secara terperinci ta’rifan politik itu sendiri berdasarkan Sunnah. Beliau juga menyatakan mengundi dan pilihan raya adalah haram. Malah ada sebagian ulama membedakan antara Syura dan Demokrasi Kepartaian seperti berikut:

Perbedaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartaian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbedaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbedaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartaian berlandaskan dukungan mayoritas walaupun yang mendukung adalah orang-orang fasiq bahkan orang-orang kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartaian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara mayoritas menghendaki berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlemen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartaian tidak ada ciri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan baik dalam dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartaian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartaian bias menjadi wujud kekufuran kepada Allah, karena jika mayoritas memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti oleh semua orang.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartaian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membedakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeda bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartaian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajiban yang melebihi kewajiban shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartaian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartaian ini, antaranya Syeikh Yusuf Al Qardawi. Beliau membolehkan system demokrasi mirip dengan keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga disetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu banyak juga yang memberi alasan sebagai darurat. Namun hal itu disanggah oleh sebagian pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa seri ‘pamphlet’ yang biasa diedarkan di masjid-masjid.

Namun dalam masalah ‘khilaf’ (perbedaan pendapat dalam Islam) antara yang berpendapat wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartaian, maka bolehlah kita kategorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyalahkan atau mengutuk mereka yang mengharamkan berpolitik kepartaian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjamaah karena bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula saling mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah karena masing-masing faham bahawa hssl itu adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’. Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

Peringatan Untuk Karkun

Walau pun huraian di atas berdasarkan ‘platform’ Jamaah Tabligh namun kita diarahkan dan diminta oleh ‘Elders’ untuk menghormat semua Gerakan Islam, Organisasi Keislaman, ataupun kepada Partai Islam. Bersikaplah lemah lembut dan penghormatan yang tinggi serta akhlaq mulia. Jagalah mulut-mulut kita dari mencaci dan menghina mereka yang berfaham berlainan dengan kita.

Mohon maaf jika tersalah dan tersilap juga kepada teman-teman dari jamaah atau partai Islam sekiranya tulisan di atas menyinggung saudara semua. Teruskan dengan perjuangan yang saudara yakini. Doakan untuk saya yang hina ini.

[dipetik dari http://ikhwanulmuslimin89.blogspot.com/2012/05/politik-menurut-jamaah-tabligh.html]



Tuesday, August 6, 2013

Antara Surat-Menyurat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi رحمه الله تعالى

Ketelitian Syeikhul-Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi di Dalam Meriwayatkan Hadis


Entri ini merupakan petikan sebahagian daripada penulisan ilmiah pelajar di bawah seliaan saya, A’ali Imran bin Jamal Mohamad, mengenai Syeikhul-Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi dengan merujuk kepada kitab Aap Beetiautobiografi Maulana Muhammad Zakariyya sendiri. Saya kongsikan kerana nilai ilmu dan adab yang terkandung dalam petikan tersebut. Beberapa suntingan telah dibuat terhadapnya.

-------------------------

Sejak Hadrat Syeikh Muhammad Zakariyya mengajar hadis di dalam tahun 1340H (1922M), beliau dapati bahawa kesemua periwayatan sanad pengajaran hadis dan keizinan talian para masyaikh adalah melalui Musnid al-Hind Hadrat Hakim al-Islam Syeikh Shah Waliyullah ad-Dehlawi. Maka beliau telah mencatat seluruh rantaian-rantaian keizinan pengajaran hadis di India melalui hantaran surat-surat kepada semua madrasah, dengan tujuan; apakah terdapat sanad daripada Hadrat Syeikh Shah Waliyullah di dalam rantaian sanad mereka?

Akhirnya, beliau dapati tiada satu pun jawapan daripada madrasah-madrasah di India yang tidak mempunyai sanad Hadrat Syeikh Shah Waliyullah. Kesemuanya mempunyai hubungan talian yang sampai kepada Hadrat Syeikh Shah Waliyullah. Gurunya sendiri, iaitu Hadrat Maulana Khalil Ahmad juga mempunyai sanad daripada keluarga Hadrat Syeikh Shah Waliyullah dan para masyaikh di Mekah, sebagaimana diterangkan di dalam muqaddimah Bazl al-Majhud,Lami’ ad-Darari dan Awjaz al-Masalik. Dengan ini, Hadrat Syeikh selalu menamakan Hadrat Syeikh Shah Waliyullah sebagai Musnid al-Hind. (Aap Beeti 5. hlm. 154-155.)

Antara tiga kitab hadis yang dikarang oleh Syeikh Shah Waliyullah, iaitu;
-          pertama kitab al-Fadlul Mubin fi al-Musalsal min Hadithin Nabiyyil Amin,
-          yang kedua kitab ad-Durr at-Thamin fi Mubasysyaratin Nabiyyil Amin, dan
-          yang ketiga kitab an-Nawadir fi Ahadith Saiyyidil Awa‘ili wal Awakhir.
Dua daripada tiga kitab Syeikh Shah Waliyullah, iaitu kitab ad-Durrdan kitab an-Nawadir terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan oleh sesetengah sahabat RA di dalamnya yang mana para ulama hadis mempunyai rasa keengganan yang berat menerima hadis-hadis yang dinukilkan. Keputusannya, Hadrat Syeikh mula ragu-ragu tentang keizinan untuk meriwayatkan hadis-hadis tersebut.

Justeru itu, di dalam tahun 1352H (1933M) Hadrat Syeikh telah menulis kira-kira 50 keping surat kepada kesemua para masyaikh, antaranya Syeikh al-Islam Hadrat Maulana Saiyyid Hussain Ahmad al-Madani, Hadrat Hakim Jamiluddin Naginwi (anak murid kepada Hadrat Maulana Abdul Rashid Ahmad Gangohi), Hadrat Maulana Mufti Kifayatullah, dan berbagai-bagai ulama yang lain bagi meminta pandangan mereka. Kebanyakan mereka menyatakan ketidak arifan mengenai kitab-kitab tersebut dan belum lagi bertemu pandangan-pandangan kritikal daripada kalangan muhaddithin. Dalam hal ini, Hadrat Syeikh juga menulis surat kepada Hakim al-Ummat Hadrat Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi.

Berikut adalah ringkasan daripada kandungan surat Hadrat Syeikh kepada Hadrat Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi:

“Kepada Hadrat Hakim al-Ummat yang dihormati Maulana Thanwi,
(semoga Allah SWT menjadikan bayangan berkatmu tetap selalu)

Ketiga-tiga risalah oleh Mujadid India Hadrat Shah Waliyullah mengandungi banyak hadis yang mana menurut peraturan kaedah para muhaddithin mengkritik menentanginya malah dianggap maudhu’, khususnya hadis yang diriwayatkan oleh Ratan Hindidan Ibnu Abi Dunya. Bagi Ratan Hindi, tidak ada bukti putus bahawa beliau adalah seorang sahabi dan di dalam Isabah terdapat suatu kritikan yang panjang menentanginya. Di dalam Lisanul Mizan, Ibnu Abi Dunya telah menyebut kenyataan dan istilah yang tidak selari.

Periwayatan hadis-hadis ini berlaku secara meluas sejak dari zaman Hadrat Shah Waliyullah. Saya telah menerima keizinan daripada Hadrat Saharanpuri untuk meriwayatkan hadis ini dan di atas desakan pelajar-pelajar, saya juga memberi keizinan terhadap banyak daripada hadis-hadis ini kepada mereka.

Dalam tahun ini, keraguan telah meningkat kepada saya bahawa menurut kaedah muhaddithin, meriwayatkan hadis-hadis sedemikian adalah penerusan meriwayatkan hadis palsu. Tetapi di sebalik dan hakikatnya ialah hadis-hadis itu wujud di dalam karya Hadrat Shah Waliyullah. Sedangkan kajian-kajian muhaddithin di dalam ilmu asma’ ar-rijal melarang meriwayatkan hadis ini.

Sekarang soalannya ialah; kajian siapakah yang lebih dipilih untuk diterima dan dapat dipergantungi? Malahan di Hijaz, hadis-hadis ini secara umumnya diriwayatkan. Jikalau keizinan tidak diberikan kepada para pelajar untuk menyampaikannya dan memindahkannya, maka terdapat bahaya hadis ini menjadi hilang kesemuanya setelah ia hidup selama 1300 tahun.

Jikalau keizinan diberikan pula, berkemungkinan termasuk ke dalam medan penyebaran hadis palsu.”

Berikut adalah ringkasan daripada kandungan surat jawapan Hadrat Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi kepada Syeikh al-Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya:

Saudara yang dihormati, assalamua’laikum.

Dengan pendekatanmu yang wara’ dan berhati-hati, kamu telah menjadikan perkara ini lebih mustahak daripadanya. Apapun, terdapat beberapa hadis, malahan di dalam Ibn Majah ada yang telah diisytiharkan palsu. Tetapi walaupun demikian, periwayatan hadis-hadis tersebut berterusan tanpa ada apa-apa bantahan.

Periwayatan hadis oleh saudara-saudara tua bukanlah bukti kesahihannya. Apa sahaja yang sampai kepada mereka, telah diriwayatkan oleh mereka. Meriwayatkan hadis merupakan satu perkara dan sama sekali berbeza dengan meletakkan tanda kesahihan dan betul terhadapnya. Walau bagaimanapun, meriwayatkan hadis yang sedemikian dengan menunjukkan penjelasan terhadap ketidak sahihannya yang samar adalah perlu. Dengan cara ini, periwayatan hadis-hadis palsu dibenarkan oleh pendapat sepakat para ulama.

Selain daripada ini, tidak ada apa-apa buat waktu ini di dalam fikiranku. Mungkinlah dengan merujuk perkara itu kepada ulama, banyaklah lagi kajian-kajian akan muncul mengenai perkara tersebut.

Wassalam,
Asyraf ‘Ali,
22 Rejab 1352 Hijri.

Begitulah serba sedikit perihal ketelitian dan kehalusan sifat yang ada pada Hadrat Syeikh sebelum dan sesudah meriwayatkan sesuatu hadis. Samada di dalam pengajian, kajian-kajian, mahupun karya-karyanya. Beliau sentiasa peka dan sangat memandang berat terhadap ketulenan ataupun kesahihan akan sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Beliau tidak sekali-kali mengambil mudah di dalam setiap usaha-usahanya.

- tamat nukilan.

Thursday, August 1, 2013

Penyelesaian kepada Permasalahan Ummat

Ulama' Dakwah mengatakan bahawa segala masalah yang melanda ummat Islam sebenarnya berpunca daripada satu sebab sahaja, iaitu LEMAHNYA IMAN. Dan penyelesaian bagi punca segala masalah ini hanya satu saja, iaitu DAKWAH KEBESARAN ALLAH.