Thursday, December 13, 2012
Bantahan terhadap Kitab Fadhoil A'maal: Analisa Asas
http://www.peopleofsunnah.com/downloads/summary/113-misconceptions/1187-objection-on-fazail-e-amaal-a-basic-analysis.html
Buku 'Objection on Fazail Amaal - Basic Analysis' ini disusun oleh Maulana Abdullah Maroofi, terbitan Zam zam Publishers.
Ia menjawab tuduhan-tuduhan liar yang sering dilemparkan kepada kitab ini, seperti tertolaknya hadith dhaif yang banyak disebut didalamnya, terdapat unsur syirik, perkara-perkara mustahil boleh berlaku, dan sebagainya.
Sunday, December 9, 2012
Kekaromahan Para Wali
"Rather we say that any one of the Ambiyaa is better than all the Auliyaa put together. We believe in what we know of Karaamat (the marvels of the Auliyaa) and in authentic stories about them from trustworthy sources".
Terjemahan bebas:
" Bahkan kita mengatakan bahawa mana-mana Ambiya' adalah lebih baik dari keseluruhan Auliya' dikumpulkan. Kita percaya dengan apa yang kita tahu tentang Karomah (perkara luar biasa yang berlaku kepada para Auliya') dan kisah-kisah yang otentik mengenai mereka dari sumber-sumber yang dipercayai".
[Imam Abu Ja'far al-Tahawi, "Aqeedatut Tahawi", disyarah oleh Maulana Qari Muhammad Tayyib (bekas Canselor Madrasah Darul Ulum Deoband), diterjemahkan oleh Mufti Afzal Hoosen Elias, Zam zam Publishers, m/s 227 . ISBN 969-8863-81-8]
Mempercayai kewujudan karomah para wali adalah salah satu perkara yang termasuk didalam aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah.
Ini boleh dijadikan sandaran misalnya kepada kisah kekaromahan Syaikh Ahmad Rifa'i Rahimahullah yang dinyatakan didalam kitab Fadhoil A'maal susunan Qutbul Aqtab Syaikhul Hadith Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi Rahimahullah.
http://dakwah-ilallah.blogspot.co.uk/2012/02/karomah-syaikh-ahmad-rifai-rahimahullah.html
Hidupnya Nabi Sallallahu alahi wa Sallam didalam kubur baginda, begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain, dan juga para wali, boleh dirujuk disini
http://salafytobat.wordpress.com/category/6-scanned-books-proof-live-after-death-mereka-yang-hidup-setelah-mati-para-nabi-dan-wali-menjawab-salam-shalat-berdoa-jasad-utuh-etc-di-dalam-kuburnya/
Orang-orang yang dikurniakan Allah karomah juga mempunyai kemungkinan untuk berjumpa dengan Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam secara jaga (yaqazah) sebagaimana yang boleh kita fahami didalam artikel berikut:
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/menjawab_dakwaan_yaqazah_sesat_jemaah_al-arqam.pdf

Tuesday, December 4, 2012
Monday, December 3, 2012
Golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah
Saya tertarik dengan tulisan Dr. Asmadi Mohamed Naim yang boleh dibaca di http://jomfaham.blogspot.co.uk/2009/12/golongan-ahlussunnah-wal-jamaah.html.
Disini saya copy-pastekan untuk tatapan kita bersama.
Sedikit pandangan saya:
Sedikit pandangan saya:
Didalam artikel ini, Imam Al-Baghdadi Rahimahullah menyatakan didalam kitab beliau al-Farq Baina al-Firaq bahawa diantara lapan golongan yang termasuk sebagai Ahlus Sunnah wal Jamaah ialah, seperti yang disebut didalam golongan ketujuh, mereka yang '... menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka...'
Maka sewajarnya perkara ini kita perhatikan dengan sebaik-baiknya, sebagaimana yang telah diamalkan oleh Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam sendiri, para sahabat Radhiallahu anhum ajma'in, dan orang-orang yang mengikuti mereka itu dengan baik. Bahawa diantara ciri-ciri golongan haq ini ialah mereka yang bersedia untuk meninggalkan isteri dan keluarga dan tanah air mereka atas maksud agama; untuk mempelajarinya, untuk menyebarkannya, untuk mendakwah dan mentablighkannya, untuk mempertahankannya, dan untuk meninggikannya. Dan semua ini dibuat dengan menggunakan harta, masa dan diri sendiri semata-mata kerana Allah dan hanya mengharapkan upah dari-Nya.
Didalam usaha melindungi ummat Islam, yang kita boleh faham tentulah didalam melindungi nyawa, harta benda, kediaman, maruah dan harga diri. Dan yang lebih penting ialah usaha untuk melindungi ummat Islam dari dirosakkan imannya, amalannya dan kehidupan beragamanya, yang kerosakan jenis ini akan menghancurkan ummat ini dunia dan akhirat, semoga Allah melindungi.
**********************************************
GOLONGAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
(Membetulkan Pernyataan Dr Asri)
Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim
Saya membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) oleh Dr MAZA pada pertengahan November 2009 lepas dalam Utusan Malaysia. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq. Namun malangnya perkataan 'al-turuq al-sifatiah' atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara perkara yang penting bagi menentukan samada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama. Pada saya, ada sedikit masalah 'amanah ilmu' bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi bila mensyarahkan pengertian ASWJ (atau mungkin dia tidak sengaja). Penulis juga tidak memperjelaskan penerangan Imam al-Baghdadi (selepas memetik definisi Imam itu) berkaitan dengan definisi tersebut.
Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun seribu Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin. Penulis tidak merujuk kemunculan metode tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah (atau mungkin dia juga tidak sengaja).
Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakan Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas. Bagi pembaca-pembaca yang berupaya membaca bahasa Arab, boleh merujuk terus kepada kitab Imam ini. Imam al-Baghdadi Rahimahullah menyatakan (hal.19):

"Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fekah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis dari mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmahNya, dan nama-namaNya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud, dan pada perkara usuluddin."
Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):
• Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya
dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar
gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad,
pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam
(Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan
makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali
bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah,
Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.
• Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).
Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.
• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.
• Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.
• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.
• Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.
• Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.
• Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi (wafat429H). Rupanya ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengekslusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talqin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):
"Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang
hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka
adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan
qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa
sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya
dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang
dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran,
serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari
kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan
telaga Kauthar dan Timbangan".
Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam
Wednesday, November 28, 2012
Tempat Perhimpunan Mingguan Ummat Islam di Malaysia
(dipetik dari: http://karkuzaridakwahiman.blogspot.co.uk/2011/01/malam-perhimpunan-markaz-dakwah-dan.html)
Malam Perhimpunan/ Markaz Dakwah dan Tabligh Malaysia
Labels: muzakarah
Senarai tempat perhimpunan mingguan umat Islam
SEMENANJUNG MALAYSIA
1. Masjid Jamek Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur - Hari Sabtu malam Ahad.
2. Madrasah Miftahul Hidayah, Beseri, Perlis - Hari Sabtu malam Ahad.
3. Madrasah Hafiz Bukit Choras, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah - Hari Khamis malam Jumaat.
4. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Sg. Petani, Kedah - Hari Khamis malam Jumaat.
5. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Bukit Pinang, Jitra, Kedah - Hari Khamis malam Jumaat.
6. Madrasah Manabi'ul- Ulum, Penanti, Pulau Pinang - Hari Jumaat malam Sabtu.
7. Masjid Benggali, Penang - Hari Khamis malam Jumaat.
8. Masjid Hanafi, Taiping, Perak - Hari Sabtu malam Ahad.
9. Masjid Abdul Karim, Selama, Perak - Hari Jumaat malam Sabtu.
10. Madrasah Taman Pinji Perdana, Ipoh, Perak - Hari Sabtu malam Ahad.
11. Masjid Jamek Rahang, Seremban, Negeri Sembilan - Hari Sabtu malam Ahad.
12. Madrasah Al-Hidayah, Tengkera, Melaka - Hari Sabtu malam Ahad.
13. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Batu Pahat, Johor - Hari Sabtu malam Ahad.
14. Madrasah Tahfiz Al-Quran, Sinaran Baru, Kempas, Johor - Hari Sabtu malam Ahad.
15. Masjid Ahmad Shah, Jerantut, Pahang - Hari Sabtu malam Ahad.
16. Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang - Hari Sabtu malam Ahad.
17. Madrasah Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu, Terengganu - Hari Khamis malam Jumaat.
18. Masjid Pakistan, Besut, Terengganu - Hari Khamis malam Jumaat.
19. Madrasah Dusun Raja, Kota Bharu, Kelantan - Hari Khamis malam Jumaat.
SABAH & SARAWAK
20. Surau Darul Muttaqin, Kampung Semerah Padi Semariang, Petra Jaya, Sarawak - Hari Sabtu malam Ahad.
21. Masjid Daerah, Bintulu, Sarawak - Hari Sabtu malam Ahad.
22. Masjid An-Na'im, Lutong, Miri, Sarawak - Hari Jumaat malam Sabtu.
23. Masjid Al-Qadim, Sibu, Sarawak - Hari Sabtu malam Ahad.
24. Masjid Besar, Limbang, Sarawak - Hari Sabtu malam Ahad.
25. Surau Al-Ansor, Perumahan Batu Arang, Labuan - Hari Sabtu malam Ahad.
26. Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkol, Beaufort, Sabah - Hari Sabtu malam Ahad.
27. Masjid Pekan Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah - Hari Sabtu malam Ahad.
28. Madrasah Kg. Tanjung Batu Darat, Tawau, Sabah - Hari Sabtu malam Ahad.
29. Masjid Muroqabah, Kg. BDC, Sandakan, Sabah - Hari Sabtu malam Ahad.
Program Malam Perhimpunan.
1) Waktu Asar. - Majlis Taklim Fadhail Amal. - Ceramah umum/ bayan Asar.
2) Waktu Maghrib. - Sembahyang fardhu berjemaah. - Ceramah umum/ bayan Maghrib.
3) Waktu Isyak. - Sembahyang fardhu berjemaah. - Pembacaan kitab Hayatus Sahabah. - Rehat. - Qiyamullail (sembahyang secara bersendirian).
4) Waktu Subuh - Sembahyang fardhu berjemaah. - Ceramah umum/ bayan Subuh.
Bersurai selepas waktu Isy'raq (suruk).

Subscribe to:
Posts (Atom)