Ada orang berkata, tak perlulah sibuk-sibuk hendak berdakwah di tempat lain, sedangkan ditempat sendiri pun masih ramai lagi yang tak beriman, tak solat, bermaksiat, …
Adakah benar perkataan sebegini?
Kalau benar, mengapa Nabi Sallallahu alaihi wa sallam
berdakwah di Thaif, dan kemudiannya berhijrah dan berdakwah ke Madinah,
sedangkan penduduk Mekah masih ramai lagi yang kufur? Bahkan diantara mereka
ialah bapa-bapa saudara dan kaum kerabat baginda sendiri.Kemudiannya, mengapa Nabi menghantar surat-surat dan utusan dakwah ke negara-negara lain seperti Habshah, Parsi dan Rom? Sedangkan penduduk Arab sendiri masih ramai lagi yang kafir pada masa itu?
Kemudiannya, mengapa para sahabat terus menerus melakukan
dakwah dan keluar dari tanah Arab, pergi ke seluruh dunia sehingga sampai ke
India, tanah melayu, China, Eropah dan sebagainya, sedangkan kawasan berdekatan
dengan tanah arab masih ramai lagi yang kafir dan tidak beriman?
Ironinya, yang berkata seperti diatas itu, berjuang membela
rakyat Palestin, bersimpati kepada penduduk Iraq, menghebahkan berita
kesengsaraan rakyat Burma, menyokong perjuangan pembebasan selatan Thailand,
selatan Filipina, Chechnya, Kashmir, serta bersimpati atas pembunuhan di Syria,
dan seumpamanya.
Jika benar apa yang mereka kata seperti diatas, maka adakah
seluruh rakyat Malaysia telah sempurna iman dan amalnya sehingga membolehkan
mereka berdakwah dan berjuang diluar Malaysia?
Mengapa double standard?
Jika mereka berkata, “Oh, kita membantu ummat Islam di
seluruh dunia dari segi kewangan dan mata benda, membantu dari segi sokongan
moral dan menyeru agar masyarakat antarabangsa memberi bantuan politik dan
ketenteraan kepada mereka yang tertindas..”
Jika begitu, maka apakah yang menjadi kesalahan dan buruknya
usaha pendakwah yang mengatakan, “Kita menghantar jemaah dakwah ke seluruh
dunia bagi usaha atas iman ummat ini yang berada di pinggir kemurtadan, agar
mereka kembali kepada Allah, dan berusaha memperbaiki amalan mereka, kerana
kita yakin kepada janji-janji Allah, bahawa pertolongan Allah bersama dengan
orang beriman.”Tidak dinafikan bahawa usaha-usaha untuk menyelamatkan ummat Islam semuanya adalah baik dan sangat-sangat penting pada zaman ini. Tetapi janganlah kerana berada di ‘kapal pertubuhan’ lain, lalu usaha dakwah yang dijalankan oleh orang lain diperkecilkan, dihina bahkan dikatakan salah pula, dengan menggunakan hujah yang double standard ini.
Dua:
Kemudian orang-orang ini berkata pula: Asyik-asyik ziarah
dari rumah ke rumah, dari kampong ke kampong, tapi hal ehwal masyarakat Islam
kat tempat lain tak dipedulikan, tak diambil endah, tak diambil pusing..
Padahal Nabi bagitau, orang yang tak ambil peduli hal ehwal orang Islam ni, bukan
ummat nabi..!
Kata-kata sebegini sebenarnya tak perlu dijawab, kerana nampak yang berkata tak paham atau buat-buat tak paham.
Bila keluar berdakwah ke tempat lain, dikatakan tempat
sendiri masih ramai tak beriman. Bila berdakwah ditempat sendiri, dikatakan pula tak
ambil peduli hal-ehwal Islam di tempat lain.
Allahu...
Allahu...
Hanya Allah yang boleh bagi faham.








