Hadith


Beramal dan Menyampaikan


Random Hadith Widget

Tuesday, June 5, 2012

Kemuliaan Abu Musa al-Asy'ari Radhiallahu anhu

Kemuliaan Abu Musa al-Asy'ari Radhiallahu anhu, kaumnya dan para pengikutnya

Antara kebenaran pegangan Imam Al-Asy'ari Radhiallahu anhu yang mana beliau adalah cucu kepada seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Musa Al-Asy'ari R.a...ketika turunnya ayat ini "Wahai orang yang beriman! sesiapa antara kamu murtad daripada agamanya, maka Allah akan datangkan satu kaum yang dicintai oleh Allah dan mereka pula mencintainya,yang bersifat lemah lembut terhadap orang yang beriman dan bersikap tegas terhadap orang kafir. Mereka berjihad(berjuang sungguh-sungguh) pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Demekiaan itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiap yang dikehendaki-Nya. Allah Maha luas limpaah kurniaan-Nya, lagi Maha Mengetahui (surah Al-Maidah : 54)

Al-Hafiz Ibn Asakir meriwayatkan dalam Kitabnya 'Tabyin kadzibi al-Muftari dan Al-Hakim meriwayatkan dalam kitabnya al-Mutasdrak sebab turun ayat dia atas : Tatkala turun ayat ini, Rasulullah SAW bersabda : Mereka kaummu wahai Abu Musa dan Rasulullah SAW menunjukkan dengan tangan Baginda SAW kepada Abu Musa Al-Asy'ari....Imam Hakim menghukumkan hadith ini sohih ala Muslim.Hadith diatas juga diriwayatkan oleh al-Tabari dalam kitab tafsirnya,Ibn Abi Hatim,Ibnu sa'd dalam kitabnya al-Tabaqat al-Kubra dan al-Tabarani dalam kitab al-Mu'jam al-Kabir. Al-Hafiz al-Haitami berkata rijal(perawi Hadith) hadith tersebut adalah sahih..

Al-Imam al-Qurtbi Rah berkata dalam dalam tafsirnya jilid . vI,halaman .220 : Al-Qushayri berkata "Maka para pengikut Abu al-Hasan Al-Asy'ari adalah termasuk kaumnya kerana setiap tempat yang disandarkan di dalamnya oleh suatu kaum kepada seseorang Nabi maka maksudnya ialah para pengikut

Oleh yang demekian,Hadith ini adalah Busyra(berita gembira) bagi seluruh pengikut Al-Asya'ariyyah dan Al-Matrudiyyah bahawa mereka sesuai dengan kaidah Rasulullah SAW,maka berbahagialah orang yang sentiasa mengikut jalan mereka. Akidah Al-Asyairah dan Al-Matrudiyyah adalah akidah Kaum Muslimin daripada akidah kalangan al-salaf dan al-khalaf,akidah para khalifah dan sultan seperti Sultan salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fatih..

Al-Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda tentang Abu Musa al-Asy'ari dan Kaumnya . Rasulullah SAW bersabda : "Mereka daripada ku dan Aku daripada mereka (Kitab sohih Al-Bokhory: Kitab al-Maghaziy,Bab Quduuum Al-Asy.ariyyun dan wa Ahlal-Yaman)....dapat difahami daripada Hadith ini,bahawa Rasulullah SAW menegaskan kaum Abu Musa Al-Asy'ari R.a merukan kaum yang dikasihi dan diredhai oleh Allah Ta'ala kerana kesahihan pegangan agama mereka dan kekuatan keyakinan mereka serta semangat mereka dalam memperjuangkan akidah yang Haq dan menghapuskan kebatilan...

Tentang Sultan Salahuddin Ayyubi Raj..Al-Hafiz Jalaluddin Al-suyuthi (W.911 H),dalam KItabnya al-Waseil ila Ma;rifati al-Awaeil berkata : "ketika Sultan salahuddin Bin Ayyub memegang tampuk pemerintahan,baginda memerintahkan para Muazzin menggunmandangkan pada waktu tasbih(waktu sebelum masuk solat subuh) dengan al-akidah al-Asy'ariyyah,lalu para muazzin berterusan menyebutnya pada setiap malam hingga ke waktu ini...

[dipetik dari http://insanbiasayglemah.blogspot.co.uk/2012/05/kebnrana-akidah-al-asyaariyyah-dan-al.html]

Friday, May 11, 2012

Cara Meningkatkan Iman


Cara Memperkuat Iman

Bagaimana cara meningkatkan keimanan saya yang walaupun sudah berusaha tapi cenderung melemah? Jawaban ringkasnya: hindari hal-hal yang memperlemah iman dan dekati perkara yang memperkuat keimanan.

PERTANYAAN
Assalamu'alaikum ustad/ustazah.

Nama saya Aisha (16th).
Saya mau bertanya tentang masalah saya.

Jadi begini ustad/ustazah, semenjak tahun lalu saya mulai mendekatkan diri pada Allah, saya bisa merasakan yang namanya iman. Tapi ntah mengapa tiba-tiba terbesit suatu perkataan yang mengejek dan menghina Allah. Saya tahu itu berasal dari setan.Saya berusaha mati-matian untuk mengusir setan tsb. Alhamdulillah, sekarang ejekan2 itu sudah mulai berkurang. Tapi ustad/ustazah, beberapa hari yang lalu saya turun iman juga karena bisikan setan. Dan saya merasa lelah sekali ustad/ustazah untuk menaikkan iman lagi. Saya pasrahkan semuanya pada Allah. Tapi celakanya sekarang saya nggak bisa merasakan Allah lagi di hati saya. dan lebih celakanya lagi, saya mulai ragu-ragu terhadap Allah. Tapi saya tetap percaya kalau perasaan ini Allah yang masukkan. Hanya saja saya sudah nggak dapat feel iman lagi.

Selain itu ustad/ustazah, saya juga merasa serba salah untuk mendekatkan diri pada Allah lagi.
Karena saat saya merasa dekat pada Allah setan itu membisikkan kalimat yang berlebih2an. Misalnya, saat saya mengatakan "Ya Allah aku ingin menjadi hambaMu yang baik", dalam hati saya setan itu menggantikan kata "hamba" dengan "anak". (Na'udzubillah)

Tapi kalau saya tidak mendekatkan diri pada Allah, saya jadi ragu-ragu pada Allah. Walaupun saya yakin hanya agama Islamlah yang benar. Jadi bagaimana solusinya Ustad/ustazah, saya merasa bertobat atau tidak bertobat sama saja celakanya bagi saya. Mohon dijawab ya ustad/ustazah. Terimakasih banyak. :)

JAWABAN

Iman yang melemah terjadi karena beberapa sebab antara lain: (a) Bacaan; dan (b) Lingkungan pergaulan.

A. BACAAN

Seorang muslim yang masih 'tipis' imannya dapat meningkatkan keyakinan Islamnya dengan banyak membaca bacaan yang mendorong pada peningkatan keimanan.

1. Bacaan yang dapat meningkatkan keimanan antara lain:

(a) Buku biografi Rasulullah.
(b) Buku biografi para Sahabat, Tabi'in dan Tabi'it-Tabi'in.
(c) Buku biografi para ulama dan pejuang Islam.
(d) Buku kisah para muallaf (orang baru masuk Islam) yang dulu dan sekarang.

2. Bacaan yang dapat melemahkan keimanan antara lain:

(a) Buku filsafat keagamaan dan segala macam filsafat.
(b) Buku atau tulisan kalangan atheis, agnostik dan skeptik.
(c) Buku atau tulisan orang-orang yang sedang bingung dengan agama.

B. LINGKUNGAN

1. Lingkungan yang dapat meningkatkan keimanan antara lain:

(a) Lingkungan pengajian, majlis taklim, majlis dzikir, remaja masjid, Jamaah Tabligh.
(b) Lingkungan pesantren.
(c) Teman dan pendidikan yang bernuansa Islam.

2. Lingkungan yang dapat melemahkan keimanan antara lain:

(a) Lingkungan preman, dugem, clubbers.
(b) Lingkungan pengajian antar-agama atau kumpulan kalangan liberal
(c) Lingkungan kalangan atheis atau abangan.

[Soal jawab agama diatas dipetik dari http://www.alkhoirot.net/2012/05/cara-meningkatkan-iman.html]

Wednesday, April 25, 2012

Para Ulama' berpakaian Sunnah

Lihatlah foto para alim ulama' yang terdahulu (semenjak kamera dicipta) sehingga sekarang. Hampir kesemuanya menggunakan serban dan jubah. Sama ada mereka dari negara-negara Arab, India, China, atau nusantara.

Sungguh buruk perkataan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga berserban dan berjubah. Ini perkataan orang jahil, kerana tujuan dan cara pemakaian jubah dan serban  orang jahiliyyah tidak sama dengan tujuan dan cara pemakaian serban dan jubah Sunnah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.











Thursday, April 19, 2012

Beramal dengan Sunnah Rasulullah

Nahmaduhu wa Nusalli 'ala Rasulihil Karim.

Ada orang mengatakan bahawa sesetengah perbuatan nabi hanya sebagai perbuatan manusia biasa, atau hanya budaya arab, atau adat kebiasaan semata-mata. Jadi tidak perlu diikut, apatah lagi perlu diamalkan.

Marilah kita sama-sama renungkan. Adakah benar fahaman ini.

AllahTaala  memberitahu kita, bahawa jika benar-benar kita ini mencintai Allah, maka ikutlah Nabi Sallallahu alaihi wa sallam.

Allah Taala memberitahu kita, bahawa tidak ada yang diucapkan oleh Nabi, melainkan wahyu dari-Nya.

Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang kita kasihi memberitahu kita, bahawa jika kita mengikuti Sunnah baginda, bererti mencintai baginda, dan barangsiapa yang mencintai baginda, akan bersama-sama dengan baginda di syurga kelak.

Nabi Sallallahu alaihi wasallam memberitahu kita, bahawa di akhirat nanti, kita akan bersama-sama dengan orang yang kita cintai. Dan memberitahu kita, bahawa jika kita meniru satu kaum, maka kita akan dibangkitkan dengan kaum tersebut.

Para sahabat Radhiallahu anhum telah ditangguhkan kemenangan mereka didalam peperangan kerana mereka terlepas pandang dua Sunnah Rasulullah: amalan menggunakan miswak dan saf solat yang perlu diluruskan.

Bila satu sahabat lalu di satu kawasan, tiba-tiba beliau tunduk. Beliau berkata, dulu disini ada pokok yang Rasulullah tunduk apabila lalu dibawah dahannya. Sekarang pokok dah tiada, tapi aku tunduk kerana Rasulullah pernah melakukannya.

Bangsa di Afrika apabila memeluk Islam, segala adat kebiasaan mereka bertukar dengan mengikuti Sunnah Rasulullah termasuk pakaian dan adat kebiasaan. Bangsa Parsi dan Rom, apabila memeluk Islam, meraka mengamalkan Sunnah dan kebiasaan Rasulullah dalam kehidupan, malah turut menisbahkan diri mereka sebagai bangsa Arab.

Bahkan bangsa-bangsa lain seperti di India dan China, apabila masuk Islam, turut membuat perkara yang sama. Kita boleh lihat foto masyarakat Islam di China yang nenek moyang mereka diIslamkan oleh para sahabat, mereka mengamalkan Sunnah jubah dan serban berekor panjang, dan amalan ini tetap kekal hingga kini. Begitu juga kita lihat foto masyarakat Islam di Afghanistan dan mengekalkan tradisi Islam dengan mengamalkan pemakaian Sunnah serban dan jubah. Foto para alim ulama kita di kepulauan melayu, juga kita lihat menggunakan serban dan jubah.

 Imam Tirmizi Rahimahullah menyusun satu kitab bernama Syamail Muhammadiyyah yang terkandung didalamnya hadith-hadith mengenai cara hidup Rasulullah, makan pakai baginda, tidur baring baginda, gurau ketawa baginda, kehidupan berkeluarga dan akhlak baginda, dan pelbagai lagi selok belok kebiasaan dan perbuatan baginda sehari hari. Kitab ini ditelaah di madrasah-madrasah dan pondok-pondok di seluruh dunia sehingga kini.

Maka adakah Sunnah dan kebiasaan kehidupan Rasulullah sehari hari yang diamalkan oleh para sahabat dan seluruh masyarakat Islam di seluruh dunia dari zaman berzaman sehingga hari ini, hanyalah semata-mata adat atau amalan bangsa arab? Ataukah ini adalah tanda kecintaan dan kasih sayang ummat ini kepada baginda Rasulullah, dan mengharap agar mendapat kecintaan Allah kerana menuruti baginda, dan mengharap bilamana amalan kehidupan kita menyerupai amalan kehidupan Rasulullah, maka kita akan dibangkitkan bersama-sama baginda di akhirat kelak, dan bersama-sama dengan baginda di syurga kelak?

Semoga Allah memberi kefahaman yang benar kepada kita, dan kekuatan untuk mengamalkannya dan mengajarnya kepada ahli keluarga kita dan menyampaikannya kepada yang lain. Amin.

Friday, March 9, 2012

Prioriti didalam usaha mengembalikan kekuatan ummat

Ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam wafat dan Khalifah Sayyidina Abu Bakar Siddiq Akbar Radhiallahu anhu baru dilantik menjadi khalifah, ummat Islam pada masa itu dilanda ujian yang besar dari Allah Taala. Diantaranya, terdapat segolongan ummat Islam yang tidak mahu membayar zakat (penurunan dari segi amalan syari'at Islam), terdapat segolongan ummat yang murtad (ancaman aqidah), dan timbulnya nabi palsu Musailamah al-Kazzab si penipu besar (wujudnya ajaran sesat). Ancaman dari luar juga datang dari Rom (kuasa besar Nasrani dari barat semenanjung tanah arab) dan Parsi (kuasa besar Majusi dari timur semenanjung tanah Arab).

Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar Radhiallahu anhu berhadapan dengan masalah-masalah ini? Keputusan telah dibuat untuk menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu, dengan cara menghantar jemaah-jemaah dakwah dan jihad ke seluruh pelosok negeri dan kawasan Islam pada masa itu, menyeru agar ummat Islam kembali kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mengamalkan kembali kesempurnaan agama didalam kehidupan. Nabi palsu dan para pendokongnya pula, oleh kerana mereka mengangkat senjata, maka mereka ditentang dan diperangi sehingga tewas dan hancurlah kebatilan yang dibawa oleh si penipu besar Musailamah itu.

Jemaah-jemaah ini telah dikeluarkan dari bandar Madinah Munawwarah, sehingga tidak kedengaran azan buat beberapa hari kerana tiadanya lelaki bagi melaungkannya. Yang tinggal cumalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang yang uzur.

Apabila telah disempurnakan usaha menyelamatkan iman dan kesempurnaan syariat, maka jemaah-jemaah dakwah barulah dihantar dengan giat kembali ke seluruh pelusuk dunia.

Hari ini, ummat Islam dilanda ujian yang lebih parah jika dibanding dengan keadaan yang dihadapi oleh Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu. Bukan setakat tidak mahu mengeluarkan zakat, malah solat pun telah ditinggalkan oleh begitu ramai orang-orang Islam sendiri. Ummat Islam yang murtad pun berlaku dengan jumlah yang ramai, malahan begitu berbangga dengan kemurtadan mereka, Na'uzubillah. Dan begitu banyak ajaran-ajaran sesat yang timbul; ada yang mengaku Nabi, mengaku Rasul melayu, mengaku Imam Mahdi, mempunyai kerajaan langit dan pelbagai macam lagi dakwaan yang sesat dan menyesatkan.

Maka adakah menjadi kesalahan sekiranya bangun satu golongan dari kalangan ummat ini, yang dipimpin oleh alim ulama' yang muktabar, menyeru agar usaha perbaikan secara besar-besaran dilakukan ke atas ummat Islam dengan menghantar jemaah-jemaah dakwah ke seluruh dunia? Dengan berusaha agar ummat Islam hari ini kembali mengamalkan agama yang sempurna, sebagaimana yang diusaha dan dilaksanakan oleh Khalifah Sayyidina Abu Bakar Radhiallahu anhu?

Adakah sesuatu yang batil sekiranya usaha dakwah manusia kepada Allah  ini dilaksanakan tanpa menafi atau menolak usaha dakwah ke atas orang bukan Islam? Tanpa menolak kepentingan usaha atas politik/kenegaraan Islam? Tanpa mempertikaikan usaha mempertahankan ummat Islam dengan mengangkat senjata melawan kafir yang menceroboh negara ummat Islam dan membunuh orang-orang Islam?

Marilah kita sama-sama merenung dan memikirkan perkara ini. Semoga Allah memberi kita kefahaman.