2. Amanah
3. Tabligh
4. Fathanah
(Sifat ke-3: Tabligh)
Ertinya menyampaikan apa yang disuruhkan mereka menyampaikannya kepada makhluk.
Bahagian-bahagian wahyu
Apa yang diwahyukan Allah Taala kepada Rasul-Rasul itu terbahagi kepada tiga:
- Allah Taala menyuruh supaya tidak disampaikan kepada makhluk, maka tiada harus bagi mereka menyampaikannya.
- Allah memberi pilih kepada mereka, maka harus bagi mereka sama ada hendak menyampaikan atau pun tidak.
- Allah menyuruh mereka menyampaikan kepada makhluk, maka mereka menyampaikannya kepada makhluk dan mereka tidak menyembunyikan sesuatu daripadanya.
Mustahil lawannya iaitu menyembunyikan apa yang tersebut itu.
Dalil Tabligh itu bahawa jika mereka menyembunyikan sesuatu yang disuruh menyampaikannya nescaya kita disuruh menyembunyikan ilmu kerana kita disuruh mengikut mereka. Dan tindakan menyuruh kita menyembunyikan ilmu itu tidak sah kerana orang yang menyembunyikan ilmu itu dikutuk. Maka sabitlah bagi mereka menyampaikan dan apabila sabitlah mereka menyampaikan, maka mustahillah mereka menyembunyikannya.
[Tuan Syeikh Ahmad bin Muhamad Zain bin Mustafa al-Fathani, ‘Faridat al-Faraid fi Ilm al-Aqaid – Mutiara Ilmu Aqidah’, diterjemah oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy, Jabal Maraqy Enterprise, 2006, m/s 35-37. ISBN 983-867-252-1]
